~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, February 21, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Wanita Jim perlu diperkasakan bagi pembangunan insan

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Wanita Jemaah Islah Malaysia (Wjim), harus bergerak secara konsisten dalam membangunkan minda dan perkasakan daya juang untuk memberi sumbangan kepada pembangunan insan bagi membentuk generasi akan datang.

Ketua Wjim Pusat, Dr Harlina Halizah Siraj berkata demikian, semasa berucap dalam majlis sambutan 10 tahun Penubuhan Wjim dan Maal Hijrah di sebuah hotel di ibu kota, hari ini.

Katanya, selaras dengan visi 'Menjadi Pemimpin Wanita yang Fundamental, Kontemporari dan Profesional berasaskan Islam'segala aktiviti yang diatur adalah untuk memberi penekanan kepada pengembangan potensi individu dan kelompok dalam Jim.

Ini katanya, untuk dizahirkan dalam bentuk program pembangunan insan masyarakat yang merangkumi golongan kanak-kanak, remaja, dan dewasa.

"Sebagai sebuah Badan Bukan kerajaan (NGO) yang membawa mesej Islam, ahli-ahli Wjim amat peka terhadap segala perkembangan mutakhir yang menyentuh Islam secara terus atau secara tidak langsung terutamanya yang berhubung kait dengan masalah sosial dalam masyarakat," katanya.

Wanita Jim juga katanya, memfokus kepada empat perkara penting untuk mencapai matlamatnya.

Fokus tersebut ialah mempertingkatkan keupayaan memimpin di kalangan wanita, menyemai kefahaman terhadap keprihatinan atau sensitiviti gender, mendidik remaja mengenai aspek reproduksi dan seksualiti serta mengajak kaum lelaki terlibat secara aktif dalam menangani kemelut sosial.

Sementara itu, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, dalam usia Wanita JIM menjangkau sepuluh tahun, sayap badan itu telah berjaya menampilkan kemampuan dan kepimpinan wanita Islam di dalam membangunkan masyarakat.

"Perjuangan memartabatkan kedudukan wanita mendapat suatu perspektif baru, dengan dipimpin oleh wanita profesional yang fundamental dan kontemporari," tegas beliau dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Zaid turut mengingatkan Wanita JIM bahawa mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran memasyhurkan pandangan Islam di dalam suasana yang mencabar.

Katanya, Islam itu sendiri sering dipandang negatif, di mana kedudukan wanita dalam Islam digambarkan sebagai kedudukan yang inferior dan amalan masyarakat Muslim sendiri tidak membantu menghakis fahaman ini, malah memburukkan lagi keadaan.

"Mereka kerap terdorong menentukan sesuatu perkara itu mengikut pertimbangan akal semata-mata dan melihat isu masyarakat dari sudut gender, sedangkan ia bukannya pertentangan antara lelaki dengan wanita dan harus saling lengkap-melengkapi," jelas Zaid lagi.

Justeru kata beliau, walaupun banyak perkara yang lebih terarah kepada wanita, namun ia bukan isu wanita semata-mata, tetapi merupakan isu semua yang harus diselesaikan bersama.

Dalam majlis tersebut yang dihadiri hampir 750 peserta dari seluruh negara berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000.

Selain itu anugerah kepada wanita jim negeri paling aktif dilangsungkan dan anugerah tersebut dimenangi Johor manakala Wanita Gemilang Jim disandang oleh Hajah Endok Sempo Tahir.

dipetik dari Harakahdaily

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam


posted by scouser at 9:20 PM

 

~ Thursday, February 19, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg masih mengurniakan umo buat diriku.Antara nikmat yg kita selalu lupa adalah nikmat iman dan Islam.Oleh itu,marilah kita bersama-sama saling ingat memperingati dlm menghargai dua nikmat terbesar ini.Tanggal 19 Februari 1959 merupakan tarikh bersejarah buat ibuku kerana pada hari tersebutlah beliau dilahirkan.Alhamdulillah 19 Februari utk tahun ini jatuh pada hari Khamis yg mana amalan puasa sunat sering dilakukan oleh Rasulullah,junjungan mulia kita.Oleh itu,aku menyeru diriku dan sahabat2 sekalian supaya menyambut hari lahir dgn memperbanyakkan ibadah2 sunat sbg tanda kesyukuran kepada Allah yg Maha Esa.Gambar di atas tu merupakan satu2nya gambar aku sendirian dgn ibuku.Selebihnya adalah gambar2ku bersama ahli keluargaku.Gambar ini diambil pada tahun 1982 di Liverpool,England.Aku ketika itu baru berusia beberapa bulan dan ibuku pula baru mencecah umo 23 tahun.Muda lagi kan?

