~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, October 02, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

DI SEBALIK PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA

Sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba menjelang pertengahan Oktober nanti, marilah bersama-sama kita merenung kembali kisah-kisah yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak mengikut seerah Rasulullah s.a.w. Salah satu kisah terbesar dan terpenting dalam seerah adalah peristiwa perang di bulan puasa yakni peperangan Badar.

Perang itu berlaku pada tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang. Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar al-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janji-Nya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah al-Anfal, ayat 9)

Kisah ini menggambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan Muslim. Setiap Muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah. Ia juga menunjukkan betapa manusia adalah makhluk lemah dan serba daif. Oleh itu, manusia berhajatkan kepada pertolongan Allah sebagai Pencipta alam semesta yang Maha Berkuasa. Kepada-Nya setiap Muslim bergantung harapan dan memohon bantuan sebagaimana mafhum daripada surah al-Fatihah yang diulang-ulang sekurang-kurang 17 kali sehari semalam maksudnya: "Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan." (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Maka tidak hairan Baginda sentiasa menggalakkan umat Islam agar tidak putus-putus berdoa kepada Allah dalam semua keadaan tidak kira pada masa senang atau susah, kaya atau miskin dan seterusnya. Baginda pernah bersabda maksudnya: "Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi." - (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Seterusnya, kehidupan yang diciptakan Allah untuk umat manusia ini penuh dengan ujian dan dugaan. Ia bagi menguji sejauh mana keimanan Muslim sama ada bersabar dan tetap teguh dengan keimanan atau terus mengalah dan akhirnya tersungkur dengan kekalahan memeritkan. Begitulah juga peperangan Badar yang diharungi oleh tentera Islam untuk berdepan dengan tentera kafir Musyrikin.

Orang beriman dan bertakwa akan terus mara meredah kancah peperangan yang sengit tanpa sebarang perasaan takut atau bimbang kepada kematian. Ini kerana mereka begitu yakin dengan janji Allah yang menjamin syurga bagi yang terkorban syahid dalam peperangan.

Baginda pernah bermusyawarah dengan sahabat mengenai usul berdepan dengan tentera kafir Musyrikin Makkah. Lantas, Baginda bertanyakan Saidina Abu Bakar dan beliau menjawab:"Mara terus!" Kemudian Baginda bertanya kepada Saidina Umar al-Khattab dan beliau juga menjawab: "Mara terus!" Selepas itu berkatalah Miqdad bin Amru: "Wahai Rasulullah! Jalan terus! Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah, kami akan tetap bersama engkau. Kami sekali-kali tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana ucapan Bani Israil kepada Nabi Musa: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan perangilah mereka, namun kami di sini hanya akan duduk menunggu saja, tetapi kami akan berkata: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan kami bersama engkau berdua akan turut berperang. Demi Allah! Walaupun engkau bawa kami ke Birk al-Ghimad (satu negeri di Habsyah) sekalipun, kami akan turut sama sehingga kita sampai ke sana!"

Demikianlah maklum balas sahabat yang bersemangat untuk mengharungi peperangan Badar biarpun bilangan mereka kecil dan alat kelengkapan perang pun tidak sehebat tentera Musyrikin. Namun, keimanan dan ketakwaan menyebabkan tentera Islam terus berjuang untuk menegakkan kebenaran. Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud: "Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang yang mati, bahkan mereka sebenarnya orang yang hidup (dengan keadaan yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 154)

Bilangan kecil dan alat kelengkapan perang yang serba kekurangan bukan halangan bagi tentera Islam untuk mencipta kemenangan. Yang penting keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh di jiwa Muslimin.

Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap, strategi peperangan sistematik dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Semua itu menjadi kriteria utama ke arah mencipta kemenangan berdasarkan kepada sunatullah di alam semesta ini.

Keimanan mantap Muslim adalah pemangkin ke arah mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai lapangan hidup. Begitu juga dengan bantuan Ilahi akan tetap bersama-sama dengan Muslim yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa. Strategi peperangan dirancang rapi oleh tentera Muslimin apabila Baginda sanggup mengetepikan pandangannya sendiri dan sedia menerima pendapat Habbab bin Munzir yang lebih baik. Beliau mencadangkan usul agar memilih tempat yang hampir dengan takungan air kerana air penting dalam persiapan tentera Islam dalam peperangan nanti.

Ini bermakna setiap Muslim tidak digalakkan hanya mengharapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Ini adalah tawakal dalam Islam yang mensyaratkan daya usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh dalam menjayakan satu matlamat dan akhirnya baru berserah kepada Allah.

Satu pengajaran paling penting ialah kebenaran dan hak akan tetap tertegak, manakala kebatilan dan kepalsuan akan tersungkur.

Allah menegaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik) sekalipun golongan (kafir Musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.?" (Surah al-Anfal, ayat 8)

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 5:22 PM

 

~ Friday, October 01, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

SEKITAR LAILATUL QADR

LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan." (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan."(Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Kata Imam al-Qurtubi, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah dan umatnya.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau 80 tahun lebih.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan soleh lain yang dianjurkan Islam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: ?Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.? (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:52 PM

 

~ Thursday, September 30, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

The month of Sha’baan

Sha'baan is the name of the (eighth) month, and it is so called because in this month the Arabs used to disperse (tasha'aba) in search of water, or it was said that they dispersed to carry out raids and forays. Or it was said that it is so called because it sha'aba (branches out or emerges) i.e., it appears between the months of Rajab and Ramadaan. The plural forms of the word Sha’baan are Sha'baanaat and Sha'aabeen.

Fasting in Sha'baan

'Aa'ishah (may Allaah be pleased with her) said: "The Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him) used to fast until we thought he would never break his fast, and not fast until we thought he would never fast. I never saw the Messenger of Allaah fasting for an entire month except in Ramadaan, and I never saw him fast more than he did in Sha'baan." (Narrated by al-Bukhaari, no. 1833; Muslim, no. 1956).

According to a report narrated by Muslim (no. 1957), "He used to fast all of Sha'baan, he used to fast all but a little of Sha’baan."

A group of scholars, including Ibn al-Mubaarak and others, thought that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) did not fast all of Sha'baan, but he fasted most of it. This is supported by a report in Saheeh Muslim (no. 1954) narrated from 'Aa'ishah (may Allaah be pleased with her), who said: "I never knew of him – meaning the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) – fasting for any entire month apart from Ramadaan." According to another report also narrated by Muslim (no. 1955), 'Aa'ishah said: "I never saw him fast for any entire month from the time he came to Madeenah, apart from Ramadaan."

It was reported in al-Saheehayn that Ibn 'Abbaas said: "The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) did not fast any entire month apart from Ramadaan." (Narrated by al-Bukhaari, no. 1971, and Muslim, no. 1157). Ibn 'Abbaas regarded it as makrooh to fast any entire month apart from Ramadaan. Ibn Hajar (may Allaah be pleased with him) said: "He observed more voluntary fasts in Sha’baan than in any other month, and he used to fast most of Sha’baan."

