~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, September 11, 2004

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana masih lagi bersifat pemurah dgn memanjangkan lagi usiaku.Paling penting Dia masih lg memberi aku peluang merasai nikmat iman dan Islam.So spt yg aku janjikan minggu lps,aku akan sambung citer lps tour di Soton dan Lullworth.Maka sehari lps aku sampai dari Soton tu,pitman pun tiba dari Manchester dgn menaiki bas.So mak cik aku bawa la aku pi Coventry Bus Station utk tunggu pitman.Bila bas dari Manchester sampai je,aku tgk je pitman turun dari bas.Pergh...dia jln dgn macho sambil mendongak kepala ke atas.Tapi aku tgk2 balik,pitman ni cam cover something je.Pastu aku tanya pitman dia ok ke tak.Dia senyum je,dia kata dia pening sebenarnya sbb dia dah lama tak naik bas.Adeh,naik bas pun leh mabuk.Pastu aku tanya dia balik mana luggage dia.Hehehe...gelabah dia cari luggage.Rupanya dia tertinggal dlm bas.Seb baik la bas tak jalan lagi time tu.Mabuk bas boleh sampai lupa bawa luggage.Sian aku tgk pitman.Lepas tu kitorang terus balik umah sbb pitman letih sangat.

So bila balik umah,aku pun bantai tido sekali sbb letih semalam tak abis lg.Aku bangun utk solat asar.Tgh aku nak bangun tu aku perasan anak sedara aku tgh merengek cam sakit something.Ish,aku pun jd risau.Apesal budak ni tetiba merengek dlm tido.Memula tu aku ingat dia ngigau.Pastu dia cam racau2 sket.Ish,tak leh jd ni.Aku panggil mak cik aku suruh tgk kan anak sedara aku ni.Pastu mak cik aku gelak.Aku pelik la,apesal plak mak cik aku gelak sedangkan budak tu tgh merengek dan racau2.Mak cik aku kata anak sedara aku tu sebenarnya tgh tahan kencing.Dia takut nak pi toilet.Dia bkn tido pun sebenarnya tu.Dia tutup mata sbb menahan kencing.Bertuah punya anak sedara,buat aku cuak je.Siang2 ari pun takut nak ke toilet,ikut perangai sape la dia ni.

The next day kitorang jalan2 sekitar Coventry dgn mak cik aku.Tp tak byk sgt tempat menarik kat Coventry ni sbb Coventry cume bandar kecik je.Tp kesan sejarah kat Coventry ni byk la gak.Coventry ni dulu tempat asal William Shakespeare.Pastu pulak ada satu kisah lagenda pasal sorang pompuan ni.Aku tak ingat apa nama dia.Tp masa zaman dark ages dulu,dia akan merantau seluruh UK dgn kuda dan kutip derma utk rakyat2 yg miskin di Coventry.Pastu kitorang pi Coventry Transportation Museum dan rayau2 kat mall dlm Coventry.At the same time kitorang try cari rental car sbb esoknya nak pi Wales dgn famili sedara aku.Maka kami pun cari la kat yellow pages.Bila call derang,minimum age mesti 30.Apakah??? Umo aku baru 22,kena tunggu lapan tahun le baru dpt sewa keta.Takde keja heh,baik aku buat masters ngan PhD terus daripada tunggu 8 tahun nak sewa keta.Cari punya cari jumpa satu rental company ni yg sanggup kasi kitorang sewa walaupun umo bawah 30.So tanya dia apa minimum age kalau bawah 30,dia jawab 23.Arghhhh...sket je lagi.Adeh,nampak cam takde rezeki je ni.Then kitorang sambung cari lagi rental company.Last2 jumpa pun satu company ni willing sewakan keta utk minimum age 21.So kitorang pegi la kedai tu,bila sampai kat situ,dia tanya lesen dah baper lama issued.Aku depend kat pitman sbb lesen aku tinggal kat mesia.Mak cik aku plak mmg takde lesen langsung.Pitman belek lesen dia,alamak tinggal lagi 2 bulan nak cukup setahun.Waaaa...tertekannye jiwa.Aku mmg dah rasa putus asa dah.Dan mmg kitorang putus asa pun lps tu...huhu.

Seharian aku kepeningan sbb tak dpt sewa keta.Bkn je tak dpt nak gi Wales tp tak dpt ke Liverpool juga.Aku dah nak nangis tahap kanak2 tak dpt mainan dari mak dia dah.Bkn senang2 nak sampai UK,pastu tak dpt nak ke Liverpool,mmg sedih lagi kecewa dan frust menonggeng.Lps lama termenung,then aku teringat Johan,roomate aku ada abg kat Liverpool.Aisehman,cam mane la leh tak tepiki awal2 td.Roomate sendiri ada abg kat Liverpool pun aku leh tak teringat.So aku terus email Johan straight away minta contact number abg dia.So Johan kasi la email abg dia.Aku hantar email kat abg johan tp dia tak reply2.Adeh...bertambah serabut kepala aku.Last2 aku email Johan sekali lagi minta no. cellphone abg dia.Bila dpt je number tu,aku terus call abg Johan.Sekali isteri dia jawab kata dia tgh mandi.Waaaa...menangis tah buat bape kali pun aku tak tau dah.Banyak tul dugaan ari ni.So aku tunggu dlm 30 minit,pastu call balik abg Johan.Last2 dpt la ckp.Abg Johan pun willing nak bawa kitorang jalan2 kat Liverpool tp cuma pd hari Ahad je.Aisehman,kalau ikut plan mak cik aku,esok which is Sabtu kitorang nak jalan2 kat Wales dan bermalam di Lancaster.Ahad plak nak ronda2 Lancaster sbb anak sedara aku belaja kat situ sorang.Bincang punya bincang ngan pitman,kitorang decide amik train dari Lancaster ke Liverpool dan malam tu gak balik ke Coventry.

So esok pagi tu bermula la perjalanan kitorang ke Wales dgn menaiki MPV yg sedara aku sewa.Pada mulanya dia nak pegi ngan keta dia dan kitorang sewa satu keta.But since tak dpt sewa keta,dia sewa la MPV sbb anak dia je dah 3 org.Mana muat nak naik reramai satu keta dia tu.Bila masuk je area Wales,mmg terpesona lagi terkasima.Cantiknya area Wales ni ya Rabbi.Mmg nampak beza la England ngan Wales sbb England is more to industry while Wales ni more to nature preserved sket.Mmg tak jumpa la bangunan tinggi2 kat Wales ni.Jumpa kawasan bukit bukau dan pohon hijau je.Sedara aku ckp rakyat Wales mmg tanak pembangunan sbb nak preserve alam semulajadi yg sedia ada.So sedara aku bawa la pi Bangor,Northern Wales,tempat suami dia keja dulu.Mmg lawa la sbb dekat ngan banjaran Snowdonia.Banjaran tertinggi dlm UK adalah banjaran Snowdonia.Tapi kalau nak tgk area gunung,Scotland lagi banyak la.So on the way ke Bangor tu mmg lalu area gunung ganang la.Leh nampak ladang kambing,sungai mengalir,perkampungan, and so and so forth.Kalau ada rezeki nak pi UK,jgn le lupa pi Wales sekali.Rugi sesangat kalau tak singgah Wales.Lagi best Wales ni ada bahasa dia sendiri.Signboard derang ada dua bahasa;English and Welsh.Bahasa Welsh ni mmg la teramat susah nak baca,apatah lagi nak paham.Perkataan dia takde vowel.Nanti korang tgk la kat link yg aku kasi kat bawah citer ni,aku ada amik gambar bahasa welsh.

