~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, March 20, 2004



damascus

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Sambungan dari Part II

Muhammad memanggil Zaid, lalu bertanya kepadanya, "Kenalkah engkau,siapakah tuan-tuan ini?"

Jawab Zaid,"Ini bapakku Haritsah bin Suyrahil, dan ini pamanku Ka'ab." Kata Muhammad,"Sekarang pilih olehmu, hai Zaid, mana yang lebih engkau sukai, pergi bersama bapak dan pamanmu, atau tetap tinggal bersama saya?"


Zaid menjawab cepat tanpa ragu-ragu,"Aku memilih tetap tinggal bersama anda." Kata bapak Zaid,"Celaka! Mengapa engkau lebih suka memilih perhambaan daripada memilih bapak dan ibu kandungmu!"

Kata Zaid,"Kerana aku tahu, tuan ini lain daripada yang lain. Aku tidak mau berpisah dengannya selama-lamanya."

Muhammad mengerti benar apa yang diucapkan Zaid itu. Maka setelah dia berucap begitu, diambilnya tangan Zaid lalu dibawanya ke luar, Baitul Haram. Muhammad berdiri di atas hijir di hadapan masyarakat Quraisy sambil memegang tangan Zaid.

Katanya kepada orang banyak,"Hai kaum Quraisy! Saksikanlah! Ini adalah anakku yang akan mewarisi pusakaku!"

Setelah mendengar pemgumuman Muhammad tersebut, tenanglah hati bapak dan paman Zaid. Lalu mereka tinggalkan Zaid dengan Muhammad bin Abdullah (tidaklah sebagai hamba, tetapi sebagai anak yang akan mewarisinya). Mereka pulang ke desanya dengan hati dan fikiran yang tenteram.

Sejak hari itu, Zaid bin Haritsah dipangil Zaid bin Muhammad. Nama tersebut terus dipakai sampai Muhammad diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul, ketika turun ayat yang membatalkan hokum adat mengangkat anak seperti yang diadatkan oleh orang Arab. Allah berfirman,

"...Panggillah mereka dengan nama bapak mereka sendiri..." (Surah Al-Ahzab:5)

Ketika Zaid menjatuhkan pilihannya kepada Muhammad, bukan kepada ibu bapanya, dia tidak mengetahui sama sekali keuntungan-keuntungan apa yang akan diperolehinya. Dia tidak tahu bahwa majikannya lebih bermanfaat kepadanya daripada orang tua dan familinya, sesungguhnya majikannya adalah bakal penghulu segala Nabi, serta Rasul(Utusan) Allah kepada seluruh alam.

Belum terlintas dalam fikirannya bahwa kerajaan langit akan berdiri di muka bumi, sehingga kemakmuran dan keadilan merata di segenap pelusuk. Dan dia sendiri akan menjadi batu pertama dalam pembangunan kerajaan yang besar itu. Semua itu, tidak pernah terbayang dalam fikiran Zaid. Kurnia Allah hanya diberikan-Nya kepada orang yang dikehendaki-Nya. Allah memiliki kurnia yang Maha Besar.

Demikianlah, hanya lebih kurang tujuh tahun sesudah peristiwa Zaid menjatuhkan pilihannya, maka Allah mengutus Rasul-Nya dengan agama yang hak. Zaid bin Haritsah adalah orang yang pertama-tama menyatakan keimanan kepada beliau dari kalangan laki-laki. Apakah lagi yang lebih membanggakan daripada ini, di mana orang berlumba-lumba mendapatkannya?

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:10 PM

 

~ Friday, March 19, 2004




damascus

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Surat Khusus Dari Allah

Sebelum tercetusnya peperangan di benteng Babylon, Gabenor Rom di Mesir iaitu Muqauqis menghantar utusan untuk bertemu dengan Panglima Perang Amr bin al-'As. Setelah dua hari bersama bersama kaum muslimin, utusan itu kembali mengadap Muqauqis dan menceritakan pengalaman yang terkesan di jiwa mereka. Mereka mengungkapkan dengan kata-kata antara lain:

"Kami telah menyaksikan sekelompok manusia yang lebih mencintai mati daripada hidup, lebih suka merendahkan diri daripada bermegah-megah. Tidak seorang pun di antara mereka yang inginkan dunia atau tamak terhadapnya. Mereka duduk hanya di atas tanah. Pemimpin mereka sama sahaja dengan rakyat biasa. Kita tidak dapat mengenali dan membezakan di antara mereka yang mana pembesar dan yang mana rakyat jelata atau yang mana tuan dan yang mana hamba sahaya. Apabila sampai waktu sembahyang, tidak ada seorang pun yang mungkir. Untuk menunaikan sembahyang mereka membersihkan anggota tubuh mereka dengan air terlebih dahulu, dan alangkah khusyuknya mereka dalam mendirikan sembahyang itu."