Usaamah ibn Zayd (may Allaah be pleased with them both) said: "I said, 'O Messenger of Allaah, I do not see you fasting in any other month like you fast in Sha'baan.' He said, 'That is a month to which people do not pay attention, between Rajab and Ramadaan, and it is a month in which deeds are lifted up to the Lord of the Worlds. I like for my deeds to be lifted up when I am fasting.' (Narrated by al-Nasaa'i, see Saheeh al-Targheeb wa'l-Tarheeb, page 425). According to a report narrated by Abu Dawood (no. 2076) she said: "The most beloved of months for the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) to fast in was Sha'baan, and his fasting in Sha'baan was continuous with his fasting in Ramadaan." (Classed as saheeh by al-Albaani, see Saheeh Sunan Abi Dawood, 2/461).

Ibn Rajab (may Allaah have mercy on him) said: "Fasting in Sha'baan is better than fasting in the Sacred Months, and the best of voluntary fasts are those that are (observed in the months) closest to Ramadaan, before or after. The status of these fasts is like that of al-Sunan al-Rawaatib which are done before and after fard (prayers) and which make up for any shortfall in the number of obliagtory prayers. The same applies to fasts observed before and after Ramadaan. Just as al-Sunan al-Rawaatib are better than other kinds of voluntary prayers, so fasts observed (in the months) before and after Ramadaan are better than fasts at other times.

The phrase "Sha'baan is a month to which people do not pay attention, between Rajab and Ramadaan" indicates that because it comes between two important months, the Sacred Month of Rajab and the month of fasting, people are preoccupied with those two months and they do not pay attention to Sha'baan. Many people think that fasting in Rajab is better than fasting in Sha'baan, because Rajab is one of the Sacred Months, but this is not the case.

In the hadeeth quoted above there is an indication that even though certain times, places and people may be commonly thought to posses a particular virtue, there may be others that are better than them.

It also indicates that it is mustahabb to make good use of the times when people tend to be negligent, by doing acts of worship. A group of the Salaf used to fill the time between Maghrib and 'Isha' with prayer, saying that it was a time when many people were negligent. Another example is the remembrance of Allaah (dhikr) in the marketplace, because this means one is remembering Him in a place where people tend to be negligent and among people who are negligent. There are a number of benefits that come from making good use of times when people are often negligent, and using these times for worship, including the following:

It is more concealing of one's good works, and hiding and concealing naafil actions is better, especially fasting, because it is a secret between a slave and his Lord. Hence it was said that there is no element of showing off in fasting. One of the Salaf used to fast for years without anybody knowing about it; he would go from his home to the marketplace carrying two loaves of bread, which he would give away in charity, and he would fast. His family thought that he ate the bread, whilst the people in the marketplace thought that he had eaten at home. The Salaf thought it was mustahabb for a person who was fasting to do things that would conceal the fact that he was fasting. It was reported that Ibn Mas'ood said: "When you get up in the morning and you are fasting, then apply perfume." Qutaadah said: "It is mustahabb for the [man] who is fasting to apply perfume so that there will be no sign that he is fasting."

By the same token, doing righteous deeds at times when people are distracted and negligent is more difficult. One of the indications of how virtuous a deed is, is how difficult it is: if everyone is doing a certain action, it is easy, but if most people are negligent, this makes it more difficult for those who do remember Allaah. Muslim (no. 2984) narrated from the hadeeth of Ma'qil ibn Yassaar: "[The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:] 'Worship at times of tribulation (fitnah) is like Hijrah to me.'" (The phrase "worship at times of tribulation" refers to times of upheavals and trials, when people follow their own desires, and those who adhere to Islam are doing something difficult.)

The scholars differed as to the reasons why the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) fasted so much in Sha'baan. Their various opinions were as follows:

That he had been unable to fast three days out of every month because he was travelling or for some other reason, so he made them all up together in Sha'baan. When the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) began to do some naafil action, he would persist in it, and if he missed it, he would make it up later.
It was said that his wives used to make up the days that they missed of Ramadaan in Sha'baan, so he used to fast because of that. This is the opposite of what was reported from 'Aa'ishah, that she used to delay making up days that she had missed in Ramadaan until Sha’baan because she was too busy with the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) to fast.
It was said that it was because this is a month which people do not pay attention to. This is the most correct view, because of the hadeeth of Usaamah quoted above, in which it says: "That is a month to which people do not pay attention, between Rajab and Ramadaan." (Narrated by al-Nasaa'i, see Saheeh al-Targheeb wal-Tarheeb, p. 425)
When Sha'baan began, if the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) still had some voluntary fasts outstanding that he had not fasted, he would make them up during Sha'baan so that his naafil fasts would be complete before Ramadaan came. Similarly, if he had missed some Sunnah prayers or he had missed Qiyaam al-Layl, he would make it up. 'Aa'ishah used to make the most of this opportunity to make up any obligatory Ramadaan fasts that she had missed because of menstruation; during other months she was too busy with the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) to fast. We should also note here that anyone who has any missed fasts to make up has to make them up before the next Ramadaan comes. It is not permissible to delay it until after the following Ramadaan except in cases of necessity (such as a valid excuse that continues between the two Ramadaans). Whoever is able to make them up before the (second) Ramadaan and does not do so, has to make them up after the (second) Ramadaan and in addition to that, he has to repent and to feed one poor person for each day that he missed. This is the view of Maalik, al-Shaafa'i and Ahmad.

Another benefit of fasting in Sha'baan is that it is a kind of training for the Ramadaan fast, in case a person finds it difficult to fast when Ramadaan starts; if he fasts in Sha'baan he will have gotten used to fasting and he will feel strong and energetic when Ramadaan comes. Sha'baan is like an introduction to Ramadaan and it has some things in common with Ramadaan, such as fasting, reciting Qur'aan and giving in charity. Salamah ibn Suhayl used to say: "The month of Sha'baan is the month of reciters (of the Qur'aan)." Habeeb ibn Abi Thaabit used to say, when Sha'baan came, "This is the month of reciters (of the Qur'aan)." When Sha'baan came, 'Amr ibn Qays al-Malaa'i used to close his store and devote his time to reading the Qur'aan.

Fasting at the end of Sha'baan

It was reported in al-Saheehayn from 'Imraan ibn Husayn (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said to a man, "Have you fasted anything of the sirar of this month?" He said, "No." He said: "If you have not fasted, then fast two days." According to a report narrated by al-Bukhaari: I think he meant Ramadaan. According to a report narrated by Muslim, (the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him)) said: "Have you fasted anything of the sirar of Sha’baan?" (Narrated by al-Bukhaari, 4/2000; Muslim, no. 1161).

