~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, February 07, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Kata Pengantar

Segala puji bagi Allah, salawat dan salam kepada RasulNya.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang semestinya wujud pada setiap muslim, supaya dengan kewujudan sifat-sifat ini beliau benar-benar Islam.

Bahagian pertama ini menerangkan sifat-sifat yang seharusnya terdapat pada setiap mereka yang menggabungkan dirinya ke dalam agama Islam.

Kebanyakan orang menganut agama Islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh dua ibubapa yang muslim. Pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam. Mereka juga tidak mengetahui tuntutan dan penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam, oleh kerana itulah saudara lihat mereka berada di satu pihak sedang Islam berada di pihak yang lain.

Matlamat dan bahagian pertama ini ialah untuk menjawab semua soalan-soalan ini juga untuk menjelaskan apa yang dituntut oleh Islam dan seorang muslim, supaya dengan itu penggabungan dirinya ke dalam agama Islam merupakan penggabungan yang betul dan hakiki, seterusnya supaya beliau benar-benar Islam. Firman Allah:

"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas diri kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. " (S. 22:78)

Bahagian kedua pula menjelaskan kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri ke dalam harakah Islamiah. Bahagian ini juga menerangkan sifat-sifat gerakan Islam, matlamat, wasilah, falsafah dan cara beramal bagi gerakan Islam dan sifat-sifat yang seharusnya ada pada mereka yang menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam.

Satu hal yang perlu disebutkan di sini, bahawa secara umum, kejadian-kejadian yang berlaku dalam dunia Islam, secara khusus di negara-negara Arab menunjukkan suatu hakikat yang besar iaitu umat Islam hidup dalam kekosongan yang membunuh kehidupan dalam semua bidang.

Dalam satu jangka masa yang mencabar ini umat Islam telah mengalami suatu keadaan yang amat buruk, yang mana (dalam period ini) kebanyakan sistem dan prinsip telah gugur. Banyak pimpinan dan gerakan yang hancur apabila berdepan dengan cabaran-cabaran semasa yang berbagai corak dan bentuk. Sistem, prinsip, pimpinan dan gerakan ini gugur kerana tidak mempunyai sebab-sebab yang membolehkannya untuk kekal berterusan.

Gugur kerana sistem, prinsip, gerakan dan pimpinan ini hanyalah merupakan slogan-slogan kosong dan palsu yang tidak mempunyai nilai dan kualiti.

Gugur kerana ia tidak tulin dan asli. Ia tidak menggambarkan keperibadian umat Islam. Ia adalah sistem, prinsip, grakan dan pimpinan yang asing, dicipta dan diimport, sama sepenti kita mengimport pakaian.

Oleh itu ia tidak kekal lama. Dalam masa yang singkat ia telah tumpas dan dalam tempoh masa yang sedikit ia telah membuktikan keburukan-keburukannya sendiri.

Oleh kerana itulah rakyat umum telah menolak. nya. Ia adalah sistem prinsip, gerakan dan pimpinan yang asing bagi umat Islam, tidak serasi dengan prinsip dan keyakinan mereka.

Keadaannya samalah seperti buah pinggang atau jantung yang digantikan pada seseorang, sekalipun jasad itu menerimanya untuk satu jangka waktu yang pendek yang dipenuhi dengan azab sengsara tetapi kemudian jasad itu akan lemah dan mati.

Inilah yang berlaku kepada umat Islam sewaktu mereka menyedari keadaan mereka yang lemah dan sakit. Tetapi mereka tidak terus berfikir apakah yang harusnya dilakukan, malah terus mengimport prinsip dan sistem ciptaan manusia yang disangkakannya baik dan sesuai, sedangkan pada hakikatnya prinsip dan sistem itu sendiri mengandungi unsur-unsur kehancuran dan keruntuhan, mengandungi unsur-unsur krisis dan kerosakan, unsur-unsur ketumpasan dan keciciran.

Proses pertama selesai dengan menanamkan tamadun barat dan faham kapitalis ke dalam diri umat Islam. Sebagai akibatnya muncullah penyakit barah dalam bidang kehidupan so**, ekonomi dan siasah. Penyakit barah yang telah merosakkan keperibadian umat Islam, mengacau-bilaukan fikirannya merosakkan akhlaknya dan pada akhinnya menyediakan keadaan kepada umat Islam untuk menerima kekalahan pertama pada tahun 1948.

Walau bagaimanapun pahitnya pengalaman dan buruknya keadaan yang menimpa tetapi umat Islam masih tetap kekal menjadi tawanan kepada ketumpasan dan keciciran, terikat dengan sentimennya, tertipu oleh slogan-slogan yang palsu dan lahiriah yang mengelirukan. Inilah yang menyebabkan umat Islam menerima kekalahan buat kali kedua, ketiga dan keempat, kekalahan demi kekalahan. Segala sistemnya yang melaungkan pembangunan, revolusi dan sama rata sama rasa tidak sedikitpun memberi sebarang faedah, malah persahabatannya yang erat tidak sedikitpun dapat menolak bencana.


Kalau ketewasan dalam tahun 1948 adalah akibat dari mengekori barat maka ketewasan pada tahun 1967 adalah akibat dari mengikut proletariat yang berfaham kiri.

Umat Islam keluar dan peristiwa-peristiwa ini dengan pengalaman yang penuh duka dan menyayat yang mengakibatkan mereka tidak lagi menaruh harapan kepada orang-orang yang cuba memberikan harapan kepada mereka, kepercayaan mereka kepada pembesarpembesar dan pemimpin-pemimpin dari berbagai aliran parti turut berkecai.

Apakah umat Islam telah sedar setelah keadaan yang mereka alami ini?

Apakah pahit maung dan pengalaman ini dapat menyedarkan mereka?

Adakah umat Islam menyedari bahawa kekuatan antarabangsa, baik mana-mana kekuatan sekalipun, kesemuanya bersatu untuk menghancurkan mereka?

Adakah umat Islam mengetahui bahawa timur dan barat, kanan dan kiri kesemuanya adalah musuh mereka, menaruh dendam kesumat terhadap mereka dan sentiasa menunggu peluang untuk menumpaskan mereka?

Tidak ada anggapan yang lebih sesat dari anggapan yang mengatakan bahawa sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya umat Islam tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis.

Umat Islam mestilah menyedari bahawa mereka mempunyai keperibadian yang tersendiri, berbeza dari orang lain, keperibadian yang bukan kanan dan bukan kiri, keperibadian yang asli, sifat-sifat dan rupabentuknya bersumberkan Islam sebagai agama fitrah dan risalah fitrah. Berdasarkan kepada keaslian dan perbezaan ini umat Islam adalah mampu untuk memegang tampuk aliran fikiran dan siasah dunia.

