~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, May 01, 2004


Assalamualaikum wbt

Pengumuman kepada sume pengunjung weblog ni.Insya Allah weblog ni tidak dapat dikemaskini dlm jangka masa selama seminggu kerana tugasan pembelajaran utk menghadapi peperiksaan akhir semester.Perghhhh...dah lama tak guna ayat skema.Nak togoliat lidah den.Wassalam.

posted by scouser at 9:34 PM

 

~ Thursday, April 29, 2004


Sabar - Alarm Me

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadang kala tenang
Mendamaikan hati yang rawan

Begitulah satu gambaran orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi Tuhan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadang kala tenang
Mendamaikan hati yang rawan

Kata pujangga orang yang bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani
Dia digeruni
Berkorban rela mati

Kata pujangga orang yang bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani
Dia digeruni
Berkorban rela mati

Mendamaikan hati yang rawan

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

--------------------------------------------------------------------------------

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Haaa...atas permintaan ramai,maka siaplah lagu Alarm Me yg baru dlm bentuk mp3 ni.Sedap gak lagu ni.Memula dgr music intro dia tu cam lagu alien je.Seram gak dgr.Pastu slowly music tu jd lebih bersemangat.Cam nak pegi jihad plak.Hehehe...Nasyid ni berkisar ttg nilai sabar apabila kita ditimpa musibah.Mungkin sesetengah org kata lagu dari album dulu lagi sedap.Tapi kalau dgr betul2,kekuatan vokal derang dlm album baru ni lagi gempaq daripada album yg lama.Sume penasyidnya boleh buat suara harmoni yg tinggi2.Suara base masa chorus lagu 'Sabar' ni pun boleh tahan hebatnya.Frankly speaking yg menjadikan nasyid ni sedap sbb kepelbagaian mainan suara.Cam praktis2 plak abg2 Alarm Me ni.Arghhh...rindu la plak time nasyid2 dulu.So amacam? Ok tak nasyid derang yg baru ni?Kalau dah suka,jgn lupa beli kaset derang yg baru bertajuk 'Menggapai Harapan'Amaran keras daripada saya,jgn berani download lagu ni dan jgn sebarkan pada org ramai.Kalau korang buat gak,jumpa kat akhirat...abg2 Alarm Me ngan saya akan tuntut nanti.

p/s: Abg2 Alarm Me pesan tgk persembahan derang live kat TV 1 pada 3 Mei ni nanti jam 2.10 ptg waktu mesia.Persembahan tu sempena maulidur rasul anjuran JAKIM.

Wassalam.

posted by scouser at 6:53 PM

 

~ Wednesday, April 28, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...
Tips Menjadi Anak Muslim Soleh Qudwah

Sebagaimana kita mengharapkan wujudnya keluarga Islam contoh maka kita juga mengharapkan bahawa setiap anggota keluarga itu sebagai contoh yang baik. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur di dalam bukunya al-Qudwah 'Ala Tariq ad-Da'awah menerangkan bahawa anak-anak lelaki dan perempuan muslim yang menjadi contoh adalah seperti berikut:


Pertama: Hendaklah memahami kedudukan ibu dan bapa mereka dan apa yang menjadi hak kepadanya dan apa yang wajib dilakukan ke atasnya iaitu kasih sayang, penghormatan, kebajikan dan berihsan.

Kedua: Hendaklah merasakan wajibnya berlaku taat pada perintah Allah dan RasulNya dalam perkara berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan berihsan terhadapnya, dan merasakan pahala dan ganjaran dari Allah dengan sebab berbuat baik terhadap kedua-duanya.

Ketiga: Hendaklah tahu bahawa kedua orang tuanya adalah lebih mengetahui darinya dalam perkara yang memberikannya manfaat dan mudarat mengikut sunnah alam dan pengalamannya.

Keempat: Hendaklah menjaga suasana kasih sayang di antara mereka. Elakkan dari suasana pertentangan dan pertelingkahan. Suasana tolak ansur hendaklah sentiasa ada.

Kelima: Hendaklah menjaga ketaatannya kepada Allah terutama sembahyang pada waktunya dan juga menjaga akhlak Islam secara umumnya, mengambil berat tentang al-Quran serta menghafal setakat mana yang boleh dihafalnya dan cuba memahaminya dan juga mendalami ilmu Islam.

