~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, August 28, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Ukhuwwah Kerana Allah

Tidak dinafikan, Allah swt menyuruh umat Islam untuk menyayangi antara satu sama lain, mengambil satu sama lain sebagai kawan, dan memberikan hak sebagai sahabat yang sebaik mungkin antara satu sama lain.

Firman Allah swt dalam Surah Ali-Imran:103 yang bermaksud:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. "

Dan Allah juga berfirman dalam Surah 49, ayat ke-10 yang bermaksud:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,.."

Apabila kita menganggap antara satu sama lain sebagai saudara (atau saudari untuk muslimah), persaudaraan itu sebenarnya merujuk kepada persaudaraan yang lebih kukuh daripada persahabatan biasa. Persaudaraan kita kerana Allah taala melambangkan kesediaan untuk kita berkorban kepentingan kita untuk memenuhi keperluan saudara Muslim kita dalam bentuk yang lebih daripada pengorbanan di atas dasar persahabatan biasa. Rasulullah s.a.w banyak mengingatkan kita berkenaan dengan persaudaraan kerana Allah swt. Dicatatkan di sini 4 hadis Rasulullah s.a.w yang dipetik dari Riyaadh as-Saliheen Imam Nawawi seperti yang tercatat di bawah;

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan;
Rasulullah s.a.w bersabda,"Pada Hari Pembalasan kelak, Allah the Exalted akan berkata,'Di manakah mereka yang saling cinta-mencintai kerana kemuliaan-Ku? Pada Hari ini, Aku akan menaungi mereka di bawah Naungan-Ku yang mana tiada naungan lain melainkan Naungan-Ku" [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan;
Rasulullah s.a.w bersabda,"Demi Allah, yang jiwaku ditangan-Nya! Kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi antara satu sama lain. Mahukah aku beritahukan kepada kamu sesuatu, yang mana jikalau kamu melakukannya, kamu akan mengasihi antara satu sama lain: Sebarkan salam di antara kamu (dengan mengucapkan Assalamu'alaikum di antara satu sama lain)." [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan;
Rasulullah s.a.w bersabda, "Seorang lelaki keluar untuk menziarahi saudara seagamanya di sebuah perkampungan lain dan Allah telah mengutuskan satu malaikat dalam perjalanan lelaki tersebut. Apabila lelaki tersebut bertemu dengan malaikat tadi, malaikat itu bertanya kepada lelaki itu,'Kemana kamu ingin pergi?' Lelaki itu menjawab,'Saya berhasrat untuk menziarahi saudara saya di perkampungan ini.' Malaikat itu bertanya lagi,'Adakah kamu berkeinginan sesuatu daripadanya?' Lelaki itu menjawab,'Tidak, saya tidak ada keinginan melainkan menziarahinya kerana Allah, yang Maha Agung lagi Maha Mulia.’ Lantas malaikat berkata, ‘Saya merupakan utusan Allah kepada kamu (untuk memberitahumu) bahwa Allah mengasihi kamu sepertimana kamu mengasihinya (kerana Allah taala). " [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Dari Anas ibn Malik r.a. meriwayatkan;
"Seorang lelaki ada bersama Rasulullah s.a.w apabila seorang lelaki lain melewati mereka dan lelaki (yang bersama Rasulullah s.a.w tadi) berkata,' Ya Rasulullah! Saya mencintai lelaki itu (kerana Allah).' Rasulullah s.a.w bertanya,'Adakah kamu memberitahunya?' Lelaki itu menjawab,'Tidak.' Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda,'Beritahulah dia (yang kamu cintakannya kerana Allah).' Lantas lelaki itu pergi kepada lelaki yang melewati mereka tadi dan berkata kepadanya,'Saya cintakan kamu kerana Allah', dan sahabatnya menjawab,'Moga Allah, yang mana kerana-Nya kamu mencintaiku, mencintai kamu.'" [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]