There was some dispute as to the meaning of the word siraar. The most well known view is that it refers to the end of the month. The end of the month is called siraar because the moon is hidden (istisraar) at that time. Someone may raise the point that it was reported in al-Saheehayn from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Do not pre-empt Ramadaan by one or two days, except for those who have the habit of fasting regularly, in which case they may fast." (Reported by al-Bukhaari, no 1983; Muslim, no. 1082). How can we reconcile the hadeeth which encourages fasting at this time with the hadeeth which says not to fast at this time? The answer is: many of the scholars and most of those who commented on this hadeeth said: this man to whom the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) addressed this question was known to have the habit of fasting regularly, or else he had made a vow, so the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) commanded him to make up his fast. There are also other points of view on this issue. In brief we may say that there are three scenarios for fasting at the end of Sha'baan.

The first scenario is when a person fasts at the end of Sha'baan with the intention of being on the safe side and not missing the first day of Ramadaan. This is forbidden.

The second scenario is when a person fasts with the intention of fulfilling a vow or of making up a day of Ramadaan that he missed or as an act of expiation (kafaarah), etc. This is permissible according to the majority.

The third scenario is when this is purely a voluntary fast. This is regarded as makrooh by those who said that we should differentiate between Sha'baan and Ramadaan by not fasting for a while. Among those who said this was al-Hasan. If it happens to coincide with a day when a person habitually fasts, Maalik and those who agreed with him permitted this, but al-Shaafa'i, al-'Oozaa'i, Ahmad and others made a distinction between cases where it is a fast which a person habitually observes or otherwise.

In conclusion, the hadeeth of Abu Hurayrah quoted above is what we should follow according to the majority of scholars. It is makrooh to observe a voluntary fast one or two days before Ramadaan for those who do not habitually fast on those days and who have not previously fasted until the end of Sha’baan. It may be asked: why is it makrooh to fast just before Ramadaan (for those who do not have a prior habit of fasting)? The answer is that there are a number of reasons why this is so, such as:

Firstly: lest extra days be added to the fast of Ramadaan that are not part of it. Fasting on the day of Eid is prohibited for the same reason, lest we fall into the same trap as the People of the Book with regard to fasting, as they added to their fasts because of their own whims and desires.

For the same reason it is also forbidden to fast on the "day of doubt". 'Ammaar said: whoever fasts on this day has disobeyed Abu'l-Qaasim (peace and blessings of Allaah be upon him).

The "day of doubt" is a day when people are not sure whether it is Ramadaan or not, when news of the sighting of the crescent moon comes from one whose word cannot be accepted. As for a cloudy day, some of the 'ulamaa' said that this was also a 'day of doubt' and said that fasting was not allowed on this day. This is the view of the majority.

Secondly: to make a distinction between fard (obligatory) fasts and naafil (supererogatory) fasts, because making a clear distinction between fard actions and naafil actions is prescribed in Islam. Hence it is haraam to fast on the day of Eid, and the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) forbade following an obligatory prayer immediately with another prayer unless they are separated by saying salaam or speaking, especially in the case of the Sunnah prayer performed just before Fajr. It is prescribed to make a clear separation between this prayer and the obligatory prayer. Hence it is prescribed to pray it at home and to lie down afterwards.

When the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) saw a man praying at the time when the iqaamah had been given for Fajr, he said to him: "Al-Subh is four rak'ahs." (Narrated by al-Bukhaari, no. 663).

Some ignorant people may think that the reason why we do not fast just before Ramadaan is so that we can make the most of eating and have our fill of our desires before we have to deny ourselves by fasting. This is an ignorant mistake on the part of those who think this. And Allaah knows best.

References:

Lataa'if al-Ma'aarif fimaa li Mawaasim al-'Aam min al-Wazaa'if, by Ibn Rajab al-Hanbali

Al-Ilmaan bi shay'in min Ahkaam al-Siyaam, by 'Abd al-'Azeez al-Raajihi

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 5:36 PM

 

~ Wednesday, September 29, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

RAMADHAN YANG GEMILANG...

DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini.

Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.

Peristiwa itu membawa pengertian besar kepada umat Islam, terutama membabitkan peperangan yang membuktikan betapa teguhnya keimanan umat Islam terdahulu dalam menegakkan agama suci ini.

Ia membawa pengajaran besar bahawa dalam melaksanakan ibadat puasa, umat Islam perlu tabah mengharungi apa saja cabaran.

Puasa bukan bulan untuk berehat-rehat, bersenang-senang atau lalai melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam. Umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada menghadapi ancaman musuh.

Selain itu, Ramadan menyaksikan peristiwa duka kepada Rasulullah. Dalam menghadapi peristiwa itu, Baginda tabah sehingga tidak menjejaskan ibadat puasa.

Antara peristiwa berlaku pada Ramadan ialah Ammul Hazan atau tahun kedukaan iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad.

Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.

Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah pula, untuk kali pertama, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.

Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah bersama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadan dan pada 17 Ramadan berlaku peperangan Badar al-Kubra.

Perang itu menjadi titik awal kebangkitan kaum Muslimin ke atas kekuatan Musyrikin dan kesesatannya. Pada tahun kedua Ramadan itu juga diwajibkan zakat fitrah.

Bulan Ramadan pada tahun kelima Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.

Ia berlaku pada Syawal berikutnya dengan kemenangan tentera Muslimin.

Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadan tahun ketujuh Hijrah.

Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ?Uzza, Umar ibnu ?Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.

Pada 21 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.

Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman pada Ramadan tahun ke-10 Hijrah dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.

Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan bersembahyang jemaah dengan Ali.

Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah.

Ramadan tahun ke-11 Hijrah turut menyaksikan orang Musyrikin yang tewas dalam peperangan Badar membuat persiapan untuk menuntut kembali kekalahan mereka. Beberapa kabilah mereka bersatu pada bulan itu dan pada 7 Syawal berikutnya, tercetus peperangan Uhud.

Pada Ramadan yang sama, utusan kerajaan Hummir menemui Nabi Muhammad dan memaklumkan mengenai keislaman kerajaan itu. Baginda menyambutnya dengan penuh hormat.

Rasulullah menyerahkan kepada satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar daripada sejarah kemajuan dan perkembangan Islam kepada utusan itu.

Satu lagi peperangan berlaku pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah. Dalam peperangan Qadisiah itu, orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi.

Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.

Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian).

Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam.? Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.

Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di 'Ain Jalut.

Peperangan ini berikutan jatuhnya Daulah Abbasiyyah, kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat perkembangan ilmu oleh tentera Tartar. Buku perpustakaan di Baghdad ditenggelamkan di Sungai Tigris untuk dijadikan jambatan. Dalam sejarah digambarkan betapa air Sungai Tigris ketika itu berwarna kehitam-hitaman kerana terlalu banyak dakwat larut. Demikianlah berakhirnya sebuah peradaban moden Islam di Baghdad.

