~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, January 31, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana masih mengurniakan nikmat yg tak terhingga kepada hambaNya yg penuh dosa ini.A'la kulli haal,dah lama sangat rasanya tak menulis kat weblog ni.Bukan sbb malas,tp tak berapa sihat lately ni.Demam dan sakit perut yg menyeksakan.Satu kombinasi dan kompilasi yg sistematik lagi kompleks.Hehehe...alhamdulillah kafarah yg Allah beri dah pun beransur pulih.Sempena hari raya aidil adha ni rasanya banyak iktibar yg perlu kita ambil.Hari raya ni sebenarnya simbol kemenangan umat Islam.Kalau aidil fitri tu simbol kemenangan kita melawan hawa nafsu,aidil adha pula simbol kemenangan Nabi Ibrahim mengalahkan godaan syaitan tatkala dia hendak mengorbankan Nabi Ismail.Walaupun sukar bg aku nak imagine kemenangan yg dirasai oleh Nabi Ibrahim,aku ada cara tersendiri menghargai kemenangan di hari raya ni.Bagi aku,kenangan bersama rakan2 usrah dan nuqaba' ketika di mesia dulu merupakan satu kemenangan bagi aku.Why?Sbb sume kenangan itu penuh ceria dan merupakan titik tolak permulaan menentang yg batil dan menegakkan yg haq ataupun dlm bahasa arabnye disebut inqilaabiyyah.Mmg ternyata yg batil itu takkan dpt hidup bersama-sama dgn yg haq.Allah berfirman,"laqad jaa akal haqqu wa zahaqal baatil" (akan dtg yg haq dan akan lenyaplah kebatilan).Itula yg sering dilaung2kan oleh naqib aku masa di mesia dulu.Ayat2 ni sentiasa segar di hatiku supaya semangatku takkan pudar walaupun yg batil semakin berkuasa dan berleluasa.Insya Allah,janji Allah itu pasti benar dan kurela menjadi spt mujahidin dan para sahabat2 terdahulu.Mmg cita2 ku ingin menjadi spt pejuang2 harakah islamiah baik yg terdahulu mahupun terkini.Kalau di mesia tu,pejuang2 Islam yg penah diISA itulah yg menjadi idola aku.Bukan kerana mereka menentang kerajaan,tetapi kerana kata2 keramat mereka yg berbunyi, "Kita takkan redha dgn pemimpin yg menolak hukum Allah di muka bumi ini." Kata2 inilah yg penah dilaungkan oleh Abu Urwah dan Ustaz Badrul Amin dlm ceramah2 mereka?Adakah ini kata2 politik?Bagi aku apa yg mereka utarakan lebih kepada apa yg disampaikan dlm Al Quran yg mafhumnya barangsiapa menolak hukum Allah adalah org yg zalim.Rasulullah sendiri menyuruh kita menyampaikan ajaran darinya walaupun sepatah dlm sebuah hadis yg selalu kita dgr.Malah pepatah arab menyebut,berkata benarlah walaupun ianya pahit.Jelas disebutkan dlm Al Quran,maka mengapa perlu ada rasa gentar dgn ayat yg benar dari Allah ta'ala.Tiada agenda politik di situ.Tiada disebut hudud atau qisas secara jelas pun dlm ceramah mereka.Kalau di peringkat antarabangsa pula pimpinan ikhwanul muslimin dan hammas lah yg menjadi idola aku.Alhamdulillah aku berkesempatan berjumpa dgn pejuang hammas yg berkunjung ke malaysia masa aku form 3 dulu.Tapi aku agak kecewa sbb dia takmo citer dgn penuh sbb takut ada spy Israel.Baru la aku tau spy israel ni rupanya ada di mana2,malah di negara kita pun ada.Tapi aku still put high respect sbb dia citer kisah bagaimana dia diseksa dlm tahanan Israel tu.Masya Allah,cam mana la derang ada kekuatan sedemikian rupa.Insya Allah,aku nak jd macam mereka.Aku ingat lagi kata2 Ibnu Taimiyah dan Syed Qutb bila mereka ditahan dlm penjara,"Penjara merupakan masaku utk berehat dan menulis lebih banyak lagi". Doakan aku duhai sahabat2 sekalian,walaupun ku tahu ibu bapaku pastinya risau dgn cita2ku ini.Ya Allah,lembutkanlah hati mereka kerana daku ingin merasa kemanisan berjuang di jalanMu dgn sedikit kesusahan dan perit jerih.