Bila dah lama berjalan tu,kitorang stop kejap kat Seven Falls.Ni antara spot air terjun yg paling cantik dlm Wales.Bila nak masuk je area tu...kena bayar rupanya.Dah la kena bayar satu pound sterling per person.Bkn tu je,mesti coin satu pound tak leh pakai duit kertas (ada ke duit kertas satu pound?...hehe).So kitorang pun kira la baper ramai yg nak masuk...ada dlm 8 org.Kira coin one pound plak ada 4 je.Aisehman,cam mane plak ni.Maka memanjangla akal aku ngan pitman.Kitorang decide nak panjat pagar.Sedara aku ngan suami dia tunggu kat keta je sbb takde coin nak masuk.Aku suruh anak sedara aku cover line.Hehehe jahat aku ni...ade ke suruh dak kecik buat jahat.So aku ngan pitman pun panjat la pagar.Bila dah masuk tu terus pi tgk air terjun.Lor...kecik je area air terjun tu pun,tp bayar mahal ya Rabbi.Bila nak amik gambar tu terjadi la satu dialog yg menarik antara aku ngan anak sedara aku...

Muhammad: Pak long Muhannad,my teacher told me it's haram to snap photos.

Aku: Really?Ok then,I wont take ur picture,I will only take tok cik(mak cik aku) and your sisters' picture.


Pendapat ustazah dia amik gambar tu haram.10 minit pastu...

Muhammad: Pak long Muhannad,I change my mind...can I joined my sisters to take photos with u

Aku: Hehehe...no big deal


10 minit pastu...

Muhammad: Can we take some more pictures Pak Long Muhannad?

Aku: I think all the pictures that I took has u in it,Muhammad...isn't that funny?.


Daripada hukum haram dia leh tarik balik jd halal.Pastu yg tak tahan,gambar dia plak paling banyak dlm kamera aku.Huhuhu...

Lps jln2 kat Bangor sedara aku bawa pi satu island kecil kat utara Wales.Takde apa yg menarik kecuali kecantikan flora dan fauna je.Since dah nak maghrib time tu,kitorang terus bertolak ke Lancaster.Sedara aku sewa Travelodge,hotel kat tepi highway.So malam tu aku ngan pitman tgk Euro dan mkn mlm ngan mak cik dan famili sedara aku.Mlm tu kena tido awal sbb esok nak bertolak ke Liverpool dgn train.

Rasanya cukup sampai sini dulu.Pasni aku akan sambung citer kitorang kat Liverpool,my birthplace setelah sekian lama meninggalkannya.The best moment in my life so far...hehe.So kalau nak tgk picture kat sekitar Coventry dan Wales leh la click kat sini.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam


posted by scouser at 9:55 PM

 

~ Friday, September 10, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Akidah Tunggak Kekuatan

Oleh: Dr. Taufik Wa'I

Takwa merupakan kekuatan, amanah merupakan bekalan, ukhuwwah merupakan ikatan, hidayah merupakan jalan kebahagian, ketaatan kepada Allah merupakan kemenangan, mengikuti manhaj-Nya merupakan jalan yang lurus, maksiat merupakan celaan dan lemah merupakan kehinaan.

Surat Umar (r.a.)

Umar al-Khattab (r.a.) telah menulis surat peperangan kepada Saad bin Abi Waqqas (r.a.) dengan katanya: "Sebaik-baik persiapan menghadapi musuh dan sehebat-hebat helah dalam peperangan ialah takwa kepada Allah. Oleh itu aku memerintahkan kamu dan tentera yang bersama dengan kamu supaya bertakwa. Aku juga memerintahkan kamu dan mereka yang bersama kamu agar lebih berwaspada dengan maksiat yang kamu semua lakukan daripada musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa merupakan tentera yang aku takuti lebih daripada musuh. Sesungguhnya kemenangan muslimin adalah di sebabkan maksiat yang dilakukan musuh kepada Allah. Kalau tidak, kita sebenarnya tiada kekuatan. Kerana bilangan kita lebih kecil berbanding bilangan mereka, persenjataan mereka jauh lebih hebat daripada persenjataan kita. Maka jika kita juga berada dalam maksiat kepada Allah, mereka lebih mempunyai kekuatan berbanding kita. Jika kita tidak menundukkan mereka dengan kelebihan kita (akidah) maka kita tidak akan menundukkan mereka dengan kekuatan kita (persenjataan). Ketahuilah sesungguhnya kamu semua berada di jalan yang sentiasa diawasi oleh malaikat Allah yang mengetahui apa yang kamu lakukan, oleh itu malulah dengan mereka. Janganlah sekali-kali kamu melakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada di atas jalan-Nya. Dan jangan sekali-kali kamu berkata, jika musuh kita lebih jahat daripada kita mereka tidak akan sekali-kali dapat menewaskan kita. Mintalah bantuan daripada Allah untuk diri-diri kamu sebagaimana kamu meminta kemenangan daripada Allah ke atas musuh-musuh kamu."

Maharaja China

Sebuah kisah lagi ketika mana Raja Parsi mengutuskan utusan kepada Maharaja China untuk meminta bantuan setelah tentera muslimin berjaya membuka kota Madain. Lalu utusan tersebut menceritakan kepada Maharaja China perihal tentera muslimin yang dapat menundukkan tentera Parsi sedangkan bilangan tentera Parsi jauh lebih ramai berbanding tentera muslimin. Maka berlakulah dailog di antara Maharaja China dengan utusan Raja Parsi.

Maharaja China: Adakah mereka menunaikan janji-janji mereka?

Utusan Parsi: Ya.

Maharaja China: Apakah yang mereka katakan sebelum mereka memerangi kamu?

Utusan Parsi: Mereka menyeru kami memilih satu antara tiga, mengikut agama mereka atau membayar jizyah dan perlindungan atau perang.

Maharaja China: Bagaimana ketaatan mereka kepada ketua mereka?

Utusan Parsi: Mereka taat dengan ketua mereka.

Maharaja China: Apakah yang mereka halalkan dan apakah yang mereka haramkan?

Utusan Parsi: Mereka mengharamkan perkara-perkara yang sesat, buruk, jijik dan segala bentuk kejahatan.

Maharaja China: Adakah mereka menghalalkan apa yang telah mereka haramkan dan mengharamkan apa yang telah mereka halalkan.

Utusan Parsi: Tidak...mereka meyakini syariat mereka adalah kekal selama mana wujudnya langit dan bumi. Mereka berpegang tiada ketaatan kepada hamba dalam perkara yang menyanggah Pencipta.