Umat Islam mestilah mengetahui bahawa kekosongan yang dialaminya sekarang ini tidak akan dapat dipenuhkan oleh program Rumah Putih dari Amerika, tidak juga dapat dipenuhi oleh perancangan Kremlin dari Soviet Russia, tidak juga dapat dipenuhi oleh aliran fikiran Marx dan Lenin, tidak dapat dipenuhi oleh prinsip-prinsip Jipara dan Ho Chi Minh.

Selain dari Islam tidak akan dapat memenuhi kekosongan ini, baik kekosongan dalam sudut akidah, sistem, akhlak dan penyusunan undang-undang. Kesemua ini membuatkan gerakan Islam berdepan dengan tanggungjawab sejarah masa depan umat Islam, tanggungjawab yang memerlukan iman dan iradah. Apakah para duat Islam telah menyedari tanggungjawab ini?

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 6:42 PM

 

~ Friday, February 06, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

UlasanBerita: Ulang Tahun Ke-16 HAMAS: Kekuatan Terus Bertambah


Dalam beberapa tinjauan pendapat terakhir di Palestin, HAMAS telah ditempatkan sebagai gerakan alternatif dan banyak mendapatkan dokongan dari majoriti rakyat Palestin, setelah 16 tahun malang melintang di kancah perlawanan dan perjuangan membebaskan Palestin.

"Selama 15 tahun Hamas telah banyak memberikan sumbangan sebenar bagi rakyat dan bangsa Palestin. Gerakan ini telah mempersembahkan pahlawan-pahlawannya yang terus dicatat dari hari ke hari yang belum pernah disaksikan oleh dunia lain." Demikian yang diungkapkan oleh Syeikh Adnan Ashfur, salah seorang tokoh dan pemimpin Hamas dalam upacara sambutan memperingati 16 tahun gerakan Hamas di Nablus pada hari Ahad (14/12). Beliau menegaskan, "Hamas masih dan akan tetap menjadi harapan rakyat dan bangsa Palestin serta umat Islam Arab mahupun dunia Islam."

Menurut Ashfur, Hamas memulakan gerakan perjuangannya dengan aksi intifadhah (pelemparan batu), kemudian beralih kepada aksi perang menggunakan pisau (senjata tajam), aksi serangan bom dan ranjau sehinggalah akhirnya beralih ke aksi-aksi syahid (bom syahid/berani mati) yang telah memberikan kesengsaraan kepada penjajah Israel dengan berbagai-bagai kehancuran, menciptakan histeria dan ketakutan dalam jiwa-jiwa orang Israel. Kemudian siri-siri perjuangan ditingkatkan kepada aksi-aksi dengan menggunakan senjata yang lebih moden dengan roket, peluru perpandu Al-Qassam (1 dan 2), Al-Batar dan roket-roket anti kereta kebal yang mampu menghancurkan kereta kebal anti peluru perpandu Israel. Meskipun begitu, akal-akal generasi al Qassam masih terus bekerja untuk mencipta dan menghasilkan hal-hal yang baru di dalam perjuangan mereka.

Ashfur berjanji, Hamas akan terus memberikan kejutan-kejutan baru yang akan menambah histeria dan ketakutan di hati-hati orang Israel. Dia mengatakan, Hamas telah berjuang menghadapi kekerasan dan keganasan terancang Zionis, dan juga menghadapi pelbagai serangan dan pukulan dengan dibuangnya pada pemimpin mereka pada tahun 1992, demikian juga operasi pembunuhan keji ke atas para pejuang dan pemimpinnya di Tebing Barat dan Genting Gaza. Namun setelah semua itu, siapakah yang memenangkan pertempuran hari ini?? Hamas telahpun menjadi gerakan yang kukuh, akarnya mencengkam di bumi Palestin dan dunia Islam sementara dahan-dahannya semakin rendang dan terus menjulang ke langit, teramat sukar untuk dipatahkan kerana bersandarkan kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Ashfur mengatakan, aksi-aksi serangan oleh para mujahidin al Qassam, juga kumpulan-kumpulan perjuangan Palestin lainnya, telah membuat penjajah zionis Israel putus asa serta telah menggagalkan politik, ketenteraan dan keamanan mereka. Aksi-aksi itu benar-benar telah membuat zionis Israel kecundang dan diambang kehancuran.

Ashfur juga mengecam langkah-langkah para tokoh Palestin yang melepaskan hak-hak abadi rakyat dan bangsa Palestin menerusi rundingan-rundingan yang diadakan. Beliau menegaskan bahawa perjuangan perlawanan jihad, bagi rakyat dan bangsa Palestin, adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan tanah air mereka dan merealisasikan harapan mereka. Percaturan politik haruslah dilakukan secara benar sehingga memetik buahnya yang sudah matang dan tidak dengan tergesa-gesa.

Dengan izin Allah, tegas Ashfur, perjuangan Palestin mampu merealisasikan kemenangan dan memaksa penjajah zionis Israel berundur dan berjaya menyelsaikan krisis yang dihadapi rakyat Palestin. Hal ini memerlukan kesabaran, dan rakyat Palestin mampu untuk bersabar dan menanggung segala beban derita itu.

Selanjutnya, Ashfur menyeru kepada rakyat dan bangsa Palestin agar berhimpun di dalam bendera dan panji Islam sebagai jalan kemenangan, pembebasan dan kemapanan. Itulah satu-satunya cara untuk mempersingkatkan masa pertempuran dan mengurangkan jumlah korban. Dalam pada itu, tunduk di balik fatamorgana negara-negara dunia yang bersekongkol dan menyerah kepada musuh hanya akan menambah musibah dan bencana kepada rakyat dan bangsa Palestin.

Ashfur mengatakan, 'senjata' kesatuan nasional adalah sangat penting dan wajib dalam menghadapi peperangan melawan musuh. Ini kerana, segala usaha untuk berhimpun dan bersatu yang dilakukan Hamas bukanlah pertemuan-pertemuan formal yang tidak pernah beranjak maju atau mundur. Oleh itu, pemerintah mestilah mendorong ke arah terciptanya kesatuan nasional Palestin, iaitu dengan menghormati tuntutan rakyat Palestin untuk turut serta dalam membuat keputusan.

Apa yang sudah dilakukan di Kaherah dari 4 sehingga 7 Disember lalu itu harus dikuti oleh tindakan susulan dengan perbincangan-perbincangan di antara dalaman Palestin, tanpa ada campur tangan luar.



Allahu Akbar!!!