Keenam: Hendaklah mempelajari sunnah Rasulullah swt dalam urusan hidup ini seperti dalam makan minum, tidur, pakaian dan lain-lain serta doa-doa yang berhubung dengannya dan diamalkan.

Ketujuh: Hendaklah mengambil berat tentang pelajarannya supaya ia mendapat markah yang tertinggi di antara pelajar lain.

Kelapan: Hendaklah menjaga kebersihan sama ada pada dirinya atau pakaiannya, termasuklah meja, alat-alat dan sesuatu yang ada hubungan dengannya.

Kesembilan: Hendaklah bijak memilih kawan-kawan yang baik supaya boleh dijadikan contoh teladan baginya.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam




posted by scouser at 9:00 PM

 

~ Tuesday, April 27, 2004

* gambar masjid tempat aku main2 masa kecik2 dulu....masjid

Liverpool

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah dan inayahNya aku masih lagi dpt idup di dunia ini.Yg paling penting sekali aku masih lagi dikurniakan nikmat Islam dan iman yg jarang sekali kita syukuri.Ntah kenapa aku rasa malas nak study malam ni.Memandangkan tak tau apa nak buat,so aku merapu je la dlm weblog ni.Ada satu projek lagi due this Thursday.Insya Allah esok meeting ngan groupmates.Ni lah group terbaik penah aku dpt since setahun yg lepas.Tahun lepas group aku buat projek pasal Purdue Technology Center.Memandangkan masing2 ada experience internship (praktikal) masa cuti summer,so derang mmg expert la buat sume keja.Pandang plan je dah boleh tafsir apa yg ada dlm plan tu.Aku gak tercangak-cangak sbb tak penah ada pengalaman keja as engineer.Anyway,aku cuma jd kuli je.Kalau derang tak dpt solve pape,aku la yg kena pegi menapak jumpa lecturer atau TA utk bertanya.Tapi aku tak kisah memandangkan sumbangan aku dlm group tu pun sikit.Utk sem ni keja kitorang lebih professional dan aku lebih hampeh.Hehehe...biasala,dah masuk final year ni projek dia lagi mencabar.Kitorang kena buat scheduling (rangka waktu projek) Purdue Technology Center.Benda ni mmg betul2 kena ada experience sbb kena buat sequence project tu satu persatu.So sebenarnya takde la wasted,aku belaja gak la something new.Alhamdulillah group kitorang yg consist of 3 persons ni dpt markah tertinggi utk first part of the project.Derang la bangga,aku takde pape pun.Yela,mostly derang yg buat.Maklumlah,keja utk 3 org akhirnya 2 org je buat kerana sorang lagi tu hampeh tahap naga.Tiap kali meeting mesti derang belek balik projek tu.Bangga sungguh.Aku gelak je dlm hati.

Sedar tak sedar,aku tinggal satu sem je lagi Insya Allah.Tarikh balik bercuti summer pun makin hampir.Insya Allah aku akan singgah UK dulu sblm balik ke mesia.11 tahun tinggalkan UK,lama gak rasanya.Aku ni pelik sket.Mungkin org lain tak rasa apa yg aku rasa.Aku sebenarnya rasa cam terbuang.Bkn aku nak berbangga lahir di UK,tp aku rasa aku ni seolah-olah pelarian di bumi mesia tu.Kalau org lain bangga lahir di oversea,aku plak rasa lain.Aku rasa cam hina sbb tak dpt tinggal sendiri kat tanah tempat aku dilahirkan.Sebijik cam pelarian.Malah kerakyatan tempat aku lahir pun takde.Bkn tu je,kerajaan negara tempat aku lahir tu menindas saudara2 seagamaku.Lagi la aku rasa cam tak guna langsung.Takpelah,mungkin ada hikmah di sebalik sume tu.Tak sabar nak pi Liverpool balik.Nak tgk balik masjid tempat aku lari2 masa kecik dulu.Tempat aku mengamuk sbb ngantuk.Hehehe...mcm2.Yg paling penting,nak jumpa mak cik aku yg dah 5 tahun tak jumpa.Harap2 panjang la umo supaya dpt jumpa dia.