Kasih-sayang kerana Allah swt i.e. persaudaraan Islam / ukhuwwah fillah, adalah sangat mustahak untuk membantu menetapkan iman seseorang dalam suasana hari ini yang penuh dengan dugaan. Sahabat pilihan kita lah yang membantu menentukan naik turunnya iman kita. Sekiranya sahabat-sahabat kita adalah di kalangan Muslim yang kuat imannya, tidak mustahil iman kita akan mendapat banyak manfaat dari persahabatan itu. Akan tetapi jika sebaliknya, sahabat-sahabat kita adalah dari kalangan mereka yang lemah iman dan pengamalan mereka, secara automatik iman kita akan menurun. Iman merupakan sesuatu yang paling bernilai dalam alam cakerawala ini yang menyebabkan kita perlu menjaganya sebaik mungkin. Namun begitu, bukanlah bermaksud bahwa kita tidak perlu mendekati mereka yang tidak beriman atau yang lemah iman, yang sepatutnya, kita harus mendekati mereka untuk mengajak mereka supaya mereka dapat beriman sebenarnya kepada Allah di samping kita menjadikan sahabat-sahabat yang kuat imannya sebagai teman setia kita. Ini kerana ikatan ukhuwwah berdasarkan iman itu lebih utuh dan lebih mulia di sisi Allah swt berbanding dengan persahabatan biasa tidak kira sama ada berdasarkan darah kekeluargaan dan sebagainya.

Akhir kalam, ukhuwwah fillah ini sekali-kali tidak mengenali dan tidak membenarkan 'persahabatan' di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim dan belum berkahwin. Interaksi di antara dua jantina yang berlainan muhrim sepatutnya berdasarkan kepada keperluan yang halal di sisi Allah swt dan bukan berdasarkan di atas hawa nafsu. Tidak kira bagaimana tidak membahayakan sekalipun perhubungan itu, tetap dikira sebagai berbahaya kerana Syaitan akan menjadi orang yang ketiga.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:31 PM

 

~ Friday, August 27, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Memori PPM04...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya aku masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam.Bulan Ogos yg lepas aku telah diberi kesempatan oleh Allah utk menghadiri prog Perhimpunan Pelajar Malaysia 2004 (PPM04) yg telah berlangsung di Kem UNITI,Port Dickson.Rasanya ada baiknya aku share pengalaman aku ngan sahabat2 sekalian.

Program PPM04 bermula pada hari Khamis tanggal 5 Ogos 2004.Oleh kerana aku tinggal tak jauh dari tempat tu,so aku diminta utk hadir awal sehari utk membantu urusetia menguruskan kem tersebut.Seriously it was fun sbb dpt balik jumpa kawan2 usrah lama dan juga tak ketinggalan dpt berkenalan ngan kawan2 baru.Peserta tiba di Stesen Keretapi Seremban dgn menaiki komuter.From there,derang dibawa menaiki bas menuju ke kem UNITI.Peserta yg hadir berjumlah antara 130 hingga 140 org.Lebih menarik,terdpt beberapa pelajar dari Makkah,Madinah,Indonesia dan Mesir turut sama menghadiri program ni.Lepas pembukaan dan upacara majlis,aktiviti pertama sekali adalah ta'aruf sesama peserta.Sesi ta'aruf ni agak menarik sbb bg aku ianya satu cetusan idea yg kreatif.Beberapa set soalan beserta markah diberikan kepada para peserta.Soalan2 tersebut adalah berkenaan diri peserta yg hadir dan diminta mendapatkan tandatangan derang jikalau ciri2 tersebut ada pada diri mereka.Sbg contoh:

Kriteria
Boleh berbahasa arab

Markah
30 markah

Tandatangan

Sesiapa yg berjaya kumpul markah tertinggi dialah pemenangnya.Lepas solat asar,peserta dipecahkan kepada beberapa kump.Kumpulan ini akan dibawa masuk ke dlm hutan dan diminta membuat gadget menggunakan hasil hutan.Sbrg material dari luar kawasan hutan tdk dibenarkan sama sekali.Mcm2 benda la yg derang cipta.Ada yg cipta rak kasut,ada yg cipta buaian,and so on.Abis derang buat gadget tu,para hakim yg terdiri daripada urusetia akan menilai kerja derang.Lps maghrib plak ada prog tayangan video "Life as A Student" dari beberapa buah negara.Antaranya Ireland,UK,France,New Zealand,Australia,USA,dan Jepun.Abis prog tayangan video tu,brothers dibahagikan kump mengikut nombor khemah masing2 utk membuat "hirasah" (berjaga malam utk keselamatan para peserta).