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam





posted by scouser at 8:33 PM

 

~ Thursday, February 05, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana masih mengurniakan hambaNya ini umo yg panjang.Walaupun masih kurang sihat,tp aku tetap nak menulis dlm weblog ni lantaran kesangapan yg tak terhingga.Ptg td aku terpaksa ke hospital utk buat coronory test.Minggu ni je dah dua kali kena inject.Kali pertama tu dibatalkan sbb aku makan before amik test tu.Kali kedua ni doktor suruh jgn makan pagi.Bila aku pegi hospital, hospital attendant tu tanya bila kali terakhir aku makan.Aku ckp le malam td.Dia tanya cukup tak 14 jam?Ler,doktor tak ckp pun aku kena tahan makan selama 14 jam.Malam td aku makan lewat gak,dlm pukul 2 pagi sbb aku buat keja.So,terpaksa la aku tunggu sampai pukul 4 ptg baru boleh amik test tu.Ptg td terasa sangat lenguh lengan aku sbb kena inject.Kesian la ko lengan,dah nasib tuan badan makan nasi basi.Padan muke aku.Brother Muadz,boleh explain apa coronory test ni?Hehehe...ana tanya doktor tp ana tak berapa paham sbb banyak sangat term medic yg dia guna.On the way balik ke rumah,aku termengelamun seketika.Aku terpandang satu pokok besar,terus aku teringat satu kisah masa kat mesia dulu.

Citernye begini.Lepas aku dpt offer ke Purdue aku jarang berada di UNITEN sbb kena uruskan visa dan sbgnye.Kebetulan ada sorang pak cik yg in charge KRJ (Kelab Remaja JIM) Seremban call aku.Dia nak ajak aku jd facilitator utk camping KRJ di Johol,Tampin.Since aku pun bosan duk kat umah,aku join la.Keesokannya kitorang bergerak naik van dari Pejabat JIM Negeri Sembilan which is dlm taman perumahan aku gak.So,aku jalan kaki je pi situ bawa beg dan peralatan.Bila sampai sana,rupa2nya dah ada pak cik2 lain tunggu kat camping site tu.Derang tolong pasangkan khemah utk dak2 remaja ni.Lepas maghrib tu tetiba pak cik ni minta aku kasi tazkirah.Aku mana la penah kasi tazkirah kat bebudak sek men.Mana la aku tau apa benda yg derang suka dengar.Lain org lain topik interest derang.Kalau remaja ni mungkin ada yg suka dgr sirah nubuwwah,yg dewasa plak mungkin suka dgr pasal tazkiyatun nafs ataupun siasah islamiah.So,aku tibai la ckp apa yg ada di kepala aku.Kena plak aku tak prepare pape.Tu kira first time aku kasi tazkirah kat audience.So,aku agak cuak le.Korang tau apa aku buat?Since aku berdiri dan audience sume duduk atas tanah,aku ckp pandang kat pokok2.Hehehe...aku tak pandang langsung kat budak2 ni,takut aku jd bisu tak terkata plak.Bila dah abis kasi tazkirah tu,aku pandang balik budak2 ni.Adeh,ade ke patut derang gurau2 sesama derang.Maknanya derang rasa tazkirah aku ni bosan la.Pak cik yg jd pengerusi majlis tu pun bkn dgr sangat tazkirah aku.Bila dia take over majlis dari aku,dia leh terlupa apa yg aku sampaikan tadi.Adeh,mmg betul la kengkawan kata aku ni bosan.Nak buek cam no yo dak?

Malam tu aku tido dlm khemah buat sekian lamanya.Ada sorang pak cik ni nama dia Halimi tido kat luar khemah.Dia kata sejuk tido luar ni.Esoknya abis basah satu badan sbb kena embun.Tula,takmo dgr ckp org.Pak cik halimi ni agak rapat ngan aku sbb dia keja kat bahagian research di uniten.Dulu dia scholar tnb gak di Kanada.Tak ingat plak nama univ dia tu.Vancouver rasanya.Sepanjang hari tu takde aktiviti menarik sangat selain mandi sungai dan riadah.Lepas zohor tu pak cik yg in charge program tu kata kitorang akan masuk ke hutan utk jungle trekking.Pepaham la bebudak kan,suka lengah2.Daripada janji lepas zohor terpaksa beralih kepada 2 jam slps zohor.Leader utk jungle trekking kali ni sorang abg penduduk kg tu.Derang panggil dia along.Agak lurus gak le along ni.Sblm masuk hutan tu kitorang baca doa reramai dan along pesan jgn bising2 dlm hutan.Tapi pepaham la bebudak ni,mudah rasa excited.5 min lepas masuk hutan derang dah bising2 balik.

Maka bermula la ekspidisi kami dlm hutan.Nak patah pinggang rasa bila daki bukit tu.Ada la beberapa faci lain yg ikut.Ketua faci ataupun pak cik yg in charge tu tinggal kat camp site utk jaga barang2 kitorang.Kitorang gilir2 jd org paling belakang utk jaga keselamatan.Org yg paling belakang ni la yg paling relax sekali sbb dia tak payah jalan lelaju kejar leader.Akhirnya kitorang sampai ke puncak bukit tu.Subhanallah...lawanya pemandangan.Nampak la banjaran sume.Mmg tgh2 hutan.Terasa agungnya kebesaran Allah.Pastu along tunjuk kitorang tapak kaki khinzir hutan.Agak besar jugak le.Pastu kitorang decide nak turun balik ke camp site melalui air terjun sbb janji ngan ketua faci by asar akan sampai.

Part ni la yg peak story aku sebenarnya.On the way turun tu,aku rasa lain macam.Aku rasa dah banyak kali lalu tempat ni.Tempat yg sama je.Aku dah mula tak sedap hati.Tapi aku tak berani nak tanya along sbb dlm hutan ni kita dilarang ckp benda yg bukan2.Maklumlah,jin ni suka main2kan manusia.Kalau kita kurang beradab atau dlm ketakutan,mmg la jin ni akan kacau kita.Ustaz Ismail Kamus penah ckp tempat2 yg tak didiami oleh manusia ni lazimnya menjadi tempat tinggal jin.Sbb tu la adanya perkataan tempat jin bertendang yg bermaksud tempat sunyi dan tak berpenghuni.Budak2 ni dah start kecoh bila nak sampai ke tempat air terjun walhal time tu dah masuk asar pun.Tetiba je along suruh berenti.Dia suruh sume org duduk.Ish,mamat ni kena sampuk ke.Aku dah start cuak.Dia tanya sape ada torch light dan air botol.Ada la beberapa budak ni yg bawa air botol dan torch light.Dia amik air botol tu dan terus amik wudhu.Time dia amik wudhu tu baru la aku tau kitorang dah sesat.Aku dah start terbayang bukan2.Dah la aku akan fly dlm masa sebulan lagi.Aku dah start terbayang headline newspaper citer pasal sekumpulan remaja dan org dewasa hilang dalam hutan.Mula terbayang headline news pasal sorang pelajar yg akan ke oversea dikhuatiri sesat dlm hutan.Adeh,time tu mmg cuak tak terkata.Aku try tenangkan fikiran.Zikir bebanyak,pesan ustaz aku dulu.Lepas je along amik wudhu,dia terus je laungkan azan.Aku try tgk tempat sekeliling.Mmg tgh2 hutan betul.Tak nampak apa langsung.Padahal kitorang kat atas bukit,tak nampak langsung area kampung kat bawah tu.Aku tau pandangan aku dihijab oleh makhluk2 jin.Insya Allah kena yakin yg aku dpt kuar dari hutan tebal ni.Lepas azan kitorang teruskan mencari jalan kuar.Tetiba along tanya sape ada mercun.Aik,apesal along ni?Dia kata dia nampak khinzir hutan pandang group kitorang.Seolah-olah nak serang group kitorang.Last2 khinzir hutan tu beredar cam tu je.