Maharaja China: Sesungguhnya mereka tidak akan hancur selama-lamanya. Sehinggalah mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Lantas Maharaja China mengutuskan suratnya kepada Raja Parsi dengan katanya: "Sesungguhnya aku tidak keberatan untuk mengutus kepada kamu tentera yang awalnya di Maru (salah satu kota di Parsi) dan akhirnya di China. Tetapi, mereka (tentera muslimin) sebagai mana yang diceritakan oleh utusan kamu. Jikalau mereka ingin merata gunung, pasti mereka akan mampu meratakannya. Jika mereka membentengi jalan (laluan tentera China), mereka akan menhancurkan kami selama mana mereka berakhlak sebagaimana yang diceritakan oleh utusan kamu. Oleh itu menyerahlah kepada mereka dengan cara damai. Janganlah kamu menyerang mereka selama mana mereka tidak menyerang kamu."

Inilah dia risalah keimanan. Inilah dia umat Islam yang gagah dengan keimanan dan keislaman mereka. Adakah kita sudah mengarap iman, amal dan istiqamah secara serius?

posted by scouser at 11:20 PM

 

~ Thursday, September 09, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Suami Buka Jalan Ke Syurga

Ketika berbicara tentang para pembesar, jelas sekali penulisannya adalah suatu lagenda. Maka bagaimana pula kisah bukan pembesar menulis tentang pembesar... begitulah bicara sebuah keluarga yang telah sebati di papan kenyataan berisi senarai syuhada dengan selautan kepahlawanan.

Itulah keluarga Jamal Mansor, seorang pemimpin yang gugur syahid oleh peluru berpandu Israel. Beliau meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak yang tidak pernah tergugat oleh sebarang musibah walau sekangkang semut dari objektif hidup yang telah dinazarkan selama ini. Inilah yang hakikat yang terbongkar dari bicara bersama isteri as-syahid Jamal Mansor -(Ummu Bakar)- yang tidak pernah mengenal erti mundur atau jemu walaupun satu hari. Bahkan hidupnya itu subur dengan kesabaran, kecekalan dan keikhlasan baik sewaktu kematian suami mahupun sewaktu ia masih hidup.

Kata Ummi Bakar: Sesungguhnya keikhlasan adalah ciri khusus fisiologi dan saikologi di dalam kerangka fikir suaminya Jamal, tidak pernah berkedut mukanya oleh titisan-titisan airmata kesusahan. Oleh itu Jamal ibarat sebuah pokok kukuh menunjang dibumi dan dahan-dahannya menjulang langit. Peluru berpandu dan jet perang sedikitpun tidak mampu menggugat langkahnya.
Ummi Bakar: Suami saya adalah saksi semasa dan saksi sejarah isu Palestine.. "Aaah .. Wahai kafilah yang berkumpul dipintu syurga, siapakah yang memberikan minuman kepada Abi Bakar yang tidak akan haus buat selamanya..."

"Laluan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk mereka yang syahid itu penuh sesak dengan muka-muka... bergembiralah para syuhada dan bersedihlah mereka yang masih tinggal..."

"Saya tidak percaya bahawa saya akan menjadi teman hidupnya.."

"Saya tidak percaya bahawa saya akan menjadi teman hidupnya..' Dengan ungkapan ini Ummi Bakar, isteri as-syahid Jamal Mansor memulakan bicaranya berkenaan peribadi suaminya yang mula dikenalinya sewaktu masih belajar di Universiti Kebangsaan an-Najah di Nablus.

"Peribadinya cukup berpengaruh, bicaranya dapat mengumpulkan para intelek. Saya tidak menjangka akan terikat dengan seorang peribadi seperti beliau. Dia sungguh luas ufuk bacaannya dan sungguh sensitif. Saya berkenalan dengan beliau ketika di tahun satu di Universiti. Ketika itu beliau datang mengucapkan tahniah kepada saya sempena saya memakai tudung. Pertemuan ini meninggalkan perasaan sungguh gembira kepada saya. Setelah saya pulang dari Amman ketika cuti tahunan, Jamal datang meminang dan saya merasa sungguh bahagia. Saya tidak percaya bahawa peribadi seperti saya ini akan menjadi teman hidupnya'.

Suasana hening seketika tatkala ditanya tentang perasaannya setelah kesyahidan suaminya. Akhirnya ummi Bakar mengungkapkan "Al-hamdulillah kerana telah memilihnya sebagai syahid".

Para syuhada merinduinya...

Ummi Bakar sempat menceritakan kisah dialog pendek antara beliau dengan suaminya pada subuh kesyahidannya.

Ummi Bakar...

Ya .. abi Bakar

Ummi Bakar tahu tak siapakah yang menghubungi saya malam tadi ?

Tak... siapa?

As-Syahid Solahuddin Druza. Beliau menziarahi Abi dalam tidur dan berhubungan dengan telefon
sambil berkata: "Saya merindui awak..."

Perbualan ini adalah kalimah terakhir diungkapkan oleh al-Mujahid Jamal Mansor, jurucakap HAMAS sebelum keluar dari rumahnya meninggalkan isteri dan lima orang anaknya.

Seterusnya adalah hasil temu bual yang dibuat dengan Ummi Bakar.

Soalan: Apakah perasaan saudari sebagai isteri seorang syahid yang ramai orang menganggap itu sebagai sebuah madarasah dalam bentuk seorang lelaki?

Jawab: "Sekalipun satu kekosongan besar dalam hidup saya dengan syahidnya suami saya, namun saya merasa bangga dan mulia dengan Allah memilihnya untuk syahid"

"Maka saya memuji Allah di atas pemilihan Allah kepada suami saya menjadi syahid agar ia dapat membuka jalan kepada kami menuju syurganya. Seorang yang syahid akan dapat mensyafaatkan tujuh puluh orang dari kalangan keluarga dan kawan karibnya. Abi Bakar telah berjaya di dalam madrasahnya mendidik isteri serta anak-anak lelaki dan perempuan dengan pendidikan yang sahih. Saya berdoa kepada Allah agar membantu kami meneruskan perjalanan ini dan mentarbiyah anak-anak kami sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abi Bakar serta mengurniakan kami agar dapat beriltizam terhadap janji dengan Allah".

Soalan: Menurut keyakinan anda, bagaimanakah seorang wanita muslimah sepatutnya menerima berita kesyahidan ?

Jawab: "Pada keyakinan saya seorang wanita muslimah sepatutnya meredhai ketentuan Allah. Hendaklah bersabar dan beriman. Hendaklah berdoa kepada Allah: 'Ya Allah kurniakanlah ganjaranmu pada musibah yang kami hadapi dan kurniakan kepada kami yang lebih daripada itu'

Ketentuan Allah itu tetap akan terlaksana tanpa ada siapapun yang dapat menghalangnya. Allah yang Memberi dan Allah juga yang mengambil. Wanita muslimah mestilah memuji Allah lantaran suaminya, anaknya atau saudaranya telah dipilih oleh Allah untuk dimasukkan di dalam gerombolan syuhada, sepertimana firman Allah: "Dan Dia mengambil dari kalangan kalian orang-orang yang syahid".

