~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Thursday, February 12, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

MALAIKAT MAUT : TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. "

( Surah Al-A’raf ayat 34)

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:12 PM

 

~ Wednesday, February 11, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

"...sihat itu umpama harta...ia kan 'pergi' jika tidak dijaga...ia kan 'kekal' jika dipelihara..."

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam yg masih mengurniakan hambaNya yg hina ini dua nikmat yg terbesar iaitu iman dan Islam.Antara 5 perkara yg mesti kita ingati sblm datang 5 perkara yg lain adalah sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.Perkara ini jarang sekali kita ingat dlm kehidupan seharian.Di mana silapnya?Adakah kerana kelalaian dan kesibukan dgn urusan seharian atau kerana permainan nafsu dan syaitan?Kedua-duanya benar.Hari ini merupakan detik yg pasti tidak kulupakan dlm sejarah hidupku yg mungkin akan tiba penghujungnya...

Segala-galanya bermula gara2 makan nasi lemak yg sudah basi.Tanggal 30 Januari (khamis) merupakan hari di mana tragedi yg tidak pernah ku jangka sama sekali.Bukan aku sengaja mencari nahas memakan nasi tersebut,tp aku terpaksa.Aku baru sahaja menerima e-mail daripada boss ku supaya hadir ke tempat kerja tepat jam 8.30 pagi.Nasi lemak yg dimasak malam td pun tidak ku sangka akan basi pada keesokannya.Oleh kerana kesuntukan masa,ku telan jua nasi tu.Tapi kuantitinya tidaklah begitu banyak.Hanya sekadar utk melapik perutku yg kelaparan.Tambahan pula kerjaku bkn kerja ringan.Aku bekerja sbg Research Assistant di Concrete Lab di universitiku.Kerjaku memerlukan tenaga yg banyak kerana tugas membancuh simen dan mengangkat batu-bata bukanlah satu kerja yg ringan bagiku.Tambahan pula aku terpaksa bekerja hampir 2 jam lamanya.Hari Jumaat keesokannya perutku mula memulas spt yg kujangka.Tapi aku tak sedikit pun rasa risau kerana aku pernah mengalami situasi spt ini dahulu.Pesan doktor hanyalah berhenti makan dlm masa 24 jam.Itulah yg ku lakukan pada hari tersebut.Namun perutku masih juga sakit dan berlarutan hingga ke hari Isnin.Hari Isnin aku nekad pergi ke hospital utk berjumpa dgn doktor.Tak pernah seumur hidupku perut memulas dgn begitu teruk sekali.Dah la ptg tu dan ptg keesokannya aku ada exam.Doktor juga pelik dgn tindakanku yg tidak segera ke hospital kerana sakit perut.Malah aku dimarahinya.Hasil daripada rawatan doktor,dia menjangkakan perutku mungkin telah dipenuhi toksik kerana air kencingku begitu kotor.Aku sudah mulai risau.Doktor memberitahuku penyakitku ini mungkin kerana ulser atau gastrik sahaja.Tapi doktor masih tidak berpuas hati dgn keputusan rawatannya kerana ada beberapa perkara pelik yg berlaku.Aku diminta terus ke lab hospital utk diambil sampel darah dan air kencing.Ternyata keputusan ujian tersebut tidak menggembirakanku.

Doktor merasa pelik sekali lagi dgn keputusan ujianku.Perkara sebegini tak pernah berlaku.Doktor mengandaikan kesilapan dlm ujian tersebut kerana lupa memberitahuku supaya tidak makan dlm tempoh 14 jam.Aku diminta sekali lagi ke lab hospital pada hari Khamis.Kali ini dgn berpuasa selama 14 jam sblm mengambil ujian darah.Hari yg penuh debaran pun menanti.Pada hari khamis tepat jam 4 ptg aku tiba di lab hospital utk menjalani ujian sekali lagi.Kali kedua dlm seminggu sampel darahku diambil.Aku bertanya kepada doktor bilakah aku boleh mengetahui keputusan ujian tersebut.Doktor mengatakan seawal-awalnya minggu depan.Jika keputusannya tidak begitu baik,doktor akan menelefonku.Jika sebaliknya,aku tidak perlu menunggu panggilan.