Keesokannya, 6 Ogos 2004, program dimulakan dgn ceramah drpd beberapa tokoh motivasi spt Dr Harlina,Dr Roha,Dr Abd Latiff,dan Dr Hafidzi.Abis prog tu,peserta sume pegi solat jumaat dan terus masuk ke hutan.Masa sblm solat jumaat tu dpt plak mkn tenghari free kat masjid sbb derang baru abis majlis pembukaan masjid kariah pasir panjang.Murahnya rezeki.Tak lupa juga ada peserta yg kena kacau dgn hamba Allah yg sakit mental.Abis satu masjid dia kena kejar.Hehehehe...sian dia.Balik dari masjid,sume peserta tukar baju utk masuk ke dlm hutan.Haaa...ni la antara acara yg digemari ramai...War Game.Syarat game ni pun aku dah lupa.Tapi aku leh explain sket la.Ada 3 group laki (sisters ada 5 group dan main kat kaw lain).Setiap group ni diminta mengecilkan empayar kump lain dgn memecahkan belon yg digunakan sbg persempadanan kawasan.At the same time derang kena rampas bendera kump lain dan pacakkan pada satu kawasan yg diberi nama 'Jabal Thariq'.Kump yg berjaya laksanakan misi ni dikira menang la.Senjata dia apa tau? Plastik yg diisi air bercampur belacan.Sape yg kena baling ngan plastik tu mmg berbau belacan la satu badan.Mlm tu plak ada acara kuiz.Acara ni pun best gak.Sekali lagi brothers dibahagikan pada 3 kump.Mana2 kump yg ingin menjawab soalan kuiz tu kena makan petai dlm tepung.Sape abis makan petai tu dulu,kump tu la yg diberi penghormatan utk jawab soalan kuiz.Dah la soalan senang,berebut2 masing2 makan petai dlm tepung.Yg nak termuntah pun ada.Abis prog tu sekali lagi brothers dikehendaki buat hirasah dan bangun awal pagi keesokannya utk qiamullail.

Hari sabtu bersamaan 7 Ogos 2004 juga bersamaan hari perkahwinan Radin Zaid bin Radin Umar.Sori radin,tak dapek nak poie sobab den kek PD ni ha.Inilah hari yg paling meletihkan.Acara pagi dimulakan dgn membuat rakit.Brothers akan buat rakit dan main rakit dulu sementara sisters plak pi wat outdoor challenge.Bila brothers dah abis main rakit,baru la sisters plak main rakit dan brothers main outdoor challenge.Tapi sisters kena buka balik la sume ikatan rakit dan simpan dlm stor.Nak buat rakit ni bkn senang rupanya.Amik masa sejam gak la.Tp bila dah dayung rakit tu...perghhh rasa puassss sangat.Yela,sape tak bangga dgn hasil kerja sendiri ye tak?So acara diteruskan dgn perlumbaan rakit.Yg kelakar tu ada satu group ni dayung ke depan tp rakit gerak ke belakang.Hehehe...Utk outdoor challenge plak,adeh terlalu la banyak aktivitinya.Ada yg kena jalan pakai kayu,gayut kat tali,masukkan telur dlm buluh dgn tutup mata,and so on.Tak larat nak sebut dah.Lepas solat zohor,terus masuk hutan utk jungle trekking.Para peserta diberi sorang sebiji telur ayam utk dimasak lps trekking tu.So pepandai derang la nak masak telur tu cam mane sbb urusetia cuma kasi mancis je.So sape yg dah expert,derang korek lubang dan letak telur tu dlm lubang.Pastu kambus dan nyalakan unggun api atas lubang yg dah dikambus tu.Menjadi plak tu.Hehehe...genius gak derang ni sume.Malam tu since sume dah letih,urusetia buat BBQ dan sedikit persembahan daripada setiap kump brothers.Masya Allah sedapnya tidak terkata.Persembahan plak mmg lucu dan tak kering gusi bila ditonton.Bila dah letih dan perut dah kenyang,makan sumenya syahid dan tak bangun utk hirasah.Yg kelakar tu group paling awal ni buat la hirasah sbb derang start duty as soon as abis je BBQ.Bila sampai giliran group lain,derang pi la kat khemah group tu utk kejutkan ahli2 khemah.Punya la liat,sorang pun tak bangun.Last2 berjaya kejutkan sorang ahli.Mamat ni bangun la,pastu dia tido balik tanpa diketahui sesape.Maka terbantutla hirasah malam tu.Hai lawak2.