Hari ini Insya Allah aku akan menceritakan kisah hidup ibuku sejak dilahirkan sehinggalah yg terkini.Ibuku dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak yg keenam daripada 10 adik beradik.Datukku merupakan seorang anggota polis dan itu menyebabkan keluarga ibuku sering berpindah randah.Ibuku mendapat pendidikan sekolah rendah di Changloon,Kedah.Datukku ketika itu menjadi polis di sempadan Malaysia-Thailand.Ketika ibuku berumur 8 atau 9 tahun datukku dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke Bentong,Pahang.Bentong pada masa tersebut adalah kawasan hitam.Ramai polis yg berpengalaman dihantar ke sana utk menentang anggota komunis.Tersebut dlm sejarah,Sir Henry Gurney juga dibunuh di kawasan Bentong.Memandangkan adik beradik ibuku ketika itu sudah menjangkau 9 org, datukku tidak berani mengambil risiko utk dipindahkan ke sana.Berbagai2 cara digunakan oleh komunis utk menentang anggota polis. Ada yg menggunakan benet (pisau di senapang) dan dirodok dari bawah rumah kampung.Ramai anggota polis yg mati terbunuh dgn cara demikian.Tidak kurang juga ahli keluarga mereka yg dibunuh dgn cara tersebut ketika sedang makan atau tidur.Oleh kerana tidak mahu dipindahkan ke Bentong,datukku mengambil keputusan utk bersara dan pulang ke kampung di Linggi, N.Sembilan.Untuk menyara keluarga datukku mengambil inisiatif berkebun dan menoreh getah di atas tanahnya sendiri.

Seterusnya ibuku melanjutkan pengajiannya di sekolah menengah di Linggi sahaja.Setelah tamat pengajian di sekolah menengah,ibuku bekerja di Kuala Lumpur sbg kerani.Oleh kerana ibuku meminati bidang kejururawatan,ibuku telah mendaftar di Kolej Jururawat di Melaka.Tidak lama slps itu ayahku pulang dari England bercuti musim panas dan meminang ibuku.Alhamdulillah mereka diijabkabulkan pada tahun 1980.Ibuku ketika itu baru berumur 21 tahun dan ayahku pula 22 tahun.Ibuku tidak terus mengikuti ayahku ke England kerana tidak mempunyai wang.Ibuku terpaksa menunggu selama 6 bulan barulah dia mampu ke sana.Besar sungguh pengorbanan yg telah ibuku lakukan.Terpaksa berpisah sementara dgn suami hanya kerana mahu mengumpul wang utk bersama suami di suatu masa nanti.Ibuku tidak pernah berjauhan dgn keluarga.Aku rasa sahabat2 sekalian tentunya pernah mengalami perasaan sebegini dan itulah yg ibuku rasa ketika itu.Di England pula ibuku terpaksa menjual kuih utk menyara hidup keluarga kerana duit biasiswa ayahku tidak cukup untuk menampung kami.Ketika di England inilah ibu mula mengenal Islam dgn lebih mendalam.Ibuku mula mengikuti usrah dan halaqah.Malah mula memakai tudung ketika di luar negara.Pelik kan?Hidayah Allah itu di mana2 sahaja.Tak kira tempat ataupun masa.Antara kisah yg menarik ketika ibuku di England adalah ketika mengandungkanku.Ibuku mengidam ikan tenggiri (kalau tidak silap).Ayahku mati akal hendak mencari ikan tenggiri di England.Akhirnya ayahku beli ikan salmon dan digunakan utk masak lemak.Ayahku beritahu yg ikan salmon itu adalah ikan tenggiri.Ibuku percaya sahaja.Tergelak ibuku bila ayahku menceritakan semula kisah2 lama kepada kami.