Perkara yg merisaukanku rupa2nya benar2 terjadi.Doktor meninggalkan voice mail msg di talianku.Aku diminta menelefon doktor secepat mungkin.Ish...apa sebenarnya yg terjadi ni?Aku mulai risau.Aku pun menelefon doktor keesokannya kerana hari sudah pun lewat malam.Aku diminta berjumpa dgn doktor pada hari Rabu (hari ini) kerana pesakit terlalu ramai pada hari Selasa.Maka hari ini aku pun menapak ke hospital tepat jam 2.30 ptg.Aku nampak riak sedih di wajah doktor tatkala dia menjemput aku masuk."Tolong beritahu aku apa sebenarnya yg terjadi doktor",bentak suara hatiku.Doktor cuba bercakap dgn wajah yg tenang.Dia seolah-olah tidak mahu terus ke topik yg sebenar.Perbualan tertumpu pada sakit perutku yg lepas,sama ada sudah pulih atau tidak.Adakah aku sudah makan ubat yg diberinya dan sbgnya.Aku semakin risau.

Akhirnya doktor berterus terang dgnku.Akhirnya,jawapan yg ku tunggu2 tiba ke telingaku jua.Doktor menunjukkan hasil ujian yg diambil pada minggu lepas.Ternyata ujian tersebut mmg benar.Tak perlulah aku nyatakan apa penyakitku.Aku terlalu kecewa dan sedih.Hanya kerana memakan nasi lemak yg basi,aku ditimpa penyakit yg serius.Aku diam tak terkata.Doktor mengatakan hasil ujian tersebut di luar jangkaannyaa.Kes aku akan dibawa ke doktor pakar utk rawatan lanjutan.Insya Allah rawatan tersebut akan bermula selasa ini.Aku redha jika ini ketentuan Ilahi.Apalah sangat musibah ini jika dibandingkan dgn dosa2 silamku sejak aku baligh.Tapi sanggupkah aku melihat wajah ayah,ibu,adik2,dan rakan seperjuangan menangis di depanku?...Sungguh tidakku mampu melihat adik2ku yg kecil melihat pemergianku...Mereka perlukan kasih sayang abg mereka...Perlukan bimbingan abg mereka...Apakan daya takdir Allah mengatasi segalanya...

Mak dan Abah
Bkn along ingin merahsiakan penyakit ini
Tapi along tak sanggup melihat mak dan abah berlinangan air mata lagi
Cukuplah air mata mak dan abah ketika along berlepas ke Amerika merentap hati ini
Along tak sanggup melihat air mata mak dan abah mengalir kerana penyakit along pula
Kalau dahulu along lihat mak dan abah mengalir air mata kerana along meninggalkan rumah
Kali ini along mungkin akan tinggalkan rumah selama-lamanya

Mak dan Abah
Kalau dulu mak dan abah sering menasihatkan along supaya berdikari
Supaya dapat menjaga adik2 bila mak dan abah tiada di dunia lagi
Skrg keadaannya mungkin berubah
Mungkin anak harapanmu ini yg akan pergi dahulu
Menjawab panggilan Ilahi

Sumaiyah,Muneerah,Muthanna,Munzir,dan Mukhlis
Along mungkin akan meninggalkan adik2 along yg comel ini
Tiada lain yg ingin along pesan kepada kalian
Kecuali tabahlah hadapi kenyataan ini
Abgmu akan meninggalkanmu selama-lamanya
Menuju ke alam yg kekal abadi

Sumaiyah,Muneerah,Muthanna,Munzir,dan Mukhlis
Terimalah kenyataan ini sbg takdir Ilahi
Jgnlah kalian menangis di depan along yg sakit ini
Jgn sekali-kali bersedih dgn pemergian abgmu ini
Kerana ianya kan menambah perit di hati ini

Sumaiyah,Muneerah,Muthanna,Munzir,dan Mukhlis
Jagalah mak dan abah tika along tiada
Jgnlah durhaka pada mereka
Pastikan mereka gembira tika along tiada
Redhalah dgn pemergian abgmu ini

Sahabat2 seperjuangan
Ku tak mampu berbicara ttg musibah ini
Biarlah ia berlalu tanpa diketahui
Biarlah ku tanggung beban ini seorg diri
Teruskanlah perjuangan kalian di muka bumi ini
Menegakkan kalimah Ilahi