Umat Islam tidak berdiam diri membiarkan orang kafir merobekkan kemuliaan Islam. Penguasa Mesir ketika itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju ke Syam untuk menghalang tentera Mongol. Dua pasukan itu akhirnya bertemu di tempat bernama 'Ain Jalut (di Palestin). Sejarah mencatatkan pasukan Tartar ditumpaskan kaum Muslim di 'Ain Jalut.

Peristiwa lain yang dicatatkan oleh sejarah pada Ramadan ialah:
• Tentera Islam pimpinan Umar ibnu Asy menyerang balas serangan tentera Mesir yang menyerang tentera Islam ketika bersembahyang Jumaat pada Ramadan tahun ke-19 Hijrah dan menang.
• Khalifah keempat Khulafur-Rasyidin, Ali Abi Talib, ditikam curi ketika keluar dari rumahnya untuk berjamaah solat Subuh pada 15 Ramadan tahun ke-40 Hijrah dan wafat dua hari kemudian.
• Tentera Islam mendarat di pantai selatan Andalus dan ditentang pengawal benteng pada Ramadan tahun ke-91 Hijrah. Setahun kemudian, Tariq bin Ziad mengetuai tentera Islam mengalahkan pasukan Raja Roderick.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:54 PM

 

~ Tuesday, September 28, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

RAMADHAN ITU ISTIMEWA...

RAMADAN datang lagi, menuntut umat menambah iman, mengulangi taubat, serta membersih dosa dan noda. Ketika Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan, umat Islam sangat digalak merebut segala kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah. Inilah masanya untuk menambah amal soleh dengan melakukan pelbagai ibadat sunat yang dijanjikan Allah ganjaran berlipat ganda.

Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad saw dan umat Baginda. Kefarduan ini dinyatakan secara jelas oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa, seperti mana yang telah difardukan ke atas umat terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Mereka yang berpuasa akan menikmati pelbagai hikmah.
Dari segi biologi, puasa membina kesihatan. Ini kerana dengan mengatur amalan pemakanan dan tidak terlalu banyak makan, makanan dapat dicernakan dengan lebih baik dan perut mempunyai ruang untuk ?berehat?.

Perut adalah sumber perkembangan penyakit. Perut juga dikenal pasti sumber yang boleh mengganggu kesihatan akal dan hati. Lukman ul-Hakim berkata kepada anaknya: ?Wahai anakku, apabila perutmu terlalu kenyang, maka otakmu tidur, fikiranmu rosak dan badanmu malas beribadat.?

Dari segi mental dan jiwa, melalui puasa, jiwa dan hati akan ?dibersihkan? daripada penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati dan rasa sombong, takbur dan riak. Hati yang sentiasa mengingati Allah dan mencari kesempatan untuk berbuat kebaikan, akan melahirkan sifat terpuji yang secara automatik menyebabkan mulut ingin sentiasa berzikir. Hati yang lembut juga akan memupuk fikiran bersih yang diselaputi sifat kemanusiaan yang dijalin atas kasih sayang.

Dari segi moral dan akhlak pula, puasa adalah satu sistem latihan bagi membentuk akhlak mulia.

Sebenarnya, Ramadan bukan saja mempunyai banyak fadilat, kelebihan dan hikmat, malah sejarah bulan itu sendiri mengagumkan. Pada Ramadan, diturunkan al-Quran, iaitu wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia.

Pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, bersamaan Jumaat, berlaku Perang Badr al-Kubra, satu peperangan besar yang pertama kali membabitkan kaum Muslimin melawan kaum musyrik.

Pertempuran itu berlaku di sebuah lembah dekat kota Madinah, iaitu di Badr. Kaum Muslimin ketika itu hanya mempunyai kekuatan 300 orang dengan setiap dua orang menaiki seekor unta, berbanding dengan kekuatan golongan kafir kira-kira 1,000 orang dengan perincian 700 orang menaiki unta dan lebih 100 lagi anggota pasukan berkuda.

Ini bererti seorang Muslim berdepan dengan tiga orang musuh. Atas kekuasaan dan pertolongan Allah, peperangan itu dimenangi oleh golongan Muslimin.

Pada tarikh 18 Ramadan tahun kelapan hijrah pula, Rasulullah bersama 12,000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa pembebasan kota Makkah ini begitu terkenal dengan sebutan ?Futuh Makkah?.

Pembebasan kota Makkah oleh golongan Muslimin menandakan satu era baru dalam Islam, selepas kaum Muslimin diseksa dan ditindas, bahkan yang terakhir dikepung oleh pasukan tentera Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah.

Malahan, Rasulullah menyifatkan pembebasan Makkah itu begitu penting, melalui sabda Baginda, yang bermaksud: ?Kaum Quraisy tidak akan berani lagi mendatangi (menyerang) kamu selepas tahun ini, lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita selepas hari ini dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, insya-Allah.?

Pada Ramadan juga, dalam tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad, berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai ?Futuh Andalusia? ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin, berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam : ?Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan.?

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.

Selain itu, daerah Ghaal di Peranchis atau kini Pays des Gualles, juga ditakluki Islam ketika Ramadan.
Justeru, dalam kita meraikan ketibaan Ramadan, marilah kita sama-sama menghayati sejarah kegemilangan tamadun Islam, kekuatan tentera Islam berperang dalam keadaan berpuasa, tanpa sedikit pun melunturkan iman mereka.

Ramadan seharusnya menjadi titik tolak untuk kita bertambah kuat dan bersatu mempertahankan agama Islam kerana daripada sejarah, banyak kegemilangan Islam dicatatkan dalam bulan ini.

Pada Ramadan ini, selain menambah amal ibadat, umat Islam juga perlu berusaha dan bertekad untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam suatu ketika dulu. Mudah-mudahan pada Ramadan ini, umat Islam diberikan kekuatan dan keredaan Allah untuk menghadapi segala cabaran bagi mempertahan dan menjulang nama Islam di persada dunia.

bersambung...

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:56 PM

 

~ Monday, September 27, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Wasiat Abdullah Yusuff Azam

Wahai, kamu, umat Islam! Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).

Wahai, kamu, Pendakwah! Kamu tiada nilai di bawah mentari melainkan kamu mengangkat senjata dan menghancurkan pemimpin zalim. kuasa kuffar dan mereka-mereka yang bersalah.

Mereka yang percaya bahawa Islam boleh berkembang ke arah kejayaan tanpa Jihad, Peperangan dan Darah adalah sekadar bermimpi dan tidaklah mereka itu memahami sifat sebenar agama ini. Kehormatan seseorang Da'i, pengaruh Islam dan maruah serta harga drii umat Islam tidak akan dapat diperolehi tanpa Jihad.

