~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, June 05, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Bersantai Sambil Minum Teh

Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al
Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia
ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan
kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT
bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali
Imran)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina,
bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa
semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar
adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling
besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar
dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang
menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam
Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksud ayat 72,
Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam
Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat".
Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 9:28 PM

 

~ Friday, June 04, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana dgn sifat pemurahNya aku masih lagi dapat bernafas di muka bumi ini.Nikmat paling penting yg mesti kita ingat dan selalu sangat kita lupa adalah nikmat iman dan Islam.Oleh itu lazimkanlah membasahkan lidah dgn alunan zikir sbg tanda kesyukuran kita kpd Allah swt.Tapi aku rasa ada satu lagi nikmat yg jarang aku syukuri which is dpt pulang bercuti ke mesia.Tak dinafikan ramai antara sahabat aku yg pulang bercuti ke mesia summer ni.Tapi cam mane plak dgn sahabat2 yg tak berpeluang langsung pulang bercuti time summer.Kat Purdue ni ada la beberapa org member aku yg tak penah lagi balik bercuti.Mungkin dah abis belaja baru balik bercuti rasanya.Kesian gak bila aku piki2 balik.Tapi tula,baper ramai antara kita yg betul2 bersyukur sbb dpt pulang bercuti ke mesia dan baper ramai pula antara kita yg bersimpati atas sahabat2 kita yg tak dpt pulang bercuti?

Well,sape yg tak rasa seronok nak balik mesia ye dak?Tak sabar rasanya nak jumpa famili dan sanak sedara.Cam mane la rupa sepupu2 aku yg dulu kecik2 lagi time aku fly dulu.Adik2 aku plak?Ehe,tak tau la cam mane rupa derang skrg.Time aku tinggalkan derang dulu,sorang je yg baru masuk IPT.Skrg ni akan tambah lagi sorang Insya Allah.Kalau murah rezeki mungkin ke Indonesia buat medic.Sekolah menengah plak dah 2 org.Tinggal yg bongsu tu je masih lagi sekolah rendah.Malam ni rasa nak citer pasal adik2 aku yg masih sekolah plak.Ehe,rindu sebenarnya kat derang ni.Kira citer ni lebih kurang flashback aku kat derang la.

Kalau ikut heriarki adik beradik,aku la yg paling sulong.Pastu sumaiyah,diikuti muneerah,then muthanna,munzir,dan mukhlis.Aku rasa aku nak citer the last three siblings in my family je kot utk kali ni.Muthanna ni umo dia 16 tahun.Insya Allah akan amik SPM kat KISAS (my old school) tahun ni.Muthanna ni character dia lain sket dari aku.Masa aku sekolah dulu aku bkn jenis yg genius,so aku kena work hard kalau nak score dlm exam.Tp Muthanna ni tak,dia ni genius dan no need to work really hard.Kalau dia rajin mmg makan asap la aku.So,masa dia kat sekolah,cikgu selalu la compare antara dia dan aku.Kesian gak aku tgk dia.Tertekan memanjang je.Susah gak jd adik sebenarnya.Kena kejar bayang2 abg dia.Ntah la,masyarakat dari dulu sampai skrg masih tak berfikiran terbuka.Mengapa mesti dibanding2kan antara adik dan abg.Setiap org mempunyai watak yg berbeza.Maka lifestyle dan penerimaan ilmu juga berbeza.Bukti dia genius?Dia 'lompat' setahun.Amik SPM masa umo 16 tahun.Aku rasa dia spm candidate yg paling muda kat kisas utk tahun ni.Bkn takat genius je,tp athletic sekali.Sblm masuk kisas dia bukan penah main rugby pun.

Hmmm...citernya mula begini.Masa dia masuk KISAS,dia cari apa jenis sukan yg dia boleh join.Bila tgk bola sepak,ramai sangat.Tgk badminton pun ramai juga.Kebetulan rugby baru diperkenalkan di KISAS.So,he just gave it a shot.Tetiba dpt terpilih wakil sekolah.Seronok la dia.Aku minat gak rugby,tp aku tak berapa tahu sangat pasal rules dan position rugby.Itupun aku start belaja sbb kat England dulu aku selalu tgk game rugby.So bakat sukan ayah aku ngalir dlm darah Muthanna rupanya.At the age of 15 dia dah dpt main utk under 17 punya rugby team.Bkn rugby team sekolah,tp daerah!!!Sure badan dia besar gabak time aku balik ni.Tak sabar nak scrum rugby sekali ngan dia cuti ni.Baru la best sket.Kalau tak kang dulu tu,aku ngan ayah aku je yg tgk rugby.Bosan gak.Skrg dah ada 3 org.Boleh la main ptg2 kat laman rumah.Huhuhu...