Haaa...kali ni aku nak citer pasal mak cik aku kat UK tu.Kalau org dgr rakyat mesia tinggal kat UK mesti derang piki org tu org yg berada atau kaya.Well it's a different story for my mak cik.Nama mak cik aku ni Siti Zaharah Abd Malek.Adik mak aku.Mak aku anak keenam,dia plak anak ketujuh.So mmg rapat la dua org ni.Dulu masa kat mesia kalau mak aku kena ikut ayah aku pi jejauh,dia la yg jaga kitorang.In fact mak aku la yg kenalkan dia ngan usrah ni sume dulu.Mak cik aku ni masa kat mesia dulu keja kerani je.Memula dia keja kerani kat Jab Pend N9,bahagian pendidikan agama Islam.Pejabat dia dekat ngan perpustakaan negeri.So masa weekend aku ngan adik2 aku selalu pi library.Bila tgh hari je mak cik aku akan dtg bawa kitorang pi lunch kat gerai.Hehehe...kecik2 dulu mmg aku ngan adik2 aku suka makan luar.Tak tau kenapa.Sbb banyak kolesterol kot.Huhuhu...After few years keja kat situ,dia dipindahkan ke sekolah puteri (formerly known as convent).Pastu di pi UK.

Kisah dia pi UK bermula gini.Aku ada second cousin yg duduk kat sana.Dia ni rapat ngan mak cik aku sbb umo derang ni almost sebaya.In 1999,dia bersalin dan perlukan somebody to look after her.Since kitorang takde sedara mara kat UK,mak cik aku offer volunteer pi sana tolong jaga second cousin aku ni.So dia amik cuti tanpa gaji 2 bln pi sana.Mak cik aku time tu tak kawin lg dan umo dia pun dah lanjut.Kalau tak silap umo dia masa tu dah 38 tahun.Seminggu terakhir dia kat UK tu,ada pak arab nampak dia.Terus jatuh hati dan pinang dia.Pak arab tu nama dia Ammar.Dia ni asal dari Algeria dan bknlah org yg berada.Dia ni dulu askar di Algeria.In 1996,ada pilihanraya umum di Algeria and surprisingly Parti Islam (FIS) menang.Dia salah sorang org kuat FIS.Bila parti Islam ni menang,ada la musuh Islam yg tak puas hati.Kerajaan Algeria yg kalah arahkan tentera tangkap org2 FIS dan kerajaan Perancis pun masuk campur sekali.So, pak cik Ammar ni terpaksa lari dan dia pilih UK.Kat UK dia dpt suaka politik dan keja as cheap labor je.Tapi alhamdulillah pak cik Ammar ni seorg yg wara' dan tawadhu'.Since dia lari ke UK dan tak boleh balik ke Algeria,maka dia terpaksa la cerikan isteri dia kat sana.Sbb tu dia pinang mak cik aku.Pak cik Ammar ni pun lagi tua dari mak cik aku.In fact lagi tua daripada ayah aku.

Since mak cik aku ni pun mmg teringin nak kawin,dia terima je la pinangan tu.It was a quick decision.Kami sume terkejut.Masa tu dia call dari UK kata nak kawin.Kitorang tanya ngan sape.Dia kata ngan pak arab.Nenek aku suruh balik dulu bawa berbincang.So dia balik la kejap dan satu famili pada awalnya tak setuju dia kawin kecuali mak ayah aku.Mak ayah aku bagi reason sbb umo dia dah lanjut dan sblm ni pun penah try cari jodoh utk dia tp tak dpt.Mungkin ni petanda jodoh dia dah sampai.Tp adik badik yg lain bagi reason sbb jauh sangat.Susah nak jumpa dan sebagainya.Sbb before ni abg mak aku kawin ngan australian.Derang balik time raya je.Mmg jarang la jumpa.So nenek aku tanak la sorang2 anak dia berjauhan dari dia.Nenek aku pun dah tua time tu.Tp lepas mak ayah aku pujuk derang sume,derang pun setuju.So mak cik aku pi balik UK dan kawin ngan pak arab tu tanpa kehadiran sedara mara (except second cousin aku).Alhamdulillah derang idup bahagian kat Hull.Mak cik aku tak bekerja dan pak cik Ammar plak keja as cheap labour.Since mak cik aku stay kat UK lebih daripada tempoh dlm visa,dia tak boleh la balik mesia.Kalau dia balik mesia,dia takkan dpt masuk UK balik sbb dah langgar law.So mak cik aku duduk sana illegal la.

After a few years,mak cik aku pindah ke Coventry dan duduk ngan second cousin aku sbb cost of living kat Hull tinggi kot.Yela duduk berdua mmg la mahal.So pak cik Ammar duk kat Hull ngan kengkawan dia.Jimat sket kot.Setiap bulan pak cik Ammar akan melawat mak cik aku kat coventry.