Telah diriwayatkan di dalam sebuah Hadith:

Dan Allah akan membuang rasa takut kepada kamu dari hati-hati musuh kamu dan memasukkan WAHN ke dalam hati kamu dan baginda telah ditanya, wahai Rasulullah, apakah WAHN? Baginda SAW menjawab, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan kematian; dan telah diriwayatkan juga, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan Jihad.

Maka berperanglah kamu di Jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para Mukmin [untuk berperang]. Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan-Nya. [Surah an-Nisa 4:84]


Tanpa Jihad, Shirik (menyekutukan Allah) akan berkembang dan bertambah, firman Allah SWT:

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka [Surah al-Baqarah, 2:193]

fitnah di sini adalah Shirik menyekutukan Allah

Malah Jihad adalah satu-satunya jaminan untuk kesejahteraan manusia di muka bumi kerana firman Allah SWT:

Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta Alam. [Surah al-Baqarah, 2:251]


Jihad adalah satu-satunya jaminan pemeliharaan rumah-rumah ibadah, dan amalan ibadah kepada Allah kerana firman Allah SWT:

Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. [Surah al-Hajj, 22:40]

Wahai kamu, para Pendakwah Islam! Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan, Jangan sekali-kali tertipu dengan Syaitan, atau dengan impian palsu; jangan sesekali menipu dirimu dengan buku-buku yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah meninggalkan penyelesaian pada yang susah, firman Allah SWT:

sedangkan kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjata.... [Surah al-Anfal , 8:7]

Jangan sekali-sekali taatkan sesiapa dalam meninggalkan Jihad. Tidak ada kebenaran dari sesiapa diperlukan apabila Jihad itu wajib. Malah Jihad merupakan asas utama dan intipati dakwah kamu dan merupakan untuk menjaga agama kamu.

Wahai, Ulama Islam! Maralah ke hadapan dan pimpinlah generasi ini yang sedang kembali kepada Tuhannya. Janganlah menoleh pergi, janganlah bergantung kepada kehidupan yang sementara ini. Berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran para pemerintah zalim kerana ini menyebabkan kegelapan dan kematian pada hati dan menjadi penghalang di antara kamu dan generasi ini.

Wahai kamu, umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk para pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri pada mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan hancurkan rantai-rantai perhambaan.

Wahai kamu, wanita-wanita Islam! Berhati-hatilah dengan berlebih-lebihan kerana inilah musuh Jihad dan menyebabkan kematian pada jiwa-jiwa manusia. Berhati-hatilah dengan barangan tidak pelu dan cukuplah dengan barang-barang perlu sahaja. Didik anak-anakmu untuk menjadi berani dan tabah. Jadikan rumah-rumahmu tempat untuk singa-singa bukan reban-reban ayam di mana anak-anakmu diberi makan untuk disembelih oleh musuh-musuh Islam. Bajai hati anak-anakmu dengan cinta kepada Jihad dan cinta kepada medan perang. Berkongsilah masalah Ummah ini. Hidup sehari setiap minggu seperti para pelarian dan para Mujahideen. Mereka hidup memakan roti kering dan teh sahaja.

Wahai kamu, anak-anak Islam! Biasakan dirimu dengan kebisingan bom-bom, peluru mortar dan pekikan jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal. Jauhilah kemewahan.

Wahai Isteriku! Aku ada terlalu banyak perkara untuk dikatakan padamu. Moga Allah beri ganjaran padamu bagi pihakku dan bagi pihak umat Islam. Kau sungguh bersabar bersamaku dan kau berdiri bersamaku melalui segala kesusahan dan pancaroba, dengan kesabaran dan ketabahan. Darimu aku mendapat sokongan yang aku perlukan untuk meneruskan Jihad ini. Aku berikan kau tanggungjawab ke atas rumah pada 1969, ketika kita mempunyai 3 orang anak-anak kecil hidup di sebuah bilik, tanpa dapur, tanpa peralatan. Apabila keluarga semakin besar, anak-anak membesar dan tetamu-tetamu kita bertambah, kau bersabar dengan ini....dan banyak lagi kerana Allah, juga ketaatan padaku sebagai suami. Aku berdoa moga Allah meemberi ganjaran padamu bagi pihakku. Jika tidak dengan kesabaranmu, aku tidak akan mampu menanggung beban ini seorang diri. Kau adalah isteri yang redho dan tidak mementingkan kebendaan dan kau tidak pernah merungut kerana kekurangan kebendaan ini. Kau juga tidak pernah boros ketika kita mempunyai sedikit kesenangan.

Kehidupan Jihad adalah kehidupan yang paling menyeronokkan, bersabar dalam kesusahan adalah lebih baik daripada hidup mewah. Bersabar dan redho dengan apa yang ada, Allah akan mencintaimu. Jangan kau inginkan apa yang dipunyai oleh orang lain, orang akan mencintaimu. Qur'an penghibur kehidupan, tahajjud, puasa sunat, memohon keampunan; semua ini menjadikan hati jernih dan ibadah manis. Cukup dengan keperluan asas, benda-benda halal, menjauhkan dirri dari kelihatan 'hebat' dan berlebih-lebihan membawa keamanan dan ketenangan pada hati. Aku berdoa pada Allah semoga kita disatukan kembali di Syurga seperti Dia menyatukan kita di dunia.

Wahai anak-anakku! Kau tidak banyak bergembira denganku dan aku juga tidak mempunyai peluang yang cukup untuk memberikan tunjuk-ajar dan nasihat. Aku terlalu sibuk untuk menemanimu. Ketika aku melihat bala dan bencana menimpa Ummah ini, aku tidak sanggup tinggal bersamamu seperti ayam hidup dengan anak-anaknya. Aku tidak dapat hidup dengan aman sedangkan kesan bencana itu membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak dapat tinggal bersamamu sedangkan masalah Ummah ini mengoyak hati-hati dan pemikiran mereka yang berhati dan berrfikiran. Kelakian tidak membenarkan aku tinggal bersamamu dalam kesenangan kehidupan. Aku bencikan berlebih-lebihan dan kemewahan sepanjang hidupku samada dalam soal pemakanan, pakaian dan tempat tinggal. Aku telah cuba mengangkatmu setinggi yang aku mampu dari gaya kehidupan yang rendah itu dan menjadikanmu sabar dengan kehidupanmu yang ringkas.

Berimanlah dengan apa yang diimani oleh generasi pertama umat Islam, amalkan Kebijaksanaan, baca al-Qur'an dan hafallah ia. Berhati-hati dengan apa yang kau katakan. Bersembahyanglah pada malam hari, amalkan berpuasa sunat, carilah teman pergaulan yang baik dan sertailah pergerakan Islam tetapi, ketahuilah bahawa pemimpinnya tiada kuasa ke atas kamu dalam menghalang kamu daripada Jihad, atau menggoda kamu meninggalkan Jihad demi menyebarkan Dakwah, lantas menjauhkan kamu dari medan perang di mana jiwa-jiwa terbina. Jangan sekali-kali minta kebenaran sesiapa untuk berjihad.