Well,aku bermula secara aktif dgn jamaah dlm usia yg muda,masa umo aku dlm linkungan 16 tahun.Semuanya berlaku secara kebetulan.Masa aku kat KISAS dulu,ada sorang cikgu ni kawan ayah aku masa kat UK.Cikgu Wan Abd Rahim nama dia.Dia buat satu usaha yg takkan aku lupa buat selama-lamanya.Semoga Allah memberi ganjaran yg setimpal buat cikgu Wan.Apa yg dia buat was kumpulkan anak2 ikhwah JIM dan buat satu program khusus utk kitorang.Aku tak dpt join sepenuhnya masa form 4 sbb aku terikat ngan tarbiah PAS.So kekadang tu program utk anak2 ikhwah JIM tu aku terpaksa tangguh sbb kena pegi tamrin PAS dan sbgnye.Sblm aku masuk KISAS ni aku tak berminat sangat nak join aktiviti jamaah sbb malas kot.Lagipun mak ayah aku tak penah paksa aku join mana2 jamaah.Derang nak anak derang piki sendiri sama ada penting ke tak join jamaah ni.Alhamdulillah Allah kurniakan aku kesedaran tanpa perlu ditunjukkan satu persatu oleh parents aku.Anyway thousands of appreciation to my parents.Di akhir form 4 tu baru la aku decide nak join mana satu,sama ada JIM atau PAS.Jiwaku merasakan JIM jamaah yg sesuai compare ngan PAS.Tapi tu tak bermakna aku tak setuju atau menentang PAS.Ada sesetengah org piki aku tak join PAS bermakna aku tentang derang.Takpela,aku malas nak argue mende tu.So,sblm tamat form 4 tu aku sempat la join usrah ngan KRJ Hira' (Kelab Remaja JIM Sek Men Islam Al Hira' di Klang).Aku ngan Ammar dan Abdullah (dua2 kat melbourne skrg ni) je yg join time tu.Kitorang usrah sekali ngan ustaz rushdi dan cikgu wan abd rahim.Bila masuk form 5 aku jd lagi aktif walaupun SPM makin menjelang.Bagi aku,bila dah bosan study,baik aku isi masa lapang tu ngan aktiviti luar cam usrah tu.Lupa lak nak kasi tau,aktiviti usrah JIM ni sebenarnya underground.Kalau kantoi ngan sekolah mmg naya la.Dulu almost kantoi gak sbb kitorang selalu tunggu pak cik2 ni jemput kat masjid sebelah KISAS tu.Org2 masjid ni pi repot kat pengetua sekolah.Since then kitorang tukar taktik baru.Usrah kitorang ni selalunya dibuat time outing sbb time tu susah sket nak kantoi.Bila dah form 5 tu usrahnya lagi mendalam dan dibuat kat pejabat JIM Daerah Klang.Meaning kami dah tak termasuk dlm level remaja lagi,dah masuk dlm level mahasiswa.Masa usrah kat pejabat JIM tu la aku mula taaruf ngan brother Farid.Brother Farid ni dulu grad UK gak sama ngan Dr Rizal.Dia keja TNB kat Klang.Tapi skrg ni dgrnye dah pindah ke Shah Alam.Aku pun tgh cari contact dia skrg ni.Sume nuqaba` aku dah ilang tah ke mana.Brother Farid ni yg best ngan dia sbb dia cater kitorang baik gile.Bila kitorang dah kuar KISAS pun dia still jenguk2 kami.Masa Abdullah kat Taylor's College ada la dia ziarah sekali.Masa dia nak mai UNITEN pun dia ada contact aku nak jumpa aku.Alhamdulillah jumpa gak dia.Kitorang main bola sesama,pastu makan malam.Time makan malam tu sempat lagi dia kasi tazkirah.Tak sia2 betul dpt berkenalan ngan org cam ni.Aku gak yg hampeh tak ke mana.Hehehe...Tak tau nak ckp ape,tp thiqah (kepercayaan) pada nuqaba` di mesia tu mmg tinggi tak cam kat US ni.Mungkin syakhsiah dan umo derang yg jauh lebih tua menyebabkan aku lebih hormati derang kot.Program pertama yg melibatkan mahasiswa yg kitorang attend was tamrin KARISMA di Bukit Cerakah,Shah Alam.Rasa diri ni kerdil je sbb kitorang sume budak2 sek men lagi time tu.Participants yg lain sume dak2 univ tempatan.Time ni gak la aku jumpa naqib aku di UNITEN,Akhi Fakhrul Anwar.Tapi time tu dia belum jd naqib aku lagi la.Bila sesi taaruf,sume terkejut kitorang dak2 sekolah lagi.Time tu yg pegi ramai gak.Adala dlm 7-8 org dari KISAS.Bermula dari sini la kitorang start ajak member2 yg bkn anak ikhwah join sekali.Antara yg still istiqamah is Petet (Fitri).Member kelas aku masa kat kisas dan member yg paling kamceng ngan aku.Dah lama tak contact dia.Dgr citer skrg ni dia org kuat KARISMA di ITTHO.Insya Allah balik ni jumpa dia kot.Pastu kitorang start pegi program yg lebih daring,jamuan raya anjuran Parti Keadilan.Huhuhu...ini kalau kantoi mmg kena buang sekolah.Memula tu kitorang pegi umah cikgu wan sbb dia jemput dtg utk jamuan raya.Pastu tetiba dia ajak pegi jamuan raya anjuran parti keadilan.Apa lagi,ikut sekali aaa.Aku pun ngidam gak nak tgk muka nurul izzah.Hihihi...dulu la,skrg tidak lagi.Time tu plak aku sempat jumpa ngan ustaz roslan,bekas guru besar aku masa kat SRI As Saidiyyah.Ukhuwah tu indah kan?Rasanya masa tu dah 9 tahun tak jumpa dia.Seb baik la dia ingat aku lagi.Pastu tgk kump nasyid saff one perform nasyid live.Tapi tak sedap sangat sbb takde peralatan yg cukup.Yela, nak nasyid ni bukan main hentam nasyid je.Mic kena bagus.Kena ada mic base,mic harmony and so on.Sound system kena gempak.Pastu kena ada unit teknikal yg control kat komputer sume sbb music pakai digital.Hehehe...pengalaman nasyid dulu2.Skrg ni dah tak aktif dah.Tapi kalau boleh nak gak bergiat balik dlm industri nasyid ni.Abis program tu sempat la bergambar ngan Abu Urwah.Yg best tu dia piki aku dari UPM.Hihihi...rasa cam org besar plak.Seriously aku rasa best sangat dpt join aktiviti2 org dewasa di saat muda.