Tu kisah Muthanna.Munzir plak lain citernya.Inilah budak yg paling suci murni hatinya dlm famili kitorang.Kalau mak aku away pi memana,then nak tau apa yg anak2 dia buat kat umah.Munzir ni la informer nye.Ada sekali tu mak ayah aku pi UK lawat mak cik aku.Mak aku call umah.Mak aku suspicious apa la yg adik2 aku buat time dia takde kat umah.Apa lagi,Munzir la org pertama yg mak aku borak.

Mak : Munzir,canna (Muthanna) buat apa time mak takde?

Munzir: Canna bawa keta mak,pastu dia terlanggar pagar...

Mak : Ya Allah,keta akuuuuuu!!!!


Pecah rahsia Muthanna.Kelakar betul bila aku dgr sumaiyah citer kat aku apa yg terjadi time mak aku away.Pastu sumaiyah tanya la munzir kenapa bagi tau mak

Angah (sumaiyah): Apesal Munzir kasi tau mak canna langgar pagar?
Munzir : Munzir tak berani nak tipu mak la...kang masuk neraka nanti
Angah : Hahahahaha


Sungguhpun dia ni lurus bendul,tp ni la permata harapan keluarga.Dlm ramai2,dia ni la yg paling genius.Aku rasa dia sama hebat ngan Muthanna,cuma extra dia rajin je.Aku ingat lagi,mak cukup risau pasal munzir masa darjah 2 dulu.Munzir ni masa darjah 1 sampai 2,bakat dia tak terserlah sangat.In fact,dia la yg paling 'slow' dlm pelajaran.Aku pun sedih je tgk dia.Tak tau nak buat ape.Mungkin berkat akhlak dia yg soleh menyebabkan mak ayah aku selalu doakan supaya dia jd insan yg pandai suatu hari nanti.Bila dah start darjah 3 tu baru la dia ni cerdik sket.Dia ni pun sama ngan Muthanna,lompat setahun.Skrg ni kat sekolah tu,dia la budak laki paling pandai.Padahal umo dia muda setahun daripada saing2 dia sume.

Bakat ayah aku yg mengalir dlm darah Munzir plak is pandai mengaji.Masya Allah,suara dia sedap wa ckp sama lu.Terpukau gak la aku dgr.Baru2 ni pertandingan musabaqah peringkat N9 dia dpt second.Insya Allah ada harapan menang tahun depan sbb juara tahun ni akan naik form 4.Rasanya juara tu rival dia since sekolah rendah.Masa dia sekolah rendah pun dia dpt second gak peringkat negeri.Tula kan,tuah manusia tu mmg susah nak nampak.Kalau Allah dah tentukan rezeki kita,tak yah la kita risau.Padahal Munzir tu dulu mcm2 masalah je.Skrg masya Allah,dia la penyejuk mata mak ayah aku.Last week aku call umah tanya dia apa dia buat time cuti.

Aku : Munzir,cuti ni tak pegi mana2 ke?

Munzir : Mak abah sibuk.Duk umah je la kot

Aku : Pastu duk umah tak bosan ke? Apa yg Munzir boleh buat pun kat umah time cuti ni

Munzir : Munzir ulang kaji balik topik2 form 1 dulu

Aku : (Pengsan 5 minit)


Aku kalau cuti buat ape tau?Tido dan makan sambil ternak lemak...huhuhu.Cam mane la budak tu leh rajin sangat.Mungkin dia ada kesedaran ilmu tu penting utk dunia dan akhirat.Aku ingat lagi time dia amik UPSR dulu.Boleh dia tido lepas isyak,pastu bangun pukul 3-4 pagi utk study.Tak penah aku jumpa dak sekolah rendah punya semangat cam tu.Even time PMR pun takde org buat camtu.Lazimnya time SPM barula ada insan yg rajin cam tu.Jgn kena sindrom penyakit rajin tak terbatas sudah.

