~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, May 29, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Angkat Martabat Umat Dengan Jihad

Jihad adalah lambang keunggulan Islam. Dengan jihad umat dapat mengukuhkan kewujudannya, menonjol kekuatan keperibadiannya dan menjelaskan bahawa ia mempunyai tujuan yang lebih agung daripada tujuan golongan lain yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Selama panji-panji jihad berkibar dan persiapan untuk jihad berlaku dan dapat dirasai oleh orang lain:

"dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka semampu kamu dengan kekuatan senjata dan tentera berkuda, dengannya kamu dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dan musuh lain dibelakang mereka yang kamu tak ketahui tetapi Allah mengetahui mereka" (al Anfal:60).

1 - Dengan kehendak Allah, urusan umat ini tidak dapat dimartabatkan kecuali dengan jihad. Umat Islam di setiap masa dan zaman tidak mungkin mengecapi keunggulan dari segi pertahanan, kemuliaan dan keutuhan perpaduan, seperti yang di kecapi oleh generasi yang pertama kecuali dengan jihad. Pada zaman itu mujahidin berjihad dijalan Allah walaupun dengan jumlah harta, persediaan dan bilangan yang sedikit.

2 - Setelah berlalunya zaman awalan (zaman jihad) umat Arab dan Islam melalui zaman dimana bilangan mereka semakin ramai, harta semakin banyak, kemewahan melimpah ruah, sehingga mereka berlumba-lumba merebut dunia setelah mereka ditimpa penyakit umat-umat terdahulu, mereka pun menjadi lemah, maruah mereka jatuh dan mereka berpecah belah.

3 - Memahami hakikat ini musuh-musuh mencurahkan seribu upaya untuk menghapuskan jihad dari kamus Islam. Menyelewengkan maknanya dan menggelarkan mujahidin yang mempertahankan tanah air , kemulian hidup dan agama sebagai pengganas. Mereka hapuskan daripada sejarah kisah-kisah kepahlawanan wira-wira Islam terdahulu dan sebaliknya menggelarkan penceroboh sebagai pahlawan.

4 - Sebenarnya tanpa mujhidin yang berjihad dengan ruh dan jasad mereka, Palestin sudah lama terhapus dari peta dunia, Afghanistan sudah tentu tidak dikenali lagi, begitu juga Kahmer, Cechnya dan lain-lain tidak akan disebut lagi. Tetapi kerana kepahlawanan agung yang dicipta oleh mujahidin yang menuntut kematian seperti musuh mereka menuntut kehidupan maka perancangan musuh telah berjaya digagalkan.

5 - Jihad adalah takdir Allah untuk umat ini, dengannya kemegahan dapat dikembalikan, bintangnya dapat bergemerlapan semula dan ia boleh kembali berperanan seperti sepatutnya. Tanpa jihad umat akan menjadi mangsa kerakusan serigala yang merobek-robek sebahagian dari dagingnya di Tebin Barat dan Semenanjung Gaza, kemudian ia meluaskan pengaruhnya ke ibu negara Arab yang lain mengugut dan memperkotak-katikkannya sesuka hati. Ini yang sedang berlaku sekarang ini.

6 - Tidak akan berubah nasib umat ini kecuali dengan jihad yang merupakan jalan menuju kemuliaan. Abu Bakar As Siddiq telah telah menerangkan dalam khutbahnya selepas di bai'ahkan, dia berkata: "tidak ada satu kaum yang meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Ia akan menimpakan padanya kehinaan".

Dipetik dari: Massej Online



Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam




posted by scouser at 8:24 PM

 

~ Friday, May 28, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam





posted by scouser at 10:34 PM

 

~ Thursday, May 27, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Tips Berhias & Perhiasan Muslimah Solehah

Syeikh Athiyah Saqar mengatakan:

"Memperelok/menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud."

Batasan Aurat

1.Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2.Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.

Tabarruj

1.Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.

2.Tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.

3.Tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

4.Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

Perhiasan

1.Bagi ulamak yang mengatakan muka itu aurat menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

2.Bagi ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku) dan di sekitar itu. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.

Perhiasan Zahir

Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat', terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas'ud.

2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas

3. Bererti celak dan cincin. Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.

4. Bererti gelang, cincin dan celak. Al-Misywar bin Mukhrimah.

5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan. Pendapat dari Mujahid.

6. Bererti cincin dan gelang. Dari al-Hasan.

7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan. dari al-Dhahhak.