Soalan: Apakah kekosongan yang ditinggalkan oleh Abi Bakar dalam kehidupan anda dan anak-anak ?

Jawab: Abu Bakar adalah segala-galanya dalam hidup saya. Saya telah kehilangan suami yang perihatin. Beliau perihatin terhadap orang yang dikasihinya dan mengasihi terhadap orang yang perihatin. Saya telah kehilangan seorang bapa yang baik dan seorang ibu yang pengasih.. Kini saya kehilangan teman hidup di dalam senang dan susah. Saya kehilangan seorang yang teman yang jujur.

Saya mengira saya telah kehilangan al-jamal (keindahan) dan pengasih dengan kesyahidannya itu di dunia ini. Namun saya tetap berdoa kepada Allah agar menggantikan untuk saya pada anak-anak saya . Menyertakan saya dan anak-anak saya bersama suami di dalam syurga Allah yang kekal abadi. Membantu saya pada hari datangnya penggantian untuk anak-anak di atas kehilangan ayah mereka dimana ayah mereka ini sungguh kreatif dalam mengembirakan kami semua. Bagi mereka ayah mereka itu adalah kegembiraan dan senyuman. Bagi kami semua pula as-syahid adalah qudwah. Qudwah yang ditunjukkannya itu adalah perpanjangan dari qudwah Rasulullah s.a.w.

Soalan: Apakah bebanan yang ditinggalkan oleh kesyahidan Jamal pada anda ?

Jawab: Kesyahidannya telah meninggalkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas bahu saya. Ayah dan ibu saya juga ibu dan bapa mertua saya telah dijemput oleh Allah beberapa tahun sebelum ini. Oleh itu tuntutan kepada saya sekarang adalah menjadi ibu yang pengasih dan penjaga keluarga yang membawa qudwah kepada anak-anak. Saya mestilah melaksanakan peranan seorang lelaki dan seorang wanita pada satu masa.

Soalan: Apakah yang saudari dapat ambil dan pelajari dari Madarasah Jamal?

Jawab: Saya telah belajar begitu banyak... begitu banyak dari madrasah Jamal. Saya telah sebut bahawa qudwah untuk Abu Bakar adalah Rasulullah s.a.w. Saya pelajari daripada beliau bahawa perkataan mestilah diikuti dengan amal, sabar dan mengharapkan pertolongan Allah ketika berhadapan dengan musibah, berani berkata benar, tidak takut ketika kesusahan, berhikmah ketika berkomunikasi dengan keadaan senang dan susah dan meletakkan sesuatu permasalahan pada kedudukannya yang sebenar. Maksudnya tidak memperbesarkan perkara remeh dan tidak meremehkan perkara yang besar. Saya juga pelajari dari Madrasah Jamal ini bagaimana meredhai ketentuan Allah.

Sesungguhnya hidup insan tidak berakhir dengan kesyahidannya atau kewafatannya. Setiap zaman itu ada daulah dan para pendokong tersendiri... dsb.

Sebenarnya, saya tidak mampu menyebut bidang-bidang yang telah saya pelajari dari madrasah Jamal kerana tidak terhitung oleh saya. Sesiapa yang ingin tahu apakah yang telah saya pelajari dari Abu Bakar, maka silakan rujuk kepada sunnah kekasih kita Muhammad s.a.w.

Soalan: Adakah saudari akan anak-anak saudari melalui jalan yang sama dilalui oleh ayah mereka?

Jawab: Saya memohon kepada Allah agar membantu saya untuk berbuat demikian. Jalan Abu Bakar adalah jalan syurga yang yang dihamparkan dengan berbagai kesusahan dan rintangan, bukannya dihamparkan dengan bunga-bungaan dan wangi-wangian... jika saya melaksanakan, maka akan saya dan anak-anak akan bersama-sama menuju syurga. Saya sentiasa bersedia untuk mendorong hidup saya dan hidup anak-anak saya sebagai harganya kerana syurga itu adalah mahligai dan maharnya adalah jiwa-jiwa manusia.

Soalan: Apakah sudut-sudut tersembunyi dalam kehidupan Jamal sepanjang pemerhatian saudari dari dekat?

Jawab: Abu Bakar adalah pendakwah muslim mujahid. Insan berani, kuat, penyayang, sopan dirumahnya. Dia sentiasa bersedia melakukan kerja-kerja rumah sepenuhnya demi untuk menolong saya dan anak-anak meskipun dia sentiasa sibuk siang dan malam.

Abu Bakar ini memiliki kerohanian yang sungguh tinggi dan kehampirannya dengan Allah tidak dapat digambarkan. Pada bulan Ramadhan khususnya pada hari-hari penangkapan oleh regim Zionis beliau menkhatamkan al-Quran pada setiap hari. Dia tak tidur melainkan setelah berdoa kepada Allah dan membaca al-Quran. Dia sentiasa menyelesaikan permasalahan anak-anak dengan al-Quran. Sering berjaga sehinggalah lewat malam untuk mengikuti berita dunia yang tidak sempat disempurnakan pada siang hari. Namun begitu beliaulah yang mengejutkan kami untuk solat subuh.

Abu Bakar seorang yang tajam sensitivitinya dan juga seorang artis. Tambahan dengan pengalaman politik dan kemampuan kesusasteraannya dia mampu menjadi seorang artis yang mengukir ungkapan-ungkapan menarik. Beliau juga pernah menjadi pelukis untuk carta lukisan kanak-kanak di zaman sekolahnya.

Sesiapa yang berkomunikasi dengan Abu Bakar termasuk saya sebagai isterinya mengakui bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan terhadapnya akan merasa malu sendiri. Ini kerana pendekatan yang digunakan oleh Abu Bakar agak pelik sehingga seseorang yang bersalah itu akan mengakui kesalahannya, bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi.

Soalan: Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wanita muslimah di dalam suasana intifadah al-Aqsa ini?

Jawab: Wanita muslimah tidak boleh memandang kecil peranan yang sepatutnya mereka mainkan pada setiap masa. Apa lagi dalam suasana intifadah ini, peranan mereka berlipat kali ganda. Wanita muslimah hendaklah menggalakkan anak-anak mereka memerangi Yahudi, musuh Allah, musuh agama dan penceroboh tanahair kita. Mereka hendaklah berdiri bergandingan bahu dengan keluarga mereka yang terdapat syuhada, tercedera dan kemalangan. Bersama-sama dengan mereka yang telah diruntuhkan rumah-rumah mereka serta kehilangan pekerjaan. Hendaklah mereka sabar di atas kerumitan yang dialami oleh para suami dan mencurahkan daya pertolongan semaksimanya. Membelanjakan segala apa yang mereka miliki demi untuk membantu intifadah dan menghalau penjajah.

Soalan: Apakah masej yang saudari ingin berikan kepada wanita Palestine di dalam suasana seperti ini ?