Sahabat2 seperjuangan
Kan kusemadi kenangan kita bersama
Ketika berehlah dan berusrah
Ketika bertamrin dan juga berdaurah
Kan ku bawa bersama ke alam barzakh

Sahabat2 seperjuangan
Jgnlah kalian merasakan pemergian ini
Kelak kan kita berjumpa lagi
Di alam barzakh kita ketemu nanti
Jgn kalian gugur di jalan dakwah
Doaku seiring kalian tatkala ku tiada nanti
Jgnlah berasa sunyi dan keseorangan
Kerna ruh perjuangan dakwahku seiring kalian


Hayatilah lirik nasyid ini sahabat2ku..."Sehati sejiwa...dulu,kini,selamanya...walau apa yg melanda hadapi bersama...ya Allah ya Rabbi teguhkan iman kami...moga tabah hati tak berbelah bagi..."

Pesananku pada sahabat sekali...kita sehati dan sejiwa.Insya Allah akan bersama selamanya.Berdoalah semoga diteguhkan iman dan ditabahkan hati.Anggaplah pemergianku nanti ajal dari Ilahi.............

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam



posted by scouser at 7:47 PM

 

~ Tuesday, February 10, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Ibnul Qayyim Al Jauziyyah

"Through patience and poverty one attains leadership in religion. The seeker of Truth needs the will that inspires him and pushes him upward and knowledge that leads and guides him."

These words sum up the personality of this great man Muhammad ibn Abi Bakr who is better known as Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Ibn Qayyim was born in 691 A.H one year after the liberation of Jerusalem by Saladin.

Our hero began his long journey on the road of learning early in his life, moving from one teacher after the other to quench his thirst for knowledge. At the age of 21 (in 712 A.H) Ibn Qayyim met his teacher Ibn Taymiyyah, another great hero of Islam and a revivalist of the faith. Their companionship lasted to the end of the teacher's life. Our hero kept close company to Ibn Taymiyyah with whom he suffered the pains of prison and flogging many a time. Apparently, it was from Ibn Taymiyyah, that our hero learnt many special qualities such as frankness and courage, in defiance of the wrath of others including the authorities. For, to both truth had to be said regardless of the consequences. But, unlike his teacher, our hero was less fierce in his attacks (in words or action).

The 8th century after Hijra witnessed the Muslims community in a state of ignorance and feuds. Muslims were fighting other Muslims, each trying to impose his authority in everything, including religious leadership and scholarship that suffered from stagnation. For, the majority of religious scholars acted more like recorders and stores of knowledge, rather than true scholars and teachers. To them their teachers were the main, if not sole, source of knowledge and the schools of thought they blindly imitated were the only acceptable ways.

Like his teacher Ibn Taymiyyah, our hero spent life attempting to correct the wrong course the community was following. He fought the exaggerated reverence for the tombs of the pious, despite the resistance he met with from the masses. He tried to show the errors committed by the misled sects and their blind followers. For, ibn Qayyim considered that the disputes and fights among the Muslims of his time were caused by their sectarian attitude and practices, each one considering himself and each sect or school of thought the only right one, and claiming that everyone else was on the wrong path.

So our hero spent a great portion of his time and efforts trying to unite the people, pointing out to them the dangers of blind imitation of predecessors. He explained that a Muslim should be open-minded, accepting what is right and good regardless of the teacher, unless it was inconsistent with the Quran and Hadeeth (Prophetic traditions) and the general spirit of the faith. To him imitation was wrong in the following cases:

1. If it entails violation of diving teachers.
2. If it represents an act of blind following of people, we are not sure of their knowledge.
3. If it is in defiance of truth after finding it.

But imitation is acceptable if it means that we follow someone who knows something we could not learn about ourselves. For it was blind imitation that caused stagnation in scholarship and difference among people. Some so-called scholars, he pointed out, were not really scholars but simple propagators of others' opinions. To those people the words and vies of their teachers or leaders were the only correct way of understanding the faith, to the extent that they subjected even the interpretation of the Quran and prophetic teachings to the views of their teachers, which they wrongly took for the ultimate criteria. Ibn Qayyim considered that the sources of the religious knowledge were to be taken in the following order:

1. The Quran
2. The Sunnah (Prophet Muhammad's (S.A.W.) teachings
3.The teachings of the companions of the Prophet.

To these one could add consensus and analogy. Bigotry and prejudice were, to him, the enemies of learning. To propagate his views our hero wrote scores of books besides direct teachings.