Tahun lepas everything changed.Pak cik ammar disahkan kena pneumonia.Pada awalnya dia tak kasi tau org lain.Dia senyap je.Last2 kengkawan dia kasi tau gak kat mak cik aku.Tapi time tu dah terlambat,doktor kata 'go home and rest'.So dia menghabiskan saki baki hidup dia dgn mak cik aku kat Coventry.It was tough for mak cik aku.Yela,mak cik aku dah la susah nak dpt jodoh.Dpt pun jauh2 dan umo pun dah lewat time tu.Anak plak takde.Kawin pun baru je 5 tahun.In fact fikiran aku pun terganggu gak masa dpt news tu.Yela,aku tak penah tgk mak cik aku sedih.Mak cik aku time tu terlalu sedih sampai tanak ckp ngan sesapa,even ngan aku yg jauh ni.Aku masa tu terpaksa tunda mid term sbb tak leh concentrate.Tak silap aku time tu tgh ramadhan.Mid term tu aku tunda minggu depan.On the day aku nak amik mid term tu,pak cik Ammar plak meninggal.Terpaksala gak aku buat midterm dlm kesedihan.Tah apa yg aku jawab pun aku tak tau.Semoga ruhnya dicucuri rahmat.Org yg pertama mak cik aku call was my mom.

Oleh sbb aku tanak ganggu mak cik aku ,aku tanya la mak aku pasal mak cik aku tu.Mak aku citer pak cik ammar meninggal lepas solat tarawikh.Dia semayang atas riba mak cik aku.Abis je bagi salam,dia pandang mak cik aku.Dia senyum dan dia ckp dia rasa masa dia dah sampai.Mak cik aku terus nangis dan nyawanya pun dicabut.Sayu kan?After one week baru la aku berani nak borak ngan mak cik aku.Walaupun dia gelak2 time borak ngan aku dlm phone,aku still dpt rasa yg dia masih lagi bersedih.Boleh tau la kan org gelak buat2 ni.Tapi kalau aku dlm situasi dia pun aku mmg akan alami tekanan mental.Masya Allah,hebat mak cik aku lalui dugaan ni sume.

Since takde sedara mara kat UK.Mak ayah aku amik inisiatif bawa nenek aku pi lawat mak cik aku.Yela,sian mak cik aku lalui tu sensorang.Yg paling menyedihkan none of us penah jumpa pak cik Ammar.Mak cik aku nak sangat nenek aku jumpa ngan suami dia.Tapi Allah dah panggil dia dulu.Sebenarnya aku plan nak ke UK summer lepas,tp mak aku tak kasi sbb atas alasan keselamatan.Tapi tu la,Allah tu sebaik-baik perancang.Insya Allah harapnya kali ni tiada aral melintang.Nak gak tgk sekolah lama aku dulu.Seriously aku mmg rindukan UK.Byk memori suka duka aku simpan masa aku kecik2 dulu kat sana.In fact,life kat sana la yg mendewasakan aku sebenarnya.Di UK la aku kenal erti jimat wang dan leadership walaupun umo aku time tu baru 11 tahun.Nak pi belaja sana tak dpt sbb aku tak pandai.Anyway aku tak sabar gak nak jumpa kembar aku ngan my buddy,Muadz kat sana.

Rasanya cukup setakat ni dulu.Doakan semoga aku dpt menjejakkan kaki ke UK.


Liverpool

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 11:20 PM

 

~ Monday, April 26, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Zaid bin Haritsah - Pemuda As-Sabiqun Al-Awwalun(Part Akhir)

Sambungan dari Part IV

Pasukan berangkat hingga sampai di Ma'an, sebelah timur Jordan. Sampai di sana ternyata Heraklius, penguasa Rum telah siap menunggu dengan seratus ribu kaum musyrikin Arab. Jumlah tentera yang besar itu, berkumpul tidak jauh dari posisi tentera muslimin. Kaum muslimin bermalam di Ma’an dua malam, membincangkan strategi yang harus mereka ambil. Ada yang mencadangkan supaya menulis surat kepada Rasulullah s.a.w, melaporkan situasi dan jumlah musuh, dan menunggu perintah selanjutnya.