Wahai anak-anakku! Aku perintahkan kamu patuh dan hormat pada ibumu dan kakak-kakakmu (Imm al-Hassan dan Umm Yahya). Aku galakkan kamu mencari ilmu agama yang sahih. Aku minta kamu patuh dan hormat pada abangmu Muhammad dan cintai dia. Berbuat baiklah pada Datuk dan Nenekmu dan hormati mereka. Berbuat baiklah pada ibu-ibu saudaramu (Umm Faez dan Umm Muhammad) kerana mereka telah banyak menolongku. Rapatkanlah dirimu dengan kaum keluargamu dan kepada sesiapa saja yang kau kenali.

Wahai kamu, Pergerakan-pergerakan Jihad! Jagalah Sayaff, Hikmatyer, Rabbani dan Khalis. Kami harap mereka akan meneruskan Jihad Pada Jalan Allah ini dan memeliharanya dari melencong dari matlamat asalnya. Jangan lupakan Komander-komander di dalam Afghanistan terutamanya Jalalludin, Ahmed Shah Masud, Eng. Bashir, Saifullah, Mualavy Arsllan, Farid dan Muhammad Alam, Shir Alam (Paghman) dan Said Muhammad Hanif (Logar).Alhamdulillah, Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku pohon keampunan-Nya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:56 PM

 

~ Sunday, September 26, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan. Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit (ashabul ukhdud). Yang berapi (dinyalakan dengan kayu bakar) ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yg beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-buruj :1-8)

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)* yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkannya kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.

Lalu dilontarnya batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.

Perkara tersebut diceritakan kepada rabih. Rahib berkata: engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada buda tersebut: semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya: Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu
Lalu si pembesar buta itu percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan berkata: Adakah tuhan lain selain dariku?

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: aku telah mengetahui kebebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini

Lalu budak itu menjawab: aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun membongkarkan rashia rahib (kerana tidak tahan siksaan)

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja.
Raja berkata: balik semula kepada agama asalmu. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba ditengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: mana kawan-kawan ku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurutkan apa yang aku minta. Tanya raja: apa dia? Kata budak: engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia

(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.Kami percaya kepada tuhan budak ini)

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya : Wahai ibu, sabarlah engkau berada di atas kebenaran!


Hadith riwayat Muslim (No. 5327 Kitab Zuhud dan Raqafiq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis ini disebutkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Riyadhus-Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yag ada di dalam riwayat Tarmizi.
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Umar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka ALLAHUAKBAR!!

sangat banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, cik nur kongsi bersama pembaca...

1. Disebut di awal hadith ini, di zaman sebelum kamu

Surah al-buruj (gugusan bintang) adalah surah Makkiyah. Ketika di Mekah, Rasulullah dan para sahabat menerima banyak tentangan dari kafir quraisy terutama dari pemuka-pemuka quraisy. Justeru, Allah menenangkan Rasulullah, dan para sahabat dengan menyatakan bahawa penentangan yang dihadapi oleh mereka di Mekah adalah sunnatullah bagi mereka yang menyeru ke jalan kebenaran. Ini adalah untuk menambah keyakinan para sahabat dan supaya mereka sentiasa istiqamah dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam. Di sini juga menunjukkan penentangan terhadap pembawa risalah ini akan sentiasa berlaku.

2. Raja dan ahli sihir

Setiap zaman yang diperintah oleh pemerintah yang zalim, akan ada lembaga penasihatnya sendiri. Dan perkembangan ilmu pada zaman tersebut juga dipengaruhi oleh pemerintah dan penasihatnya. Sebagai contoh, dalam zaman ashabul ukhdud ini, penasihat kepada raja adalah ahli-ahli sihir. Sama seperti zaman firaun. Ilmu sihir itu sendiri datangnya dari syaitan kengkononnya untuk melawan mukjizat Allah. Bila dah namanya dari syaitan, sihir itu adalah ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Kita lihat zaman moden ini, pemerintah yang membenci Islam akan dikelilingi penasihat yg berpegang kepada ideology-ideology ciptaan manusia. Yang berlawanan dengan fahaman Islam. Secara amnya, jika dahulu ahli-ahli sihir itu menggunakan ilmunya untuk memperlihatkan kekuasaan dan kehebatan mereka, sekarang perkembangan material itu dicanang-canangkan. Bahawa siapa yang mengusai material dia akan mengusai dunia. Scenario ini dapat dilihat di Malaysia sendiri. Apabila, hukum Allah itu dicampuradukkan dengan hukum ciptaan manusia. Apabila zakat yg dilihat menguntungkan (sebab bayar zakat selalunya 2 kali ganda dari income tax) diambil, dan kapitalis yg mengayakan golongan kaya itu juga diambil sedangkan dalam Islam ribaf ini adalah haram. Ini juga dapat dilihat apabila banyak ideologi2, dan undang2 telah dicipta untuk memenuhi kepentingan mereka.

3. Ahli sihir mencari penggantinya (seorang pemuda)

Sungguhpun ahli sihir ini berkuasa, dalam masa yang sama dia tahu kuasanya itu tidak dapat menghalangnya dari maut. Bermakna dalam masa yang sama ahli sihir tahu bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa. Justeru, ahli sihir itu mencari penggantinya yang muda. Persoalannya di sini, mengapa orang muda??

Sejak zaman dahulu lagi semua orang sedar betapa pentingnya generasi muda dalam memimpin masa depan. Anak-anak muda yang bersuara adalah lebih ditakuti dari orang tua yang bersuara. Sejarah juga membuktikan bahawa betapa gerakan pemuda ini telah membawa kepada beberapa kejatuhan kerajaan besar dunia. Revolusi Perancis (1968) dipelopori oleh gerakan pemuda, kejadian berdarah Tiannanmien membuktikan keberanian pemuda di China, Musa'b Umair, Ali Abi Talib, Saad Abi Waqqas dan pemuda-pemuda yang lain mendahului barisan hadapan di Badar. Bahkan di dalam Al-Quran juga menceritakan tentang keberanian pemuda Ashabul Kahfi. Namun apa yang jauh lebih penting lagi, jentera penggerak umat Islam sehingga terbinanya khilafah Islam, dan hukum Islam diamalkan sepenuhnya adalah kerana gerakan dan tenaga pemuda.

Jadi melihatkan tentang hakikat kepentingan generasi muda dalam memimpin masa depan, ahli sihir ingin menurunkan ilmunya kepada pemuda yang cerdik. Di sini kita juga harus menilai mengapa hanya pemuda yang cerdik sahaja yang diinginkan oleh ahli sihir. Bukankah lebih baik baginya untuk mengajarkan ajarannya kepada semua pemuda, dan tidak kepada seorang pemuda sahaja?