Tgh2 rancak berjalan tu tetiba along berenti lagi sekali.Apa plak masalah kali ni?Aku pi depan tgk apa yg berlaku.Ya Allahhhh...tanah runtuh.Cam mana nak balik ni?Along kata dia dah jumpa jalan kuar,tp ada tanah runtuh plak.Ni mmg betul2 terperangkap dlm hutan ni.Dah la kitorang bawa budak2 kecik (dak2 sek men ren dan sek ren).Last2 kitorang nekad gak utk turun dari kawasan tanah runtuh tu.Mmg tawakkal abisla.Kalau land slide tu slip lagi sket mmg sume akan tenggelam dlm tanah runtuh la.Sume kumat kamit berdoa minta diselamatkan.Along turun dulu dan dia ikat tali pada pokok.Pastu sorang2 turun ikut tali tu (cam absiling).Alhamdulillah sume berjaya turun dgn selamat.Tak lama pastu kitorang sesat lagi sekali.Allahu Akbar,cam mana nak buat ni.Sume dah mati akal.Last2 kitorang tawakkal je jalan dlm hutan tu.Lalu lereng bukit sume.Lereng bukit ni tak leh jalan straight,mmg mencabar la.Sebelah kaki kena paras pinggang masa berjln sbb ketinggian lereng tu tak sekata.Masa berjalan tu mmg tak nampak benda lain melainkan pokok2 tebal je.Hari dah makin gelap.Harapan nak kuar dari hutan tu mmg pudar sesangat.Solat zohor ngan asar burn cam tu je sbb nak cari jalan kuar.Tgh letih2 cari jalan kuar tu kitorang terdengar bunyi air terjun.Pelik gak sbb tak nampak pun mana air terjunnya.Jalan depan sket je...ya Allah...terbuka hijab di depan mata.Terus je nampak air sungai di sebalik pokok besar.Aku panik gak time tu sbb benda ni korang dpt rasa sendiri.Rasa cam pandangan ditutup dan tetiba boleh nampak balik cam sedia kala.Ish,seram gak la.Kitorang kuar dari hutan tu je terus nampak pak cik ketua faci tu dah tunggu.Dia pun nampak panik gak sbb kitorang tak sampai2.Tak sempat nak mandi manda kat air terjun tu sbb masing2 sume ketakutan.Seram tgk hutan tu,cam berpuaka je.Aku turun je terus sujud syukur.Yela,aku tak kawin lagi time tu (skrg pun belum kawin lagi).Kalau aku meninggal dlm hutan tu sbb tersesat tak ke naya namanya.Tak merasa alam perkahwinan le aku.Since ada satu van je, pak cik tu angkut sisters dulu.Kitorang plak berjalan ikut main road ke camp site utk jimatkan masa.Lagipun aku seram duk kat hutan tu,baik aku beredar cepat2.Jauh gak la berjln,dlm sejam gitu.Aku kena papah sorang budak ni sbb kaki dia cedera.On the way balik tu,kitorang selisih la ngan van pak cik tu.Dia amik la sesapa yg cedera dulu.Finally aku balik jalan kaki je.Mmg passed out la sbb letih berjalan dari zohor sampai ke maghrib.Malam tu aku jama' (qadha') je zohor dan asar.Sampai kat camp site tu aku kasi tau kat pak cik ketua faci tu aku nak balik umah.Aku rasa tak sedap hati.

Sementara tunggu ayah aku sampai aku borak la ngan along dan pak cik ketua faci tu.Pak cik ketua faci tu kata masa asar tu ketua kampung dtg kat camp site.Dia kata dia dgr suara org azan dlm hutan.Ish,terkejut gak aku dgr sbb time along azan tu aku tgk2 keadaan sekitar.Mmg tak nampak perkampungan langsung.Ketua kampung tu kata suara tu tak jauh dari kampung derang.Pak cik ketua faci tu dah mula cuak bila ketua kampung ckp cam tu.Dia terus bawa van ke tempat air terjun.Tgk2 kitorang takde kat situ.Sunyi sepi je.Ketua kampung pun join sekali time tu.Last2 dia azan dan buat solat sunat dua rakaat.Mohon supaya Allah selamatkan perjalanan kami.Tak lama lepas dia solat sunat tu,terus je dia nampak kitorang.Dia pun rasa pelik sbb memula tu tak nampak pape.Tetiba je nampak kitorang kuar dari balik pokok riuh2.Dia sendiri pun terhijab pandangan.Aku dgr dia citer seram gak la.Pastu along plak kata dia mmg dah agak akan sesat dlm hutan tu sbb dak2 ni celupar sangat mulut.Bising2 sangat.Jin marah kalau kita ganggu tempat tinggal dia.Sama la cam kita kalau jiran sebelah buat bising,sure kita pun marah.So,jin tu marah la sbb kita ganggu tempat tinggal derang.

Lepas solat isyak ayah aku pun sampai.Aku still dlm ketakutan.Tapi budak2 ni dah recover.Biasala,budak2 ni kalau dah excited dia lupa sume benda.Masa on the way balik tu aku still rasa tak sedap hati.Ayah aku jemput aku bawa 4 wheel drive Pajero.So,ada banyak seat kat belakang driver tu.Aku rasa cam ada makhluk duk kat belakang seat aku.Aku baca ayat kursi bebanyak.Ayah aku still relax je.Ayah aku ni mmg berani.Dia dah biasa ngan pengalaman jumpa jin ni.On the way balik tu mmg kena lalu hutan td tu.Takde lampu,gelap gelita.Sekali ada dahan kat tgh2 jalan.Cantik je dahan tu block jalan.Mmg tak boleh elak sbb jalan tu kecik.Kalau selisih ngan keta lain mmg kena ketepi bahu jalan.Ayah aku pun pelik.Dia kata on the way ke camp site takde plak dahan ni.Ribut takde,hujan pun takde.Mana plak datang dahan pokok ni.Kalau ada ribut td logik la juga sbb dahan tu jatuh dek angin kuat.Ayah selamba je turun dari keta alihkan dahan tu.Aku ingat nak ikut sekali turun,tp tak berani plak.Dlm tgh2 hutan ni.Buatnya kuar hantu atau binatang buas ke.Itula dia ayah aku.Org yg kuat imannya tak takut pada apa2 melainkan Allah.Malah makhluk tu yg akan takut padanya spt Umar Al Khattab.Terasa insaf seketika.Time ayah aku turun dari pajero tu aku cuak balik.Apesal aku rasa cam ada benda kat belakang seat aku ni.Last2 aku nekad nak toleh belakang gak.Bila aku toleh je...alhamdulillah takde pape.Cuma kepekatan malam je.Tak nampak pape kat belakang tu sbb takde lampu jalan.Aku toleh ke depan balik.Perjalanan pulang selamat sampai...alhamdulillah.