Skrg turn Mukhlis plak.Inila adik aku yg paling ngada dan manja.Dan punya minat yg pelik...huhuhu.Asal kawan dia buat something je,dia pun nak buat sama.Kalau tak krn kawan2 dia bela kura2 ngan hamster,haram dia nak bela binatang2 tu.Skrg rumah aku dah jd mini zoo plak dah.Antara kenangan yg aku tak leh lupa ngan Mukhlis ni masa kitorang pi umrah tahun 2002 dulu.

Aku : ulish (Mukhlis) doa apa td kat multazam

Ulish : ulish doa supaya mujahidin kat Afghanistan menang lawan tentera US

Abah : wah..bagusnya anak abah ni.Apa lagi yg ulish doa?Takkan tu je kot.Abah nampak ulish siap kumat kamit ngan tutup mata sekali.

Ulish : ooo...pastu ulish doa supaya makan tgh hari ngan malam kang dpt makan yg best2

Aku : (hantuk kepala kat hajaratul aswad lapan kali sampai pukul 4 ptg)


Adeh adik aku sorang ni.Punya la best skema jawapan yg awal tu.Part yg last plak spoil sket.Kalau takde aku mmg sangap la adik aku yg bongsu ni.Nak harapkan mak ayah aku belikan dia computer games mmg takde la.Aku la yg selalu belikan game utk dia.Tak pun aku bawa dia pi cc main komputer game.Sian plak aku tgk dia sangap kat umah tu.Balik2 ngadap TV je.Kalau dia bosan kang mula la dia gaduh ngan bibik.Mlm2 plak aku bawa dia pi mkn kat gerai.Sian sangat aku tgk dia ni.Cam takde benda nak buat je kat umah.Asal aku call umah je mesti tanya bila aku nak balik mesia.Kalau time cuti sekolah cam ni,selalu la nampak dia online yahoo messenger.Baru darjah 4 tu,dah pandai chatting.Kalau aku takde depan pc,dia msg la sesape dlm Yahoo Chat tu.Pak cik umo 30 tahun pun dia boleh layan chat.Kelakar tul budak ni.

Lagi satu minat Mukhlis ni is politik tanah air.Ni la bakal mursyidul am PAS nanti.Masa pilihan raya ari tu,pueh la dia pujuk mak aku letak bendera PAS kat keta.Mak aku tanak sbb nanti kang gaduh2 plak ngan jiran yg sokong BN.Frust je si Mukhlis ni.Time mengundi tu mak ayah aku balik kg utk ngundi.Senyap2 dia buat plan ngan sumaiyah.

Ulish : angah2...leh tolong ulish tak?

Angah : tolong ape?

Ulish : ni haaa...ulish beli bendera PAS kat abg fadh

Angah : ish budak ni...pakai duit sape?

Ulish : duit belanja ulish la

Angah : dah tu ulish nak angah buat apa ngan bendera PAS ni?

Ulish : angah tolong ikatkan kat belakang ulish...jd cam kain superman tu

Angah : uiks...nak buat ape?

Ulish : nak bawa basikal keliling taman,biar pak cik2 UMNO tu tau ulish sokong PAS

Angah : suka ati ko laaaa ulish


Punya la taksub adik aku ni ngan PAS.Abis la satu taman dia bawa basikal dgn bendera PAS berkibar cam superman.Bila jumpa kengkawan dia,berlaku la dialog ni.

Kawan ulish : ulish...ko org PAS ek?

Ulish : ha ah...ko nak join tak?

Kawan ulish : tak boleh la...mak ayah aku UMNO.Aku kena join UMNO gak


Huhuhu...budak2 pun boleh ckp pasal politik.Kelakar plak aku rasa bila sumaiyah citer pasal ulish ni.Bkn takat tu je.Kura2 belaan dia pun dia kalerkan putih dan hijau cam bendera PAS.Kesian kura2 tu.Ni baru2 ni dia minta aku belikan something.

Ulish : along,ulish rasa ulish dah tau la nak minta along belikan ape

Aku : haaa..apa dia?

Ulish : along belikan ulish jam tangan.Tapi tgh dia mesti kaler putih,tali dia kaler hijau

Aku : apesal kena kaler tu plak?

Ulish : sbb tu kaler bendera PAS

Aku : alahai,susah la nak cari.Along belikan jam tangan bentuk roket je la ek?