Ahad, 8 Ogos 2004 merupakan hari terakhir PPM04.Masa ni la nak tukar2 alamat email ngan kengkawan.Alhamdulillah,seronok rasanya dpt kenalan baru ni.Acara pagi tu diserikan dgn motivasi drpd Pak Uteh (nama betul dia dah lupa maaa).Secara mengejut,Tan Sri Sanusi Junid pun dtg sekali utk berjumpa dgn urusetia prog.Cuak gak la memasing nape tetiba Sanusi Junid dtg prog.Alhamdulillah,niatnya baik sekali.Dia share pandangan dia ttg kelemahan umat Islam masa kini dan hadiahkan kitorang buku bertajuk "Insight Sanusi Junid".Malangnya aku tertinggal buku tu kat kem...hehehe.Takpela,aku sedekahkan kat pak guard je la.Selesai sume prog,kami berkemas dan pulang semula ke rumah.Aku plak?Sehari suntuk tidoq kat bilik sbb letih gile.Kulit plak?Berbelang laksana kena sun bath.Hehehe...Buat sesape yg missed PPM 04,still boleh join lagi tahun depan Insya Allah.Program ni akan diteruskan setiap tahun demi mengikat ukhuwah yg sudah terjalin.

Sekian la laporan PPM04 dari che nad.Kalau nak tgk gambar PPM04 boleh la klik kat sini.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:13 PM

 

~ Thursday, August 26, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

MEMPERINGATI SAYYID QUTB, SEORANG PENDAKWAH DAN
INTELEKTUAL ISLAM


Hari ini 24 Ogos 2004. Tanggal 29 Ogos akan datang ini
genaplah tiga puluh lapan tahun Sayyid Qutb, syahid
dalam memperjuangkan dakwah, mengerakkan umat dan
terus menghidup-segarkan sunnah agung. Beliau bukan
calang-calang pendakwah. Sumbangannya kepada dakwah
dan Islam sungguh besar. Setelah kembali dari sebuah
negara barat, beliau mendapat jawapan bahawa barat
bukanlah pemimpin kita semua. Seterusnya beliau
bergerak menentang arus perdana sewaktu itu yang
merupakan nasionalisma acuan kolonialis serta laungan
retorik sosialis. Beliau berjaya mengangkat senjata,
menentang idealogi mungkar seterusnya menggungkapkan
istilah jahiliyyah moden. Pemikiran beliau amat
kotemporari dan berjaya memaparkannya dalam penulisan
maalim fi'l-tareeq atau petunjuk sepanjang jalan. Buku
tersebut membentangkan kemungkaran dalam masyarakat
Islam, memberikan panduan untuk para pendakwah
seterusnya menyatakan langkah2 ke arah menegakkan
masyarakat Islam yang berasas sepenuhnya kepada
pimpinan an-nahjus-sahih.

Beliau amat gerun dengan keadaan umat Islam yang sudah
jauh meninggalkan nilai2 Islam, institusi2 Islam serta
telah mengamalkan aktiviti sesuai dengan amalan
pasca-kolonialis, terutama yang berlaku di negeri
tanah tumpah darah beliau. Dalam petunjuk sepanjang
jalan, beliau memaparkan jawapan kepada soalan2
seperti: mengapa Islam perlu dibangkit-segarkan ?
mengapa cara hidup selain Islam tidak mencukupi ?
apakah identiti Islam sebenar ? bagaimana Islam
ditegakkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabah ?
adakah mungkin metodologi yang serupa boleh
dioperasikan ? apakah implikasi kalimah lailahailallah
dan kalimah gabungan muhammadar rasulullah ? Begitulah
tajamnya pemikiran Sayyid Qutb dalam melaksanakan
analisis masyarakat Islam dan kaedah pangislahannya.

Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, ingatlah
bahawa sumbangan Sayyid Qutb dalam merealisasikan
masyarakat Islam tulen sangat besar. Beliau dipenjara
dan syahid dek kerana kehebatannya menggunakan senjata
beliau. Beliau menolak umpan keampunan pemimpin ketika
itu. Namum beradanya dalam kurungan batu-bata tidak
bermakna pemikiran dan falsafah kehidupan yang dibawa
terkurung sama. Beliau berjaya menghasilkan karya yang
bermutu tinggi.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, bagi mengingati Sayyid
Qutb dan perjuangan beliau yang menjadi model kepada
pejuang-pejuang Islam marilah kita khususkan usrah2
dalam minggu ini bagi menelaah kembali perjuangan
Sayyid Qutb. Mari kita mula dengan quiz-quiz mudah:

1. Siapakah nama Presiden yang memenjarakan Sayyid Qutb ?
2. Apakah idealogi Presiden tersebut ?
3. Apakah senjata yang digunakan oleh SQ bagi menentang idealogi mungkar ?
4. Apakah negara tanah tumpah darah SQ ?
5. Berikan bentuk tuduhan yang dikenakan ke atas Sayyid Qutb oleh Presiden tersebut ?
6. Nyatakan tahun hukuman gantung dikenakan keatas beliau?
7. Apakah nama satu daripada karya bermutu tinggi yang dihasilkan oleh SQ semasa di penjara ?
8. Namakan negara barat yang SQ belajar dan bandarnyasekali ?
9. Apakah nama gerakan dakwah yang dianggotai oleh SQ?
10. Dalam tahun2 40an,50an dan awal 60an, apakah kemelut paling terkesan kepada umat Islam yang berlaku di Timur tengah ?

Begitulah Sepuluh Soalan, adanya. Selamat menjawab.


Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:58 PM

 

~ Wednesday, August 25, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

SALAH FAHAM TERHADAP USRAH: USRAH SEBAGAI KAUNSELING

Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.

Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.

Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.

Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halakah ilmu.

Rukun usrah terbahagi tiga iaitu ta’aruf (perkenalan), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling tolong-menolong). Naqib dan naqibah usrah selain daripada dikehendaki memastikan setiap anak usrahnya saling mengenali antara satu sama lain, dia juga berperanan untuk membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dialami oleh anak-anak buahnya sebagaimana yang telah digariskan dalam rukun usrah. Mungkin atas dasar inilah mengapa usrah dianggap sebagai sesi kaunseling atau dengan kata lain, sesi menyelesaikan masalah.

Rukun-rukun usrah hanya bersifat sebagai wasilah (wahana atau alat) untuk mewujudkan suasana kondusif dalam tarbiyyah bagi memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.

Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.

Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:55 PM

 

~ Tuesday, August 24, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Hargai kemerdekaan beragama
Oleh Prof Madya Maznah Daud


Bayangkan anda terkurung dalam sebuah bilik sempit, gelap, busuk dan kotor. Pasti tidak ada apa yang difikirkan ketika itu kecuali mahu bebas daripada kurungan itu.

Demikian lumrahnya manusia. Sesuatu nikmat itu benar-benar dihargai dan dirasai kepentingannya apabila ia tiada. Nikmat sihat hanya dirasakan apabila ditimpa sakit. Ketangkasan dan kecergasan usia muda hanya disesalkan apabila 'kerenah' usia tua mula meniti.

Demikian juga kebebasan dan kemerdekaan. Hanya mereka yang terpenjara atau pernah mengalaminya benar-benar memahami erti kebebasan.

Kebebasan adalah anugerah Allah kepada makhluk-Nya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah berkata: "Bilakah kamu menganggapkan manusia ini hamba kamu, pada hal mereka telah dilahirkan oleh ibu mereka sebagai makhluk yang merdeka?"

Jadi, tidak ada siapa pun boleh mendakwa dialah yang memberikan kebebasan kepada manusia seperti tidak ada seorang pun daripada kalangan manusia yang berhak untuk merampas kebebasan seseorang yang lain.