Sekilas pandang, petikan kisah di atas dapat memberikan kesan yang bombastik jika kita melihat dan memandangnya dari sudut dunia kita hari ini. Ia amat jauh berbeza dengan dunia mereka. Namun, itulah realiti kehidupan mereka sehingga amat wajarlah mereka mendapat jolokan atau gelaran sebagai "khayr ummah".

Perbezaan yang ketara antara kita dengan mereka adalah sikap dan pemikiran serta pandangan kita terhadap harta. Utusan Muqauqis tadi mengungkapkan: "...mereka lebih suka merendahkan diri daripada bermegah-megah."

Sebagai umat pilihan, sikap mereka yang jauh daripada bermegah-megah bukanlah kerana budaya mereka memang begitu. Namun, ia merupakan tindak balas dan refleksi dari ketaatan mereka kepada Allah S.W.T. Oleh kerana teramat bencinya kepada sikap bermegah-megah ini, daripada seratus empat belas surahNya dalam al-Quran, Allah S.W.T mengkhususkan secara istimewa sebuah surah yang diturunkan secara penuh bagi menggambarkan bahawa Dia menyenarai hitamkan sikap bermegah-megah iaitu surah at-Takaathur.

Berbanding dengan realiti hari ini, fenomena bermegah-megah di sekitar kita bukan sekadar dalam bentuk gejala sahaja, tetapi ia telah menjadi arus yang mengiringi hampir semua golongan untuk "bernafas" dengannya. Pada satu pihak masyarakat, kita masih dapati ribuan petani dan buruh dengan rutin kehidupan mereka iaitu harus bekerja seharian hanya untuk beberapa ringgit sahaja. Di satu pihak yang lain, ketika mereka melepaskan lelah dan keletihan di hadapan televisyen mereka disogokkan dengan kisah dan gambaran orang-orang kota dengan segala ciri-ciri kemewahan mereka. Contohnya, dengan hanya memicit loceng dan menjawab satu kalimat, mereka mampu mendapatkan ratusan ribu ringgit atau barangan dengan harga yang mampu membuatkan petani dan buruh menelan air liur.

Inilah realiti. Di mana kita berada dan hidup di dalamnya. Dalam situasi ini jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki situasi ini. Sesungguhnya kita khuatir, cukup dengan sebab kita tidak mempedulikan perkara ini akan menjadi sebab Allah S.W.T menimpakan azab ke atas kita. Apatah lagi, jika kita tidak bertaubat sebagaimana di rakamkan di dalam surah at-Takathur.

Pada suatu ketika, zuhud menjadi hal yang teramat mahal. Namun, sayang pada ketika ini pula, zuhud lebih difahami sebagai sesuatu yang stereotaip iaitu sesuatu yang disamakan dengan miskin, lapar, comot dan segala ciri-ciri yang membuatkan kita merasa 'inferior' untuk mencuba sifat tersebut. Sedangkan pada hakikat yang sebenarnya, konsep zuhud tidaklah sedemikian rupa. Zuhud sebagaimana yang digambarkan oleh Abu Bakr r.a. yang diterjemahkan pula dalam bentuk doa beliau yang terkenal iaitu: "Ya Allah, jadikanlah dunia berada di tangan kami dan tidak dihati-hati kami."

Ini bermaksud zuhud adalah; walaubagaimana kaya pun kita, tetapi kita tidak dikuasai dan dikendalikan oleh harta. Walaupun kita kaya, kita tidak lupa bahawa di sana ada hak ke atas du'afa' (orang-orang yang lemah), ada juga kewajipan berjihad dengannya, ada pula keutamaan dan tingkat keperluan dan perbelanjaannya. Bahkan bagi mereka yang faham konsep zuhud ini tidak akan membeli sesuatu walaupun mereka mampu.