Sampai je kat umah ayah aku suruh baca ayat kursi tiga kali dan ludah kat luar gate.Benda ni sunnah Rasulullah tiap kali baginda pulang dari musafir.Tujuannya utk mengelakkan jin dan syaitan ikut masuk ke dalam rumah kita.Bila aku dah masuk umah tu aku citer kat mak ayah aku apa yg berlaku dlm hutan.Derang tak risau sangat sbb aku dah selamat.Tapi sebenarnya aku masih lagi dlm keadaan lemah semangat dan ketakutan.Aku tak leh tido malam tu.Aku rasa cam ada makhluk try masuk ke umah aku tapi tak berjaya.Aku mmg dpt rasa la makhluk tu keliling umah aku.Dia try nak masuk tp tak leh.Last2 aku kejutkan mak ayah aku.Mak ayah aku dah start panik.Derang tak penah tgk aku takut cam tu sekali.Aku dah hampir nak nangis time tu.Mmg takut gile.Ayah aku ni penah menuntut ngan ustaz amin,anak murid ustaz harun din.Dia masak air pastu suamkan air tu.Dia baca surah apa aku pun tak ingat.Pastu dia hembus dlm air tu dan suruh aku minum.Alhamdulillah terus ilang rasa takut aku.Malam tu dpt balik aku tido dgn aman.

Esok tu aku tanya ayah aku dia baca apa kat air yg aku minum malam tu.Ayah aku gelak je.Ayah aku ckp,"Abah baca surah Al Fatihah je.Tu pun bkn ada pape sangat.Just main psikologi bagi along pulih semangat je". Cet,aku kena tipu ngan ayah aku.Sabor je la.Itula pengalaman aku tersesat dlm hutan.Alhamdulillah,aku takde plak rasa fobia nak masuk hutan.Ingat kengkawan,bila masuk hutan tu jaga adab dan banyak2 berzikir serta berdoa supaya Allah melindungi kita.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:35 PM

 

~ Wednesday, February 04, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Dakwah: "Kesungguhan" Bekalan Di Jalan Dakwah

Apa yang dikehendaki oleh Islam daripada penganutnya ialah membentuk umat yang saleh untuk menjadi Khilafah dan memakmurkan muka bumi, supaya dengan itu ia menjadi umat yang terpelihara identitinya dan memuliakan diri ke merju jaya. Itu tidak akan dapat dicapai kecuali dengan bersikap dengan sikap positif dan bersungguh-sungguh.

Ia hendaklah bermula dengan dirinya, kemudian berpindah posisi daripada kedudukan pengkritik kepada kedudukan penyumbang yang menggerakkan peristiwa dan mengepalai urusan dengan penuh keyakinan diri dan kepergantungan kepada tuhan tanpa mengindahkan segala halangan atau terpengaruh dengan desakan orang awam.

Makna kesungguhan

Kesungguhan lawan kepada perkataan olok-olok, bermudah-mudah, lemah dan lembap. Ia bermaksud: "melaksanakan tanggungjawab syarak dan dakwah serta-merta, cekal, berterusan dengan menggunakan semaksimum mungkin kebolehan yang ada, tanpa mempedulikan halangan atau mencari alasan untuk tidak melakukannya".

Lima syarat yang melengkapi kesungguhan

1. Melaksanakan tanggungjawab dengan serta merta

Ini dapat dilihat dengan sempurna dalam perisitiwa pengharaman arak(al Maidah:90/91), perubahan kiblat( al Baqarah:143)dan arahan supaya wanita bertudung(an Nur:31).

2. Kekuatan dan keazaman

Ini dapat dilihat dengan jelas daripada pendirian Omar ketika berhijrah. Beliau dengan berani mencabar Quraisy:" saya akan berhijrah, sesiapa yang mahu melihatnya emaknya kehilangan anak, isterinya menjadi janda atau anaknya menjadi yatim sila ikut aku..tak seorang pun berani mengekorinya. Kisah kepahlawan sahabat dalam perang Hamra' al Asad, keberanian Salamah bin al Akwa' dalam peperangan Zi Qird dan Jakfar yang mempertahankan panji-panji Islam dalam perang Tabuk.

3. Cekal dan berterusan

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa-peristiwa sepanjang sirah s.a.w bermula dengan zaman rahsia, dakwah diumumkan, melalui senang dan susah tanpa jemu dan putus asa. Baginda pernah bersabda: "kalau mereka meletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meniggalkannya sehingga Allah berikan aku kemenangan atau aku binasa kerananya". Dan banyak lagi.

4. Menggunakan kebolehan secara maksimum

5. Abu Bakar as Siddik membelanjakan hartanya semua sekali.Uthman r.a menanggung semua keperluan ketenteraan untuk tentera Islam dalam perang Tabuk dan Mus'ab bin Umair meninggalkan kehidupan yang mewah dan berpada dengan bekalan yang sangat sedikit untuk menjadi duta dakwah. Dan beliau mati dalam keadaan tidak cukup pakaian untuk menkapannya.

6. Mengatasi halangan atau keuzuran

Kita melihat mereka berpegang kepada azimah(lawan rukhsah), sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab dan menyertainya bersama tidak kira apa pun suasana. Amru bi al Jamuh r.a. ingin keluar berjihad, lalu dihalang oleh anak-anaknya kerana ia cacat. Rasulullah s.a.w memberitahunya dia boleh ambil rukhsah, tetapi ia menjawab mudah-mudahan aku dapat melangkah kesyurga dengan kakiku yang cacat ini.

Dari laman massej.info

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam



posted by scouser at 9:51 PM

 

~ Tuesday, February 03, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...



Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih memberi kesempatan utk terus menulis.Jazakumullahu khairan katheera kepada sume yg menegur aku.Kemaafan dipohon sebanyak-banyaknya sbb terlalu excited nak menulis pasal pengalaman sampai terlupa konsep sir wa hazaar (rahsia dan berhati-hati).Lagipun aku terlalu rindukan sahabat2 sesama usrah dan nuqaba' di mesia.Rasa tak sabar nak jumpa derang.Insya Allah aku takkan sambung citer pengalaman usrahku di mesia lagi.Lepas ni aku cuba citer pengalaman yg lain masa kat mesia.Tapi utk citer kali ni aku tak sure sama ada perlu dirahsiakan ataupun tidak.Kalau ada sesapa yg merasakan citer ni perlu dirahsiakan,sila tulis kat chat box tu.