Jawab: Saya ingin memberitahu mereka apa yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran: "Bersabarlah kamu dan sabarlah melawan musuhmu dan berjagalah dan takutlah kepada Allah" , " Sabar itu kunci kepada syurga” dan ingatlah sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan".

Jadilah orang yang siqah (percaya) sepenuhnya kepada Allah dan Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang zalim. Firman Allah 14:42: Janganlah engkau mengira bahawa Allah itu lalai dari apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, Hanya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang terbuka semua pemandangan pada hari itu. Sedang mereka bersegera lagi menengadah kepala mereka (arah kelangit) tidak mengejap mata mereka sedang hati mereka kosong (tidak mengerti).

Ingin saya katakan kepada mereka: Jika kalian merasa penat dan sakit, ketahuilah bahawa balasan kalian adalah syurga Allah dan para syuhada’ kita adalah di dalam syurga tetapi Yahudi yang terbunuh itu adalah di dalam neraka. Firman Allah 4:104 : Jika kalian merasa kesakitan mereka juga merasakan kesakitan. Sedangkan kalian mengharapkan Allah dan mereka tidak.
Jadikanlah motto hidup kita ini sebagaimana ungkapan sebuah syair:

Kamu bunuhlah aku,
koyakanlah jasadku dan tenggelamkanlah aku di dalam darahku,
Namun, kalian tidak akan mampu hidup di atas bumiku dan kalian tidak kan mampu terbang dilangit

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 9:12 PM

 

~ Wednesday, September 08, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Wadah Wanita Islam: Israk Mikraj perlihatkan ketegasan, keberanian Rasul
Oleh Prof Madya Maznah Daud


SETIAP tahun menjelang 27 Rejab, umat Islam menyambutnya dengan mengulangi pengkisahan peristiwa Israk dan Mikraj dari awal hingga akhir tanpa bosan.

Peristiwa yang sangat bermakna ini berlaku tidak lama sebelum hijrah. (Periwayat tidak sependapat dalam menentukan tahun berlakunya Israk dan Mikraj)

Israk bermaksud membawa Nabi Muhammad saw berjalan pada waktu malam dari Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Mikraj pula bermakna perjalanan ke langit dari Masjid Al-Aqsa hingga ke Sidratul Muntaha.

Hikmah perjalanan ini diterangkan dalam al-Quran, ayat pertama surah al-Israk yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."

Hijrah adalah titik permulaan bagi Rasulullah memasuki fasa baru dalam gerakan dakwahnya. Fasa baru ini jauh lebih hebat dan besar tentangan serta cabarannya berbanding yang dilalui sebelumnya.

Di Makkah, Rasulullah dan orang beriman hanya berdepan dengan kaum kerabat dari pelbagai puak dan suku bangsa Arab.

Tentangan kebanyakannya berbentuk cemuhan, ejekan, tawar menawar dan seumpamanya. Penderaan fizikal oleh sesetengah yang memeluk Islam adalah tindakan oleh ketua keluarga ke atas anak buahnya secara perseorangan.

Mungkin tentangan paling besar yang dihadapi oleh Rasulullah dan kaum kerabatnya daripada kalangan Bani Hasyim dan Bani Al-Muttalib ialah konspirasi memulau selama tiga tahun yang disepakati oleh kaum Musyrikin di Makkah.

Cabaran itu adalah serangan ketenteraan dan peperangan bersenjata yang lebih sengit. Maka melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang penuh dengan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, seolah-olah Allah hendak membina persediaan kerohanian dan mental dalam diri Baginda.

Demikian juga yang berlaku ke atas Nabi Musa ketika baginda diperintahkan supaya berhadapan dengan Firaun yang zalim. Baginda dianugerahkan beberapa mukjizat besar sebagai persediaan yang terkandung dalam firman Allah bermaksud: "Dan apa (bendanya) yang di tanganmu itu wahai Musa? Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya ketika berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi keperluanku yang lain pada tongkat itu."

Allah berfirman bermaksud: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" Lalu baginda mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. Allah berfirman bermaksud:

"Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut. Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat, sebagai satu mukjizat yang lain. (Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami yang besar." (Surah Taha, ayat 17-23)

Hikmah atau tujuan kedua-dua peristiwa besar ini ialah Allah mahu memperlihatkan kepada Rasulullah perkara yang diserukan kepada manusia agar mempercayainya.

Baginda menyeru manusia agar beriman kepada Allah.

Maka menurut sesetengah pendapat, Baginda melihat Allah ketika Mikrajnya.

Baginda menyeru manusia agar beriman kepada rasul. Pada malam itu, Baginda berkumpul dengan semua rasul dan bersembahyang dengan mereka serta bertemu sebahagian mereka.

Baginda juga menyeru manusia agar beriman dengan perkara ghaib. Dan pada malam itu, Baginda melihat perkara yang ghaib iaitu langit, syurga, neraka, malaikat, Baitul Makmur, Sidratul Muntaha dan sebagainya.

Selain itu, perjalanan yang menakjubkan ini memberi gambaran kesatuan akidah yang dibawa oleh nabi sejak Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail hingga nabi terakhir, Muhammad.

Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa adalah tempat suci bagi penganut agama Tauhid.

Kedua-duanya dipertautkan dalam peristiwa penuh berkat ini. Ia secara tidak langsung seolah-olah menobatkan Nabi Muhammad sebagai penerima warisan tempat suci nabi sebelumnya.

Secara kebetulan pula (pastinya termasuk dalam perancangan Allah Yang Maha Bijaksana) pada tarikh sama iaitu 27 Rejab 583 Hijrah, Baitulmaqdis berjaya dibebaskan oleh angkatan tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi, setelah ditakluki tentera Salib selama lebih 90 tahun.

Israk dan Mikraj juga memperlihatkan kepada kita ketegasan dan keberanian Rasulullah dalam menyatakan kebenaran.

Diriwayatkan bahawa pada malam berlakunya peristiwa bersejarah itu, Rasulullah tidur di rumah sepupu Baginda, Ummu Hani’ dan pulang pada malam yang sama.

Setelah pulang daripada pengembaraan yang luar biasa itu, Baginda menceritakan apa yang dialaminya kepada Ummu Hani'. Kemudian Baginda bergegas mahu ke Masjid Al-Haram. Ummu Hani' cuba menahannya sambil memegang baju Baginda. Dia berkata: "Aku takut kaummu akan mendustakanmu jika engkau ceritakan kepada mereka!"

Baginda menjawab dengan tegas: "Sekalipun mereka mendustakan, pasti akan kuceritakan juga."

Baginda terus keluar meninggalkan Ummu Hani' sendirian melayan kerisauannya. Memang tepat apa yang dijangka oleh Ummu Hani'. Cerita yang amat luar biasa itu disambut dengan pelbagai reaksi negatif hingga ada kalangan mereka yang beriman, berpaling tadah.

Namun semua itu tidak melemahkan Baginda dan tidak mematahkan semangat Rasulullah dalam memperkatakan kebenaran yang diyakininya.