In his own private life ibn Qayyim was a very pious and devout worshipper who spent most of his time in prayers and recitation of the Quran. He was in fact an ascetic and a sufi of the orthodox type. For, he rejected the unorthodox practices of some Sufis who claimed that religious teachings had external and internal sides, meaning that religious obligations did not apply to them. As pointed out earlier, our hero was a man of courage and frankness to whom the truth was the ultimate goal. His open-minded attitude is reflected in his views on the correct understanding of religious laws (Shariah) and that these should be interpreted in the light of the circumstances of time and place, because Islam is intended of all mankind at all times. Many books were written by Ibn Qayyim to explain this invaluable principle and many of his views find their application taken in the legal system of modern nations, more than six centuries after his death in 751 A.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:50 PM

 

~ Monday, February 09, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah segala puji hanya utk Allah,Tuhan sekalian alam yg masih bersifat pemurah mengurniakanku nikmat Islam dan Iman serta umo yg masih panjang.
Weekends merupakan waktu yg aku paling bosan dan malas sekali.Kalau tak main badminton mmg aku akan sangap.Selain tu,kadang2 aku call umah.Kalau mak
ayah aku takde kat umah,aku akan call naqib2 aku di mesia dulu.Tak pun call member2 satu usrah dulu cam zul di jepun.But since zul ngan ikhwan dah kawin,aku
malas nak call kerap sangat.Segan la sket.Alhamdulillah baru2 ni aku teringat plak nak call cikgu add maths aku kat KISAS dulu,cikgu mariah abd rahman.Aku
mmg rapat abis ngan cikgu ni sbb cikgu ni suka kasi nasihat kat aku.Aku plak jenis a good listener but not a good absorber.Hehehe...maksudnya aku ni kalau
mendengar tu mmg nampak cam concentrate,walhal pikiran aku melayang tah ke mana.Sbb tu dulu masa aku kat KISAS aku jd penyimpan mohor besar member2
aku.Kalau ada masalah pasal awek ke,kat aku la derang ni luahkan perasaan.Siap leh buat appointment plak tu.Adeh,zaman muda2 dulu.Skrg ni dah tua dah.Tapi
ngan cikgu mariah ni aku mmg concentrate dan absorb apa yg dia ckp.May be percakapan dia penuh hikmah membuatkan aku suka dgr tazkirah dia.Aku rasa baik
aku intro sape cikgu mariah ni dulu.Cikgu mariah ni ngajar aku add maths dari form 4 sampai form 5.Grad dari South Carolina Univ dlm bidang mathematics.
Alhamdulillah dulu bergiat aktif ngan MISG (Malaysian Islamic Study Group of North America).Lagi satu cikgu mariah ni tak kawin lagi,sbb tu aku berani call dia.
Jgn salah anggap plak,aku anggap dia cam mak aku.Umo dia pun dah masuk 40an,sebaya ngan mak aku.Cikgu mariah ni expert ckp pasal bab2 hati ni.Buku yg dia
paling minat adalah tulisan Syeikh Abd Qadir Jailani,sayyidul auliya' (penghulu para wali).Buku Syeikh Abd Qadir ni setaraf ngan tulisan Imam Ghazali.Mmg best
baca buku dia.Dulu ada la cikgu mariah nak post kat aku satu buku dia,tp dia lupa.Takpela,balik mesia nanti aku cari la satu.