Ulish : tanak aaa...tu cam DAP

Aku : (tercekik tulang sekejap)


Itula dia adik2 aku...mcm2 perangai dan kerenah.Tak sabar rasanya nak balik jumpa derang sume.Hopefully selamatla perjalanan aku pulang ke tanah air nanti.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 8:43 PM

 

~ Thursday, June 03, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

The Value of Time in Islam by Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

" Time wasting is one of the problems we need to address. It's important for a Muslim to know the value of his time, for time is life. A Muslim should not waste his time in things that do not bring him closer to Allah, in things that will not serve as a contribution for the betterment of his people, his society and mankind in general. In Islam things should be categorized according to their level of importance. Early Muslims used to capture every moment of their time. Thabit Al-Bunany said: "When my father was on his deathbed, I went to assist him in pronouncing the Shahaadah (Testification of Faith). He said: 'Son! Leave me alone, for I have recited all my supplications five times and I'm on my sixth cycle now.'"
Delving into the issue of the value of time in Islam, we would like to cite for you the following from "Time in The Life of The Muslim" by the prominent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

1-"The Qur'an and the Sunnah make it clear that time is very valuable. Almighty Allah says: "By the time! Verily man is in loss." (Al-'Asr:1-2)
2-The Sunnah of the Prophet, peace and blessings be upon him, is also a rich record of many Hadiths that acknowledge the value of time and confirm the responsibility of man on how he maintains it; he will be brought to account by Allah on the Day of Judgment.
3-Mu'adh ibn Jabal quotes the Prophet, peace and blessings be upon him, as saying: "A servant of Allah will remain standing on the Day of Resurrection until he is asked about four things: his life and how he spent it, his youth and how he used it up, his property and how he acquired and managed it and his knowledge and how he utilized it."

The Characteristics of Time

We are to bear in mind that time has certain characteristics, among of which are the following:
1-Time passes quickly.
2-Time that passes can never return, nor can it be compensated for, for time is irretrievable.
3-Time is the most precious thing that man possesses.

Muslim's Duty Towards Time:

1-Having all this great value and importance, time is to be duly appreciated and managed. Imam Al-Hasan Al-Basri says: "At the beginning of every day a herald calls: 'O son of Adam! I am a new creation and a witness of your deeds. So take a provision from me because when I pass, for I never come beck till the Day of Resurrection.'"

2-In Islam there is no room for slogans like the so-called "killing time", for in Islam time is really valuable. In fact, wasting time is much more dangerous than squandering property, because unlike property, time cannot be compensated. Free time is a blessing that is overlooked, and not wholly appreciated by many people. In the Hadith, the Prophet, peace and blessings be upon him, said: "There are two of Allah's favors that are forgotten by many people: health and free time."

3-This indicates that it's very important for a Muslim to try his utmost to husband his time and make the best use of it in beneficial things. A Muslim may use portion of his time in making invocations and supplications, celebrating the praises of Allah. The Prophet, peace and blessings be upon him, used to supplicate: "O Allah! I seek refuge in You from sorrow and distress, and I seek refuge in You from disability and laziness."

4-A Muslim should learn how to organize his time, and make a realistic plan for his worldly and religious duties, without any of them overlapping the other. That is to say that one should know how to arrange his priorities: the most important and the most urgent comes first, and carried out according to schedule. Organizing time also includes leaving a place for relaxation and entertainment, for 'all work and no play makes Jack a dull boy.'

5-One of the methods of managing his time properly is for a Muslim to get up early and sleep early, for early hours always yield great blessings. Starting his day with prayer and the supplication of the morning brings the Muslim Allah's grace. A Muslim should always bear in mind that every time has its own task that suits it. Doing tasks in their due times brings about peace of mind and comfort.

6-Finally, we would like to cite the following Hadith of the Prophet, peace and blessings be upon him, quoting from the Book of Ibrahim, peace be upon him: "A sane person, unless he is mindless, should have four hours: an hour to invoke to his Lord, an hour to count his own deeds, an hour to contemplate about the creation of Allah and an hour to satisfy his worldly needs."

Source: Islam Online

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam




posted by scouser at 8:38 PM

 

~ Wednesday, June 02, 2004


Mustafa Masyhur

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Ibadah Melahirkan Tokoh yang Bersinar Hatinya

Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks
solat, unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam..

Keenam-enam itu,
mengikut Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, ialah:

1. kehadiran hati,
2. pemahaman,
3. pengagungan,
4. merasai kehebatan,
5. harap, dan
6. malu.


Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara lain
daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang
dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud,
berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan
kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana
Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu
dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan
padanya.

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: "Mereka yang tidak menghadirkan
hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada
seksaan Allah".