Yang lain mengatakan,"Demi Allah! Kita tidak berperang dengan bilangan, membandingkan kekuatan senjata dan jumlah yang banyak. Kita berperang dengan agama ini. Kerana itu, maju terus seperti rencana asal. Allah telah menjamin bagi kita salah satu dari dua keuntungan; menang perang atau mati syahid!"

Kedua pasukan bertemu di Mu'tah. Kaum muslimin berperang memeranjatkan tentera Rom dan menyebabkan mereka hormat penuh ketakutan. Tiga ribu tentera muslimin menghadapi satu ratus ribu tentera musyrikin.

Zaid bin Haritsah bertempur mempertahankan bendera Rasulullah s.a.w dengan semangat dan keberanian yang tak ada taranya dalam sejarah kepahlawanan. Sehingga akhirnya tubuhnya remuk terkena seratus anak panah, kemudian dia jatuh terbanting bermandikan darah. Dia syahid menemui Allah sambil mengibarkan bendera yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Bendera komando itu segera direbut oleh Ja'far bin Abi Thalib sebagai komandan pengganti pertama. Ja'far bertarung dan mengibarkan bendera komando, sehingga dia syahid pula menyusul Zaid. Bendera komando segera diraih oleh Abdullah bin Rawahah. Tetapi dia kemudian terkena panah musuh. Dia pun syahid menyusul kedua sahabatnya. Kaum muslimin memilih Khalid bin Walid menjadi komandan pengganti. Ketika itu, Khalid baru beberapa lama masuk Islam. Dia mengerahkan tenteranya dan menyelamatkan mereka dari medan peperangan.

Berita perang dan tewasnya tiga orang perwira yang diangkat Rasulullah s.a.w segera sampai kepada beliau. Beliau sangat sedih menerima berita tersebut. Rasulullah s.a.w pergi mengunjungi keluarga mereka untuk menghiburkan hati mereka. Ketika Rasulullah s.a.w tiba di rumah Zaid bin Haritsah, anak Zaid yang masih kecil menggapai beliau sambil menangis. Melihat perlakuan anak tersebut, Rasulullah s.a.w bertambah terharu lalu beliau menangisi pula sehingga tangisannya deras kedengaran.

Kata Sa'ad bin 'Ubadah,"Mengapa anda jadi begini, ya Rasulullah?" Jawab beliau,"Ini tangisan seorang ayah menangisi anak yang dikasihinya."

TAMAT.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam



posted by scouser at 11:08 PM


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Haaaa...jumpa pun gambar alarmme.Pueh den caghik,jumpo pun.Penampilan baru sket la.Kopiah ala polis zaman citer Bukit Kepong.Ada jambul kat atas.Hehehe...Org kata muka aku ada rupa yg tgh tu (Brother Khir).Betul ke Radin?Ni yg ana start rasa perasan ni.Hihihi...

posted by scouser at 10:39 AM

 

~ Sunday, April 25, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Rabiulawal: Perang Al Hittin bebaskan Baitulmaqdis


ANTARA peristiwa prnting yang berlaku pada Rabiulawal adalah peperangan 'Al Hittin' di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubiy menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan Julai 1187 Masihi.

Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya 'Hattin'. Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli sejarah yang berpendapat ia berlaku pada Rabiulakhir.

Meskipun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia Islam dulu, kini dan selama-lamanya.

Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan tentera salib ke atas Baitulmaqdis.

Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam – Salahuddin, yang berjaya menyatukan seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu.

Kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kejayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada pencerobohan kuasa Barat.

Kemenangan Salahuddin itu turut membolehkan Baitulmaqdis bebas daripada penjajahan tentera Salib selama 88 tahun.

Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di pesisiran pantai berhampiran Tasik Tiberias, Palestin.

Tentera Islam diketuai antara pemerintah agungnya, Salahuddin, manakala askar tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias.

Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka. Berikutan itu, tentera Islam diketuai Salahuddin mengepung askar Salib pada waktu malam hingga terbit kemunculan fajar.

Nyata, pada sebelah siangnya meletus pertempuran sengit berhampiran Hittin di sebelah Tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai askar Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka.

Jelas sekali, Perang Hittin adalah antara kemenangan Islam yang gemilang sejak dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususnya Barat.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata 'untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan tidak memadai. Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah'.

Kejayaan Salahuddin membebaskan Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatupadukan umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4 Mac 1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang di medan perang ketika berusia 16 tahun.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:29 PM