Pertamanya, sesuatu ilmu itu akan terserlah kehebatannya apabila hanya segolongan kecil sahaja yang mengamalkan nya. Keduanya, untuk mempreserve ilmu itu, ahli sihir inginkan orang yang cerdik. Kerana mereka tahu, jika pengganti tidak dicari, dan jika mencari pengganti yang sebarangan, maka kebenaran akan terserlah. (Tapi kebenaran akan terserlah juga dengan kuasa Allah...ini yg kita percaya)Justeru, pemuda yang dipilih ini dididik dengan baik untuk memastikan ilmu itu berterusan.

Di dalam dunia hari ini juga, kerajaan telah menggariskan system pendidikan mengikut acuan mereka. Kanak-kanak berumur 10 tahun diwajibkan tahu membaca, tetapi tidak diwajibkan untuk tahu sembahyang. Semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, pendidikan digariskan untuk mengatasi masalah buta huruf membaca rumi, tetapi tidak buta al-Quran. Pendek kata, acuan pendidikan kini lebih mementingkan untuk mengisi KLCC, putrajaya, cyberjaya, dan bangunan2 yang telah dibina, tanpa menitik beratkan pendidikan rohani.

Justeru, dalam memastikan usaha ini tercapai, pelajar-pelajar disaring dari umur 12 tahun lagi. Hanya pelajar-pelajar terpilih dimasukkan ke dalam sekolah berasrama penuh dan mrsm, yang menjadikan sains dan teknikal sebagai penekanan utama di sekolah. Di tingkatan 4 disaring lagi. Seterusnya, hanya pelajar-pelajar yang terpilih dipilih untuk melanjutkan pelajaran diluar negeri, dengan harapan dapat mengaut budaya ilmu, budaya kerja dan mungkin budaya-budaya yang lain juga untuk dibawa balik ke tanah air. Inilah usaha pemerintah yang zalim, and konco-konconya supaya kebatilan ini teruskan.

4. Rahib

Rahib disini digambarkan sebagai seorang mukmin yang sejati. Seorang yang faham akan tanggungjawabnya untuk menjadikan Islam ini sebagai ustaziatul alam. Dia amat faham dengan situasi negaranya yang telah jauh dari hidayah Allah, juga faham akan keperluan untuk dia menyebarkan daawah mentauhidkan Allah ini. Justeru dia juga memerlukan pekerja-pekerja daawah supaya semua penduduk di negaranya itu beriman kepada Allah.

Di sini juga menunjukkan tentang kepentingan seorang murabbi (pendidik) dalam mendidik, mengatur strategi, menjalankan proses tarbiyah, dan sebagainya, bagi menjayakan matlamat menjadikan Islam sebagai ikutan seluruh manusia. Seorang murabbi perlulah ikhlas terhadap Islam.

5. Berjumpa Rahib dan Ahli sihir

Pemuda tersebut telah merasa seronok dengan ajaran Rahib. Ini menunjukkan bahawa dia telah menerima hidayah dari Allah. Dalam masa yang sama dia masih lagi berjumpa dan belajar sihir daripada ahli sihir. Pemuda mengalami proses tarbiyah bersama rahib dan dalam masa yang sama, belajar ilmu sihir.

Di zaman kini, kita telah dapat lihat akan mulanya timbul bibit-bibit inginkan Islam dari para pemuda. Munculnya hati-hati yang telah menerima hidayah Allah. Signifikasinya, hati-hati ini juga perlu terus menuntut ilmu dunia yang telah dipotretkan sebagai lambang kehebatan dunia. Dalam masa yang sama, hati-hati ini perlu terus dididik, dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiyah yang sebenar supaya hati-hati ini dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, seterusnya meneruskan penyebaran risalah ini.

6. Dipukul dan dimarah oleh ahli sihir dan keluarga

Kesan daripada pengajaran yang diberikan oleh Rahib di pertengahan jalan ke tempat ahli sihir, pemuda selalu lewat. Natijahnya, dia dimarah dan dipukul oleh ahli sihir.

Scenario yang sama juga dipertontonkan kepada kita pada hari ini. Para pelajar university terutamanya sering diugut supaya tidak menyertai aktiviti-aktiviti berkumpulan yang Islamic. Kononnya, mereka ini sudah terkena hasutan politik pihak pembangkang. Hakikatnya, hati-hati yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati ini, dan ingin mendekati Islam yang syumul itu sendiri (yang sangat susah didapati di mana-mana kini), sering menghadapi masalah dan tentangan dari pihak pemerintah. Mereka diugut dengan akta yang berat sebelah. Juga diugut akan diberhentikan tajaan, juga diugut akan dihantar balik ke tanah air hanya kerana menjalankan perjumpaan untuk membincangkan dan memahami apa itu akidah dan iman, hanya untuk duduk dan beriman sejenak, hanya untuk mengkaji sirah Rasulullah dan memahami hikmah-hikmah di sebalik kejadian tersebut.

7. Katakan kepada ahli sihir bahawa keluargaku menahanku.

Pertamanya, apabila budak dipukul oleh ahli sihir, budak tersebut terus mengadu kepada Rahib. Signifikasinya, wujudnya tautan kasih dan sayang, dan saling mempercayai antara budak dan rahib. Lalu, budak itu mengadu kepada rahib tentang apa yang dihadapinya. Di sini jelas kepada kita, sebelum sesuatu proses tarbiyah itu boleh dikatakan berjaya, tautan iman lah yang membuahkan benih ukhuwah diantara hati-hati para dua't.

Keduanya, rahib memberikan alternatif gberbohongh kepada pemuda.Berbohong kepada ahli sihir, juga kepada keluarganya. Adakah ini bermakna berbohong itu halal dalam Islam, terutama dalam keadaan begini? Tidak jangan sekali-kali kita salah faham!!!.

Pertamanya, sebagai seorang murabbi yang begitu faham akan situasi dan keadaan pada ketika itu, rahib telah menjalankan tugasnya, terutama dalam mengatur strategi berdaawah. Dia sedar bahawa pemuda itu masih bayi dalam proses tarbiyah, juga dia tahu bahawa mungkin ini sahajalah peluangnya untuk mendidik hati yang sudah terpaut pada Islam. Dalam masa yang sama, ini adalah untuk kemudahan kepada pemuda supaya, dia dapat meneruskan proses tarbiyah tersebut.

Keduanya, jelas menunjukkan, elemen kerahsiaan adalah salah satu elemen penting dalam strategi daawah. Di dalam setiap marhalah-marhalah daawah itu sendiri terdapat elemen kerahsian. Merahsiakan disini bukanlah bermaksud, ada hidden agenda, atau itu adalah kebatilan, ia adalah salah satu dari strategi. Menyingkap kisah di zaman Rasulullah, Rasulullah bermula selama 3 tahun secara rahsia. Walaupun setelah baginda berdiri di bukit Safa dan menyampaikan risalah lailahaillah muhammadarrasulullah, rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam masih lagi digunakan sebagai tempat mengumpulkan para sahabatnya. Untuk apa? Tidak lain kerana ini termasuk dalam strategi daawah, terutama dalam menjalani proses tarbiyah.