Perlaksanaan ibadah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam
tentang kepentingan memelihara hati dari serangan anasir yang boleh
merosakkannya. Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah
keikhlasan. Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Maka kecelakaanlah bagi
mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya. Yang mengerjakan
kebajikan untuk dilihat orang (riyak).." (Surah Al-Ma'un ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari akhirat.
Nabi s.a.w bersabda: "(Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan Arasy
Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naungan-Nya
ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga
tersembunyi dari tangan kirinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan
kehinaan. Nabi s.a.w bersabda: "Sedikit daripada riyak (ketika beramal)
adalah syirik.." (Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim. Isnadnya sahih).

Di hari akhirat, golongan yang riyak akan dipanggil dengan beberapa gelaran
keji, seperti yang disebutkan oleh Nabi s.a.w: "(Di hari kiamat mereka yang
riyak akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang yang keji, wahai
pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk.." (Riwayat Ibn Abi
Dunya)

Di dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali ra berhubung
dengan cara untuk mengenali riyak. Beliau berkata "Mereka yang suka
menunjuk-nunjuk (riyak) mempunyai tiga tanda: apabila bersendirian malas
beribadah, sebaliknya apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia
menjadi rajin. Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan. Sebaliknya,
apabila dipuji, dia menambahkan amalannya".

Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi beramanah.
Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini. John C. Maxwell di
dalam Developing The Leader Within You berkata: "Semua orang pernah menemui
mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya. Amat
menyedihkan, pada hari ini, ramai orang memberi fokus kepada pembinaan imej
luaran lebih daripada imej dalaman. Yang anehnya apabila mereka 'jatuh'
mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu........ Rumah Putih,
Pentagon, Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat
penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang
memalukan pada hari ini...."

Umat Islam adalah kekuatan yang diperlukan oleh manusia pada hari ini kerana
mereka dilatih untuk mengutamakan kekuatan dalaman lebih dari kehebatan
luaran yang memperdayakan.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 10:42 PM

 

~ Tuesday, June 01, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Kisah Permainan Ilmu Antara Guru dan Murid

Permainan 1:

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

Kesimpulan 1:

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

Permainan 2:

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

Kesimpulan 2:

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam


posted by scouser at 8:47 PM

 

~ Monday, May 31, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Sirah: Ikramah rela jihad bukti kesungguhan taubat

Ikrimah bin Abu Jahal memeluk Islam selepas melihat keperibadian Nabi Muhammad yang mulia. Rasulullah tidak membenci atau mahu membalas dendam terhadap Ikramah walaupun dia pernah menyatakan bahawa baginda adalah musuh utamanya.

Ikramah kagum dengan keperibadian Rasulullah yang pemaaf dan pengampun.

Sejak memeluk Islam, taubat memasuki segala rongga nadi dan hati Ikramah. Setiap hari, dia membaca al-Quran, sembahyang dan mengerjakan ibadah lainnya.

Sungguhpun demikian keadaan taubat Ikramah, sebahagian kaum Muslimin ketika kerap menyindirnya dengan kata-kata:

"Ini adalah putera musuh Allah, Abu Jahal..."

Alangkah kecewanya Ikramah mendengar sindiran tajam itu.

Pada suatu hari, dia menemui Nabi Muhammad saw untuk mengadu hal itu. Untuk menjernihkan keadaan, Rasulullah mengumpulkan kaum muslimin dan menasihati mereka.

"Jangan kamu mencaci maki ayahnya kerana mencaci maki orang yang sudah mati akan menyakitkan hati orang yang hidup..." Nabi Muhammad melarang mereka menyakitkan hati dan perasaan Ikramah.

Pada musim haji, Rasulullah mengangkat Ikramah menjadi ketua pemerintahan di Hawazin. Namun, Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sekejap saja disebabkan baginda kembali ke rahmatullah.

Ikramah kemudian memimpin pasukan yang berangkat ke Yamamah untuk menumpaskan pengkhianatan Bani Hanifah. Di sana Ikramah memperlihatkan kemurniaan iman, dengan memberikan ajaran selayaknya kepada Bani Hanifah.

Sekembalinya dari Yamamah, Khalifah Abu Bakar mengirim Ikramah dengan sepasukan tentera ke Amman. Di sana, Ikramah menghadapi pertempuran yang dahsyat hingga kaum yang murtad terpaksa tunduk menyerah. Selepas selesai mencapai kemenangan di Amman, Ikramah meneruskan perjuangan ke Maharah dan di sana pun dia memberi pengajaran kepada kaum yang murtad.