Walaubagaimanapun, di antara apa yang kami fahami tentang zuhud, yang terbaik adalah kita sama-sama renungkan kembali "surat khusus" tentang bermega-megah yang bermaksud:

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu;
sampai kamu masuk ke dalam kubur (mati);
Jangan begitu, kelak kamu akan tahu (akibatnya);
Dan jangan begitu, kelak kamu akan tahu;
Janganlah begitu, kamu akan tahu dengan pengetahuan yang yakin;
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim (akibat bermegah-megahan);
Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yakin;
Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang...
Kenikmatan yang kamu megah-megahkan di dunia itu".

Sadaqallahu al-'adziim.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam


posted by scouser at 9:57 PM

 

~ Thursday, March 18, 2004



Rapsodi Perjuangan - Alarm Me
Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari
Entah ke mana hala hidup ini
Pabila ujian melanda

Erti harga sebuah perjuangan
Kepahitan kutelan menegakkan
Kebenaran,keadilan,perubahan
Akan kutetap teruskan jua

Kami tak rela dinoda
Lihat kezaliman melanda
Kuatkan azam di jiwa
Kebenaran dibela
Sematkanlah janji-janji
Kini yakinkanlah diri
Perjuangan suci murni
Kemenangan menanti

Apalah guna kau berdiam diri
Arus perubahan tak tertahan lagi
Usah dibiarkan kita dipermain
Kan kelak kan membawa seribu penyesalan

Erti harga sebuah perjuangan
Kepahitan kutelan menegakkan
Kebenaran,keadilan,perubahan
Akan kutetap teruskan jua

Kami tak rela dinoda
Lihat kezaliman melanda
Kuatkan azam di jiwa
Kebenaran dibela
Sematkanlah janji-janji
Kini yakinkanlah diri
Perjuangan suci murni
Kemenangan menanti

Apalah guna kau berdiam diri
Arus perubahan tak tertahan lagi
Usah dibiarkan kita dipermain
Kan kelak kan membawa seribu penyesalan


p/s: lagu ini memoir utk akhuna Anwar Ibrahim
----------------------------------------------------------------

Duhai sahabat
Perjuangan ini bukan semata-mata kerana Anwar Ibrahim
Musibah yang menimpanya hanyalah salah satu daripada perjuangan kita

Duhai sahabat
Perjuangan ini adalah untuk menegakkan keadilan yang dilaungkan Islam
Perjuangan ini adalah untuk meletakkan Islam kembali ke martabatnya yang asal
Perjuangan ini adalah untuk menyedarkan insan yang terlalai

Duhai sahabat
Sanggupkah kau melihat seorang isteri dipisahkan daripada suaminya
Sanggupkah kau melihat seorang anak kecil dipisahkan daripada ayahnya
Sanggupkah kau melihat seorang anak dinafikan haknya daripada menziarahi ibunya yg sakit
Sanggupkah kau melihat seorang adik dinafikan haknya menziarahi pengebumian abangnya

Duhai sahabat
Sanggupkah kau melihat saudara Islam kita masih dalam kemiskinan
Sanggupkah kau melihat saudara Islam kita diperdaya kerana kekurangan ilmunya
Sanggupkah kau melihat pemimpin negara menjual negara kita
Sanggupkah kau melihat muda mudi kita rosak lantaran tiadanya perhatian daripada pemimpin kita
Sanggupkah kau melihat gejala rasuah berleluasa di kalangan saudara kita

Duhai sahabat
Sanggupkah kau menjadi seperti semua yang di atas?
Sanggupkah kau ditindas?
Buktikanlah kasihmu pada Allah dan RasulNya
Buktikanlah dengan menentang kezaliman dan penipuan yang dibenci oleh Rabb dan NabiNya
Itulah bukti cintamu dan keimananmu
Gadaian nyawa dan harta kan menjadi saksi
Fikirkanlah sahabat...fikirkanlah...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:26 PM



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan
ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih
mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung
sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada
ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat
kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah
menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun
mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut,
tanpa disedar, dah tertinggal.

Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka
balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati,
cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start
lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so
dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan
lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia
tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di
selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda
didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia
je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu
tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain
digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak
renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus
bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa
lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut...
Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......
........??????............................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asal
nya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat
mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki
sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut
amat lah sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar
sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si
bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebab
kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau
membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari
berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut
jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada
lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya
perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur
di katil nya 2 malam yang
sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup...............


dipetik dari MSM Net

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 8:58 PM

 

~ Wednesday, March 17, 2004


Jerusalem

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Zaid bin Haritsah - Pemuda As-Sabiqun Al-Awwalun(Part II)

Sambungan dari Part I

"Kutangisi engkau, hai Zaid, Ku tak tahu yang terjadi, Apakah hidup dengan harapan temu kembali, Ataukah telah tiada... Demi Allah aku tak tahu, Dan aku kan bertanya selalu, Mungkin di lembah sana dia celaka, Atau di bukit situ dia binasa. Mentari terbit mengingatkanku kepadanya, Rindu kian menggoda bila senja tiba, Akan kucari dia di bumi mana, Tiada kujemu berkelana, Walau unta telah merana, Kalau tak tercapai cita-cita, Biarlah mati bersama rindu menggelora."

Pada suatu musim haji (masa Jahiliyyah), beberapa keluarga Zaid pergi naik haji. Ketika mereka sedang thawaf, mereka bertemu berhadapan muka dengan Zaid. Mereka mengenali Zaid dan Zaid mengenali mereka, lalu saling bertanya dan bercerita. Setelah selesai haji, mereka pulang ke kampung dan mengkhabarkan kepada Haritsah apa yang mereka lihat dan dengar dari Zaid.

Haritsah segera menyiapkan kenderaan dan wang yang secukupnya untuk menebus jantung hati, penyejuk mata, anak satu-satunya. Dia pergi ke Makkah ditemani saudaranya Ka'ab. Mereka berpacu secepatnya agar segera sampai di Makkah dan bertemu dengan jantung hatinya. Tiba di Makkah mereka langsung menuju ke rumah Muhammad bin Abdullah.

Kata mereka, "Wahai putera 'Abdul Mutthalib. Anda tetangga rumah Allah. Anda senantiasa membantu orang yang kesulitan; memberi makan orang lapar; dan memberi minum orang kehausan. Kami datang kepada anda hendak menjemput anak kami yang tinggal bersama anda. Kami membawa wang yang secukupnya untuk tebusan. Serahkanlah anak kami kepada kami, akan kami tebus berapa sahaja yang anda kehendaki."

Tanya Muhammad,"Siapa anak yang tuan-tuan maksudkan?". Jawab mereka,"Pelayan anda, Zaid bin Haritsah."

Tanya Muhammad,"Tidak adakah pilihan lain yang lebih baik bagi tuan-tuan selain menebus?"

Mereka balik bertanya,"Pilihan apa?" Kata Muhammad,"Saya akan memanggil anak itu ke mari. Suruh dia memilih sendiri antara saya dan tuan-tuan. Jika dia memilih tuan-tuan, maka dia boleh tuan-tuan bawa tanpa wang tebusan. Dan jika dia memilih saya, demi Allah! Saya bukan tak ingin dipilihnya."

Jawab mereka,"Itulah seadil-adilnya"

bersambung...

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:57 PM

 

~ Tuesday, March 16, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana masih lagi bermurah hati mengurniakanku nikmat iman dan Islam.Actually baru je tgk satu movie yg tajuknya "The Negotiator".Quiet interesting sbb it's more to a mind game.Banyak part yg interesting.Which means ada part yg mana kita tak expect benda tu akan berlaku.Seriously it's a good movie to watch sbb takde part yg boleh merosakkan akhlak.Sumenya tertumpu cam mane sorang negotiator ni selesaikan satu kes yg menarik.Anyway,leh dl kat memana dan tgk sendiri movie tu.