Perhiasan Zaman Rasulullah saw

Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat. Berikut ini adalah antara perhiasan yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:

1. Khidhab - Pewarna untuk tangan

2. Shufrah - Pewarna kuning untuk wajah

3. Kalkun - Pewarna untuk memerahkan wajah

4. Isfidaj - Pewarna putih untuk wanita berhias.

5. Celak - Berhias pada mata

Perhiasan Zaman Kini

Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)

1.Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

2.Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.

3.Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbai'ah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak berikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membai'ahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud) . Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.

4.Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
5.Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: "? ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)

6.Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)

Batas-batas yang perlu dipelihara

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu: -

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.

2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugat perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.

3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Kesimpulan

1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.

2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.

3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: "kecuali apa yang biasa dilihat." Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.

4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

5. Di dalam surah al-Nur, ayat 31:

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam, Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab, Al-Maududi
4. Tahrir al-Mar'ah Fi Ashri al-Risalah, Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Mu'asharah 1, AL-Qardhawi
6. Fatawa Mu'asharah 2, AL-Qardhawi

Al-ahkam.com

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam



posted by scouser at 9:07 PM

 

~ Wednesday, May 26, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Belajar Dari Syeikh Hassan Al Banna

"Wahai kawanku kamu sibuk dan cemas di dunia ini dalam 2 hal yaitu rizki & ajal, sedangkan kamu tidak kuasa atasnya dan hanya Allah yang Maha Menguasai. Janganlah kecemasan dan ketakutanmu menghalangimu dari menunaikan kewajiban-kewajibannmu.Kalau Allah besertamu, janganlah takut kepada siapa pun dan kalau Allah sudah tidak lagi besertamu, maka siapa lagi yang akan kamu harapkan?..."(Hasan Al Banna)

Belajar dari pengalaman orang lain adalah sesuatu yang diperintahkan Allah swt. Terlebih lagi belajar dari pengalaman berda'wah. Ada satu ayat dalam surat Al An'am yang berisi perintah agar Rasulullah saw belajar dari pengalaman para nabi sebelumnya. Istilah Al Qur'annya: fabihudahumuqtadih (dengan petunjuk mereka, maka berqudwahlah). (QS Al An'am [6]: 90). Hal ini setelah Allah swt menyebutkan banyak sekali nama-nama para nabi dan rasul (mulai ayat 84, bahkan sebelumnya, saat bercerita tentang nabi Ibrahim as). Al Qur'an juga menceritakan para da'i lain selain para nabi dan rasul. Ada cerita Luqman Al Hakim, ada cerita raja Dzul Qarnain, dan sebagainya. Bahkan juga ada cerita tentang rojulun (seorang lelaki), siapa namanya? Tidak disebutkan Allah swt, apa posisinya? Juga tidak dijelaskan. Hal ini semakin memperkuat kepada kita urgensi belajar dari pengalaman orang lain dalam berda'wah.

Di awal abad dua puluh yang lalu, di negeri Mesir, muncul seorang da'i yang sangat terkenal sampai sekarang ini, termasuk di Indonesia. Terlebih lagi setelah terbitnya buku Memoar sang da'i ini. Dia bernama Hasan. Marganya bernama AL BANNA, yang berarti sang pembangun. Karenanya dia terkenal dengan panggilan Hasan AL BANNA, sebuah nama yang sangat indah, yang tentunya bukan sebuah kebetulan, karena aqidah Islam melarang kita untuk mempercayai kebetulan.

Kenapa kita layak belajar dari pengalaman Hasan Al Banna? Berikut ini adalah saduran dari kata pengantar Syekh Abul Hasan An-Nadawi rahimahuLlah terhadap buku Memoar Hasan Al Banna.

1. Hasan Al Banna adalah seorang figur da'i yang mendapatkan taufiq dari Allah swt, dan pemimpin ishlah (reformasi ummat) yang mujahid, genius,cerdas, berbakat, dan murabbi sekaligus. " keberadaan mereka-mereka yang mushlih (melakukan ishlah), mujahid, 'abqari (jenius), nubugh (cerdas), mauhub (berbakat), muayyad (mendapatkan dukungan dari Allah), dan murabbi (pendidik), serta para pemimpin ishlah yang muncul dan tampil dalam situasi dan kondisi yang tidak mendukung, iklim yang tidak pas, bahkan zaman kegelapan yang sangat pekat, ditengah-tengah lingkungan yang membunuh dan mematikan, di tengah-tengah masyarakat yang terkena kelumpuhan berpikir, ruhani yang kosong, 'athifah (empati+simpati+emosi) yang dingin, kemauan yang lemah, tekad yang lentur, semangat yang rapuh, badan yang loyo, kehidupan yang labil, akhlaq yang rusak, cenderung enak-enakan, tunduk kepada kekuatan dan keterputus-asaan untuk melakukan perbaikan". (hal: 4 mudzakkirat da'wah wad-da'iyah).