Macam biasa perbualan dimulakan dgn bertanya khabar sume.Pastu cikgu mariah tanya pasal study aku.Aku ckp la skrg ni makin lama makin susah.Masa pun rasa
tak cukup je 24 jam sehari (tp ada plak masa aku tulis weblog...ahaks).Pastu cikgu mariah citer la pengalaman dia kat US dulu.Dia pun rasa cam tu gak.Pastu dia tanya
aku,"Kamu penah tak rasa kadang kala kamu belaja tu tak ikhlas?" Erk,tersentak aku seketika.Aku tanya balik,"Apa maksud cikgu?" Cikgu mariah explain la,kadang2 tu
ada tak aku rasa aku belaja ni bukan kerana mencari redha Allah swt.Kekadang rasa belaja ni kerana nak dptkan pointer yg bagus.Kekadang ada gak rasa belaja ni
sbb nak dptkan pekerjaan yg baik di masa depan nanti.Aku diam tak terkata.Ada benarnya apa yg cikgu mariah ckp tu.Dulu mmg la niat nak belaja kerana Allah swt.
Tapi skrg ni? Aku rasa aku belaja kerana tekanan dari sponsor yg minta aku score 3.0 and above.Ish,kenapa dah hampir 4 tahun aku belaja baru aku tersedar.Mudah
rupanya kita ni nak lalai dan hanyut dlm dunia yg menolak cinta Allah swt.Ya Allah,aku rasa masa yg aku spent study utk hampir 4 tahun ni sia2 belaka.Kenapa
boleh jd cam ni?Serius aku tertekan time tu.Hebat cikgu mariah ni sbb mampu menyedarkan aku walhal baru je 5 minit bersembang.Tapi maha hebat lagi Pencipta
akal cikgu mariah.Aku tak tau nak express perasaan aku cam mana time tu.Mmg betul kadang2 tu aku buat hw atau lab semata-mata utk paham material supaya
time exam nanti aku dpt jawab soalan.Tak penah sedetik pun di hati ni aku tanamkan niat aku buat hw dan lab report kerana nak dptkan redha Allah.Bukti?Aku
jarang sekali mulakan pekerjaan aku dgn membaca doa.Baca bismillah jauh sekali.Bila dah siap assignment plak,takde plak aku ucapkan alhamdulillah atau sujud
syukur.Dulu aku tak cam ni...kenapa hatiku boleh berubah?Adakah tompok2 hitam dah terlalu menebal dlm hati hambaMu ini ya Allah.Kalau ke kelas pun cam tu gak.
Kalau tgk omputih ke kelas dgn walkman dgr lagu2 lagha,kenapa aku tak bawa walkman sekali utk dgr alunan zikir ataupun bacaan Al Quranul Karim?Setidak2nya
pun kenapa aku tak berzikir atau membaca apa2 surah yg aku hafal on the way ke kelas?Apatah lagi membaca doa kuar umah time nak ke kelas.Aku bkn takat
terpesong dari niat asal,tp aku lupa terus.Yg paling menyedihkan aku lupa nak merasakan kehadiran Allah dlm tiap amal pekerjaanku.Sbb tu aku mulakan kerja
tanpa bismillah dan tidak diakhiri dgn alhamdulillah atau sujud syukur.