Citer ni ada kaitan ngan konspirasi dan pecah amanah.Ending citer ni plak member hero tu negotiate utk belot.Kalau kita reflect dari citer ni rupa2nya hal ini juga berlaku di mesia.This is not a fraud or made up story.It really happened in front of my eyes.Agak merisaukan jugak tgk rakyat mesia yg corrupted.Dlm citer the negotiator tu dikisahkan bagaimana pecah amanah dan rasuah berlaku dlm institusi polis.Kalau tak silap aku dlm laporan BPR tahun lepas,PDRM ranking yg pertama sekali dlm list rasuah.Very sad.Insan yg ditugaskan menjaga keselamatan rakyat sanggup lakukan apa saja kerana duit.Tapi tak sume polis cam tu.Both my grandad were policemen.Elok je akhlak derang.Jiran sebelah aku pun polis bahagian anti narkotik.Kalau nak ikutkan,dia lagi la terdedah dgn rasuah sbb dealer dadah ni selalu rasuah polis jgn ganggu bisnes derang.Alhamdulillah elok je dia pegi surau sume.Kes dadah pun byk dia selesaikan.

Kenapa agaknya budaya rasuah ni boleh menular?Bak kata org tua2,kepimpinan melalui teladan.Kalau pemimpin tak tunjuk teladan yg baik,cam mana org bawahan dan rakyat nak jd baik.Meaning that,kalau pemimpin amalkan akhlak yg buruk,rakyat pun akan turut serta jd teruk.Tapi tu tak bermakna kalau pemimpin tunjuk akhlak buruk kita kena ikut ye dak?Kita yg Allah kurniakan aqal ni pepandai la piki sendiri dan nilai mana yg baik dan buruk.Jgn duk salahkan pemimpin kita ni jd teruk sbb kesalahan yg mereka lakukan.Salahkan diri sendiri dulu.Masalah salah laku pemimpin negara ni dah lama berlaku.Zaman khulafa abasiyyah dan muawiyyah lagi dah berlaku.Malah salah satu punca kejatuhan khilafah Uthmaniah juga disebabkan salah laku khalifah pada masa tu.

Adalah merupakan satu fitnah yg besar kalau kita menuduh seseorg tu tanpa sebarang bukti.Satu fact yg benar tp jarang kita amik serius.Dlm kes salah laku pemimpin negara ni,bkn aku main tuduh semberono.Aku penah saksikan benda ni berlaku.Kalau tak caya tanya la bekas pemimpin kanan negara yg join pembangkang.Terlalu banyak perkara yg mengaibkan pentadbiran negara yg telah pemimpin kita lakukan.Mmg benar negara kita antara negara yg sdg membangun.Tp cuba kita lihat satu fact yg menarik ni.Singapura pada asalnya berada dlm mesia.In fact derang merdeka lebih lewat daripada kita.Bermakna perancangan ekonomi,sistem kewangan, dan import eksport mereka agak tertinggal daripada mesia.Why? Sbbnya segala urusan pentadbiran yg berpusat di Kuala Lumpur kini bertukar ke Singapura sendiri.Banyak perkara baru yg terpaksa mereka laksanakan kerana sistem pentadbiran yg mereka inginkan agak berlainan daripada mesia.Tp cuba lihat bagaimana mereka boleh menewaskan ekonomi mesia dlm masa yg singkat.Kalau korang nak tau,Singapura adalah 14 tahun lebih maju drpd mesia.Kalau kita baru dpt beli satu teknologi baru pada tahun ni,derang dah lama beli pada tahun 1990 dulu.Sad but true.Mcm mana hal ini boleh berlaku sedangkan kita punya sumber mentah yg banyak.Walhal singapura hanya bergantung pada pelabuhan derang je.Tu tak try tgk kat Brunei lagi.Bkn kita tak tau Singapura pun ada sindrom kronisme dan nepotisme.Pilihan raya derang yg akan dtg ni anak Lee Kuan Yew akan naik jd PM.Lee Kuan Yew plak apa position dia skrg?Menteri Kanan Singapura,meaning that dia skrg ni penasihat kepada PM Singapura.Segala keputusan kerajaan adalah daripada cetusan idea dia.In fact,sistem komunikasi Singapura dimonopoli oleh anak Lee Kuan Yew sendiri.Mana la derang tak kaya.