Kisah ni berlaku pada bulan Ogos tahun 2000.Masa tu aku tgh break lps kelas utk TOEFL.Masa tu aku still kat UNITEN buat preparation ke US.Tgh2 aku relax tu tetiba hp aku berbunyi.Sape plak call aku tgh hari buta ni.Selalunya bebudak kelas aku buat prank call (di mesia lebih dikenali missed call).Since aku off ring tone dia dan ditukar kepada vibrator,maka aku terlompat kejap sbb terkejut.Apa punya hp la,gegar pun sket2 dah le.Ini gegar sampai 10 richter,cam gempa bumi kat Jepun je.Bila tgk screen rupa2nya akhi Fakhrul,naqib aku.Aku pun jawab la call dia.Akhi Fakhrul kata,"Muhannad,free tak malam ni?" Pelik semacam je akhi Fakhrul ni tanya aku.Aku jawab,"Free,akhi Fakhrul.Ada apa?" Akhi Fakhrul kata,"Ingat nak ajak ke Malam Sumbangsih Islah kalau tak keberatan." Ish,aku mana ada duit nak pi event tu.Mahal wooo.Malam Sumbangsih Islah ni sambutan sempena ulang tahun ke 10 JIM dibuat di Sheraton Hotel,Subang Jaya.Sedangkan mak ayah aku tak pegi,inikan aku plak.Pastu akhi Fakhrul sambung lagi,"Takpe,ana belanja." Wooo...wooo...wait a minute.Biar benar akhi Fakhrul ni.Mahal la kena bayar.Sedap2 je dia belanja aku.Aku pun dgn tak malu terus je jawab boleh.Ish,dasar tak malu tul.Bukan ape,patutnya buat la segan2 sket ke.Ni terus accept je.Bijak tul aku ni.So ptg tu aku pegi masjid UNITEN dan akhi Aidid terus bawa aku ke Sheraton Hotel.

Rupa2nya akhi Aidid pun tak tau mana Sheraton Hotel tu.Sesat kitorang malam tu.Hehehe...Dan yg paling best tu aku tertido.Aku ni pantang naik keta je tido.Asal aku tak drive,mesti aku akan tertido.Kekadang tu jd co pilot pun leh tido gak.Kalau naik keta tu,trend aku akan pasang nasyid dan aku akan bernasyid sama.Kira nak menten suara la supaya skill bernasyid tak ilang ditelan zaman.Huhuhu...10 min lepas tu?Dunia akan aman kembali daripada suara aku.Tak pun suara aku yg merdu tu akan diganti dgn dengkuran yg lebih bersemangat.Bila aku sampai kat hotel tu,mmg gigil tak terkata.Bkn ape,sume org pakai smart.Sume pakai baju batik warna hijau tua.Pakaian rasmi utk Malam Sumbangsih Islah.Aku plak?Aku pakai kemeja petak2 ngan seluar cargo.Punya la tak skema.Ish,segan tul aku mlm tu.Tetamu kehormat bkn je pimpinan JIM,tp pimpinan PAS,DAP,dan keADILan pun ada sama.Waaaaa...malunye.Rasa cam nak nyorok kat bilik air je.Sampai kat pintu masuk dewan tu,akhi Fakhrul kasi aku tiket masuk.Pergh...korang tau bape harga dia? RM 100 kengkawan.Tu meja paling murah tu.Menggigil tangan aku masa aku tunjuk tiket tu kat penjaga pintu dewan.Bila dah masuk tu,masya Allah ramainye manusia.Mostly satu table tu penuh ngan keluarga.Ada gak meja yg yg diduduki oleh pimpinan dari parti pembangkang sahaja.Ada gak meja yg diduduki oleh pimpinan jim pusat sahaja.Aku duduk kat meja pimpinan KARISMA.Aku nak duduk pun segan abis.Yela,sume yg duk kat meja tu berjanggut dan bermisai.Dah ada anak sume.Aku sorang je yg misai segan2 je nak muncul dan janggut yg hanya sepanjang bulu mata aku ni.

Aku tak berapa ingat aturcara majlis tu.Tapi tak silap aku dimulakan dgn bacaan Al Quran dan diikuti presentation ttg sejarah perjalanan JIM since 1990.Pastu diikuti penyerahan modul tarbiah oleh Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah kepada Presiden JIM.Pastu ada la pentomen sket dari KRJ (Kelab Remaja JIM).Pastu ada persembahan sajak daripada keluarga Abu Urwah,Mak Cik Fauziah Salleh (Ketua Wanita keADILan) dan Ustaz Alias (penterjemah buku Fathi Yakan - Apa maksudnya saya menyertai Islam).Pastu terus dinner.Abis je dinner kitorang solat Isyak.Time nak amik wudhu tu aku terserempak ngan bekas presiden GAMIS,Ust Zaharuddin.Perghhh...macho wooo.Since bilik air jauh,so aku masbu' je.Bila imam dah abis bagi salam,aku sambung la solat and to my surprise ada org tepuk bahu aku.Alamak,sape plak ni yg nak jd makmum aku.Terketar2 aku baca al fatihah dan surah2 lain.Abis je bagi salam aku toleh belakang.Mak aih,Ustaz Alias yg tepuk aku td.Adeh...lemah jantung aku seketika.Sesapa yg bergiat aktif dlm harakah islamiah akan kenal benar la sape Ustaz Alias ni.Selalu kasi ceramah di merata tempat.In fact,sebelum isu reformasi dia selalu kasi ceramah kat forum perdana tv 1 tu.Ish,tak berani aku duk situ lelama.Aku zikir sket pastu doa dan terus blah.Buatnye ustaz alias sound bacaan aku kang naya je.Aku masuk balik dlm dewan sbb ada acara yg tak abis lagi.Actually ni la event yg paling aku tunggu.Cuba teka apa....Jawapannya persembahan nasyid.Persembahan nasyid yg pertama disampaikan oleh Nahwan Nur.Ok gak la suara derang.Pastu Saff One (masa tu nama derang still Mustika) plak buat persembahan.Persembahan last sekali dari Alarm Me.

Malam tu Alarm Me lambat sket buat persembahan.Ish,kenapa la derang ni lama benar nak get ready.Aku usha2 rupa2nya derang tgh siapkan peralatan.Macam gempaq je.Aku tgk siap ada laptop ngan projector.Pastu aku tgk derang cam adjust2 kan speaker besar tu (yg cam home theather tu).Bila pengacara majlis kata Alarm Me dah ready nak buat persembahan,sume audience senyap.Sekali dgr derang intro (intro nasyid)...waaaaa,tangkap nangis aku.Gile power la suara derang.Siap ngan sound effect dan imaging dari projector.Ish,ni dah macam concert la plak.Gabungan 3 org tu mmg mantap.Itulah persembahan nasyid paling bertenaga penah aku tgk.Derang bawa tiga lagu kalau tak silap aku.Utk lagu Bulan2 Islam derang berduet ngan kembar derang dari video clip.Mesti korang blur dgn apa yg aku ckp ni.Ok cam ni,masa derang nasyid tu derang pasang video clip sekali.Video clip dari laptop tu disambung ke projector dan dipancarkan ke atas pentas.So,seolah2 ada dua kembar seiras kat pentas tu.Cuma satu tu real dan satu lagi tu dari alam maya.Mmg canggih tak ingat punya la.Abis je persembahan tu aku terpaksa balik ke uniten sbb gate tutup pukul 12.Alhamdulillah kali ni tak sesat dah.Sblm balik tu aku sempat beli baju sbg kenang-kenangan.