2. Hasan Al Banna adalah figur seorang da'i yang memiliki banyak keistimewaan. " siapa saja yang mengenal hal ini dari dekat, bukan dari kitab, dan hidup nempel dengannya, maka dia akan mengetahui kelebihan figur yang muncul ke alam nyata ini, dan mengejutkan Mesir, lalu dunia Arab, lalu dunia Islam seluruhnya dengan da'wahnya, tarbiyahnya, jihadnya, kekuatannya yang tiada duanya, yang mana Allah swt telah menghimpunkan dalam kekuatan ini berbagai bakat, dan potensi yang sekilas tampak kontradiksi di mata para psikolog dan ahli etika, dan juga di mata para sejarawan dan kritikus, yaitu:

a. Akal yang besar nan cemerlang.
b. Pemahaman yang bersinar dan luas.
c. 'Athifah yang kuat nan menggelora.
d. Hati yang membawa berkah nan melimpah.
e. Ruhani yang segar nan bersinar.
f. Lisan yang fasih dan membawa kesan mendalam.
g. Zuhud dan qana'ah dalam kehidupan pribadi.
h. Penuh semangat dan bercita-cita jauh ke depan (visioner), yang tidak kenal lesu dalam rangka mempublikasikan da'wah dan prinsip.
i. Jiwa yang cinta maju dan ambisius dalam kebaikan.
j. Himmah (semangat) yang tinggi dan meletup-letup.
k. Pandangan yang tajam dan jauh.
l. Tidak mengenal tawar menawar dan ghirah terhadap da'wah dan
m. Tawadhu' dalam hal-hal yang khusus dengan dirinya". (lihat hal: 7 dari mudzakkirat da'wah wad-da'iyah).


3. Hasan Al Banna adalah seorang figur da'i yang sesuai dengan istilah dia sendiri- 'asyat bihi wa 'asya biha (da'wah itu hidup karena dia dan dia tidak bisa hidup tanpa da'wah). "kejeniusan sang da'i ini tampak jelas dalam dua hal yang sangat khas, yang tidak banyak dimiliki oleh para da'i, murabbi, pemimpin dan reformer yang lain kecuali sangat langka, yaitu:

a.Kecintaannya kepada da'wah, qana'ah (kepuasan)-nya, mati-matiannya dan habis-habisannya untuk da'wah dengan segala bakat, potensi dan tulisan-tulisan yang dimilikinya, inilah syarat asasi dan karakter utama para da'i dan pemimpin yang melalui tangannya Allah swt mengalirkan banyak kebaikan.

b.Pengaruhnya yang mendalam dalam jiwa para sahabatnya dan murid-muridnya serta keberhasilannya yang sangat memukau dalam tarbiyah dan memproduk, dia benar-benar adalah seorang pembangun generasi, murabbi rakyat dan pemilik madrasah ilmiyah fikriyah khuluqiyyah. Hal ini telah mempengaruhi kecenderungan semua orang yang kontak dengannya, baik dari kalangan pelajar atau aktifis, dalam cita rasa mereka, metodologi berfikir mereka, gaya penjelasan mereka, bahasa mereka dan pidato-pidato mereka. Pengaruh ini masih tetap ada meskipun berbagai peristiwa dan tahun telah berlalu, dan terus menerus menjadi lambang dan ciri yang bisa dijadikan sebagai alat pengenal mereka, di manapun dan kapanpun mereka berada". (hal: 7-8 mudzakkirat da'wah wad-da'iyah).

4. Hasan Al Banna adalah seorang figur da'i yang mempunyai sumber-sumber kekuatan dan kebesaran diri yang sangat unik. "dalam bukunya ini (memoar) seorang pembaca akan menemukan sumber-sumber kekuatan dan keagungan dirinya serta sebab-sebab keberhasilan dan daya tariknya, yaitu:

a. Salamatul fitrah (fitrah yang selamat).
b. Shafa-un-nafs (jiwa yang bening).
c. Isyraqur-ruh (ruhani yang bersinar).
d. Al ghiratu 'alad-diin (ghhirah terhadap agama).
e. At-taharruq lil Islam (terasa terbakar dirinya demi membela Islam).
f. At-tawajju' min istisyra-il fasad (merasa sakit melihat merajalelanya kerusakan).
g. Al ittishal al watsiq billah (menjalin hubungan yang kuat dengan Allah swt).
h. Al hirshu 'alal ibadah wa shahnu baththariyatul qalbi bidz-dzikri wad-du'a-i wal istighfari wal khulwati bil as-har (semangat beribadah dan mengeces baterei hatinya dengan dzikir, berdo'a, beristighfar dan menyendiri untuk beribadah di sepertiga malam terkahir).
i. Al ittishal al mubasyir bisy-sya'b wa 'ammatin-naas fi wamadhi'i ijtima'ihim wamarakizi syughlihim wa hiwayatihim (kontak langsung dengan masyarakat dan umumnya manusia di tempat berkumpul mereka, pusat-pusat kesibukan mereka dan tempat-tempat kesenangan mereka).
j. At-tadarruj wa muro'atul hikmah fid-da'wah wat-tarbiyyah (bertahap dan memperhatikan hikmah dalam da'wah dan tarbiyah).
k. An-nasyath ad-da'im wal 'amal ad-da-ib (aktifitas yang kontinyu dan kerja yang terus menerus)". (hal: 8 9)
.

Saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah, Marilah kita tempa diri kita dengan terus mendekatkan diri kita kepada Allah, dengan banyak beajar dan berlatih, agar sedikit banyak kita bisa memiliki sifat-sifat ini, amien.

Semoga sama-sama kita mengambil pedoman,Insya Allah

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 8:37 PM

 

~ Tuesday, May 25, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Sunnatullah Perbezaan Adalah Ujian

"Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka." (Huud: 118 &119)

Bukan kebetulan jika Allah Subhaanahu wa ta'ala menciptakan jutaan manusia. Dari Nabi Adam hingga sekarang, tidak satupun di antara mereka yang menyerupai, apalagi sama. Dua saudara kembar, sekalipun tetap berbeza. Secara fizikal mungkin tampak mirip, tetapi keduanya memiliki ciri-ciri yang berbeda. Keduanya memiliki kecenderungan yang tidak sama. Keduanya tak ingin menjadi peribadi sendiri-sendiri, yang satu di antara yang lain tidak ingin disamakan.

Dalam ajaran Islam tidak dikenal istilah titisan, apalagi reinkarnasi. Orang yang sudah meninggal dunia tak akan pernah digantikan oleh siapapun juga, termasuk anak keturunannya. Oleh kerananya, tidak satupun orang terdahulu yang mirip dengan kita. Allah Maha Kreatif dalam penciptaan manusia.

Di sebalik semua perbezaan manusia sesungguhnya terletak taqdir Allah. Di sebalik taqdir tersebut tersimpan rahsia dan hikmah yang apabila direnungkan dengan sungguh-sungguh akan tampak kebesaran Allah, Besar dalam Sifat-Nya, Besar dalam Dzat-Nya, dan Besar dalam Penciptaaan-Nya. Warna-warni kehidupan adalah sunnatullah. Seseorang yang menghadapi tekanan perasaan dianjurkan untuk melihat ikan hiasan yang bergerak lincah dalam sebuah aquarium dalam keadaan masa yang agak lama. Lebih elok jika ikan hiasan itu berwarna warni. Kombinasi warna yang seringkali berbeza pada tubuh ikan itu dapat menyejukkan pandangan, menenangkan perasaan, dan seterusnya mengurangi stress dan tekanan jiwa.

Itulah sunnatullah yang terhampar luas di jagat raya ini. Melalui gambaran di atas, masih adakah keinginan kita untuk menyeragamkan manusia, atau malah meleburnya menjadi satu kewujudan tanpa senyawa? Merupakan suatu kebodohan jika masih terdapat di antara kita yang bermimpi seperti itu. Ilusi seperti itu sangat bertentangan dengan sunnatullah yang terhampar luas di pemukaan bumi. Meniadakan perbedaan sama halnya dengan menentang sunnatullah, menentang fitrah kemanusiaan, sekaligus menentang diri kita sendiri.