Lepas kuar KISAS,aku ke UTP kejap.Dalam satu sem je.Citer kat UTP ni aku dah tulis dulu.So,sape nak tau lebih lanjut leh la baca nanti.Lepas UTP aku ke UNITEN plak.Kat UNITEN ni Dr Rizal (naqib di UTP) lupa nak contact mas ul di UNITEN yg aku akan ke sana.Ari tu masa aku call dia bebaru ni dia gelak je.Dia kata,"Ana lupa la Muhannad".Tapi kelakar gak Dr Rizal ni.Sepanjang aku kenal dia,dia ni cam kelam kabut sket.Hehehe...tak kering gusi jd anak usrah dia.Kisah bagaimana aku jumpa akhi Fakhrul Anwar ni pun menyimpan seribu kenangan gak buat aku.Aku sampai kat uniten tu takde ikhwah pun yg jemput aku.Aku dah start risau.Takkan aku nak kena cari sendiri kot.Sbb dari pengalaman yg lepas,naqib dari tempat lama akan uruskan.Sah le Dr Rizal lupa pasal aku kena masuk UNITEN ni.Adeh,aku call Bro Farid,dia kata akhi Fakhrul yg in charge area Bangi tu.Tapi Bro Farid plak takde contact dia.Pueh la aku piki cam mana nak buat.Aku tau sangat kat UNITEN tu ada ikhwah JIM,tp aku tak kenal je.Tapi Allah tu Maha Pemurah.Masa aku tgh sibuk2 piki pasal usrah (masa tu on the way ke masjid utk solat jumaat),aku terpandang satu keta kancil ni.Ada sticker "Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah".Sah ni org JIM.Masya Allah,gembira tak terkata time tu.Aku ingat lagi time tu aku berlari utk catch up pak cik tu.Satu soalan yg tak sepatutnya aku tanya kat dia,"Pak cik ni org JIM ke?"Hehe...tp time tu dah excited sangat.Dia jawab ya.So,aku tanya la dia sape mas ul KARISMA kat uniten ni.Dia kata dia willing utk uruskan segala-galanya utk aku.Alhamdulillah,lega aku.Lepas tu akhi Fakhrul call aku dan arrange appointment ngan dia.Utk citer seterusnya akan ku citer kemudian sbb aku nak pi main badminton.Selamat hari raya aidil adha.



Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 5:54 PM

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan

JARAKNYA JAUH

Ada satu fakta penting yang perlu kita jadikan pedoman dalam gerakan dakwah, sama ada dakwah di kalangan orang-orang yang sudah menganut Islam atau belum. Fakta itu terbit daripada tabiat dan sejarah itu sendiri.

Fakta yang dimaksudkan itu ialah bahawa Islam itu adalah merupakan suatu konsep yang lengkap mengenai pengertian wujud dan hidup, suatu konsep yang menpunyai ciri-ciri tertentu. Konsep itu kemudiannya melahirkan suatu program tersendiri mengenai seluruh aspek kehidupan; program yang menjadi dasar kepada suatu sistem yang unik.

Tugas utama Islam ialah membentuk hidup manusia; hidup yang selaras dengan konsep ini, dan menjelmakan konsep ini ke dalam alam realiti di samping menegakkan peraturan Ilahi yang telah digariskan oleh Allah SWT dan mampu melahirkan umat Islam yang menjadi model bagi terlaksananya peraturan Ilahi itu.

Allah berfirman:

Maksudnya : Kamu adalah umat yang tebaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.

Mengenai sifat umat Islam yang sebenar, Allah telah memberikan bambaran yang terang :

Maksudnya: Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di mika bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan.

Sesungguhnya Islam tidak dapat menerima cara penyelesaian yang berbentuk separuh masa pergeserannya dengan jahiliyyah baik penyelesaian di bidang konsep mahupun penyelesaian di bidang realiti yang di hasilkan oleh konsep itu. Penyelesaiannya satu sahaja sama ada Islam yang menang atau jahiliyyah hancur berkecai atau sebaliknya. Tidak ada penyelesaian separuh masak, tidak ada perkongsian di dalam penyelesaian berbentuk separuh Islam dan separuh jahiliyyah. Yang ada hanya sama ada Islam atau jahiliyyah. Islam selamanya memendang bahawa hak dan kebenaran satu sahaja, tiada dua baginya dan yang lain daripada yang hak itu ialah kebatilan tiada titik pertemuan antara keduanya yang ada ialah hukum Allah dan hukum jahiliyyah - syariat Allah atau hawa nafsu.