Gerakan pembersihan terhadap kaum murtad selesai. Kini, tiba saatnya pengembangan Islam ke daerah pemerintahan Rom dan Parsi.

Sebagai seorang pejuang yang tabah, berangkatlah Ikramah ke tanah Syam bersama-sama pasukan Islam.

Sebelum pasukan besar ini berangkat ke tanah Syam daerah penjajahan Rom, maka Khalifah Abu Bakar keluar memeriksa pasukan itu di satu tempat perkhemahan yang bernama Jaraf.

Sewaktu khalifah tiba di depan satu khemah besar, yang dikawal lapan tentera berkuda bersenjata lengkap, maka beliau bertanya khemah siapakah ini? Ternyata bahawa khemah itu adalah milik Ikramah.

Abu Bakar menawarkan bantuan yang diperlukan tetapi Ikramah menolak tawaran itu.

"Saya tiada memerlukan bantuan yang berupa benda, ya khalifah. Kami sendiri sekarang memiliki ribuan dinar. Hanya kami pohonkan doa dan restu khalifah," kata Ikrahmah.

Seketika itu juga khalifah mendoakan kebahagiaan dan kemenangan bagi Ikramah dan tentera Islam.

Dalam pertempuran di Yarmuk, Ikramah tegak di tengah-tengah medan dan berteriak:

"Saya telah memerangi Rasulullah di segala medan perang pada masa lalu, apakah kamu fikir aku akan lari hari ini daripada mu...?"

Kepada kaum Muslimin, dia menawarkan: "Siapakah antara kamu yang berani bersumpah untuk sama-sama syahid dengan ku...?" Tawaran itu disambut dengan semangat berkobar-kobar oleh bapa saudaranya, Haris bin Hisyam; puteranya, Umar bin Ikramah; sahabat karibnya, Dhirar-Ibnul Azwar dan 400 Muslimin pilihan serta tentera berkuda mereka.

Mereka menggempur musuh dengan satu serbuan laksana banjir deras hingga pertahanan musuh hancur berderai. Dengan tabah, Ikramah menghadapi pedang dan tombak musuh, hingga dada dan mukanya luka parah. Melihat keadaan Ikramah dalam keadaan yang demikian, sahabat mengingatinya:

"Takwalah kepada Allah, ya Ikramah dan kasihanilah pula akan diri mu..."

Dengan tegas Ikramah menjawab: "Dulu aku telah berperang untuk Lata dan Uzza serta diri ku telah ku serahkan kepada maut olehnya. Maka, apakah sekarang aku tidak berani mempertaruhkan jiwa ku dalam jihad membela Allah dan rasul-Nya?"

"Tidak...Demi Allah aku akan tetap menyerahkan jiwa raga ku dengan ikhlas kepada Allah."

Terjadilah pertempuran babak terakhir, pedang bersentuhan antara satu dengan lain. Ikramah luka parah dan gugur dalam pertempuran itu. Begitu juga sahabatnya yang lain, kecuali Dhirar Ibnul Azwar.

Ikramah dan puteranya, Umar dibawa ke markas Khalid Ibnu Walid. Alangkah sedih Khalid melihat jasad pahlawan bapa dan anak itu. Sebagai tanda cinta kasihnya, Khalid meletakkan kepala Ikramah di atas pahanya dan kepala Umar pada betisnya. Dengan suara tenang sebagai seorang panglima perang yang besar Khalid berkata:

"Umar Ibnu Khattab menuduh, bahawa kami tidak berani mengadap maut. Sekarang bagaimana? Tidakkah Bani Makhzum telah membayar harga yang mahal untuk kebesaran Islam, inilah dia darah Ikramah, bapa saudara dan puteranya...?"

Dalam kehidupan Ikramah, wujud cermin untuk manusia, cermin dari hati suci yang tabah.

Pada waktu hakikat kebenaran terbuka baginya, dia beriman dan berasa dirinya banyak berbuat kesalahan pada masa lampau. Ikramah bertekad menghapuskan kesalahannya. Maka, dia sembahyang dan berjihad.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

posted by scouser at 3:28 AM

 

~ Sunday, May 30, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

The Splitting of The Moon... My gate for accepting Islam

In a TV interview with the Egyptian Geologist Dr. Zaghloul An Najjar, the
anchor asked him about the verse: The Hour has drawn near, and the moon has been cleft asunder (the people of Makkah requested Prophet Muhammad [saw, PBUH] to show them a miracle, so he showed them the splitting of the moon). (Quran 54:1) whether it contains any Quranic scientific astounding facts?