Bagi Allah tidaklah sukar untuk menyatukan manusia, tapi Allah secara sengaja membiarkan mereka berbeza. Sikap ini ditegaskan oleh-Nya dalam al-Qur'an: "Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka." (Huud: 118 119)

Dalam tafsirnya ar-Razi mengertikan "berselisih pendapat" dalam ayat di atas adalah perselisihan pendapat manusia tentang agama, akhlaq dan perbuatan-perbuatan yang lain. Lebih jauh perbezaan itu boleh jadi dalam masalah aqidah, syari'ah (fiqh), dan akhlaq, juga siyasah. Perbezaan dalam keempat hal tersebut di kalangan ummat Islam sudah wujud sejak Rasulullah masih hidup. Baginda menyaksikan di antara sahabat-sahabatnya berselisih pendapat tentang banyak hal. Di antaranya ada yang diluruskan, ada yang dibenarkan salah satunya, ada yang dibenarkan kedua-duanya, dan ada pula yang dibiarkan.

Sebagai pemimpin ummat, Rasulullah menyedari bahawa perbezaan dan perselisihan pendapat adalah suatu yang lumrah. Justru dalam perbezaan itu terletak potensi yang sangat besar, yang jika dapat dikendali dengan baik dan sewajarnya, akan membuahkan kekuatan yang luar biasa. Sebaliknya, jika perbezaan itu disikapi secara salah dan dikendali semahunya, maka perbezaan itu akan berubah menjadi konflik yang pada akhirnya bakal mendatangkan bencana.

Di masa Rasulullah, betapapun besarnya perbezaan dan dalamnya perselisihan di antara para sahabat, semuanya dapat diselesaikan, bahkan perbezaan itu telah membawa rahmat dan pelbagai kemajuan kepada Islam. Dalam perbezaan itulah para sahabat bersaing dan berlumba untuk memperbaiki diri, meningkatkan kualiti, dan mengembangkan segenap potensi. Perbezaan seperti itulah yang disebut-sebut dalam Islam sebagai rahmat.

Ikhtilaafu ummatii rahmat, perbezaan di kalangan ummatku adalah rahmat. Ada dua syarat minima yang harus dimiliki untuk mengubah ikhtilaf menjadi rahmat.

Pertama, adanya kepemimpinan ummat.

Kedua, terciptanya tradisi ilmiah di kalangan ummat.

Jika wujud kedua-dua syarat ini, insya-Allah sebesar manapun perbezaan yang ada pasti dapat diselesaikan, bahkan akhirnya akan mendatangkan rahmat.

Kepemimpinan ummat harus ada dan mengakar dalam kehidupan nyata. Al-Qur'an mahupun hadith tidak menentukan bentuk kepemimpinan tersebut, tetapi esensinya bahawa kepemimpinan itu haruslah efektif menyatukan ummat dalam satu barisan yang rapi untuk menegakkan kalimatullah hiyal 'ulya. Perbezaan yang ada akan ditata dan dikelola dalam konfigurasi warna yang menarik dan mempesona. Dalam sebuah masyarakat yang tradisi ilmiahnya berkembang, perbezaan pendapat merupakan suatu hal yang biasa. Mereka mengembangkan sikap menghormati terhadap orang lain yang berbeza pandangan dengannya. Persaudaraan tidak terganggu hanya kerana perbezaan pendapat, apalagi perbezaan itu hanya mengenai furuiyah, yang menjadi bahan ijtihad bagi siapapun yang mempunyai kapasiti di dalamnya.

Dalam sebuah riwayat Imam Malik dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Sa'id dari Al-Musayyab, diceritakan bahwa suatu hari seorang laki-laki penduduk Syam (Syiria) bernama Ibnu Khaibari mendapati istrinya sedang bersama laki-laki lain. Karena emosi, Ibnu Khaibari lalu membunuh istrinya sekaligus lelaki tersebut. Terhadap kasus ini Mu'awiyah merasa kesulitan untuk menghukuminya. Untuk itu, ia berkirim surat kepada Ali Ra untuk menanyakan hal tersebut.

Melalui kurirnya, Ali memberikan jawaban: "menurutku, apabila orang yang bernama Khaibari tersebut tidak sanggup mendatangkan empat orang saksi, maka dia harus memberikan nyawanya. Sesungguhnya Allah secara pasti telah mengharamkan darah kaum Muslimin. Barangsiapa yang terbukti membunuh seorang Muslim dan dia mengaku bahwa dirinya terpaksa harus membunuhnya, maka hal itu tidak bisa diterima begitu saja sebelum dia bisa membuktikan pengakuannya tersebut. Soalnya sangat boleh jadi pengakuannya adalah dimaksudkan agar terbebas dari hukuman."