Memang dua shaja perkaranya, tiada tiga; iaitu sama ada mematuhi suruhan Allah dan Rasul-Nya atau mematuhi hawa nafsu. Sama ada melaksanakan hukum yang Allah turunkan dengan amanah atau menyelewengkan peraturan yang telah Allah tetapkan. Tiada lagi sebarang dalih atau alasan boleh di kemukakan untuk melepaskan diri dari ketetapan yang begitu jelas dan pemutus dari Allah itu.

Dari keterangan diatas nyatalah bahawa tugas Islam ialah menyingkirkan jahiliyyah dari sebarang peranan memimpin umat manusia dan mengambil alih peranan yang sedang dilakukan oleh jahiliyyah di dalam urusan yang di sebutkan itu dan melaksanakan peranan memegang pimpinan umat manusia itu dengan berpandukan program Isalam itu sendiri, pimpinan yang bermatlamatkan kebahagiaan abadi bagi seluruh umat manusia juga bermatlamatkan kebajikan sejati kepada mereka, dengan cara membawa mereka kembali ke jalan Tuhannya. Demikian juga tugas Islam itu untuk mrmbawa umat manusia keluar dari alam yang rendah kealam yang tinggi dan membebaskan mereka dari pemerintahan hawa nafsu.

Adalah menjadi suatu kewajipan kita untuk tidak untuk tidak membiarkan umat manusia terus menerus di kelirukan. Kita berkewajipan memberi pengertian kepada mereka bahawa Islam itu bukanlah hanya satu aliran fikiran atau isme mengenai realiti kehidupan manusia. Islam adalah Islam. Islam dengan keperibadiannya tersendiri dan konsepnya yang bebas dan tidak terikat kepada mana- mana jua konsep duniawi. Islam mampu melahirkan suatu realiti yang baik daripada yang diimpikan oleh umat manusia. Islam yang tinggi nilainya, yang suci dan murni, terpancar indah dari sumber asli daripada Allah yang maha besar dan maha agung.

Apabila kita mengerti dan faham akan hakikat Islam seperti yang kita huraikan tadi maka secara automatik pengertian dan faham kita itu akan memberikan kekuatan dan daya untuk mengemukakan Islam kepada umat manusia dengan cara terbuka dan suara yang nyaring. Pengertian dan kefahaman itu memberi keyakinan bahawa apa yang ada pada kita ialah kebenaran muylak dan apa yang masih dipegang oleh manusia jahiliyah itu ialah kebatilan. Pengertian dan kefahaman itu juga akan menimbulkan rasa kasihan kita melihat umat manusia yang sedang hidup di dalam kesesatan dan timbul rasa kewajipan untuk mengajak dan membimbing mereka ke jalan kebenaran, akan timbul pula rasa simpati yang mendalam,yang menggamit kita untuk berusaha menyampaikan seruan hidayah Illahi kepada mereka.

Begitulah hendaknya kita katakan kepada umat manusia pada ketika kita mengemukakan Islam kepada mereka, kerana ini adalah suatu hakikat dan kerana inilah bentuk percakapan yang Islam mula- mula kemukakan pada manusia dahulu, baik di semenanjung Arabia, di Parsi atau di Rome. Dan dimana- mana sahaja Islam menyampaikan dakwahnya.

Dakwah ini tidak dimulakan di dalam suasana dan situasi yang lebih baik daripada suasana dan situasi yang ada sekarang. Ia tidak dihiraukan orang pada hari permulaanya. Ia terkurung di lorong- lorong gelap dan sempit Mekah sahaja. Dan terhad dalam karangan orang bawahan dan miskin,jauh dari kalangan pembesar dan hartawan yang berpengaruh. Pada zamannya, Ia merupakan satu benda yang aneh pada selera orang ramai, tersisih dan tersepit antara dua generasi dunia. Empayar- empayar besar yang kesemuanya menentang konsep yang dibawanya.

Namun demikian dakwah ini cukup kuat, seperti ia kuat pada hari ini dan akan tetap kuat juga besok dan sepanjang zaman sebab unsur- unsur kekuatan memang ada terpendam di dalam tabiat akidahnya sendiri. Rahsia kebenarannya tersembunyi dalam bentuk kesederhanaan yang menjadi asas bagi gerakannya. Kekuatannya juga tersembunyi dalam tabiatnya yang selaras dengan fitrah dan juga tersembunyi disebalik kemampuannya membimbing umat manusia mendaki puncak kemajuan dalam segenap peringkat hidup manusia, baik dalam tahap man sekalipun manusia itu berada baik dilapangan ekonomi, so** dan kebudayaan. Malah ia tetap menyuarakan kebenaran dengan nyaring di samping memberi kesedaran kepada manusia bahawa ia membawa kebajikan, rahmat dan berkat.