Kalau dah dua2 negara korup,kenapa mesia plak yg tertinggal?Tak lain tak bukan jawapannya sbb pemimpin mesia lebih teruk korupnya daripada pemimpin Singapura.Ayah aku dulu keja kat Majlis Perbandaran Seremban,tau sangat la korupsi yg berlaku di peringkat atasan ni.Kekadang tu bkn sogok duit je,sogok pompuan pun ada.Rendah sungguh moral org2 cam ni.Asal dpt tanah je,dijualnye kepada org cina utk projek2 mega.Ini ke pembangunan namanya?Itu membangunkan tanah bukannya membangunkan ekonomi rakyat.Sila la ke Kg Abdullah Hukum di KL tu dan tgk baper byk setinggan haram kat situ.Jelas menunjukkan ramai rakyat kita perlukan tanah utk menetap.Apalah gunanya shopping mall yg besar2.Kita dah ada terlalu banyak shopping mall di serata mesia.Mengapa perlu membazir.Atau adakah kerana ini tanda akhir zaman?Manusia berlumba2 membina bangunan yg tinggi2.Wallahu a'lam.Tu tak tgk lagi kes rasuah di kalangan org bawahan.Sbb tu pekerja agensi kerajaan malas masuk keja.Sbb masing2 ada side income.Mana la institusi kerajaan tak lumpuh.

Politik wang?Try borak ngan org yg aktif dgn parti melayu and you'll know.Derang sendiri mengaku ada antara ahli parti derang yg main taktik kotor ni.Bkn takat politik wang dlm parti sendiri je,malah try beli org kuat pembangkang sekali.Kawan mak dan ayah aku ada yg penah bertanding dlm pilihan raya lepas atas tiket pembangkang.Derang citer ada sekali tu derang dioffer RM5 juta.Mujur iman kuat lagi.Tgk what happened menjelang pilihan raya akan dtg ni.Kenapa tetiba 2 calon dari parti pembangkang tarik diri?Bkn takat tarik diri je,drang tak rujuk pada pimpinan parti dan terus hilang.Tak dpt dihubungi langsung.Ada dua kemungkinan di sini,sama ada dia diugut supaya tarik diri ataupun dia disogok wang.

Susah nak ckp.Bkn takat salah laku je,salah akhlak pun ada.Kalau dlm paper tu baper ramai antara derang yg kena cekup dek BPR.Tak kira lagi yg ada yg masuk paper sbb bunuh anak luar nikah.Tak kira lagi yg masuk paper sbb kawin tanpa kebenaran.Cam mane plak yg bertanding atas tiket bebas semata-mata tak puas hati ngan keputusan pimpinan parti?Di mana letaknya taat pada pemimpin.Sanggup lakukan apa saja demi kepentingan sendiri.Kononnya Biro Tatanegara berfungsi utk melahirkan cinta pada negara,bkn utk kepentingan politik.Try la tanya sesape yg dah pegi BTN dan dgr betul2 apa jawapan drang.Sumenya agenda politik,dusta semata-mata.Bukti?Pengarah BTN,Dato Nordin Kadi sendiri akan bertanding pada pilihan raya kali ni atas tiket BN.Aku dulu pun nyaris2 kena belasah ngan gerak gempur pemuda UMNO masa pilihan raya kecil kat kampung.Samseng tul drang.Dah la dtg dari luar,pastu buat kacau plak.

Kejujuran sudah ilang dlm dunia ni.Setiap perkara yg berlaku ada sahaja agendanya.Walaupun peluang pembangkang utk menang agak tipis,tak bermakna mereka akan kalah selama-lamanya.Setiap mehnah pastinya ada hikmah.Kita belaja dari kekalahan dan tingkatkan kemahiran dlm berstrategi.Politik bkn sekadar ceramah dan kempen semata-mata.Tapi ada strategi dan mastermind nye.Try la tgk sendiri pilihan raya di US ni.Sungguh menarik.Siap ada strategist utk kempen dan sbgnye.Apa2 pun semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam.Jika parti kerajaan menang sekalipun,kita sama2la doakan semoga pentadbiran mereka akan menjadi lebih bersih dan telus.Semoga mereka beroleh hidayah daripada Allah yg Maha Esa atas kesilapan mereka yg lepas...juga hidayah utk kita yg selalu mengkritik.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 11:50 PM

 

~ Monday, March 15, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana masih lagi mengurniakanku nikmat iman dan Islam.Minta maaf bebanyak sbb dua tiga hari ni tak update weblog.13 Mac ari tu besday aku.Alhamdulillah, Allah masih lagi pemurah mengurniakan umo yg panjang buatku.Mak ngan abah baru je kem besday kad kat aku minggu lepas.Nak tgk apa derang tulis?Jom kita baca...