Perakuan kebebasan ini dijelmakan dalam kebebasan untuk memilih akidah atau pegangan hidup. Allah berfirman maksudnya: "Dan katakalah (wahai Muhammad saw): "Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kamu. Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya..." (Surah al-Kahfi, ayat 29)

Firman-Nya lagi: "Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati mengenai kedegilan orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki), maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman?" (Surah Yunus, ayat 99)

Sesungguhnya pemilik agama ini, yang mencipta dan memiliki alam semesta, memerintahkan Nabi utusan-Nya agar tidak memaksa hamba-Nya memeluk agama yang diturunkan-Nya. Malah, hamba-Nya diberi kebebasan sepenuhnya sama ada mahu beriman atau sebaliknya, selepas diberi penjelasan mengenai kebenaran dan keindahan agama ini melalui ayat suci al-Quran dan diterjemahkan pula dalam bentuk amalan oleh Nabi serta pengikutnya.

Mari kita saksikan bagaimana seriusnya Rasulullah melaksanakan perintah Tuhannya agar tidak memaksa umat manusia memeluk Islam.

Seorang lelaki musyrik bernama Thamamah bin Athal memasuki Madinah dengan sebilah pedang untuk membunuh Nabi.

Dia berjalan, berlegar ke sana ke mari mengintai peluang keemasan bagi melaksanakan misinya. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Umar bin al-Khattab.

Melihat gerak-gerinya, Umar mengesyaki sesuatu, lalu menghampiri Thamamah dan bertanya: "Hendak ke manakah engkau wahai Thamamah?" Tanpa rasa takut dan gentar, meskipun berhadapan dengan Umar, Thamamah menjawab dengan tegas dan berani: "Aku hendak membunuh Muhammad!"

Tanpa berlengah walau sedetik pun, Umar lantas menangkap Thamamah, mengheret dan mengikatnya pada sebatang tiang Masjid Nabawi. Selepas Rasulullah selesai menunaikan solat Zuhur, Umar menyampaikan apa yang telah berlaku.

Dengan tenang Baginda menghampiri Thamamah yang sedang terikat pada tiang dalam masjidnya. Rasulullah memandang tepat ke wajah Thamamah, kemudian mengalih pandangannya kepada sahabat di sekelilingnya. Umar pula menanti dengan penuh debar arahan yang bakal diterimanya.

Apakah hukuman paling setimpal yang bakal dijatuhkan terhadap si musyrik durjana ini? Bunuh? Penjara seumur hidup? Buang daerah?

Namun soalan yang ditanya Baginda adalah sama sekali di luar dugaan. Baginda bertanya: "Adakah engkau telah membawakan makanan kepada lelaki ini, wahai Umar?"

Umar menjawab dengan jujur: "Belum, wahai Rasulullah."

Lalu, Baginda memerintahkan Abu Hurairah supaya meminta segelas susu daripada Ummul-Mukminin di rumah Baginda.

Selepas susu dibawa, Rasulullah memerintahkan supaya ikatannya dilonggarkan. Thamamah duduk dengan selesa untuk meminum segelas susu yang diberi oleh Baginda.

Setelah Thamamah selesai minum susu, Rasulullah berkata kepadanya: "Wahai Thamamah! Masuklah Islam!"

Ajakan tulus ikhlas itu ditolak oleh Thamamah dengan katanya: "Tidak wahai Muhammad!" Setelah ajakannya supaya Thamamah memeluk Islam tidak diterima, Baginda memerintahkan supaya dia dibebaskan serta-merta!

Thamamah segera bangkit dan berlalu dari situ. Selepas beberapa langkah, dia berpatah balik dan berkata tanpa teragak-agak: "Asyhadu an la ilaha illallah, wa annaka Muhammad, Rasulullah!"

Rasulullah bertanya dengan penuh kehairanan: "Mengapa engkau tidak menerima untuk memeluk Islam ketika aku mengajak engkau tadi?"

Thamamah menjawab: "Wahai Rasulullah! Aku takut sekiranya aku memeluk Islam ketika aku berada dalam genggamanmu, manusia akan berkata, Thamamah memeluk Islam kerana takut kepada Muhammad.

"Tetapi, kini aku bebas sepenuhnya. Maka aku memeluk Islam atas kehendakku sendiri demi mencari keredaan Allah."