Sesungguhnya tekanan konsep dan realiti bercorak kemasyarakatan adalah merupakan suatu tekanan yang berat, terutama sekali dikalangan kaum wanita.Memang berat sekali pengaruh tekanan itu keatas wanita Islam. Tetapi kita berpantang mundur. Pertama sekali kita pelu tetap dan tegas pendirian kemudian kita buktikan kebaikan dan kesucia Islam, supaya pihak jahiliyyah dapat melihat betapa rendah dan betapa kotornya realiti berbanding dengan kesucian dan kehormatan yang hendak kita tegakkan sebagai gantinya itu. Yang paling penting sekali ialah berpindahnya para penganut jahiliyyah kepada pangkuan Islam, sama ada para oenganut jahiliyyah itu terdiri daripada orang yang sedang menghuni negeri atau negara yang di namakan sebagai negara Islam, ataupun dari kalangan orang yang menganggap diri mereka telah menjadi orang Islam, atau mereka tinggal di negara yang bukan Islam, mereka keluar meninggalkan jahiliyyah itu jauh-jauh dan ikut menghayati nikmat Islam seperti kita dan seperti yang kita sedang perjuangkan perlaksanaannya. Kalau tidak, tiada ucapan lain yang dapat diucapkan kepada mereka selain yang diarah oleh Allah kepada Rasul-Nya:

Untukmulah agamamu, dam untukkulah agamaku... (Al-Kafirun 6)

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 6:29 AM

 

~ Thursday, January 29, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan

Sambungan...

Sejak itu maka negara bagi setiap muslim itu bukanlah tanah dan air tetapi Islam, negara mana di dalamnya berdaulat akidah Islam dan berpuasa di dalamnya syariat Allah sahaja, negara mana setiap orang muslim menumpahkan taat setianya dan sanggup mempertahankannya, rela mati berkuah darah dan gugur syahid untuk mempertahankan negara itu dari segala ancaman dan pencerobohan dan untuk melebarkan lagi sayapnya mendaulatkan syariat Allah di seluruh pelusuk dunia. Negara Islam bagi setiap orang yang menghayati Islam sebagai akidah dan syariat; juga bagi setiap orang yang rela dan patuh menerima syariat Islam menjadi undang-undang negara, walaupun dia sendiri bukan seorang penganut agama Islam seperti halnya penganut berbagai agama lain hidup aman damai di bawah lindungan pemerintahan Islam berabad-abad lamanya. Manakala negara yang di dalamnya syariat Allah tidak di daulatkan dan ajaran Islam tidak disanjung tinggi dan di patuhi maka negara itu adalah sebuah negara harbi bagi setiap muslim dan juga bagi orang dzimmi dan mu’ahad, si muslim wajib memusuhinya walaupun negara itu menjadi tempat kelahirannya, dan walaupun di dalam negara itu ramai kaum keluarga dan sahabat handai, juga harta benda dan keperluan hidupnya.

Nah inilah Islam itu dan beginilah ia. Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut dilidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negeri tertentu yang disebut sebagai negeri Islam dan mempunyai logo keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Firman:

Maksudnya: maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasakan di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. [An Nisa' : 65]


Maksudnya: dan mereka berkata; hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi dan Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: tidak, melainkan kamu mengikuti agama Ibrahim yang lurus dan bukanlah dia [Ibrahim] dari golongan orang yang musyrik. Katakanlah [hai orang-orang mukmin]: kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail danIshaq, Yakob dan anak-cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa sserta apa yang diberikan kepada Nabi-Nabi dari Tuhannya. Kami tidak membezakan-bezakan seorang pun dari mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu]. Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sibghah Allah. Dan kepada-Nyalah kami menyembah. [Al Baqarah: 135-138]

adapun bangsa yang menjadi pilihan Allah yang sebenar ialah bangsa MUSLIM yang hidupnya terus menerus di bawah bayangan panji-panji Allah; walaupun mereka berlainan bangsa dan warna kulit serta bumi tempat berpijak. Firman:

Maksudnya: kamu dalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada maaruf, dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman dengan Allah. (Aali Imran: 110)

Umat yang dirintis perjalanannya dan dipelopori pembentukannya oleh Abu Bakar bangsa Arab, Bilal bangsa Negro (Habsyi) Suhaib orang Romawi dan Salman bangsa Parsi serta saudara-saudara mereka yang budiman; yang jejak mereka telah diikuti oleh beberapa generasi lagi selepas mereka, dengan Islam menjadi negara mereka, Allah menjadi pemerintah mereka dan Al-Quransebagai Perlembagaan mereka.

Inilah dia konsep yang tinggi nilainya mengenai negara, rupa bangsa dan keluarga yang sayugia menjadi pedoman yang menguasai hati setiaporang pendakwah kepada agama Allah, yang sayugia diberitahu dengan terang dan lantangnya kepada seluruh umat manusia, supaya tidak bercampur baur dengan penyelewengan yang dibawa konsep ala jahiliyah dan diseludup secara senyap-senyap; juga tidak diserapi oleh berbagai bentuk syirik yang tersembunyi (syirik kahfi), yaitu mensyirikkan Allah SWT dengan tanah, dengan bagsa, dengan kaum, dengan keturunan, dan syirik dengan berbagai kepentingan yang kecil- kecl untuk kepeluan jangka pendak; syirik yang telah dikumpulkan Allah sebelah tangan, dan diletakkannya iman disebelah tangan yang lain, lalu disuruh manusia memilihnya sendiri.