Dr. Zaghloul answered saying that he has a story to tell about this verse. He started explaining that at a time he delivered a lecture at Cardiff University in the West of Britain. The attendees included both Muslims and non-Muslims. A vital dialogue was taking place around scientific, facts included in the Noble Quran. During the course of the lecture, a Muslim young man stood asking me, Sir do you see in the Saying of Al Haq Tabarak wa Ta`ala (Allah the Truth may He be Exalted) - and he referred to the above mentioned verse - any indication to the scientific facts iincluded in the Quran?

Dr. Zaghloul An Najjar answered: No because scientific astounding discoveries are interpreted through science whereas a miracle is something supernatural, which may not be interpreted through the usual. The splitting of the moon is a miracle, which happened to Prophet Mohamed (saw, PBUH) in order to prove his prophecy. Tangible miracles are only a testimony of truth for those who witnessed it.

It is only that the incident was mentioned in Quran and Prophet's Sunnah that made us believe other wise we Muslims of this era would have never believed in it. In addition that we know for sure that Allah Is most capable of anything. At that point Dr.Najjar narrated the story of moon splitting as included in Sunnah books. Upon this statement, a number of the group believed while the rest remained pagans. Therefore, the verse explains The Hour has drawn near, and the moon has been cleft asunder (the people of Makkah requested Prophet Muhammad (saw, PBUH) to show them a miracle, so he showed them the splitting of the moon). * And if they see a sign, they turn away, and say: This is continuous magic. *They belied (the Verses of Allah - this Quran), and followed their own lusts. And every matter will be settled (according to the kind of deeds: good deeds will take their doers to Paradise, and similarly evil deeds will take their doers to Hell). (Quran 54:1-3) until the end of the verses which were revealed in this regard.

Dr. Zaghloul An Najjar continued that at this point a British Muslim young man introduced himself as Daoud Moussa Peetcock head of the British Islamic Party. He carried on saying sir if you allow me, I would like to add on this issue? I said please do. He explained saying: At the time when I was searching in religions (before he embraced Islam), a Muslim student gave me as a present the translation of the meaning of Quran. I thanked him and took it home. The first Surat I came across when I opened the book, it was Chapter of the Moon I read has drawn near, and the moon has been cleft asunder. I said to myself, is this statement logical?

Is it possible for the moon to split and then reattach what kind of power may cause this?

The man explained that this verse made me reluctant to continue reading. I became busy with my life, yet Allah of course Knows how sincere I was about finding the truth. So one day Allah made me sit to watch TV. It was a talk show between a British commentator and three American astronautics specialists. The show host was blaming the scientists for spending thriftily over space trips at a time when earth is suffering hunger, poverty, diseases and backwardness. He was telling them, it would have been more feasible to allocate this kind of money for reconstruction of earth.

To this argument, the three men answered defending their position that such technology is widely applied in many wakes of life such as medicine, industry and agriculture. They added that the money is never wasted but it rather supported the development of highly advanced technology. During their dialogue, they mentioned the trip in which a man landed on the moon surface as it consumes the largest cost which comes to more than US $100.000.000.000.

The British TV anchor screamed saying what kind of thrift is this?
A hundred thousand million dollars just to plant the American flag on the moon surface?

They answered no; the objective was not to plant the American flag but rather to study the interior composition of the moon. We actually came to a finding that would cost us double folds of this amount for people to believe and yet they will never believe. The show host inquired what is this fact?

They replied: One day this moon was split and then reattached. The show host again probed: how did you realize that?
The scientists responded about finding a belt of transformed rocks cutting the moon from its surface to core and then to the surface again. The stated saying: we consulted with earth scientists and geologists who explained that such phenomenon would never occur unless this moon one-day split and then reattached. The British Muslim man said: I jumped out of my chair saying Allah (SWT) forced the Americans to spend more than a hundred million dollars to prove to Muslims a miracle that took place 1400 years ago for Mohammed (saw, PBUH)??

This religion must be the truth. He added: I went back to the Quran and recited Surat Al Qamar, which was my gate for accepting Islam. AllahuAkbar!!!

Islam Online

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam




posted by scouser at 9:30 PM