~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, June 26, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

KISAH PANGLIMA ISLAM YANG MEMBUKA KOTA KONSTANTINOPEL

Saya ingin menceritakan satu kisah yang paling saya sukai dan terlipat kemas di dalam ingatan saya ,waktu kecil dulu pun nama ini cam best je dan saya minat nak letak nama anak saya nanti sempene kecerdikan dan kepantasannya di dalam peperangan dan merupakan seorang yang beriman kepada Allah , ia mengenai kisah TARIQ ZIAD , panglima yang membuka Kota Constantinapel.


Perlu diingatkan bahawa Kota Constantinapel banyak kali bertukar tangan di bawah pimpinan Islam dan kerajaan Rom (Kuffar) .Kota ini akhir sekali di tawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatah. Tapi di sini Tariq Ziad adalah orang pertama yang membuka kota ini .

KIsahnya bermula begini :

Tariq Ziad merupakan seorang pahlawan Islam yang telah mengikuti banyak peperangan menentang kaum kafir dan membebaskan manusia daripada kekejaman kaum kuffar (pada waktu itu dalam kekuasaan Rom dan Persia ) , serta membawa mereka daripada kegelapan hidup kepada Nur_cahaya Allah.
Satu ketika , Tariq Ziad diarahkan oleh Khalifah Islam pada waktu itu ( tak ingat siapa , nanti saya check kemudian ) untuk mengetuai armada perang Islam menentang kaum Rom dan menawan Kota Constantinapel. Ini kerana Khalifah mendapat aduan daripada rakyat di sana bahawa mereka ditindas oleh kaum Rom dan sukar untuk mendapat makanan dan kemudahan asas hidup yang lain . Tariq Ziad dengan tenang menerima pewarkahan dari khalifah itu , jika dibandingkan umurnya pada ketika itu hanya belasan tahun , sudah mampu memimpin skuad perang.
Sampai masanya , Tariq Ziad beserta bahtera Islam pergi ke Kota tersebut dengan menaiki kapal merentasi Laut Mediterranean. Smapai je di sana , pahlawan-pahlawan Islam menjadi kecut dan kucar-kacir melihatkan bilangan tentera Rom yang agak besar dari bilangan tentera Islam . Boleh dikatakan satu nisbah sepuluh.Tariq sebagai ketua yang menyedari keadaan genting itu lantas berlari ke arah kapal-kapal perang milik Islam dan membakar keSEMUAnya sehingga hangus.Tentera Islam yang melihat itu bertanya mengapa dibakarnya kapal-kapal itu , bukankah rugi dan bagaimana mereka hendak balik serta mengatakan Tariq tidak matang dalam mengendalikan sesuatu keadaan. Dengan tenang Tariq Ziad menjawab ; " Apakah yang kamu tunggu lagi wahai para syuhada , Allah telah menjanjikan syurga kepada kamu semua , kamu semua mahu bertempur merebut syahid di jalan Allah atau kamu mahu berpatah balik untuk dijadikan makanan ikan-ikan jerung yang kelaparan di Laut Mediterranean itu ? " Apabila tentera Islam mendengarkan itu , tiba-tiba semangat mereka berkobar-kobar ibarat daun kering dimakan api yang besar . Tetiba salah seorg dari mereka metakbirkan " ALLAHUAKBAR ! " dan disambut oleh semua tentera Islam yang lain . Akhirnya mereka terus menuju ke medan perang dan bertempur bermati-matian . Akhirnya dengan izin Allah ,tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ziad beroleh kemenangan dan mengalahkan musuh yang ramai .Ini seperti yang berlaku di dalam peperangan pertama Islam yaitu Perang Badar di mana tentera Islam yang sedikit mengalahkan tentera musuh yang ramai terbilang. Semuanya dengan izin Allah jua.

Moralnya yang ingin saya sentuh di sini ialah :

1) Kecerdikan ketua , yakni Tariq dalam mengawal
keadaan di saat-saat genting
2) Ketaatan tentera-tentera Islam kepada ketua
walaupun ketua mereka hanya lah seorang anak
muda belasab tahun
3) Keyakinan yang jitu terhadap janji-janji Allah
terhadap mereka yang memerangi musuh-
musuh Allah

Oleh sebab itulah saya sangat-sangat meminati tokoh Islam ini , TARIQ ZIAQ ; bintang yang bersinar di ufuk Timur , memberikan kekuatan kepada Islam.Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita bahawa pemuda-pemudi Islam merupakan orang yang paling banyak berfungsi dalam gerakan menegakkkan AD-DEEN sejak di zaman Rasulullah lagi. Oleh itu kita perlu sedar akan peranan kita dan mula mengorak langkah ke arah membangkitkan semula Zaman Kegemilangan Islam agar Nikmat Islam dapat turut dirasai oleh seluruh alam.

" Kami tidak akan membiarkan mereka mengatakan "kami telah beriman kepada ALLAH " selagi mereka tidak diuji ....." al-Ankabut:1



Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang diredhai oelh Allah Subhanawataa'la.INsya-Allah....

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 10:59 AM

 

~ Friday, June 25, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

MIMPI RASULLULAH saw.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeral! ah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 10:45 AM