Bila kami pulang ke Malaysia kami sekeluarga menetap sementara di rumah datuk belah ibuku selama 6 bulan kerana ayahku masih mencari pekerjaan.Ketika itu ekonomi berada dlm keadaan tenat dan peluang pekerjaan amat terhad.Bila kami menetap di Seremban, ibuku mula berjinak-jinak dgn dunia perniagaan.Ketika itu ibuku cuba menjual kain lampin secara kecil-kecilan.Tiga tahun selepas itu ibuku menjaga anak kawan2 sepekerjaan ayahku kerana kebosanan duduk di rumah.Bermula dari sinilah ibuku mendapat idea utk membuka taman asuhan kanak2.Pada tahun 1987, ibuku mengambil langkah yg berani dgn membuka taska tidak jauh dari rumahku.Nama taska tersebut ialah Mumairah, hasil gabungan nama kami tiga beradik ketika itu MUhannad,suMAIyah,dan muneeRAH.Perniagaan yg diceburi ibuku telah membuka mata jamaah ketika itu.Jamaah ketika itu mahu membuka satu tadika Islam di Seremban.Memandangkan tiada ahli jamaah yg berpengalaman dlm menguruskan perniagaan spt ini,ibuku telah diberi amanah utk mengusahakan tadika Islam milik jamaah.Kini ibuku telah melepaskan perusahaan tersebut kepada jamaah semula.

Sehingga kini taska dan tadika Islam hasil titik peluh ibuku dan barakah dari Allah telah berkembang dgn pesatnya.Alhamdulillah jumlah cawangannya sendiri aku tidak berapa ingat.Dalam angka belasan yg menghampiri 20.Mmg ramai kanak2 di bawah jagaan taska dan tadika Islam ibuku.Kalau dianjurkan hari keluarga,ibuku terpaksa menempah satu stadium tertutup kerana terlalu ramai yg hadir.Perniagaan ibuku setakat di dlm daerah Seremban sahaja.Ibuku tidak berminat utk mengembangkan perniagaannya ke tempat yg lebih jauh kerana khuatir anak2 akan terabai.Benarlah kata2 Rasulullah bahawa 9/10 daripada rezeki itu datangnya daripada perniagaan.Kalau dilihat latar belakang ibuku,beliau tidak mempunyai ijazah langsung.Pelajarannya pun setakat sampai SPM.Tapi pencapaiannya begitu memberansangkan,masya Allah.Ini bermakna org yg tidak berpendidikan tinggi tidak boleh berputus asa dlm kehidupan seharian.Rezeki telah ditentukan oleh Allah swt.Cuma tinggal usaha sahaja.

Walaupun hadiah yg kuberikan sempena hari lahirnya merupakan berita ttg penyakitku,ibuku tetap tabah.Tak pernah kulihat mak setabah ini.Dia terima dgn hati terbuka walaupun sedikit risau.Hampir setiap hari mak menelefon aku bertanyakan khabar.Aku rasa serba salah.Tapi aku makin bersemangat.Cuba bayangkan anda sebagai seorg ibu bersusah payah melahirkan seorg anak.Anak itu pula merupakan anak sulong dan harapan keluarga.Apakah yg anda rasa apabila mengetahui anak anda menghidap penyakit merbahaya?...Fikir2kan lah...Mak,terimalah luahan hatiku ini...

Mak
Ku pohon seribu kemaafan
Di hari kelahiranmu ku khabarkan berita buruk
Tak sepatutnya kau berasa sedih di waktu kau sepatutnya bergembira

Mak
Bersusah payah kau membesarkanku
Bersusah payah kau melahirkanku
Ku takkan persiakan segala pengorbananmu
Ku takkan biarkan tangisanmu membasahi muka bumi ini
Ku takkan hampakan harapanmu melihat diriku terus hidup di alam ini

Mak
Ku berjanji takkan biarkan penyakit ini melumpuhkan harapanmu
Ku berjanji takkan menyerah kalah begitu mudah
Ku berjanji berpegang pada kata2 'lawan tetap lawan'
Ku berjanji kan ku lunaskan tanggungjawabku selagi bernyawa

Mak
Ingatlah kata2 Allah itu benar
Ingatlah Allah mendengar doa hambaNya
Ingatlah akan kata2 berpantang maut sebelum ajal
Berhentilah menangis duhai ibuku tercinta
Berhentilah termenung mengenangkan nasibku ini
Teruskanlah berdoa dan berdoa
Teruskanlah dgn urusan harianmu

Mak
Yakinlah pada anakmu ini
Yakinlah...yakinlah...yakinlah...
Ku mampu melakukannya Insya Allah...
Ameen...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam


posted by scouser at 9:26 PM

 

~ Wednesday, February 18, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem..

Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam

14. Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mesti lah kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir, kerana berzikir mengingati Allah itu adalah merupakan ubat yang paling mujarrab untuk jiwa saya. Zikir juga merupakan senjata yang paling tajam dalam menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah yang paling diperlukan oleh manusia masakini. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (S. 13:28)

Firman Allah lagi:

"Dan barang siapa yang berpaling dan mengingati Allah yang maha pemurah Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya." (S. 43:36)

Dr. Brail telah menerima hakikat ini yang mana beliau telah mengatakan: "Seorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan mengidap penyakit jiwa."

Caningi, seorang ahli ilmu jiwa juga telah mengatakan: "Doktor-doktor ilmu jiwa mengetahui bahawa iman yang kuat dan pegangan yang teguh kepada agama sudah cukup untuk menghilangkan perasaan keluh kesah, ketegangan saraf dan dapat menyembuhkan penyakit."

15. Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya. Kecintaan itu akan mendorong saya untuk sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Kenikmatan dunia yang fana dan kecintaan kepada kaum keluarga dan kerabat tidak akan menghalang saya melakukan perkara kebajikan. Saya akan berkorban pada jalan Allah kerana patuh kepada firman Allah:

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang fasik."(S. 9:24)

Saya akan berkorban pada jalan Allah kerana ingin mendapat kemanisan iman sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya:

"Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman, iaitu: Bahawa Allah dan rasulNya lebih Ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci diluntarkan ke dalam neraka."

16. Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan. Saya mestilah bergantung kepada Allah dalam semua perkara. Kesemua ini akan membangkitkan dalam diri saya satu kekuatan dan kesedaran roh sehingga saya akan merasakan perkara-perkara yang berat itu menjadi ringan. Firman Allah:

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (s. 65:3)

Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. telah berwasiat dengan sabdanya:

"Peliharalah Allah, Ia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, engkau akan mendapatiNya bersamamu. Kalau engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu kecuali apa yang telah di tuliskan Allah kepadamu dan sekiranya seluruh umat berhimpun untuk melakukan bencana ke atasmu kecuali apa yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Kalam telah diangkat dan kertas telahpun kering." Hadis riwayat Tarmizi.

17. Saya mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga. Bersyukur dan berterima kasih adalah sebahagian dan sifat-sifat beradab dan santun kepada orang yang memberi nikmat, berlaku baik dan memberikan pengorbanan. Firman Allah:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu, pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (S. 16:78)

Firman Allah lagi:
"Dan satu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati, Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian maka daripadanya mereka makan dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan dari buah-buahan dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka, maka mengapakah mereka tidak bersyukur." (S. 36:33 — 34)

Allah telah menjanjikan akan menambahkan kurnia nikmatNya kepada mereka yang bersyukur dan mengugut akan menambah rugikan orang-orang yang engkar dan tidak berterima kasih. Firman Allah:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu. Mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu amat pedih."(s. 14:7)

18. Saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat (beristighfar) kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping
memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat meniupkan rasa kerehatan dan ketenangan dalam jiwa. Firman Allah:

"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan, menganiaya diri sendiri kemudian ia mohon ampun kepada Allah mesti ia mendapati Allah maha pengampun lagi penyayang." (s. 4:110)

Firman Allah lagi:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mereka mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka itu akan ingat kepada Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain datipada Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui balasan bagi mereka itu ialah keampunan dari Tuhan mereka." (S. 3:135)

19. Saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah baik dalam keadaan terang atau tersembunyi. Saya haruslah sering merasa-rasakan firman Allah:

"Tiada perbicaraan rahsia antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (perbicaraan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam dan tiada (pula) perbicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih melainkan Dia ada bersama-sama mereka di manapun mereka berada kemudian Dia memberikan kepada mereka pada hari kiamat (nanti) apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu." (S. 58.7)

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:34 PM

 

~ Tuesday, February 17, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam

1.1. Saya mestilah Muslim di sudut Aqidah


Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussaleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketakwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Untuk menjadikan akidah saya benar-benar diiktiraf sebagai akidah seorang muslim saya mestilah:

1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang maha bijaksana, maha mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit dan kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.

Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang maha berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan se/ain Allah tentulah keduanya itu telah rosak
binasa, maka maha suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan." (S. 21:22)

2. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta Alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka maha suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mu/ia." (S. 23:115-116)

3. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dan kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembablah Allah (sahaja) dan jaubilah taghut itu. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleb Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya." (S. 16:36)

4. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang maha memberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." (S. 51:56 - 58

5. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." (S. 26:7)

6. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya saya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua ini adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkan nya." (S. 91:7— 9)

Dan firman Allah lagi:

"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." (S. 74:38)

7. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah. Syariat dan undang-undang Allah ini tidak boleh dilewati atau dilanggar. Satu-satunya yang harus bagi muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum-hukum dar nas-nas syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali." (S. 41:10)

8. Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah. Dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan hadis yang mana Rasulullah sa.w. telah bersabda:

"Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu, tidak seorangpun yang menghafaznya kecuali beliau akan masuk syunga. Allah itu ganjil (yakni tidak genap) dan Allah menyukai perkara yang ganjil (tidak genap)."

9. Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan
Allah, bukan berfikir tentang zat Allah. Ini saya lakukan kerana patuh dan tunduk kepada perintah Rasulullah s.a.w. sebaimana yang tersebut daIam sabdanya:

"Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya." Hadis diriwayatkan oleh Abu Nuiam dalam Al-Hilyah dan diriwayatkan juga oleh Al-Asbihani dalam At-Targhib Wat-Tarhib.


10. Mengenai sifat-sifat Allah pula telah banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menunjukkan sifat-sifat Allah dan kesempurnaan sifat uluhiahNya. Di antara ayat-ayat yang menunjukkan wujudnya Allah subhanahuwatala itu ada ayat-ayat yang menunjukkan sifat Qidam (sedia) dan Baqa’ (kekal) bagi Allah. Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah itu bersalahan (tidak sama) dengan makhluk ciptaanNya, ayat-ayat yang menafikan wujudnya anak, bapa, sesuatu yang menyerupai dan bandingan bagi Allah. Ada pula ayat.ayat yang menunjukkan bahawa Allah berdiri sendiri dalam erti kata bahawa Allah tidak memerlukan pertolongan dan makhluk ciptaanNya, malah makhluk ciptaanNya itulah yang berhajat kepadaNya. Ada juga ayat-ayat yang menunjukkan wahdaniat (keesaan) Allah baik pada zatNya, sifatNya, perbuatanNya dan urusan tadbirNya. Ada ayat-ayat yang menunjukkan kudrat dan kebesaran Allah, ayat-ayat yang menunjukkan keluasan ilmu Allah yang mencakup segala sesuatu, ayat-ayat yang menunjukkan iradah (kehendak) Allah yang mengatasi segala iradah dan kehendak makhluk ciptaanNya dan ada ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah bersifat hayat (hidup) yang kamel (sempurna), malah masih banyak terdapat ayĆ½at-ayat yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah yang tidak putus-putus dan tidak diketahui hakikatnya oleh akal manusia. Kita tidak menghadbataskan pujian kita kepada Allah sebagaimana Allah telah memuji diriNya.

11. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta'wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah. Saya juga mestilah berkeyakinan bahawa penta’wilan yang dibuat oleh golongan khalaf (yang datang kemudian) tidak boleh dijadikan sebab kepada perselisihan yang berpanjangan antara golongan khalaf dan lainnya baik di masa lampau atau masakini.

12. Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikan Allah dengan sesuatu. Pengabdian diri kepada Allah ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah yang disampaikan melalui para rasul yang telah menyeru manusia-manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada selain Allah. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut itu." (S. 16:36)


13. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain dari Allah. Ketakutan saya kepada Allah itu seharusnya mendorong saya menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai dan diharamkan Allah. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (S. 67:12)

Firman Allah lagi:

"Barang siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang. yang mendapat kemenangan." (S. 24:52)

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:22 PM

 

~ Monday, February 16, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

"Life without me..."

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam yg masih pemurah mengurniakanku dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.Pertama-tamanya aku memohon beribu kemaafan kepada sahabat2 sekalian kerana agak lama tidak mengupdate weblogku ini.Kebelakangan ini aku agak kurang bersemangat kerana aku bingung sama ada perlu ku beritahu keluargaku ataupun tidak ttg penyakitku ini.Jazakumullahu khairan katheera juga diucapkan kepada semua sahabat yg sudi memberi kata2 semangat utkku meneruskan hidup ini.Semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian dgn sebaik-baik balasan.

