~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, November 13, 2004



Aidilfitri adalah hari kemenangan kita setelah berperang dgn hawa nafsu? Bagaimana pula kemenangan dgn musuh2 Allah...bilakah kita bersedia utk berperang dgn mereka?

Bismillahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi aku dpt hidup di bumi yg indah ini.Paling penting 2 nikmat terbesar yg telah Allah anugerahkan yg jarang2 kita syukuri,iaitu nikmat iman dan Islam.Akhirnya tiba juga penghujung ramadhan.Tak tau nak kata apa yg aku rasa.Sedih ada,gembira pun ada...mixed emotion.

Masa raya di mesia dulu,dah menjadi rutin dari kecik aku akan beraya di umah sehingga selesai solat raya.Pastu baru la balik kg sbb ayah aku imam kat surau di taman perumahan aku.On the way nak balik ke kg tu kitorang akan lalu highway...hehehe sayu je tgk muka abg dan kakak2 yg kutip tol tu mengucapkan "Selamat Hari Raya".Usually time ayah aku kasi khutbah raya,dia mesti akan menangis.Timbul gak dlm hati aku..."come on abah, you're a man...man shouldn't cry...we're made to be strong physically and emotionally".Aku tak suka tgk laki menangis sbnrnya.Mmg perkara yg aku menyampah tgk adalah bila ayah aku nangis time kasih khutbah.I know that's not a suitable sentence to describe my feeling...tp aku tak tau nak ungkapkan dlm kata yg paling sesuai.

Sejak kecil aku ni mmg jenis yg nakal.Senang ckp,hati aku ni keras sbb degil sangat.Sbb tu aku susah nak nangis.Even kalau ada program seminar yg mana ada sesi muhasabah dlm gelap tu,aku akan try tak nangis walaupun rasa nak nangis.Punya la ego dan degilnya hati aku ni.Kalau mak aku marah aku ke,aku "memuncung" je.Tak penah la nak minta ampun ke ape.Adeh,nak tergelak bila terkenang masa zaman kecil dan jahiliah dulu.

But today...akhirnya aku menangis juga di hari kemenangan umat Islam menewaskan hawa nafsu setelah bertarung selama sebulan.Unexpected huh?Yup,aku sendiri tak sangka aku menangis.Akhirnya roboh juga keegoan aku selama ni.Mungkin juga inilah hasil tarbiah yg aku terima di sepanjang bulan ramadhan ni.Frankly speaking,tahun ni merupakan ramadhan yg terbaik penah aku lalui.Walaupun suasana ramadhan di mesia mmg menggalakkan kita utk menambahkan amal ibadah,tp aku tak penah sedar akan peluang keemasan itu.Alhamdulillah,Allah masih sayang kat aku.Dia beri aku petunjuk sepanjang aku berada di tanah Amerika ni.Selama ni bulan syawal aku sambut dgn tawa dan riang,tp syawal kali ni aku sambut dgn tangisan.Bukan tangisan penyesalan atau kesedihan...tp tawa gembira.Strange huh?Perasaannya masih sama,cuma dlm emosi yg berbeza sahaja.Pagi tu aku spt biasa,gembira kerana akhirnya menjelma juga bulan Syawal.Tapi bila mula je solat sunat aidilfitri...masuk takbir yg keempat...air mataku jatuh berguguran.Teringat betapa beruntungnya dpt melalui ramadhan pada tahun ni.Teringat betapa bertuahnya dpt menewaskan ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit tekanan kepada hawa nafsu ini.Teringat betapa agungnya kalimah Allahu Akbar itu sendiri.Teringat bahawa sebenarnya kita bergembira bukan kerana sudah tamat berpuasa,tp bergembira kerana sudah berjaya mengalahkan hawa nafsu.

Mujur tangisan aku berhenti pada rakaat pertama.Aku masih mampu menahan sebak pada rakaat seterusnya.Takut ganggu jamaah dlm solat plak nanti.Tapi bila lepas khutbah,bila mula je bersalaman dan berpelukan dgn saudara2 muslim yg lain...mula balik berguguran air mata.Alahai...tolong la jgn nangis...malu aku weh.Kalau td menangis time solat ok gak sbb org tak tau.Ni bila tgh time salam2 ni sume org nampak.Waaaa...tertekan jugak aku,bkn boleh tahan nangis2 ni.Tambah plak member aku kenal aku as sorang yg happy dan tak penah nangis.Kuat marah lagi tu...huhuhu.

Mari kita tgk reaksi mereka yg lihat aku menangis...

Member 1 : Relax muhannad, jgn la sedih sangat...

Member 2 : Why are you crying brother?Are you sick?