Bila aku teringat Malam Sumbangsih Islah tu,aku teringat balik sahabat2 sesama usrah aku.Semuanya bertebaran ke seluruh pelusuk dunia.Ada yg ke Jepun,ada yg ke UK,tak kurang juga di Australia.Aku sorang je tercampak jauh2 di US ni.Hehehe...Insya Allah mungkin kita berpeluang bertemu dlm majlis cam tu.Mungkin sempena JIM 25 tahun ke.Wallahu a'lam.Tapi teringin sangat kalau boleh berkumpul dgn derang dlm event yg cam tu.Seolah-olah tgh meraikan kemenangan Islam dgn penuh gembira sambil tidak melupakan batas2 syarak.Aku rasa cukup utk setakat ni dulu.Aku pun dah ngantuk

p/s: kisah ni tribute utk kawan2 usrah aku;Abdullah (Australia),Ammar (Australia),Zul Azmi (Jepun),Ikhwan (Jepun),Muadz (UK),dan Asri (UK).Teruskan usaha dakwah masing2.Allah campakkan kita jauh2 utk sebarkan syariatNya di seluruh muka bumi ini.Fastaqim kama umirta ya ikhwati...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 11:06 PM

 

~ Monday, February 02, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Lambaian Bosnia Herzigovina (Siri 1)
Kisah Rombongan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)


Oleh:Abu Muttaqin



Ingin saya mengisahkan sedikit pengalaman rombongan ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) atau Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) diketuai oleh presidennya, Dr. Musa Nordin semasa menghadiri FIMA (Federations of Islamic Medical Associations) Scientific Convention & Council Meeting di Sarajevo pada bulan Julai tahun 2001.

Kami terbang melalui KL ke Istanbul, berehat dua hari dan kemudian menyambung perjalanan dari Istanbul ke Sarajevo, Bosnia-Herzogovina. Perjalanan dari Istanbul cuma memakan masa dua jam dengan Turkish Airlines melalui ruang angkasa Serbia.

Setibanya kami di lapangan terbang Sarajevo, kelihatan berkeliaran ramai tentera dari pasukan pelbagai negara yang bertugas ‘melindungi’ Bosnia-Herzogovina. Lapangan terbang itu sendiri masih di bawah pengawasan pasukan SFOR. Kami dapat melihat Gunung Igman di sebelah belakang lapangan terbang, tempat tentera Islam Bosnia berkubu dan mempertahankan Sarajevo semasa perang empat tahun (1992-1995).

Keadaan di Sarajevo masih tegang. Serbs and Croats telah kembali ke Sarajevo sejak perjanjian damai Dayton dan mereka adalah di bawah perlindungan SFOR. Ironinya tempat-tempat di persempadanan dan luar Sarajevo seperti Tuzla, Mostar, Sebranica dan Prussac tidak di bawah perlindungan. Jadi, jika masyarakat Islam ingin kembali ke kampung halaman mereka, mereka diserang oleh orang-orang Croat dan Serbia.

Sarajevo yang terletak di lembah dan di kelilingi bukit kelihatan sedang giat mengalami proses pembangunan semula, tetapi masih ada tempat-tempat seperti bangunan Parlimen dan ibu pejabat akhbar utama yang ditinggalkan separuh ranap sebagai war monument.

Boleh dikatakan hampir semua rumah yang kami lewati di bandar Sarajevo ada kesan-kesan tembakan termasuk Holiday Inn tempat penginapan kami. Keadaan Sarajevo justeru selepas perang sebagaimana yang dirakam dalam video Sarajevo Under Siege hampir berkecai keseluruhannya. Mengikut duta Malaysia yang kami temui di rumahnya pada hari pertama kami sampai, Sarajevo masih didiami oleh pihak Serbia. Bayangkanlah jika SFOR berundur - mereka boleh memulakan peperangan baru bila-bila masa saja!

Sebenarnya ada tiga komponen utama lawatan kami ke Sarajevo iaitu Konvensyen Saintifik Perubatan FIMA, Mesyuarat Medical Relief (Doctors World Wide-DWW) dan Program Sosial. Semua program itu sama berat dari segi kepentingan dan tarikannya.

Konvensyen Saintifik Perubatan FIMA membabitkan siri pembentangan kertas kerja ilmiah dan berlangsung selama tiga hari. Saya sendiri telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Community Based Rehabilitation in Developing Countries”. Satu lagi kertas kerja dari Malaysia ialah ‘Roles of Telehealth in Disease Prevention’ oleh Dr. Hiishammuddin, CEO Medical Online (M) Bhd.

Hampir seratus kertas kerja telah diterima untuk konvensyen tersebut. Semua kertas kerja melalui proses akreditasi terlebih dahulu yang diketuai oleh Dr. Sheikh Nasir Hassan, Director of Research Committee, Havard Medical School Research Centre. Setiap pembentangan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta konvensyen.

Mesyuarat Medical Relief pula bermula pada sebelah petang hari pertama lagi. Semua peserta yang saya temui semasa mesyuarat pertama penubuhan DWW di Chicago, April 2000 dulu saya temui semula di samping muka baru, wakil dari Turki, Pakistan, Afrika Selatan dan Sudan.

Agenda berkisar pelawaan DWW untuk bekerjasama dengan semua pasukan bantuan perubatan negara Islam daripada berbagai-bagai benua; Asia, Afrika, Eropah, dan Amerika supaya pembentukan sebuah organisasi bantuan sedunia seperti International Red Cross dan Medicine San Frontier dapat terlaksana.

Mesyuarat hari kedua pula lebih bertumpu kepada pembentangan laporan aktiviti serantau. Saya bagi pihak Dr. Jemilah mewakili Malaysian Medical Relief Society of Malaysia (MERCY) membentangkan perkembangan dan projek MERCY di Malaysia dan Nusantara. Ini termasuk projek bantuan perubatan di kawasan konflik seperti di Maluku dan selatan Filipina, juga di kawasan ‘tanpa konflik’ seperti China, Cambodia dan Borneo.

Laporan yang sangat menarik telah dibentangkan oleh Dr. Waseem Fatallah (IMANA-USA) dan Adnan Siddiqui (UK) yang baru kembali daripada membuat tinjauan ke Afghanistan. Perlu diingat, ini adalah situasi sebenar setempoh empat bulan sebelum perang di Afghanistan bermula. Bagaimana diberitakan apa yang dilihat di sana adalah samasekali berlainan daripada apa yang disiarkan dalam media massa.