Sejak berjumpa dgn doktor tempoh hari aku kerap menangis.Sudah semestinya aku takkan sekali2 menangis di depan housemates ku.Biarlah kulepaskan tangisanku ini sendirian dgn sepuas-puasnya.Malam slps berjumpa doktor,aku berjalan seorg diri di kawasan kampus.Walaupun keadaan begitu sejuk,aku tetap mahu meluangkan sedikit masa bersendiri.Biarlah kutatap sepuas-puasnya kampus ini sblm mengadap Ilahi.Tak ku nafikan malam itu juga menjadi saksi itulah saat paling lama aku menangis.Terus terang ku katakan aku tak mampu menahan tangisan itu.Aku menangis dan terus menangis sehingga mata ku bengkak.Aku tak mampu berhenti menangis.Aku rasa sungguh terharu dgn sokongan yg telah sahabat2 berikan.Tapi alangkah indahnya jika sokongan2 yg sahabat2 berikan itu mampu memanjangkan nyawaku.Aku bertambah sedih bila mengenangkan bahawa aku hanya insan yg lemah dan tak mampu berbuat apa2 menangani takdir ini.Malah sahabat2ku juga tidak mampu berbuat apa2.Hanya sokongan dan doa yg mampu mereka berikan.Bukan aku memandang enteng dgn keikhlasan mereka,tp itulah hakikat hamba yg dhaif.Tak mampu langsung melawan kudrat Ilahi.Aku berjalan ke rumah lamaku di mana banyak kenangan yg ku simpan di sana.Itulah rumah pertama yg kuhuni sejak menjejak kaki di bumi Amerika.Kenangan bersama housemates yg tidak lagi tinggal bersamaku membuatkan ku bertambah hiba.Bagaimanakah perasaan mereka bila mengetahui aku bakal dijemput Ilahi suatu hari nanti.

Aku dalam keadaan serba salah.Aku tidak tahu sama ada patut kuberitahu ibu bapaku ttg penyakitku ini.Aku tahu itu tanggungjawab aku utk memberitahu mereka ttg musibah ini.Tapi aku tak mampu.Ya Allah,di mana kekuatan yg Kau berikan padaku dahulu?Kekuatan yg Kau beri ketika aku menjalankan misi dakwah.Kekuatan yg Kau berikan ketika daku tabah menghadapi dugaan ketika mula2 tiba di bumi Amerika.Ya Allah,ku pohon padaMu...berilah semula kekuatan itu utk ku coretkan hal yg sebenar kepada kedua org tuaku.Daku menagih simpati daripadaMu ya Allah...sekurang-kurangnya benarkanlah hambaMu yg dhaif ini berpeluang meminta izin kepada kedua org tuaku utk kembali ke sisiMu.Ya Allah,berilah kekuatan ini juga kpd seluruh ahli keluargaku.Moga mereka tabah dan redha dgn pemergianku nanti.Ya Allah,jgnlah kau biarkan hamba2Mu yg dhaif itu menangis dan berduka cita hanya kerana kepulangan seorg hambaMu ke pangkuanMu.Ku pohon padaMu ya Allah,letakkanlah ketenangan jiwa di dlm hati mereka sama ketika Kau meminjamkanku di saat ku lahir ke dunia dulu ya Allah.

Sejak kebelakangan ini,aku juga banyak termenung.Terlalu banyak yg kufikirkan.Insya Allah aku tidak takut utk menghadapi saat maut.Ianya pastikan tiba selari dgn janji Allah.Tapi kelalaian yg menyebabkan kita menjadi alpa dan seterusnya janggal serta takut akan mati.Cuma bila dan bagaimana cara kematian kita itu sahaja yg tidak mampu kita ketahui.Ketahuilah sahabat,ia pastikan tiba.Air mataku bergenang lagi...Kalau dikenang tempoh kerasulan yg memakan masa 23 tahun pasti semuanya akan mengatakan ia agak lama.Hampir berjuta hadis berjaya diriwayatkan dlm tempoh itu.Tidak dikira lagi ghuzwah (peperangan) yg berlaku dlm 23 tahun tersebut.Kalau dilihat buku Fiqh Sirah tu,amatlah tebal isinya.Begitulah juga apa yg ku rasa skrg ini.Walaupun umurku baru menjangkau angka 22,namun kurasakan hidupku juga sudah agak lama.Berbagai pengalaman yg telah kutempuhi.Pengalaman fly ketika di asrama,pengalaman jatuh air terjun,pengalaman menyembunyikan diri ketika berusrah,dan bermacam-macam lagi.Semuanya Insya Allah akan kukenang sehingga ke akhir hayat.Dalam tempoh 22 tahun inilah kukenal erti persahabatan.Alhamdulillah,aku rasa beruntung dpt mengenali sahabat2 yg luhur budi pekerti mereka.Sungguh baik terhadapku.Semoga Allah menggantikan diriku dgn insan yg lebih baik sbg sahabat kalian.Biarpun banyak lagi cita2ku yg masih belum kukecapi,aku tetap merasa puas hidup di dunia ini.Wa makaruu wamakarallah...wallahu khairul maakireen (dan mereka merancang dan Allah juga merancang...dan Allah adalah sebaik-baik perancang).Ya...akhirnya aku merasa puas juga dihidupkan di dunia ini walaupun tempohnya singkat.Kan kuabadikan kenangan itu hingga ke liang lahad nanti.Biarlah ianya berakhir dgn husnul khaatimah (pengakhiran yg baik)...Wahai Muhannad...menangislah sepuas-puasnya...menangislah dan terus menangis...kerana slps ini kau takkan mampu menangis lagi...malah engkau yg akan ditangisi pula...menangislah...menangislah...menangislah...