Demikianlah erti kebebasan yang diajar oleh Nabi Muhammad sejak 15 abad lalu. Kebebasan yang tidak pernah dipinta dan diperjuangkan oleh sesiapa pun pada waktu itu. Ia adalah kebebasan hakiki, yang dianugerahkan Allah kepada sekalian makhluk-Nya tidak kira lelaki atau perempuan, Muslim atau bukan Muslim.

Kini, ketika seluruh dunia memperkatakan mengenai kebebasan dan hak asasi manusia, umat Islam yang sejak dulu mengetahui dan menikmati kebebasan yang dianugerahkan Allah kepada mereka, bertukar menjadi umat tertindas dan sering dinafikan hak mereka.

Ketika kaum wanita di Barat dan di Timur dibenarkan berjalan bebas tanpa pakaian kerana menghormati 'hak asasi'nya, wanita Islam yang bertudung kepala kerana mematuhi suruhan agama, disekat, dihina dan dinista.

Pada masa kaum lelaki di Barat bebas mengepit dan meniduri puluhan wanita tanpa ikatan nikah yang sah di sisi undang-undang dan agama; lelaki Islam yang berniat untuk melakukan perkahwinan kedua dengan cara yang halal di sisi agama, dianggap kejam dan mendiskriminasi wanita.

Ketika masyarakat dunia menyaksikan peningkatan jenayah di kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak, pelbagai cadangan, langkah dan bentuk hukuman dikemukakan.

Tetapi, apabila orang Islam membuka mulut mencadangkan pelaksanaan undang-undang Islam, mereka dikatakan kolot, kejam dan ketinggalan zaman.

Dan ketika tanah air umat Islam diceroboh, umatnya diusir, wanita dan kanak-kanak dibunuh, orang Islam yang bangkit berjuang demi mempertahankan agama, tanah air dan maruah; dituduh pelampau dan pengganas.

Maka, sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-47 yang penuh makna ini, marilah kita bebaskan diri daripada segala belenggu yang menghalang kita daripada mentaati dan melaksanakan perintah Allah Yang Maha Agung.

Itulah kebebasan hakiki yang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bukan kebebasan mengikut nafsu dan melakukan maksiat.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:25 PM

 

~ Monday, August 23, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Tudung - Suatu peristiwa di Israel

Sebuah sekolah model agama di Israel, telah membuang seorang pelajar perempuannya karena dia memeluk Islam dan mengenakan hijab. Awal ceritanya, para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut Zionist Youth suatu hari dikejutkan oleh perbuatan siswi tersebut. Pelajar perempuan yang tidak mahu disebutkan namanya itu memakai hijab di kelasnya pada hari tersebut yang menyebabkan sekolahnya menjadi kecoh. Harian Israel Ma'ariv memberitakan kejadian tersebut.


Awalnya pihak pimpinan sekolah cuba memujuk pelajar Muslimah tesebut agar mengubah keputusannya dan membuang hijabnya itu. Tapi tindakan itu tidak berhasil. Akhirnya beliau diusir dari sekolahnya oleh Pengetua sekolah tersebut.

Kepada Maariv, si pelajar Muslimah tadi mengaku, dirinya telah diserang oleh berbagai-bagai pertanyaan. Pokoknya, dia harus membuang tudungnya / hijabnya jika dia ingin tetap bersekolah. Namun dia tetap bertahan dan dengan tegas menjawab dia lebih suka keluar dari sekolah daripada membuang hijabnya. "Agama, sepanjang yang saya ketahui, jauh lebih penting dari sekolah," ujarnya mantap.

"Saya merasa pernyataan-pernyataan pengetua sekolah adalah berbentuk serangan, bukan hanya untuk diri saya, tapi juga untuk seluruh umat Islam. Saya tak faham(bagaimana Israel membuat pertimbangan), jika seorang pelajar Yahudi di Perancis contohnya, diusir lantaran memakai kippa (kopiah Yahudi), tindakan itu pasti akan dinilai (oleh kerajaan Israel) sebagai anti-Semitisme," tegasnya. "Saya boleh terima, jika seorang pelajar diusir dari sekolahnya lantaran perilaku buruknya, atau karena terlalu dungu. Tapi kenapa saya harus diusir?," cetusnya kehairanan, seraya mengkritik keputusan sekolah itu sebagai tindakan perkauman yang penuh kebencian agama.