Puas aku renungkan kesilapan yg telah aku lakukan hampir 4 tahun usianya.Kenapa aku hanya tunaikan solat hajat bila peksa makin menjelang.Adakah kerana aku
takut pada exam yg susah?Kenapa khauf (takut) pada Allah dah ilang?Kenapa tidak ku selitkan dlm doa sola hajat tu agar segala perbuatan yg aku lakukan diterima
Allah.Adakah aku yakin amalan aku diterima bulat2 oleh Allah atau dilemparkan semula ke muka aku?Mengapa aku tak berdoa pada Allah supaya semua amal yg
aku lakukan adalah kerana mengharapkan redha Allah.Baru ku sedar selama ni aku hanya beramal kerana ingin mengecap kejayaan duniawi yg aku impi2kan.Jarang
sekali aku berdoa supaya hatiku sentiasa kembali kepada Allah.Di mana silapnya?Kalau aku benar2 belaja kerana mengharapkan redha Allah,mengapa aku tak rasa
bersalah duduk bersebelahan dgn org bkn mahram ketika dlm kelas?Kenapa aku tidak mulakan sesi pengajian dlm kelas dgn membaca doa penerang hati?Mengapa
aku tak berwudhu sblm ke kelas? Di mana hilangnya rasa kehadiran Allah (ihsan) dlm kehidupanku seharian? Inikah dinamakan belaja kerana mengharapkan redha
Allah?Diri sendiri hanyut ketika dlm kelas.Tak penah nak memuji Allah apabila merasa logik atau takjub dgn apa yg dipelajari dlm kelas.Kalau aku benar2 belaja
kerana Allah ta'ala takkan la aku rasa masa berlalu dgn begitu pantas.Sepatutnya aku akan rasa 4 tahun tu tempoh yg lama kerana merasakan Allah sentiasa
mengawasi gerak kerja aku.Ini bukan bermakna aku tak perlu belaja sungguh2 dan relax je.Bkn bermakna aku tak perlu risau ttg pointer.
Ini bermakna aku kena gandakan usaha aku sbb aku dah berjanji pd Allah akan jd muslim yg sejati.Segala amanah dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dgn penuh
kesungguhan dan mestilah dipastikan kejayaannya dlm genggaman.Rupa2nya selama ni usaha yg aku nampak dah memadai masih belum cukup,masih perlu
ditambah dan dilipat gandakan usahanya.Patutlah ulama2 terdahulu spt Ibnu Sina dan Al Khawarizmi menjadi tokoh yg ulung dlm bidang masing2.Sumenya
dilakukan dgn the presence of Allah dlm hati mereka.Malah tokoh2 gerakan Islam yg terkini pun hebat dlm bidang masing2 spt Hassan Al Banna sendiri.Disebut dlm
sejarah,beliau menduduki top 5 students di seluruh mesir dlm ujian peperiksaan perguruan.Mustafa Masyhur pula seorg pakar dlm bidang kaji cuaca.Fathi Yakan
pula mempunyai PhD dlm bidang electrical engineering.Saper yg harus dipersalahkan?Adakah persekitaran yg tidak baik (biah tholehah) menyebabkan aku jd begini?
Dulu masa di KISAS aku tak begini.Sblm ke kelas mesti amik wudhu.Sblm ke kelas mesti baca Quran dulu supaya dijauhkan hati ni leka dgn permainan syaitan ketika
belaja.Setiap malam pasti akan kutunaikan solat hajat dan bacaan surah Al Waqiah.Tak perlu nak dekat peksa baru nak buat sume tu.Terasa sungguh diri ni dekat
dgn Allah.Tapi skrg?Betullah kata org tua2, "Dulu,kini,dan selamanya tak semestinya akan bersama".Sbb itulah kita diajar doa "ya muqallibal qulub,thabbit qulubana
a'la deenik"
(wahai Pembolak balik hati,tetapkanlah hati kami atas agamaMu).Seorg alim penah berkata apabila menunding jari,dua jari ditujukan pada org lain dan
tiga lagi diarahkan kepada kita.Bermakna semua kesilapan hendaklah dikaji dari diri kita dahulu sblm menyalahkan faktor2 lain.Ye,sume kesilapan bermula dari
diriku.Sebiji cam lirik nasyid Alami yg didendangkan oleh Alarm Me,"Berilah peringatan buatku yg kealpaan...kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan".

Seorg ulama sufi pernah berkata ttg keikhlasan dlm ibadah.Dia amik contoh ibadah solat fardhu.Baper ramai antara kita yg benar2 solat kerana mengharapkan redha
Allah dan bukan kerana difardhukan ke atas kita?Sbg bukti baper ramai antara kita yg konsisten dgn solat sunat?Kenapa kita tak istiqamah dan kurang
menunaikannya?Mostly akan jawab sbb itu hanya amalan sunat.See?Kita sendiri lakukan bkn kerana nak harap redha Allah,tp kerana nak tambahkan amal atau
melengkapkan ibadah fardhu yg kurang.Dptkah kita bayangkan jika sume solat fardhu Allah tukarkan menjadi solat sunat?Barangkali ada di antara kita yg tidak
solat langsung.Ini sume gara2 tiada keikhlasan dlm beribadah.