Mereka memang serius hendak melaksanakan Islam sepenuhnya tetapi semacam disabotaj oleh pihak antarabangsa seperti UN, WHO, UNHCR dan IRC. Kehidupan mereka sungguh susah di samping tidak cukup peralatan dan makanan serta ubatan akibat ‘sekatan dagangan’ daripada pihak-pihak antarabangsa manakala sempadannya dengan Pakistan dan Iran dikawal rapi oleh para talibarut UN.

Satu contoh adalah dalam pembukaan semula lebuhraya dari Kandahar ke Kabul. Lebuhraya ini telah dipenuhi oleh periuk api yang ditanam oleh puak Northern Alliance (Pakatan Utara) semasa mereka berundur setelah kalah di tangan Taliban. Bantuan UN diminta dan mereka bersetuju membersihkan jalan tersebut dengan syarat mereka diberi kuasa mengawal lebuhraya tersebut atas alasan keselamatan dan meminta diberi kuasa selama sekurang-kurangnya tiga puluh tahun kononnya untuk benar-benar memastikan keselamatan pengguna.

Walhal tujuan sebenarnya ialah supaya mereka dapat mengawal laluan masuk semua bekalan dan barangan dari Pakistan ke Afghanistan. Pihak Taliban menolak tawaran tersebut dan kemudiannya atas kepentingan dan maslahat penduduk telah mengarahkan tentera jihadnya memandu kereta kebal di sepanjang lebuhraya tersebut menyebabkan beberapa buah kereta kebal musnah dan sejumlah mujahidin terkorban dalam melaksanakan tugas tersebut. Jalan itu akhirnya diisytihar selamat dan boleh dibuka dalam masa seminggu sahaja!

(Bersambung...)

* Abu Muttaqin atau Dr. Amaluddin Ahmad merupakan pensyarah perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kubang Kerian. Kini sedang menjalani kursus MSc Child Health di University of Warwick.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:09 PM

Bismillaahirrahmaanirraheem...

SALAH FAHAM TERHADAP USRAH: USRAH SEBAGAI KAUNSELING

Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.

Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.

Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.

Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halakah ilmu.

Rukun usrah terbahagi tiga iaitu ta’aruf (perkenalan), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling tolong-menolong). Naqib dan naqibah usrah selain daripada dikehendaki memastikan setiap anak usrahnya saling mengenali antara satu sama lain, dia juga berperanan untuk membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dialami oleh anak-anak buahnya sebagaimana yang telah digariskan dalam rukun usrah. Mungkin atas dasar inilah mengapa usrah dianggap sebagai sesi kaunseling atau dengan kata lain, sesi menyelesaikan masalah.

Rukun-rukun usrah hanya bersifat sebagai wasilah (wahana atau alat) untuk mewujudkan suasana kondusif dalam tarbiyyah bagi memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.

Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.

Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:06 PM

 

~ Sunday, February 01, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Berdakwah itu ibadah

Berdakwah adalah ibadah. Dengan berdakwah kita bertaqarrub kepada Allah S.W.T.


Berdakwah adalah ibadah. Dengan berdakwah kita bertaqarrub kepada Allah S.W.T. Tidak ada niat lain kecuali untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Aktiviti dakwah kita juga tidak terkeluar dari ruang lingkup syara'. Jika ada niat lain, maka ibadah kita tidak akan dinilai oleh Allah S.W.T. Begitu juga jika terkeluar dari linkungan syara', maka rosaklah ibadah.


"Barangsiapa mengadakan yang baru dari urusan kami yang bukan dari agama, maka ia tertolak".
"Sesungguhnya amal itu dengan niat". (kedua-duanya maksud dari hadith sahih)

Dalam ibadah solat, tujuan kita hanya satu; keredhaan Allah S.W.T. "Celakalah orang-orang yang solat, yang daripada solatnya dia lalai, dan dia ria'.....( al Maun, ayat 4).

Solat yang ada niat lain bukan saja sia-sia, malah dilaknat oleh Allah S.W.T.

Begitu juga dalam berdakwah. Tujuannya semata-mata kerana Allah S.W.T. Tujuan duniawi hendaklah dibuang jauh-jauh.

"Katakanlah (Ya Muhamaad), Inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujah yang jelas, aku dan engikutku, dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku termasuk orang-orang musyrikin"( Yusuf, 118).
Syarat berdakwah kepada Allah amat jelas dari ayat tersebut; mensucikan Allah dan tidak menyekutukannya. Syarat tersebut bermaksud dakwah kepada Allah hendaklah bersih dari tujuan duniawi seperti untuk mencari populariti, mendapat kuasa, mengumpul harta dan sebagainya.

Dakwah ilaLlah juga bermaksud seruan yang hanya menyeru kepada Allah; menyerah diri kepadaNya semata-mata dengan mentaatiNya. Dakwah ilaLlah tidak menyeru manusia kepada aliran tertentu atau kumpulan tertentu. Pendakwah yang sentiasa taqarrub kepada Allah hanya mengajak dirinya dan orang lain mentauhidkan Allah serta melaksanakan perintahNya.

Dakwah makin hamun bukan dakwah ilaLlah. Bagaimana mungkin seseorang yang beribadah melakukan perkara-perkara yang terkeluar dari landasan syara'ei.

Begitu juga dakwah bermusim. Kenapakah dakwah itu tiba-tiba menjadi rancak pada musim pilihanraya? Apakah ada nawaitu lain selain beribadah kepada Allah semata-mata? Dakwah juga hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Pendakwah adalah penganjur perpaduan, bukan penganjur perpecahan. Hati yang ikhlas akan terpanggil dengan seruan yang berasaskan kasih sayang. Sebaliknya dakwah yang berasaskan benci membenci akan menjauhkan manusia daripada pendakwah.

Sempena maal hijrah 1424, saya menyeru umat Islam agar muhasabah amalan-amalan yang kita sangka sebagai amal soleh. Asas semua amal adalah ikhlas hanyasanya kerana Allah S.W.T dan bertepatan dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. Tanpa kedua asas penting itu, ibadah kita adalah sia-sia walau banyak mana pun yang kita lakukan.

Tanyalah diri kita sendiri terlebih dahulu samada sesuatu amal yang hendak kita lakukan itu ikhlas atau tidak . Kemudian tanya pula samada Allah ridha atau tidak amal kita itu. Kita rujuk hadith-hadith sahih terhadap perkataan dan perbuatan yang kita akan lakukan. Jika kita berpuas hati tanpa ragu-ragu lagi, maka teruskan beramal kerana amal itu akan menjadi ibadah.

Semoga Ma al Hijrah tahun ini tahun 'turning point' bagi seluruh umat, khususnya para pendakwah ilaLlah

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:22 PM