Inilah teladan yang wajib dicontohi umatnya yang saban tahun tidak pernah lupa mengenang dan mengadakan sambutan Israk dan Mikraj. Umat Islam mesti berani menyatakan kebenaran tanpa mengambil kira penerimaan manusia.

Peristiwa ini juga menunjukkan Rasulullah tidak menjadikan mukjizat besar ini sebagai sandaran supaya manusia membenarkan risalahnya, meskipun mereka selalu meminta ditunjukkan kepada keajaiban tertentu. Dengan itu nanti mereka akan percaya kepadanya.

Sesungguhnya agama yang dibawa oleh Rasulullah tidak bergantung kepada perkara luar biasa untuk menarik manusia supaya menganutinya. Islam adalah agama yang benar, sejajar dengan fitrah serta mampu memenuhi segala keperluannya.

Ketegasan Baginda menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj kepada kaumnya bukan untuk menjadikannya sebagai sandaran supaya mereka beriman, tetapi hanya untuk menyampaikan suatu kebenaran yang diyakininya benar.

Kini menjelang 27 Rejab 1425, Masjid Al-Aqsa yang menjadi persinggahan Israk Rasulullah dan permulaan Mikrajnya serta bumi suci lagi diberkati di sekitarnya terus dicengkam kezaliman dan keganasan musuh.

Inilah masanya bagi umat Islam di seluruh dunia memperteguhkan azam dan meningkatkan usaha ke arah pembebasan bumi suci yang diwariskan kepada Nabi Muhammad ketika Israk dan Mikrajnya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 2:28 PM

 

~ Tuesday, September 07, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

14 anggota pejuang Hamas terbunuh

BANDAR GAZA 7 Sept. - Seramai 14 anggota pejuang Hamas terbunuh dan 42 yang lain cedera dalam satu serangan oleh Israel di Genting Gaza awal hari ini.

Keganasan terbaru itu adalah antara yang paling buruk dilakukan rejim Israel sejak kebangkitan Palestin mula meletus empat tahun lalu.

Sumber Hamas berkata, semasa kejadian, mangsa yang kebanyakannya anggota Briged Ezzedin Al-Qassam iaitu sayap tentera Hamas, sedang menjalani latihan ketenteraan di sebuah padang bola di timur Gaza, tidak jauh dari sempadan dengan Israel.

Sumber itu memberitahu, saksi-saksi pada mulanya melaporkan kereta kebal Israel turut terlibat dalam serangan itu tetapi tentera kemudiannya mengesahkan bahawa ia dilancarkan oleh pesawat.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, pasukan tentera udara menjadikan sebuah padang latihan pejuang Hamas sebagai sasaran mereka.

"Lokasi sasaran itu dikenal pasti sebagai kawasan perhimpunan pejuang Hamas yang dilatih mengendalikan bahan letupan, melancarkan bom roket serta cara-cara membolosi di pos-pos tentera dan masyarakat Israel."

"Latihan itu diketuai oleh pejuang kanan Hamas yang terlibat dalam melancarkan serangan maut ke atas Israel," kata jurucakap itu.

Mangsa-mangsa yang maut dan cedera, kebanyakannya memakai pakaian seragam dibawa ke hospital Al-Shifa, di Gaza.

Beratus-ratus anggota dan penyokong Hamas berhimpun di hospital itu sebaik sahaja berita keganasan terbabit tersebar.

Sumber perubatan menyebut seramai 14 orang terbunuh dan 45 orang cedera, empat daripadanya parah.

"Salah sebuah helikopter melancarkan lima peluru berpandu," kata salah seorang pejuang Hamas yang terselamat dalam serangan itu.

Keganasan terbaru itu menyusul enam hari selepas serangan bom berganda yang menyebabkan 14 rakyat Israel terbunuh di bandar Beersheva, selatan Israel.

Briged Ezzedin Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam di atas kematian pengasas Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dan ketua Hamas, Abdelaziz Al-Rantisi. - AP

Isma'uu jayyidan ya sahyuun
"Laa tahsabannal lazhiina qutiluuna fi sabilillahi amwaataa bal ahyaa u i'nda rabbihim yurziquun"


Dengar baik2 wahai puak zionis
"Jgn kamu menyangka mereka yg mati dibunuh (syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup di sisi Allah dgn penuh nikmat rezeki!!!"


Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 4:33 PM

 

~ Monday, September 06, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Iman dan Semangat Jihad

Aku segera memulakan persiapan untuk maju ke medan perang bersama kaum muslimin. Tetapi aku kembali lagi dan belum mempersiapkan sesuatu. Kemudian aku berkata dalam hati bahawa aku sebenarnya mampu ikut ke medan perang. Aku terus berusaha mempersiapkan segala keperluan sehingga kaum muslimin telah siap untuk berangkat tetapi ternyata aku belum mempunyai apa-apa untuk berangkat.

Ketika kaum muslimim sudah berangkat dan berjalan jauh menuju medan perang aku masih belum mempersiapkan apa-apa. Lalu aku berkeinginan untuk menyusul mereka tetapi aku tidak ditakdirkan untuk itu. Setelah Rasulullah s.a.w. berangkat, aku keluar menemui orang ramai. Aku sangat sedih kerana aku tidak melihat kecuali orang yang amat jitu kemunafikannya atau orang yang lemah yang diberi keringanan oleh Allah S.W.T.

Peristiwa di atas telah menyebab Ka'ab bin Malik r.a. "diboikot" sendirian oleh kaum muslimin selama 50 hari sehingga taubatnya diterima; sebagaimana terakam di dalam firman Allah (QS Tawbah: 117-119).

Saksikanlah! betapa seorang yang setinggi dan semulia Ka'ab r.a., seorang sahabat generasi pertama tergelincir dalam kemaksiatan sehingga ketinggian imannya menjunam jatuh ke bawah. Benarlah apa yang telah Rasulullah s.a.w. sabdakan bahawa iman seseorang itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Bertambah dan berkurangnya iman bergantung pada sebanyak mana usaha dan ikhtiar kita dalam menjaga keimanan kita.

Apabila diteliti dengan lebih mendalam, merosotnya prestasi dan tingkatan iman seseorang adalah hasil dari perilaku individu itu sendiri. Kehadiran iman sering hilang dari ingatan kita dan ketiadaan iman hanya dirasakan sebagai suatu yang biasa-biasa sahaja. Sedangkan tanpa kita sedari kita telah terjerumus di jurang kehinaan.

Kalaulah Umar r.a. sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah mengungkapkan bahawa kita tidak boleh menghancurkan jahiliyyah itu bersendirian. Maka sewajarnyalah kita mengenal pasti faktor yang menyebabkan iman kita menjadi lemah, apabila kita amat prihatin terhadap keteguhan dan ketinggian keimanan. Tidak mustahil oleh kerana ketidakfahaman kita tentang masalah iman akan mengheret kita ke arah perilaku yang mengaibkan. Oleh itu, sebab-sebab kelemahan iman menjadi perkara yang amat penting untuk diberi perhatian terutamanya di saat dan ketika ini.