Tradisi ilmiah seperti itu tampaknya telah hilang di antara kita. Dialog antar kelompok seringkali dilakukan secara formal dengan jargon-jargon ukhuwwah Islamiyah, sementara di luar forum itu, mereka tetap mengembangkan sikap-sikap perbedaannya. Fanatisme buta yang tidak lain merupakan manifestasi dari sikap sombong telah membelenggu sebagian dari kita sehingga ada kecendrungan untuk menolak apa saja, termasuk kebenaran dari kelompok lain. Inilah penyakit yang mestinya harus diperangi oleh generasi Muslim saat ini.

Tradisi ilmiah mengharuskan kita untuk berfikir logis, obyektif, dan rasional dalam batas-batas yang telah ditetapkan. Dengan cara berfikir seperti ini, segala batas, sekat kelompok, dan perbedaan mazhab dapat ditembus. Fanatisme buta yang menghasilkan taqlid dengan sendirinya dapat dikurangi, bahkan dihilangkan sama sekali. Seorang Muslim dengan tradisi ilmiahnya dengan sendirinya dapat terbebas dari penjara kelompok, mazhab, aliran teologi dan tasawwuf. Ia hanya berpegang pada ajaran al-Qur'an yang di dalanya Allah Swt telah meletakkan jalan yang benar sebagai kiblat yang harus dipedomani. Allah berfirman:

"Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman pada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya." (al-Baqarah: 213)

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam


posted by scouser at 8:31 PM

 

~ Monday, May 24, 2004


Tangan Itu Tak Bermata - Alarm Me

Di dalam kamar sepi itu
Insan lemah terbujur sayu
Mengapa mereka tak berdosa
Dipelupuhi tangan tak bermata

Insan yang fakir jiwanya
Girang lihat rebah sungkur mangsanya
Dan mengalir darah merah
Di bibir berbaur derita

Perjuangkan keadilan
Berani kerna kebenaran
Perkukuhkanlah genggaman tangan
Perangilah jenayah
Bisa menghancurkan negara
Usah dibiarkan keganasan menggoncang keamanan

Jangan diperkosa kemerdekaan kita
Berwaspada
Musuh bagai singa lapar
Yang merobek manusia
Yang lemah kulai jiwanya
Oh bersama...kita atur barisan kekuatan

Perjuangkan keadilan
Berani kerna kebenaran
Perkukuhkanlah genggaman tangan
Perangilah jenayah
Bisa menghancurkan negara
Usah dibiarkan keganasan menggoncang keamanan

Kita mendaulatkan satu kebebasan
Masyarakat hindar ketakutan
Pabila negara aman makmur berjaya
Tangan tak bermata kekang bersama

Perjuangkan keadilan
Berani kerna kebenaran
Perkukuhkanlah genggaman tangan
Perangilah jenayah
Bisa menghancurkan negara
Usah dibiarkan keganasan menggoncang keamanan

Perjuangkan keadilan
Berani kerna kebenaran
Perkukuhkanlah genggaman tangan
Perangilah jenayah
Bisa menghancurkan negara
Usah dibiarkan keganasan menggoncang keamanan...


p/s lagu ini ditujukan khas utk Allahyarham Mohd Farid Ibrahim yg meninggal dunia kerana dipukul oleh senior2nya yg berhati binatang.Semoga apa yg terjadi ke atas beliau menjadi iktibar buat kita selama-lamanya.Moga Allah merahmati ruh beliau.

posted by scouser at 7:29 PM


Abg Zam

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana masih bermurah hati memanjangkan usiaku.Pekara paling penting yg mesti kita syukuri adalah nikmat iman dan Islam yg masih kekal dlm diri kita.Pertamanya aku minta maaf kat sahabat2 sekalian sbb semalam tak berupaya nak update weblog.Actually semalam terlalu sedih sampai tak bersemangat nak buat pape sbb abg zam balik ke mesia.Sebelum terlupa,ucapan tahniah kepada sahabatku di London,Azmil Khalili kerana telah sempurna mendirikan 'masjid' bersama pasangannya.Semoga Allah memberkahi pernikahan ini dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Baarakallaahu lakumaa wa baaraka a'laikumaa wa jaam'a bainakumaa fi khair

Semoga Allah memberikan restu kepada kamu berdua, dan semoga kamu berdua hidup rukun dan bahagia.