Firman Allah:

Maksudnya:Katakanlah: jika bapa-bapa, anak- anak, saudara- saudara, isteri- isteri, kaum keluargamu, harta kekayaang yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan dari berjihad dijalan- Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan- Nya. Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang fasik.
( At Tubah: 24)

Demikian juga tidak sayugia sama sekali timbulnya rasa ragu dan syal wasangka mengenai hakikat jahiliyah dan hakikat Islam didalam hati para pendakwah Islam; begitu juga mengenai ciri-ciri negara musuh dan dengan konsep negara Islam; sebab sering berlaku kekeliruan mengenai ini. Setiappendakwah mesti meyakinkan diri sendiri untuk ditanam keyakinan kepadaorang bahawa: tiada Islam didalam negara yang tidak dikuasai oleh Islam dan tidak berjalan didalam syariat Allah dan tiada negara Islam selain daripada dikuasai oleh Islam segenap urusan pemerintahannya syariat Allah tiada negara Islam kecuali negara yang menghayati Islam,yang berkuasa didalam programnya dan undang-undangnya. Perlu benar diyakinkan bahawa tiada alternatif bagi iamn selain daripada kufur; tiada alternatif lain bagi Islam selain daripada jahiliyyah dan tiada alternatif lain bagi kebenaran melainkan kesesatan jua.

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:53 PM

 

~ Wednesday, January 28, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan II

AKIDAH: RUPA BANGSA MUSLIM

Islam datang membawa satu konsep baru untuk umat manusia; konsep mengenai hakikat segala tali temali dan alat penghubung. Serentak dengan itu Islam juga membawa satu konsep baru mengenai hakikat nilai-nilai dan hakikat dari manakah nilai-nilai itu perlu ditatang- terima.

Islam datang untuk membawa umat kembali kepangkuan Tuhannya; juga untuk menjadi kuasa Tuhan itu sebagai kuasa yang tunggal tempat manusia mencedok dan mendapatkan nilai-nilai, seperti mana wujud manusia itu beroleh wujud dan hidup dirinya; juga tempat manusia kembali, seperti juga dari ibarat-Nya manusia merangkak keluar kedunia dan kepangkuan-Nya manusia menyusur kembali.

Islam datang untuk menetapkan bahawa di sana hanya satu sahaja tali alat penghubung yang menghubungi manusia dengan Tuhan. Bila sahaja tali itu reput dan putus maka tiadalah lagi tali yang lain.

Maksudnya:Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang denagn orang-orang yang mengenal Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ibu bapa, anak-anak atau saudara mara, atau keluarga mereka. (Almujaddalah:22)

Disana juga hany satu sahaja golongan Allah yang tida duanya, manakala golongan-golongan lain adalah golongan syaitan dan taghut.

Firman Allah:

Maksudnya: orang-orang yang beriman itu berperang dijalan Allah; dan orang-orang yang kafir itu berperang dijalan taghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah[An Nisa':76]

Maksudnya: kami ceritakan kisah mereka kepadamu [Muhammad] dengan sebenarnya; sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan meeka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu berdiri lalu mereka berkata: Tuhan kami adalah Tuhan lanigt dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain dia, kerana jika tidak demikian maka sesungguhnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan untuk di sembah. Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang, [tentang kepercayaan mereka]? Siapaka yang lebih zalimdaripada orang-orang yang mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah? Dan pabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain dari Allah, maka carilah tempat perlindungan ke dalam gua itu nescaya tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan kepadamu yang berguna bagimu di dalam urusan kamu.
(Al-Kahfi:13-16)

Sebaliknya isteri Firaun berbeza sekali keadaanya kedua-dua orang isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut; sia beroleh kebahagian menjadi orang beriman ditengah-tengah kemewahan suaminya yang derhaka kepada Allah; ceritanya juga dikemukakan bagi dijadikan pengajaran.:


Maksudnya:Allah membuat isteri Firaun menjadi perumpamaan bagi ornag-orang yang beriman, ketika ia berkata: Ya Tuahnku bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkan aku dari Firaun dan perbuatnnya dan selamatlkanlah aku dari kaum yang zalim.
(At-Tahrim: 11)

Demikianlah contoh perbandingan mengenai betapa putus terhurai dari pecah berkecainya perhubungan antara manusia dengan manusia; baik diantara anak dengan bapak di dalam kisah Nabi Nuh dan putera kesanyangannya, antara anak dengan bapak dan kampung halaman di dalam kisah Nabi Ibrahim dengan ayah dab kaumnya, perhubungan diantara keluarga sahabat handai dan kampung halaman sekali gus di dalam kisah permuda-permuda penghuni gua (Ashabul Kahfi), dan seterusnya perhubungan cinta kasih suami isteri serumah tangga di dalam kisah isteri Nabi Nuh, isteri Nabi Lut dan isteri Firaun putusnya segala perhubungan itu justeru kerana perbezaaan akidah dan iman.