Bismillaahirrahmaanirraheem
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

We're so far apart,
But you're still in my heart,
And thinking of you,
Gives my heart a lift,
Can't wait to be with you again

Mak sentiasa mendoakan kecemerlanganmu di dunia dan di akhirat.
Semoga menjadi anak yg soleh dan mujahid, Insya Allah.

Mak dan Abah
13 Muharram 1425

Hehehe...agak terharu gak le baca kad yg derang hantar.Last time mak ayah aku kasi besday kad masa aku baru sampai US.2 tahun lepas tu takde hantar dah.Wish pun takde.Aku tak kisah sangat sebenarnya,tp bila dah dpt tu rasa bersyukur la gak.Tak sangka plak mak ayah aku sebenarnya rindukan aku.Tgk jela ayat omputih yg last tu.Huhuhu...sayang mak ngan abah.And yg paling best plak,cuba korang tgk ayat yg last sekali kat ucapan tu..."semoga menjadi anak yg soleh dan mujahid...".Mak dan abah aku doakan aku jadi mujahid.Eiii...sukenya aku.Mmg cita2 aku nak sangat mati syahid.Alhamdulillah derang berdua doakan aku jd mujahid.Bila la masa tu akan sampai ye?Doakanlah semoga aku dpt jd mujahid dan syahid di medan jihad.

Actually aku terpaksa berlepas ke Bloomington weekend ari tu sbb ada Islamic Spring Retreat (ISR).Masya Allah,byk perkara baru aku belaja kat sana.Program ISR cuma berlangsung selama sehari.But it was fun sbb dah lama tak travel sesame kengkawan.Saidina Umar pernah berkata, seseorg itu takkan menjadi sahabat karib selagi tidak memenuhi 3 perkara ini:

1. bermusafir bersama.
2. bermalam bersama
3. membincangkan hal kewangan bersama.

Semoga musafir kami diberkati dan dilimpahi rahmat Allah sentiasa.Kitorang bertolak dgn dua keta.Satu keta sewa dan satu lagi keta member.Perjalanan memakan masa selama 2 jam.Cam biasa,slps beberapa ketika bernasyid sensorang dlm keta sambil kengkawan tutup telinga,akhirnya suaraku hilang secara tiba2.Tenggelam di alam mimpi...hehehe.Sedar2 dah sampai kat Bloomington je.
Program pagi tu bertajuk "Struggling with Iman" yg disampaikan oleh Brother Ali dari Turki.Pastu ada ice breaking dan solat zohor.Lps solat zohor ada sket tazkirah dan makan tengahari.Pastu yg dari Bloomington solat asar (kitorang dah jama' zohor dan asar time tu).Lepas asar ada slot forum.Pastu jenjalan sekitar kampus sampailah waktu maghrib.Lepas maghrib makan malam dan berehat sampai ke isyak.Lepas isyak kitorang ke masjid Bloomington sbb ada aktiviti bersama komuniti muslim di sana.Itu la program terakhir kitorang malam tu.Lepas abis program pitek(student IU) minta kitorang tolong dia pindahkan barang.

Kema ngan bini dia kena balik malam tu jugak sbb ada urusan.Terpaksa imam,pitman ngan mamduh hantar derang balik.Imam agak keberatan nak balik malam tu sbb dia letih.Tp memandangan pitman ngan mamduh tak tau jalan nak dtg balik ke IU,terpaksa la imam ikut sekali derang balik.Sebenarnya esok tu kitorang cadang nak jalan2 di Indianapolis.So it was a big risk gak derang balik ke Purdue mlm tu sbb pagi2 kena bertolak ke Bloomington balik utk amik kitorang ke Indianapolis.Kitorang warning derang kalau tak sampai esok pagi awal2 mmg siap la kitorang kerjakan.Masing2 yg nak balik ke Purdue malam tu cuak dan nekad kunci jam loceng derang.Kelakar gak la aku tgk gelagat derang ni.Esok tu lepas subuh ingat nak call derang tp tak ingat plak pin kad phone.Tawakkal je la yg derang akan sampai awal pagi.Lepas subuh tu kitorang tido balik.