Tanggungjawab apabila sudah berkahwin bkn saje menjaga hati pasangan masing2.Bukan saje membina satu keluarga yg bahagia dan harmonis.Bkn saje menunaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin.Tp as dai'e kita ada tanggungjawab lebihan,iaitu kita juga berkahwin dgn ahli keluarga si isteri ataupun suami kita.Maknanya kita juga perlu menjaga hati sanak saudara mertua kita.Bermakna bila kita sudah berkahwin,kita bukan sahaja mencintai isteri kita,malah sanak saudara mereka juga.Malah mereka la yg perlu kita letak priority as mad'u (org yg didakwah) berbanding org awam.Mereka lah yg perlu kita approach dulu dalam berdakwah.Bila dah berkawin,satu lg tanggungjawab yg selalu para suami lupa iaitu bersama-sama melibatkan isteri ke dlm medan dakwah.Malah tanggungjawab utama yg perlu dititik beratkan adalah memastikan diri sendiri terus kekal dlm urusan dakwah.Harus diingat,anak2 dan isteri boleh menjadi penghalang kita dlm urusan dakwah.Pandai2lah kita mendidik mereka supaya kita tidak 'futur' (tewas/gugur) dlm medan dakwah di masa depan nanti.Sama2la kita doakan mereka bahagia...ameen.

Azmil ni aku kenal sbb kitorang sesame di UTP.Lawak gak dia ni sebenarnya.Very nice too.Dia ni sama ngan azmir.Masuk UTP kejap,pastu dpt offer TNB ke UK.Bezanya azmir ke Manchester, si Azmil plak ke London.Masa kat mesia dulu selalu jugak la aku jd 'posmen' Azmil ni.Hehehe...tak sangka dah kawin dah mamat ni.Dulu punya la tak matang.Adeh...kenangan2.Last time jumpa azmil ni masa aku pi kmys ziarah azmir.Well,actually dia la yg kejutkan azmir masa aku ziarah derang.Berdisiplin tinggi azmil ni.Not much yg nak diciterkan pun sbb dah lama lost contact.

Kisah abg zam plak.Abg zam ni nama sebenar dia Zamzuri.Asal dari Perak.Dia start belaja kat Purdue satu sem lepas aku sampai Purdue.Dia buat masters dlm agricultural engr under UPM.Aku ingat lagi time dia memula sampai ke Purdue.Masa tu dia pakai baju melayu moden je.Dia citer la dia transit kat Las Vegas sblm sampai Indianapolis Int'l Airport.Dia kata kat airport Las Vegas tu ada banyak mesin judi.Ramai la manusia yg main judi dulu sementara tunggu flight derang.Utk pengetahuan ramai,Nevada (state Las Vegas) satu2nya state di US yg membenarkan gambling on the land.Sbb tu kalau tgk movie Hollywood byk tunjuk gambling atas kapal sbb gambling atas darat tak dibenarkan.Tah pape ntah derang ni.Apa bezanya kalau gambling atas darat atau atas air pun.Sama je mudharatnya.Haaa...itula jahil namanya.Atuk aku kata jahil murakkab...huhu...

Abg Zam ni tere main sume sport.Masa summer dulu2 selalu la main bola ngan badminton sesame.Aku pun selalu lepak umah dia dulu2.Kitorang usrah pun under naqib yg sama gak.Starting summer lepas dia pindah ke umah aku.Since then kitorang jd makin akrab.Masak sesame,camping sesame,picnic sesame dan macam2 lagi la.Dulu kalau takde org nak ikut aku pi picnic MSA (Muslim Student Association),Abg Zam la yg accompany aku. Setiap jumaat ngan sabtu kitorang mesti main badminton sesame.In fact masa aku sakit dulu,abg zam la yg bawa aku ke hospital every week.

Bak kata org2 tua,setiap permulaan itu ada penghujungnya.Semalam merupakan tarikh abg zam pulang ke mesia.Kitorang bertolak slps subuh sbb flight abg zam jam 8 pagi.Sblm bertolak tu kitorang singgah ke kedai doughnut utk sarapan.Punya la gembira sbb takde org.Selalunya kena beratur panjang nak beli doughnut.Sekali bila sampai takde org,sape tak gembira kan?Bila nak masuk tu,pintu tu berkunci plak.Aik pelik sungguh.Tgk kat pintu rupa2nya kedai tu tutup ari Ahad.Sume gelak besar sbb ntah cam mana leh lupa ari tu ari ahad.Antara yg ikut pi hantar abg zam were faiz,pitman,johan,imam,test,amir,dan tarek. Amir dan Tarek ni kembar arab American.Derang ni rapat ngan kitorang sbb si Tarek tu housemate aku.Amir plak selalu dtg ziarah Tarek kat umah aku.So kitorang jd rapat la since then.