Demikianlah pula belalunya angkatan perjuang-perjuang iman disepanjang hayat uamt manusia, silih berganti menghiasi lembaran sejarah, menjadi suri tauladan dan cermin perbandingan mengenai keteguhan imam, mengenai ketegasan memegang pendirian dijalan kebenaran, mengenai kesetiaan memegang akidah tauhid menghayati sifat tegas memegang prinsip, tidak kenal tawar menawar tidak sudi bertolak ansur malah tiada nilai hubangan darah, tiada nilai hubangan cinta dan rumah tangga. Bila imam telah menhayati hati dan nadi semuanya sanggup diterima dan dihadapi. Pertemuan dan perpisahan antara manusia dan manusia menjadi nilainya bila pertemuan antara manusia dengan khaliqnya yang mengamit.

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:56 PM

 

~ Tuesday, January 27, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan

Petunjuk sepanjang Jalan: Syed Qutb

Konsep Islam terhadap kebudayaan

pengabdian yang mutlak pada Allah yang maha esa dalam merupakan bahagian yang pertama daripada rukun Islam yang pertama; dibuktikan dengan sahadah LA ILLAHA ILLALLAH; menatang terima kaifiah dan melakukan pengabdian daripada Rasulullah SAW adalaj merupakan bahagian keduaa daripada rukun utama itu, yang dibuktika dengan Rasulullah MHAMMADUR RASULULLAH sebagai mana yang kita huraikan dibawah tajuk LA ILLAHA ILLALLAH ialah panduan hidup.

Kita telah terangkan mengenai erti dan maksud pengabdian dan kepercayaan, undang-undang kekuasaan; maka didalam huraian ini kita akan kupad pula soal erti dan maksud "kekuasaan memerintah" dan hubungan dengan kebudayaan.

Sesungguhnya erti dan maksud kekuasaan memerintah didalam konsep Islam tidaklah hanya terbatas dalam bidang menerima undang-undang dan syiriat daripada Allah sahaja, dan kerelaan menerima hum sekangnya berdasakkan undang-undang dan syariat sahaja, juga melaksanaka hukum serta keputusan berasas dan berpandu kepada-Nya; sebab maksud syariat dalam Islam tida terbatas dalam linkungan undang-undang sahaja, juga tidak hanya dalam sistem pemerintahan sahaja; bahkan pemerintahan sesempit ini tidak mencakup syariat mengikut kehendak Islam ia merangkungi soal bentuk politik, so** dan ekonomi dan dasar-dasar bagi semuanya itu; bagi membolehkan "ubudiah kamilah" itu menjelma di dalamnya; supaya terlaksana pengabdian yang jitu kepada yang maha Esa.

Ia menjelma didalam undang-undang yang mengatur realiti hidup manusia: iaitu yang biasa disebut dan dinamakan syariat atau undang-undang mengikut pengertia yang sempit dan tidak merangkumi maksud yang besar.

Seterusnya ia menjelma di dalam aspek kebudayaan dan kegiatan fikiran, juga didalam kegiatan seni.

Kita percaya bahawa huraian kita yang lalu mengenai kekuasaan memerintah yang mengandungi masalah kekuasaan melaksanakan pemerintahan, perundangan dan sebagainya, sudah cukup jelas dan difahami oleh para pembaca. Tetapi masalah kaedah-kaedah moral dan tata susila, mengenai nilai-nilai yang mempengaruhi masyarakat, mungkin belum difahami; keran nilai-nilai dan kaedah moral yang mempengaruhi masyarakat mana-mana masyarakat pun adalh mempunyai hubungan secara lansung dengan kepercayaan hidup dan iktikad yang mempengaruhi masyarakat itu sendiri.

Boleh jadi ganjil rasanya-hatta kepada pakar-pakar penyelidik hal Islam terdiri sendiri pun mempertahankan kegiatan berfikir dan kegiatan kesenian kepada konsep Islam dan kepada sumber yanmg berasaskan ketuhanan.

Masalah perlunya dirujukkan kegiatan fikiran manusia dan konsep Islam, bagi melaksanakan pengabdian seluruhnya keepada Allah, perlulah kita memberi penjelasan; kerana masalah ini mearupakan suatu masalah yang asing dan ganjil dikalangan para pembaca dizaman ini, hatta dikalangan orang-orang Islam.

Adapun masalah yang berkaitan dengan pengertian segenap aktiviti manusia, samaada secara indivdu atau masyarakat, iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan pandangan kepada diri manusia itu sendiri, dan kepada aktiviti perkembangan sejarah manusia dan juga masalah bagaimana hidup ini, bagaimana mulanya alam ini terjadi, bagaimana manusia ini dijadikan, dari segi mentafisik, maka persoalannya adalah sama persoalannya masalah yang mengenai undang-undang mengenai kekuasaan yang mengatur seluruh kehidupan, kerana ia langsung mengenai akidah dan konsep, maka tidak bolehlah seorang Islam mencedok atau mempelajarinya melainkan melalui seprang muslim yang dipercayai keteguhan iman dan taqwanya dan juga diyakini dia menerima secara langsung daripada Allah SWT, iaitu Rasulullah SAW dan dia mengetahui pula itu adalah salah satu logik ubudiyah kepada Allah yang maha Esa atau pun logik shahadah LA ILAAHA ILLALLAH dan MUHAMMADUR RASULULLAH.