Mak dan abah
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' di rumah
Tiada lagi 'along' yg akan membantu kerja2 rumah
Tiada lagi 'along' yg akan mengetuai solat jamaah di rumah
Tiada lagi 'along' yg bantu mengajar adik2
Tiada lagi 'along' yg akan berlawak dgn seisi keluarga
Rumah pastinya muram dgn pemergian anakmu ini

Sumaiyah
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' dlm telefon
Tiada lagi 'along' yg akan memberi nasihat
Tiada lagi 'along' yg akan menjaga adiknya daripada diganggu lelaki
Tiada lagi 'along' yg akan berkongsi rahsia bersama
Tiada lagi 'along' yg akan bergelak ketawa bersama

Muneerah
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' dlm internet
Tiada lagi 'along' yg selalu memberikanmu hadiah
Tiada lagi 'along' yg akan mengajarmu sains
Tiada lagi 'along' yg akan membantumu membersihkan rumah
Tiada lagi 'along' yg akan mengusikmu

Muthanna
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' dlm talian telefon
Tiada lagi 'along' yg selalu mengherdikmu
Tiada lagi 'along' yg akan membawamu ke surau
Tiada lagi 'along' yg akan bersolat bersamamu
Tiada lagi 'along' yg akan berbicara ttg ragbi dan bola sepak
Tiada lagi suara yg akan memarahimu
Pastinya kau akan merasa sunyi daripada suara alongmu ini

Munzir
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' di rumah
Tiada lagi 'along' yg dikatakan kembarmu
Tiada lagi 'along' yg akan membawamu makan di gerai
Tiada lagi 'along' yg sentiasa memberi kata2 semangat kepadamu
Tiada lagi 'along' yg akan mendgr bacaan Al Quranmu
Sekurang-kurangnya ada juga adik along yg mirip rupa along
Moga terubat rindu keluarga kita nanti

Mukhlis
Esok lusa tiada lagi panggilan 'along' dari muka bumi ini
Tiada lagi 'along' yg akan membelimu mainan
Tiada lagi 'along' yg selalu menyakatmu
Tiada lagi 'along' yg akan membawamu ke sekolah
Tiada lagi 'along' yg memaksamu solat berjamaah
Tiada lagi 'along' yg memaksamu membaca Quran

Komuniti Islam Purdue
Esok lusa tiada lagi suaraku membaca Quran di hujung masjid
Esok lusa tiada lagi suaraku mengumandangkan azan di corong udara
Esok lusa tiada lagi suaraku menyampaikan khutbah jumaat
Esok lusa tiada lagi suara kanak2 yg akan berlari ke arahku
Esok lusa tiada lagi suara kanak2 yg meminta coklat dariku
Esok lusa tiada lagi suara kanak2 yg meminta aku bermain dgn mereka
Esok lusa tiada lagi suara kanak2 yg mahu aku bernyanyi bersama mereka
Esok lusa tiada kesempatan bagiku berjumpa dgn ihab yg comel

Esok lusa dunia pastinya sunyi dgn pemergianku...
Esok lusa hanya batu nisan la yg menjadi tanda ingatan diriku...
Esok lusa daku pastinya sunyi terbujur kaku...
Esok lusa...


Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 8:03 PM