Masa memula nak hantar abg zam tu rasa happy la sbb tumpang gembira abg zam nak pulang ke tanah air.Tp bila dah masuk keta nak balik tu mula terasa sunyi,kosong…perlahan-lahan hatiku menangis.Lebih menyentuhkan hati lagi bila aku tgk Amir mula mengalirkan air mata.Susah nak jumpa laki2 yg menangis kerana berpisah ngan kawan.Aku tak tau la tempat lain cam mane.Tp kat purdue ni very rare la.Tak penah dlm sejarah hantar student balik ke mesia aku rasa sedih.Mungkin sbb aku terlalu rapat ngan abg zam.Bayangkan la Amir boleh nangis.Dah la dia tak ckp bahasa yg sama ngan kita,dtg lawat abg zam pun kadang2 je.Dia sendiri boleh jd rapat dan sedih dgn kepulangan abg zam.Apatah lagi kami yg duduk serumah.Seharian aku termenung.Aku faham kenapa amir menangis.Yela,perpisahan tu mungkin perpisahan selama-lamanya sbb dia bukan rakyat mesia.Nak ke mesia plak perlukan duit yg banyak.Lain cam kami,in the end akan pulang ke mesia jugak.Kat mesia nanti Insya Allah boleh la cari abg zam.

Ptg tu aku duduk sensorang.Aku pi tgk umah lama abg zam.Teringat time aku selalu lepak umah dia dulu.Helai ketawa dia sumenya masih segar dlm ingatanku.Kemudian aku ke basketball court.Teringat sesame main basketball waktu malam summer yg lepas.Aku main agak kasar sbb badan aku besar sket daripada abg zam.Terasa menyesal plak.Pastu aku jalan lagi sampai ke sport center.Aku masuk ke badminton court.Terkenangkan main badminton sesame ngan abg zam.

Lepas tu aku balik umah.Aku tgk atas katil ada jaket merah abg zam.Teringat plak aku sesame menemankan dia ke computer lab time winter dulu.Serius aku rasa sunyi tanpa abg zam.Sebenarnya ramai yg respect ngan abg zam sbb dia ni jenis lemah lembut dan merendah diri. Sbb tu aku betul2 terasa kehilangan abg zam.In fact dia sengaja rahsiakan kepulangan dia ke mesia sbb tanak budak2 lain sedih.Aku rasa kalau sume budak purdue tau abg zam balik mesia semalam,sure ramai yg ikut pi hantar dia kat airport. Mlm tu aku tiada semangat langsung.Nak study pun takde mood.Mujur takde hw due keesokan harinya.Ntah la,rasa sedih ni susah nak ilang.Dulu kalau aku balik umah lepas kelas mesti abg zam ada kat umah.Memandangkan aku sorang je budak laki yg amik civil engr kat purdue ni,mmg aku selalu bersendirian la.Pegi kelas sensorang,bila balik umah pun sensorang sbb housemates sume lain jadual kelas derang.So yg selalu ada kat umah abg zam la sbb dia cuma buat research je.Skrg ni bila aku balik kelas…sunyi tak berpenghuni.Aku terus jd sugul.Aku anggap abg zam dah macam abg kandung.Sume masalah aku kongsi bersama dgn abg zam.Takde segan silu nak citer.Aku pun tak tau nak tulis apa lagi.Buat abg zam...terimala luahan hati saya ni...

Abg Zam
Masihku ingat waktu kau tiba di tanah West Lafayette dahulu
Penuh senyuman kegembiraan menyambut ketibaanmu

Abg Zam
Memoriku bersamamu takkan luput seadanya
Memori kita memasak bersama
Memori kita solat berjamaah bersama
Memori kita menceritakan masalah bersama
Memori kita berusrah bersama
Memori kita mengajar Tarek berbahasa melayu bersama

Abg Zam
Hatiku makin meronta bila kenanganku bersamamu menggangguku
Kenangan sewaktu beriadah bersama
Kenangan sewaktu berehlah bersama
Kenangan ke muktamar bersama
Kenangan ke Disneyworld bersama
Kenangan tidur di dalam kereta bersama

Abg Zam
Terlalu banyak kenangan yg telah kita terokai bersama
Kenangan inilah yg menguatkan tautan ukhuwah kita
Kenangan inilah yg mendewasakanku
Kenangan inilah yg mengajar kesilapanku
Kenangan inilah yg membuatkan ku merinduimu...

Abg Zam
Biarpun jauh di mata...hati jangan
Biarpun jarak memisahkan kita
Tapi Iman dan Islam mendekatkan kita
Teruskan perjuanganmu duhai Abg Zam...

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 7:11 PM