Diluar daripad persoalan ilmu sains yang berdasarkan praktikal dan statistik yang pasti (dikenal juga dengan nama ilmu pasti) yang dibolehkan oleh Islam setiap muslim itu mencedok dan menimbanya daripada mana-mana sumber, sama ada sumber orang muslim yang salih dan takwa atau seorang muslim yang kurang salih dan takwa, pun juga dari seorang bukan muslim, dan Islam mengiktirafkan ilmu itu sebagai milik seluruh manusia, sebagai alat meneroka kemajuan Islam maka Islam hanya mengenal dua sahaja bentuk kebudayaan dan ilmu pengetahuan

Pertama:

Kebudayaan/ilmu pengetahuan Islam: iaitu ilmu yang bersumber daripada asas dan konsep Islam. Ilmu pengetahuan Islam meliputi segenap aktiviti fikiran dan realiti hidup manusia, yang mempunyai kaedah dan dasar tersendiri bagi menjamin berkembangnya aktiviti itu selama-lamanya.

Kedua:

Kebudayaan/ ilmu pengetahuan jahiliah, iaitu kebudayaan yang mempertahankan fikiran manusia sebgai ganti Tuhan.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

bersambung...

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:01 PM

 

~ Monday, January 26, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Q:Ustaz, saya sebenarnya suka mengikuti perkembangan Jamaah-Jamaah Islam yang sedang berusaha giat untuk meninggikan syiar Islam sama ada melalui pembacaan dan perbincangan dengan ahli Jamaah-jamaah tersebut. Saya harap Ustaz dapat memberikan saya sedikit panduan yang perlu saya ikuti bagi memilih antara banyak Jama'ah Islam yang wujud pada masa ini untuk dijadikan sebagai wadah perjuangan saya bagi meninggikan syiar Islam. Wassalam

A:

Fenomena asSahwah alIslamiah (Kebangkitan Islam) disemarakkan oleh suatu tanzim yg tersusun pada era 1920'an. Tokoh ulung yg menggerakkan jama'ah Islamiah dalam bentuk organisasi ini ialah Imam Hasan Albana sekitar 1928. Ia juga berlaku di Pakistan oleh Imam alMawdoodi dan di Iran oleh AyatoLlah alKomeini.
Kebangkitan di Malaysia agak ketara bila tertubuhnya IRC, ABIM hasil dari kebangkitan Islam di Eropah terutama di UK..
Model utama jama'ah Islam tidak dinafikan adalah bermodelkan Jama'ah Islam dari Mesir. bahkan kebanyakan pendokong Jama'ah2 ini samada mendapat latihan dan program perkaderan dari sana. Ustaz Sa'eed Hawa (Fi Afaqi Ta'alim) berkata jika dicalonkan tokoh asSahwah atau tokoh Gerakan Islam atau Jama'ah Islam ini ialah alImam Hasan Albanna. Jama'ah yg menjadi model pula ialah Jama'ah Ikhwan Muslimin.
Pada Muktamar (Mesyarat Agung) Jama'ah Ikhwannya yg dikenali Muktamar Khamis (perhimpunan Agung ke 5), Imam Hasan memberi petua ciri2 Jama'ah Islam yg wajar disertai:
1. Jama'ah yg mendokong Da'wah Salafiyah, maksudnya jama'ah yg menyeru masyarakat kembali pada sumber asal mereka: alQur'an dan asSunnah dan kefahaman dan kesungguhan kaum Salaf (generasi awal Islam)
2. Jama'ah yg mengamalkan Tariqat Sunniah: bermaksud sebuah jama'ah yg mewajibkan pelaksanaan Sunnah dalam semua aspek kehidupan terutama aqeedah dan ibadah.
3. Jama'ah yg mengamalkan Hakikat Sufiah
Sebuah jama'ah yg benar ialah memberi penumpuan kuat pada program latihan kerohanian

4. Jama'ah Politik
Sebuah Jama'ah yg terjun dalam urusan politik kaumnya, jama'ah yg terlibat secara langsung dalam proses politik negara
5. Jama'ah riadhah: sebuah jama'ah yg juga memberi perhatian pada aspek kecergasan, membangun jatidiri dan pembangunan fizikal
6. Jama'ah ilmiah dan budaya
Sebuah jama'ah yg benar juga meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan (baik agama dan duniawi) serta membina budaya dan adab
7. Jama'ah Persyarikatan Iqtisadiah: Jama'ah yg terlibat dalam kegiatan ekonomi negara baik dari sudut mikro dan makro
8. Jama'ah ijtima'iyah: Jama'ah yg menjadi sebahagian dari tubuh umat, ia mendapat tempat pada grass-root (akar umbi)

Itulah petua atau garispanduan oleh Imam Hasan. Maka jika kita ingin memilih Jama'ah Islamiah, maka carilah organisasi/wadah yg memenuhi (kalau tidak semua) ciri2 di atas.

Dengan ringkas: jama'ah yg mendokong Islam yg syumul (lengkap sempurna).

dipetik dari al ahkam online

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:04 PM