"Bangun2...awat hampa tidoq laie ni?" Mcm penah ku dengar suara ni,tp di mana ya?Aku masih lagi pijat2 baru bangun tido.Setau aku takde dak utara dlm umah tempat kitorang tido tu.Aku buka mata, tgk2 cam kenal je.Eh,ni suara imam ni (imam dak kedah)Waaa... 3 org tu dah sampai.Huhuhu...malam td kalau tak silap, kitorang yg pesan derang dtg awal2 so that kitorang dah siap nanti terus je bertolak ke Indy.Tgk2 derang sampai dulu dan kitorang masih tido lagi.Ampun imam...hehehe.Ngamuk cam rimau imam pagi tu.Mana taknye,mlm td kitorang yg beria-ia sungguh dia bangun awal.Last2 kitorang yg bangun lambat.

Lepas mandi dan kemas2 sket kitorang terus bertolak ke Indy.Destinasi pertama yg kitorang pegi was City Circle.Tempat ni cam round about dan ada satu statue besar as symbol of appreciation to those who died during the civil war.Tapi kitorang tak pi situ dulu,kitorang pi shopping mall kat situ.Takde beli apa sangat sbb nak save duit balik ke mesia nanti.Dak2 ni la shopping sakan beli baju dan seluar.Lepas shopping tu baru la bergambar kat statue tu.

Satu benda kelakar berlaku masa lepas bergambar tu.Shaq (dak batch aku) ngan Test (dak batch first year) gurau2.Test nak makan kat Mughal,satu restoran muslim kat Indy.Dia tak penah lagi pi situ.So,kitorang pakat nak bawa di pi sana.Shaq plak kuat sakat dak junior ni.Dia kata ari Isnin (ari tu ari Isnin) kedai tu tutup,tak yah pegi la.Sedih je muke budak tu.Test kata nak gi juga.Kelakar plak aku tgk derang gurau2 ni.Test dah tak sabar2 nak makan kat Mughal sbb dah lapar gile.Asal Test ckp pasal nak makan je Shaq akan ckp Mughal tak buka ari Isnin (Mughal buka tiap2 hari sebenarnya).So,kitorang pun bertolak la ke Mughal.Time nak bergerak tu,tanya le sesape yg tau jalan ke Mughal.Rupa2nya sorang pun tak tau.Hehe...Imam ngan Shaq kata dia cuma tau jalan ke Mughal kalau bertolak dari airport.Terpaksa la patah balik ke Indy Airport semata-mata nak pegi ke Mughal.Gile gigih la derang nak penuhi hajat Test.Huhuhu...Akhirnya jumpa gak jalan ke Mughal.Punya la hepi budak bernama Test ni bila sampai di Mughal.Tgk2 Mughal gelap semacam.Aik..takkan tutup kot.Pi kedai jual halal meat sebelah.Tanya owner dia sama ada Mughal buka tak ari ni.Owner dia ckp,"Mughal is closed on Monday strating today".Makbul pulak kata2 si Shaq ni.Betul plak Mughal tutup ari Isnin.Bkn ari Isnin je,yg bestnya perkataan starting today tu.Teruk shaq kitorang pukul.Tak sangka plak mustajab doa ko shaq.Doakan aku dpt 4 flat ek shaq...hehehe.Kesian test,hampa je dia.

Lastly kitorang decide makan kat Purdue je.So pegi la Khana Khazana.Khana Khazana ni ada buffet gak.Pi situ pun tutup gak.Aik shaq ni.Bkn doa menjadi kat Mughal je,Khana Khazana pun doa dia makbul.Sekali lagi shaq kena balun.Takde cara lain melainkan pegi ke satu lagi kedai muslim,Blue Nile.Aku tak suke sangat pegi Blue Nile ni sbb takde buffet dan harga dia pun agak mahal.So,itu la catatan aku sepanjang aku tak menulis dlm weblog lately ni.

Alhamdulillah,byk pengalaman berharga masa bermusafir ni.Allah berfirman dlm Al Quran, "Tidakkah kamu berjalan di muka bumi?Maka lihatlah bagaimana nasib kaum2 terdahulu".Kalau kita meneliti pemandangan sepanjang musafir tu pasti kita akan ternampak kesan2 peninggalan kaum yg terdahulu.Sama2la kita amik iktibar.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 11:56 PM