Lemahnya Akhlak (Dha'ful Khuluq)

Lemahnya akhlak kerap menjadi "boomerang" bagi umat Islam. Suatu kebiasaan tidak baik, yang bertapak lama dalam masyarakat telah menyebabkan adat dan nilai din terasa begitu hambar. Manusia ketika itu tidak berperangai kecuali kemaksiatan kepada Allah. Hati seseorang semakin tertutup rapat dan terkunci kukuh akibat lemahnya akhlak. Malah pintu iman juga terlindung dan terhalang oleh perilaku dosa. Betapa Allah dan RasulNya sangat mengambil berat tentang masalah akhlak sehingga Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa baginda diutuskan ke atas muka bumi ini hanya untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kita dapat saksikan betapa bapa saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Talib terhalang daripada beriman dan keimanan ketika dia lebih mengutamakan kebiasaannya. Akhlaknya yang jauh dari tuntutan Islam menyebabkan dia tetap berada dalam kekufuran sehingga ajal menjemputnya. Dari kisah Ka'ab bin Malik r.a. di atas membuktikan betapa kelemahan akhlak telah menghalangnya melaksanakan jihad fi sabilillah di medan Tabuk. Padahal tindakan sepatutnya ketika itu adalah menyahut panggilan jihad yang sangat dinanti-nantikan demia meraih syahid.

Lihatlah betapa tingginya akhlak Rasulullah s.a.w., keluhuran budi pekertinya dan kesucian hati baginda telah mengangkat baginda ke puncak kemuliaan. Bahkan lebih daripada itu semua, kita saksikan bagaimana satu demi satu para kuffar Quraisy yang musyrik pun akhirnya tunduk patuh pada Allah dan Rasul Nya seterusnya mencampakkan Latta dan 'Uzza serta batu-batu yang menyesatkan. Jadilah mereka generasi pilihan yang siangnya laksana singa, malamnya pula laksana rahib atau pendita.

Lemahnya Sikap Berhati-hati Terhadap Urusan Allah S.W.T (Dha'ful Wara')

Lemahnya sikap wara' umat Islam sering menjerumuskan mereka untuk terlibat dalam perkara syubhat. Pandangan seseorang terhadap urusan dinn menjadi kabur, terlindung oleh sifat acuh tak acuh dan meremehkan Islam. Tidak kurang juga yang menjadi kabur terhadap urusan dinn Islam akibat membiarkan perilaku maksiat dalam diri sendiri dengan alasan memuaskan keinginan peribadi. Ini berpunca daripada kelemahan peribadi mengawal nafsu, yang disebabkan pula oleh terlalu banyak syubhat yang dilakukan. Ketika inilah keimanan akan menjunam jatuh ke paras yang paling rendah. Terjadilah keadaan di mana peribadi Islam terlucut daripada dirinya satu persatu dan akhirnya tertanggallah pakaian keimanannya. Rasulullah s.a.w. dalam membincangkan masalah ini telah menuntut daripada umatnya dengan sabdanya yang mulia: "Sebahagian dari bukti kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna." (Riwayat Tarmizi)

Jelas daripada sabda Rasulullah s.a.w. di atas menekankan keutamaan atau prioriti dalam menjalankan aktiviti dan berhati-hati dalam tingkah laku menjadi pra syarat kebaikan dinn (Islam) seseorang. Dari sinilah bermula perilaku yang memfokuskan kepada kehendak-kehendak (iradah) Ilahi dan dihiasi pula dengan rendangnya pepohon keimanan.

Lemahnya Sifat Zuhud (Dha'fuz Zuhud)

Kecenderungan manusia kepada dunia secara berlebih-lebihan akan menjadikannya hamba dunia. Prinsip menghalalkan segala cara (yang penting tujuan tercapai) adalah buah atau natijah daripada sifat yang serakah. Sikap itulah yang akan menjatuhkan manusia ke tempat yang paling rendah dan hina. Keadaan ini dilatarbelakangi oleh (apabila mula) pupusnya keimanan kerana lemahnya zuhud terhadap dunia dan nafsu serakah meliputi dirinya. Allah S.W.T telah memberi khabar tentang hakikat kehidupan dunia kepada umat Islam agar dijadikan pedoman apabila berinteraksi dengan dunia. Firman Nya: "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesunguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut: 64)

Dalam ayat lain, bahkan Allah S.W.T lebih menegaskan tentang hakikat kehidupan dunia dan bahayanya: "Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (QS Ali 'Imran: 185)

Teladan dari para salafussoleh yang zuhud kepada kehidupan dunia patut dijadikan contoh dalam menjaga keimanan dari bahaya yang merosakkannya.

Takut Pada Kehidupan dan Rezeki (Al-Khauf 'alal Hayati wa Rizqi)

Sifat pesimis sebahagian umat Islam terhadap kehidupan dan rezekinya telah membawa kepada sifat kufur terhadap nikmat Allah. Bermula daripada sikap inilah setiap langkah kehidupan seseorang diarah tujukan untuk berusaha mengumpulkan harta kerana takut dan khuatir rezekinya berkurangan. Ketika ini petunjuk-petunjuk Ilahi tidak lagi menjadi peraturan, panduan dan pedoman. Manakala semangat ubudiyyah serta jihad di jalan Allah hanya menjadi slogan semata-mata tanpa memberi makna apa-apa.

Inilah gejala "wahn" yang menimpa umat sehingga mereka laksana buih yang terumbang-ambing dan dibawa ke mana sahaja arus mengalir. Allah S.W.T telah dilupakan sebagai pemberi rezeki dan pengatur serta penyusun kehidupan. Padahal Allah S.W.T telah menjanjikan kepada orang-orang yang benar-benar bertaqwa jalan keluar bagi permasalahan kehidupannya dan akan dicukupkan rezekinya dari jalan yang tidak pernah terbayang olehnya. Namun ketakutan tentang kehidupan dan rezekinya telah melenyapkan seluruh gambaran dan janji Allah tersebut.

Mensia-siakan Waktu (Tadhyii'ul Waqti)

Waktu yang tidak diisi secara terarah sering mengakibatkan terbengkalainya banyak kewajipan kita. Sebahagian besar masa kita kerap diisi dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan mendatangkan manfaat sehingga merugikan kita apabila ia tidak membawa nilai ibadah. Terdapat pepatah Arab yang mengatakan bahawa "waktu itu ibarat pedang, barangsiapa yang tidak memotong dengannya, maka ia yang akan memotong, manakala barangsiapa yang dapat mengendalikannya dengan baik maka ia akan selamat". Maksudnya selamat dari sebuan kemaksiatan yang dihembuskan oleh syaitan.

Kita haruslah mengambil pengajaran dari waktu yang telah lalu untuk mempersiapkan amalan yang lebih baik pada masa akan datang. Apabila banyak masa kita terbuang begitu sahaja secara percuma akan mewujudkan ruang yang paling selesa bagi syaitan untuk menjadikan kita sekutu dan sahabatnya. Iaitu ketika tidak ada aktiviti yang mampu menghindarkan kita dari pengaruh syaitan.