Member 3 : Aku tau ni raya last ko kat sini...bawa bertenang


Cuba teliti betul2 reaksi derang.Apa conclusion yg boleh kita buat.Banyakkan?Apa yg aku nampak manusia zaman sekarang hanya mengaitkan tangisan itu dgn kesedihan dan kesakitan.Walhal tangisan tu boleh juga disebabkan terlalu gembira dan terharu.Ingat lagi tak Dr Mahathir menangis time Perhimpunan Agung UMNO?Dia nangis sbb sedih atau sbb terharu?I believe the answer is because he was touched by the support given from UMNO members.Rasulullah pun kita tau selalu menangis ketika qiamullail.Adakah sbb baginda sdg bersedih?Bukan...tp sbb baginda rasa terharu bila sdg berkomunikasi dgn Allah rabbul jaleel.

Apa2 pun point aku sebenarnya adalah kembali pada diriku.Kalau dulu aku tidak mengerti mengapa ayah aku mesti menangis time kasi khutbah raya.Kalau dulu aku tidak mengerti mengapa aku susah utk menangis...skrg Allah dah tunjukkan jawapannya.Sesungguhnya hati yg menangis kerana dosa2nya akan memadamkan bara api neraka Jahannam kan?Ya...dulu aku merasakan lelaki yg menangis itu lemah...tp sebenarnya mereka sangat kuat dlm hubungan mereka dgn Allah swt...Oleh itu,menangislah sahabat demi dirimu sendiri.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:30 PM

 

~ Friday, November 12, 2004



Bismillahirrahmaanirraheem...

Usul 20

Usul 2

AL QURAN DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W MERUPAKAN SUMBER RUJUKAN BAGI SETIAP MUSLIM DALAM MEMAHAMI HUKUM-HUKUM ISLAM. AL QURAN HENDAKLAH DIFAHAMI MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH BAHASA ARAB TANPA MEMBERAT-BERAT DAN TIDAK PULA MEMb**i BUTA. SUNNAH PULA DIFAHAMI MELALUI PERIWAYAT-PERIWAYAT HADIS YANG THIQAH (BOLEH DIPERCAYAI)

Kupasan Usul

AL QURAN DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W MERUPAKAN SUMBER RUJUKAN BAGI SETIAP MUSLIM DALAM MEMAHAMI HUKUM-HUKUM ISLAM.

Sekiranya kita umpamakan Islam itu seperti rumah, maka Al Quran dan As Sunnah itu adalah pintu untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Apa sahaja yang hendak masuk ke dalam rumah tersebut, mestilah terlebih dahulu melalui pintunya. Apa sahaja yang boleh melepasi pintunya, maka itulah yang diterima oleh Islam.

Maka timbul persoalan, bukankah hukum Islam itu terdiri juga daripada Qiyas, Ijma' ulama, Istihsan dan sebagainya. Bagaimana dengan yang lain ini?

Jawapannya: Di sinilah ketelitian As Syahid dalam perkara ini. As Syahid menyampaikan risalah untuk menyatukan umat, bukan memecah belahkan. Dikala umat berkelahi dan bertengkar tentang mazhab, perkara khilafiah dan sebagainya, As Syahid memberikan jalan perdamaian untuk pertengkaran yang merugikan ini.

Ada dikalangan umat Islam yang tidak menerima Qiyas atau Marsaleh Mursolah. Ada yang menolak pandangan mazhab dan sebagainya. Dengan penolakan ini, ia tidak terkeluar dari landasan akidah umat Islam. Tetapi tidak ada umat Islam yang mengengkari Al Quran dan As sunnah sebagai sumber hukum. Menolak dua perkara ini bermakna mereka telah membawa diri mereka kelembah kekufuran dan sekiranya mereka yakin dengan apa yang mereka ucapkan, mereka boleh dihukum kafir.

Lantas As Syahid menyatakan hakikat usul Islam ini. Hukum ditentukan oleh Al Quran dan As Sunnah. Maka tidak ada siapa dari kalangan mana sekalipun mempertikaikan perkara ini dan diharapkan tidak lagi berlaku atau dapat dikurangkan kekacauan dan pertengkaran.

AL QURAN HENDAKLAH DIFAHAMI MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH BAHASA ARAB TANPA MEMBERAT-BERAT DAN TIDAK PULA MEMb**i BUTA.

As Syahid memberikan panduan bahawa Al Quran hendaklah difahami dengan bahasa arab tanpa memberat-beratkan tafsirannya dan dengan pentafsiran makna yang jelas dan 'dhalalah' yang dekat. Contoh memberat-beratkan tafsiran al-quran adalah seperti cuba mencari-cari nombor-nombok sakti, atau kod rahsia, atau cuba mentafsir ayat yang tidak sampai ilmu mereka lagi.

Ini banyak berlaku dikalangan umat Islam yang terpukau dengan falsafah dan ilmu-ilmu mistik sehingga mentafsirkan alquran tidak menurut kaedah yang sepatutunya untuk manusia.