Siswi yang baru memeluk Islam itu selanjutnya memberitahu, dia lahir dan membesar di bekas negara bagian Uni Soviet, Kazakhstan. Dari ibu Yahudi dan seorang ayah Kristian. Negeri itu sangat hormat terhadap Islam. "Setelah beberapa tahun berlalu, saya akhirnya mengambil keputusan, bahwa nilai-nilai Islam sesuai buat saya," tuturnya. "Saya mulai membaca buku-buku tentang Islam 4 tahun yang lalu. Guru-guru saya juga mulai terperanjat, khususnya setelah saya mengenakan kalung emas bertuliskan Allah dalam bahasa Arab," lanjutnya. "Beberapa hari kemudian mereka menemukan sebuah kitab suci Al Qur’an di dalam bilik saya," tuturnya mengisahkan riwayat singkat sampai dia memeluk Islam.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam


posted by scouser at 6:58 PM

 

~ Sunday, August 22, 2004


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Muslims, Jews & Islamic State By Dr. Azzam Tamimi

It has been fifteen centuries since the Muslims established themselves as a political community in which followers of all three monotheistic religions coexisted peacefully and equitably. Until the beginning of the 19th century the Islamic civilization, whose terrain extended over three continents, provided a milieu of tolerance that, in contrast to the history of Europe and the Western world in general, prevented the progression of ideological and religious differences into violent conflict.Islam, whose values and principles governed the public and private conduct of individuals and groups, recognised Christians and Jews as legitimate members of the community within the Islamic State and accorded them inalienable rights.

Muslim View on Jews and Judaism

The Muslims’ perception of the Jews remained unchanged during the first 13 centuries of Islam. They saw them as People of the Book who, together with the Christians, shared with the Muslims common values of faith and conduct that entitled them to citizen rights in the Islamic state. Such perception began to change after the Zionist movement managed to embroil Jews in its colonial project with the aim of solving the Jewish problem in Europe by establishing a national home for the ‘Jewish People’ in Palestine.

The Shift in Perception

1-The shifting Muslim position towards the Jews was augmented by the fact that many Arab Jews embraced Zionism. Historic homes of Jewish communities, such as the North Africa, Egypt, Iraq and Yemen, witnessed massive exodus of Jews who chose to migrate to the forcefully established Zionist entity in Palestine 1948, the year of what the Israelis claim to be their year of independence, which was actually the year the occupation of vast Palestinian territories started.

2-It turned out later after many Israeli intelligence documents were disclosed that it was the Zionist movement’s acts of terror and plotted crimes against individual Jewish citizens of Arab countries that intimidated the Arab Jews and drove them to emigration, under the assumption they are under threat and hence better move to Israel.

3-This Jewish shift in identity and loyalty drove many Arabs to find it difficult to distinguish between the Zionist invaders and settler who came all the way from Poland, Russia, America, Western Europe or South Africa and the Jews who had been living with Arab Muslims and Christians, and who, for many centuries, shared the same history and civilisation with them.

4-In spite of the undisguised secularist – even atheist - root of the Zionist project, some Arab and Muslim thinkers deemed it necessary, perhaps useful, to focus on a purely religious explanation for the Zionist phenomenon.

The Zionist Project & American World Order

The most influential document in this regard has been the one entitled “The Protocols of the Elders of Zion”, which concludes that Jews have hatched a global conspiracy aimed at imposing their control over the world and at subjugating all else to their influence so as to serve their own interests.

1-So long as the Zionist project serves the purposes of the American New World Order, and so log as the economic and military capabilities of this World Order permit it to prolong the life of Israel, no real effort will be put in altering the Israeli policies and their committing repeated brutal atrocities.

2-The disadvantaged situation of the Arabs and Muslims will not last forever and will sometime in the future change dramatically. Evidently, the Muslim world is witnessing an intellectual and cultural awakening that is destined to initiate a long-awaited Islamic authentic progressive reform that should result in a transformation from weakness to strength.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 9:27 PM