Secara logiknya, adalah tidak adil kepada kita untuk memberi input yang sama kepada semua orang sedangkan Allah menciptakan manusia itu berbeza. Di university juga, pelajaran adalah mengikut tingkatan, lecturer tidak akan memberi maklumat tahun tiga kepada pelajar tahun pertama. Ini adalah tidak adil kepada mereka. Jika di university kita boleh faham akan kepentingan wujudnya strategi dalam belajar ini, mengapa kita tidak boleh faham akan kepentingan strategi terutama dalam usaha kita menyebarkan risalah yang terpenting ini?

8. Peristiwa pembunuhan binatang.

Peristiwa ini merupakan titik tolak kefahaman, dan keyakinan pemuda kepada ajaran Rahib. Di sini, keyakinan pemuda kepada ajaran rahib makin bertambah. Begitu juga dengan keimanannya kepada Allah. Sekali lagi peristiwa itu diceritakan kepada rahib. Dan rahib berkata, engkau pada hari ini menjadi lebih hebat dariku. Dan dalam masa yang sama, rahib telah memberitahu pemuda bahawa dia akan diuji oleh Allah.

Di sini jelas, firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2: Adakah kamu menyatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? Jadi, sesungguhnya ujian Allah itu adalah sunnatullah, yang telah ditetapkan kepada mereka yang beriman. Jadi wajarlah disini jika kita selalu menghisab diri kita yang menyatakan bahawa kita berada pada jalan daawah. Apabila kita tidak diuji haruslah kita bertanya "Apakah betul benda yang aku lakukan ini... kerana orang-orang sebelumku semuanya diuji"

9. Bekerja sambil berdaawah

Setelah peristiwa pembunuhan binatang itu, keyakinan pemuda kepada Allah bertambah. Ilmunya juga telah bertambah. Dan dia bekerja mengubat penyakit kusta dan sopak. Dalam masa yang sama, pemuda tidak lupa akan tanggunggjawab pertamanya sebagai pendaawah. Pemuda terus berdaawah walaupun dia adalah "doctor".

Di sini menunjukkan kepada kita, pendaawah tidak semestinya seseorang yang menggelar dirinya Ustaz, atau Imam besar, atau ulama, atau ustazah, hafizah, atau alimah. Tuntutan berdaawah adalah fardhu ain kepada semua umat Islam, tidak kira lelaki dan perempuan. Dan tuntutan ini tidak terhad hanya kepada ustaz dan ustazah. Tuntutan ini adalah kepada semua, engineer, doctor, pilot, geologist, guru dan sesiapa sahaja. Dan kita hendaklah sentiasa ingat, ustaz hanya tinggal profession jika dia sendiri tidak faham akan tanggungjawabnya menyebarkan Islam.

10. Penyeksaan rahib dan pemuda.

Raja menjadi murka apabila dikatakan bahawa ada tuhan selain beliau. Seterusnya menghukum rahib dan pemuda. Di sini, membuktikan kata-kata rahib bahawa pemuda akan diuji. Paling penting, di sini juga membuktikan janji-janji Allah bahawa kepada sesiapa yang beriman, pasti akan diuji.

Secara specificnya, ujian di sini adalah tentangan dan penyeksaan daripada pemerintah. Ini juga adalah sunnatullah. Lihat saja dari zaman Nabi Allah Ibrahim, Musa, Lut, Hud dan Rasulullah tercinta itu sendiri, mereka semua ditentang dan diseksa oleh pemerintah. Zaman pasca Rasulullah juga, As-Syahid Hassan Al-Banna, Syed Qtub dan ramai lagi ulama-ulama muktabar yang ingin menyampaikan risalah ini diseksa dan dibunuh. Kerana apabila kita memilih untuk mengikut dan patuh pada jalan ini, hanya ada 2 sama ada syahid atau Islam itu menang. Dan Islam itu pasti menang.

11. Proses pembunuhan pemuda.

Allah telah menetapkan di Lauh Mahfuz bila sipolan sipolan akan bertemu jodohnya, begitu juga rezekinya, dan yang paling penting, bilakah ajalnya akan sampai. Dan kerana keyakinan dan kepercayaan ini lah, seorang mukmin sejati tidak akan takut dengan sebarang tentangan. Hatta, dibelah 18 pun badan ini, jika Allah tidak menetapkan nyawa bercerai dari badan maka, akan hidup lah juga. Kerana itu lah, tentera Islam tidak pernah gentar di medan perang kerana yakin maut itu di tangan Allah.

Dan dalam peristiwa ini, pemuda tidak melarikan diri, sebaliknya beliau kembali menemui raja. Sedangkan dia boleh jika dia hendak terus melarikan diri. Signifikasinya, keimanan pemuda amat utuh dan beliau amat yakin bahawa maut itu hanya di tangan Allah. Di sini, pemuda juga tahu bahawa dia membawa perkara yang haq, dan dia akan terus mempertahankannya. Timbul persoalan, kenapa pemuda tidak berbohong seperti kes dipukul ahli sihir diawal hadis ini?

Ini kerana, marhalah daawah yang dilalui oleh pemuda adalah tidak sama seperti marhalah (tingkatan) yang sebelumnya. Imannya juga telah bertambah. Dan dengan meningkatnya marhalah, keimanan dan ilmunya ini, dia juga telah berjaya meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap daawahnya.

Akhirnya, pemuda sendiri memberitahu raja bagaimana mahu membunuhnya. Pelik! Seperti memohon untuk dibunuh. (mungkin ada juga menyatakan sama seperti suicide bombers?). pengajaran di sini adalah, perlunya kebijaksanaan pendokong Islam dalam memerhatikan suasana dan keperluan masyarakat yang didakwahnya.

12. orang ramai beriman dan terjun di dalam parit

Di sini, mereka yang telah menyaksikan kebenaran telah sama-sama mengikut dan beriman dengan kebenaran walaupun ia menjanjikan maut. Signifikasinya, apabila kita melihat sesuatu kebenaran berada di depan mata, maka janganlah bertangguh dan memberi alasan untuk beriman kepadanya lagi. Teringat kisah Abu sufyan, Hindon, dan berbondon-bondon orang memeluk Islam ketika fathu Mekah.

13. kisah ibu dan bayi yang disuruh terjun.

Signifikasi paling jelas dan besar di sini adalah, wanita dan anak-anak kecil juga turut sama-sama menyumbang terhadap daawah Islamiyah. Ini adalah tuntutan dan tuntutan ini adalah fardhu ain.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:55 PM