So,aku tanya balik cikgu mariah,"Ada solution ke utk masalah cam ni,cikgu?" To my surprise cikgu mariah jawab,"No..." Apa?Takkan takde solution.Mungkin ada,
tp tak terpiki lagi.Tapi ada logiknya juga jawapan cikgu mariah.Sbb tu dlm bab iman ni ulama huraikan,"Al imaanu huwa yazeed wa yanqus" (iman itu bertambah
dan berkurang).Mmg lumrah alam iman kita ni pasti akan turun jua.Iman takkan naik sentiasa.Sbb tu tak mustahil kita kadangkala akan hanyut jua.Tapi itu tak
bermakna semangat kita utk mendekatkan diri pada Allah terus mati begitu sahaja.Hendaklah seadanya kita sentiasa berhati-hati dlm setiap amal kita supaya iman
yg jatuh tu tak terus jatuh menjunam.Cikgu mariah tambah lagi,at least utk atasi masalah ni antara usaha yg perlu kita lakukan ialah muhasabah.Setiap malam
cuba check balik iman kita sblm tido.Setiap hari perbaharui niat kita utk belaja semata-mata kerana Allah supaya niat tu tak terpesong.Duhai dunia,mudah benar
daku tertipu dgn permainanmu.Ku sangkakan idup ku ni sudah selamat,rupanya tidak.Brother Muadz penah ckp kat aku time chatting ngan dia sekali dulu pasal
benda ni.Dia kata,"Enta ada rasa kekosongan tak dlm hati tu?" Aku jawab takde.Dia tanya balik,"Enta tak rasa hati kita ni kosong daripada kehadiran Allah swt ke?"
Aku jawab tak.Aku kata setiap amal yg kita lakukan kerana Allah.Cam mana kita boleh tak rasa plak kehadiran Allah.Baru la skrg aku sedar sebenarnya jawapan
aku tu jawapan yg kosong semata-mata.Aku sendiri tak sedar yg jiwaku kosong daripada kehadiran Allah time chatting ngan muadz tu.Baru kusedar segala amal
yg aku lakukan kerana Allah tu dlm diam2 telah terpesong niatnya.Alhamdulillah,mujur aku ada murabbi (pendidik) cam cikgu mariah ni.Semoga teman hidup
aku nanti pun rajin mengingatkan aku cam cikgu mariah gak.Ameen ya rabbal a'lamin.

Ihdiha subulaha wam lak aha binurikal lazhi la yakhbu wasyrah shuduraha bi faidhil imani bik...wa jamili tawakkuli a'laik...wa ahyiha bima'rifatik...
wa amitha a'lash shahadati fi sabilik...innaka ni'mal maula wa nik'man nashir...Allahumma ameen...


Maksudnya: Tunjukkanlah kepada hati2 ini akan jalanNya (yg sebenar).Penuhkan hati ini dgn cahaya Rabbani Mu yg tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati2 ini dgn makrifat (pengetahuan sebenar) ttgMu...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati2 ini sbg para syuhada' dlm perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

p/s citer ni juga tribute utk sahabatku di RPI yg selalu memberi nasihat dan peringatan buat diriku yg sering dlm kelalaian

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 4:37 PM

 

~ Sunday, February 08, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Bahagian Pertama
APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM


Tajuk-tajuk

1.1. Saya mestilah muslim disudut akidah.
1.2. Saya mestilah muslim di sudut ibadah.
1.3. Saya mestilah muslim di sudut akhlak.
1.4. Saya mestilah muslim di sudut keluarga.
1.5. Saya mestilah dapat menguasai diri
1.6. Saya mestilah yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam.


-------------------------------------------------------
Pengantar bahagian pertama:

Tajuk bahagian pertama dan buku ini ialah Apa ertinya saya menganut Islam. Bahagian ini membentangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap insan sehingga beliau boleh dianggap muslim yang sebenamya.

Penggabungan diri ke dalam agama Islam bukanlah penggabungan yang diwarisi, bukan juga penggabungan kerana hobi, bukan penggabungan lahiriah. Penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan ke dalam Islam itu sendiri, beriltizam dengan Islam dan menyesuaikan diri dengan Islam dalam semua aspek hidup.

Dalam tulisan yang. mendatang ini saya akan cuba dengan ringkas menonjolkan sifat-sifat yang seharusnya ada dalam diri setiap muslim, supaya dengan kewujudan sifat ini penggabungan dirinya ke dalam agama Islam merupakan penggabungan yang sah dan benar. Firman Allah:

"Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dan dahulu dan (begitu pu/a) dalam (AlQur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia." (S. 22:78)

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:06 PM