Perbuatan Maksiat (Al-Ma'asi)

Semakin banyak kemaksiatan yang kita lakukan, sedikit demi sedikit akan mengikis keimanan kita seperti api yang menjilat kayu. Apabila sudah tidak ada lagi iman yang tersisa dalam diri kita, maka pandangan kita akan dihadapkan kepada kemaksiatan dan kekufuran. Ketika penglihatan dan pandangan kita tidak mengkagumi ciptaan Allah S.W.T dan tidak mensyukuri nikmat tersebut. Ketika pendengaran pula tidak mendengar perkara yang bermanfaat. Dan ketika hati tidak berfungsi untuk taqarrub ila llah tetapi untuk kemaksiatan kepadaNya. Maka jatuhlah martabat manusia ke peringkat yang paling hina, malah lebih hina daripada binatang kerana tidak ada lagi keimanan yang tersisa di dada.

Dari sinilah pentingnya kita mensucikan hati agar ia terhindar daripada perbuatan maksiat. Sesungguhnya segala-galanya bermula dari hati, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: "Ingatlah sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bilamana baik maka baiklah jasad seluruhnya dan bilamana rosak maka akan rosaklah jasad seluruhnya, ingatlah itu adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bergabungnya faktor-faktor di atas di dalam diri umat Islam akan menuntutnya ke arah kemaksiatan. Dosa yang tidak diimbangi dengan bertaubat kepada Allah dan tidak menjadikan taubat sebagai rutin kehidupan akan memberi kesan yang membahayakan. Banyaknya dosa yang 'menggunung' akan mengakibatkan:

i. Matinya hati (tumiitul qalbi)
ii. Merasa hina dan kerdil (turiitsu dzill wa saghaar)
iii. Mematikan nur iman (tuthfi'u nuural iman)

Ketika ini kemuliaan manusia dari makhluk lain telah tiada lagi kerana telah luput sesuatu yang menyebabkan dirinya diangkat darjat yang mulia iaitu KEIMANAN kepada Allah serta Qada' dan QadarNya. Mudah-mudahan kita terhindar daripada perkara-perkara yang melunturkan IMAN dari dalam diri kita

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:05 PM

 

~ Sunday, September 05, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Melayu England

Tugu peringatan Maritime Monument berdiri megah di tebing Sungai Mersey di Liverpool, England, tapi tidak ramai yang lalu lalang di situ tahu pentingnya senarai nama yang dicatat pada panel kecil di sekeliling tugu itu.

Senarai itu mempunyai makna tersendiri untuk mengingati bangsa Melayu yang megah sebagai bangsa perantau sejak seabad lalu. Malah, senarai itu juga membuktikan orang Melayu pernah merantau jauh sehingga ke England sebagai pedagang dan kelasi kapal.

Presiden Persatuan Kemasyarakatan Malaysia - Singapura Liverpool, Mohd Noor Hamid serta beberapa anggota persatuan meneliti nama-nama itu yang sudah lama meninggal dunia atau tidak dapat dikesan hingga kini.

Antara nama rakan seperjuangan mereka yang diabadikan pada tugu itu termasuk Zarif Khan Fateh Khan, Syeikh Mohamad Sheikh Ibrahim, Syeikh Ali Naqui, Walid Ullah Ahmad, Yunus Ismail, Yusuf Samunder dan Muhidin Naqiu.

Nama rakan mereka yang meninggalkan tanah air pada dekad 40-an dan 50-an sebagai anak kapal Merchant Navy British - tapi terkubur di laut semasa Perang Dunia Kedua. Ada yang menjadi mangsa bencana di laut selepas kapal karam.

Mohd Noor dan rakan-rakannya menyedari ancaman, bahaya dan bencana di lautan kerana dia sendiri sebagai anak kapal, pernah mengalami bahaya sebegini yang hampir meragut nyawanya.

Disebabkan berbulan-bulan di dalam perut kapal, pelbagai masalah timbul termasuk kelaparan dan serangan lanun. Malah ancaman paling membimbangkan ialah kapal dipukul gelora yang mencabar.

Mohd Noor, yang mula belayar pada 1952 ketika berusia 19 tahun sanggup meninggalkan ibu bapa semata-mata untuk merantau dan menimba pengalaman di rantau orang.

Seorang lagi kelasi Melayu, Majid Mohamad, 82, adalah yang tertua masih hidup dan tinggal bersama anak cucunya di Liverpool.

Ketika meninggalkan tanah air kira-kira 52 tahun lalu, dia mengakui semangat merantau mendorongnya untuk menjadi kelasi kapal.

Dia teringat bagaimana ibunya menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan sedih pemergian anak bujangnya, tapi dia bertekad untuk kembali semula ke tanah air. Namun, hakikatnya Majid terus bermastautin di England bersama isteri dan beberapa anaknya.

Walaupun sudah lama terpisah dengan budaya Melayu, namun ada beberapa perkara yang masih dikekalkan - agama Islam, bahasa Melayu dan makan menggunakan tangan selain masih menggemari sambal belacan dan ulam.

Pada jam 2.30 petang 31 Ogos lalu sempena ulang tahun hari kebangsaan Malaysia ke-47, Mohd Noor, dengan kerja sama Kelab Umno Liverpool dan Majlis Bandaran Liverpool, menganjurkan satu majlis membaca doa untuk disedekahkan kepada kelasi kapal yang terkorban.

Ini ialah kali pertama kelasi Melayu yang menetap di Liverpool, mengadakan upacara bagi mengenangkan jasa mereka.

Dalam majlis yang sungguh bermakna ini, hanya 10 bekas kelas yang kini dalam lingkungan umur lewat 70-an dan yang paling tua, Majid, 82 hadir bersama anak cucu hasil perkahwinan mereka dengan wanita tempatan.

Selainnya, seperti Arshad Hassan, sedang uzur di rumah Warga Tua. Seorang lagi, Karim Ambon, yang dilawati di hospital dua minggu lalu, menghembus nafasnya yang terakhir akibat penyakit kanser, beberapa hari sebelum ulang tahun kemerdekaan. Ada tiga lagi bekas kelasi kapal yang terlalu uzur tidak dapat menyaksikan detik bersejarah itu.

Majlis doa dan upacara meletakkan sekalung bunga di tempat tugu peringatan itu adalah satu daripada empat acara yang akan dilangsungkan oleh MSA dengan kerjasama Majlis Bandaran Liverpool tahun ini.

Satu lagi acara ialah Pesta Makanan Malaysia pada 4 September (semalam) yang diadakan di hadapan Rumah Kesatuan di 7 Jermyn Street dalam satu usaha untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat tempatan.

Selain itu, Malam Malaysia diadakan bagi memberi peluang anak-anak pelajar Melayu yang menuntut di United Kingdom akan mempersembahkan acara kebudayaan Malaysia.

p/s:Alhamdulillah summer ari tu berkesempatan ke Liverpool.Malah sempat bergambar ngan pak cik md noor dan pak cik majid.Sempat gak amik gambar tugu peringatan kat Albert Dock.

sumber: Berita Harian http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20040903231759/Article/

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:19 PM