SUNNAH PULA DIFAHAMI MELALUI PERIWAYAT-PERIWAYAT HADIS YANG THIQAH (BOLEH DIPERCAYAI)

Maksudnya di sini ialah amanah bagi umat Islam menyampaikan hadis yang sahih dari kitab-kitab yang sahih atau dari ulama yang dipercayai tidak akan menyampaikan hadis-hadis yang daif apatahlagi maudu' (palsu). Banyak ulama atau ustaz-ustaz atau umat Islam biasa pada zaman kini yang menyampaikan ceramah, atau menyebarkan email, surat dan sebagainya dengan menggunakan hadis-hadis palsu dan daif ini abgi tujuan memukau manusia dengan fadhilat-fahilat tertentu atau menakutkan manusia sedangkan rasullulah s.a.w tidak pernah berbicara demikian. ketidak telitian mereka dalam menyampaikan hadis ini merosakkan rumah Islam yang kita bincangkan di atas tadi dengan membenarkan anasir-anasir kotor masuk ke dalam rumah tadi tanpa tapisan yang betul.

Maka sebelum menyebarkan satu hadis, memforwardkan email yang mengandungi hadis yang menarik, perhatikan siapa yang meriwayatkan hadis tersebut dan cuba periksa adakah ianya sahih atau sebaliknya. Sekiranya tidak mampu, baca dan delete sahaja.

Kesimpulan

Keutamaan dakwah As Syahid dan dakwah kita ialah memberikan kefahaman yang benar kepada umat mengenai Islam dan menyatukan mereka di dalam kefahaman ini. Kefahaman tadi hanya dapat di satukan dengan cara pemahaman dan pengambilan sumber hukum yang betul dan sejahtera. Seperti gambaran rumah tadi, al quran dan as sunnah adalah pintu yang boleh dijadikan jalan membawa pelbagai benda ke dalam rumah. Tetapi diakui terdapat jalan lain yang sesetangah orang boleh menerimanya dan ada yang menolaknya, tetapi ini tidak menjatuhkan akidah mereka sebagai umat nabi Muhammad s.a.w selagi mana mereka menerima dua perkara tadi. Di antaranya ialah Qiyas, Ijtihad ulama, Mursaleh Mursolah dan sebagainya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 9:21 PM

 

~ Thursday, November 11, 2004



"Akak...lego ni permainan dak2 laki la...akak mana leh main"

"Tula kamu,permainan ni leh dimain oleh dak2 pompuan gak...tu la kamu tak paham"

"Paham apa?"

"Tak paham yg kamu tu tak paham laaa..."

"Betul ke tak akak aku ni?"


Bismillahirrahmaanirraheem...

Usul 20: Usul 1

Di dalam buku Risalah Ta'alim, As Syahid Hasan al Banna menyenaraikan 10 rukun bai'ah bagi amilin (Golongan yang beramal) Ikhwan Muslimin. Rukun pertama daripada sepuluh ini adalah Al Fahmu atau "Faham".

Di bawah Rukun kefahaman ini, As Syahid berharapkan amilin ini memahami dan dapat memahamkan manusia kepada 20 usul atau dasar kepada dakwah dan Islam ini.

Rukun pertama ini berbunyi:

"Yang saya maksudkan dengan faham ialah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah Islam yang tulen. Saudara hendaklah memahami Islam sebagaimana kami memahaminya di dalam lingkungan 20 usul ringkas ini"

Sebelum kita melihat 20 usul ini, seeloknya kita lihat perbahasan mengenai rukun pertama ini.

Rukun pertama dari 10 rukun ini adalah faham. Sementara rukun yang lain adalah:

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Tadhiyah (Pengorbanan)
6. Taat
7. Thabat (tetap pendirian)
8. Tajarud (kebebasan)
9. Ukhuwah
10. Thiqah (percaya/trust)

Kupasan rukun pertama:

As Syahid mengharapkan agar para duat dan manusia dapat memahami Islam dengan pemahaman yang sebenar yang didasarkan di bawah 20 usul yang dibentangkan. ketelitian As syahid dalam menulis risalah dan membentangkan usul dan rukun-rukun ini dapat dilihat dengan cara beliau meletakkan rukun faham sebelum Ikhlas, amal, Jihad dan lain-lain.

Sekiranya kita kaji dari buku-buku ulama silam, kita akan mendapati mereka meletakkan ikhlas sebagai satu perkara yang utama. Di dalam buku hadis 40 umpamanya, imam Nawawi meletakkan hadis ikhlas sebagai hadis yang pertama kerana pentingnya keikhlasan dalam amal ibadat sebelum ia diterima.

Tetapi As Syahid Hasan Al Banna berlainan sedikit dalam hal ini. Beliau meletakkan Faham pertama sebelum Ikhlas. Kenapa?

Ini kerana Amil yang tidak ikhlas dalam beramal tetapi faham, akan hanya merosakkan dirinya sendiri (dari segi pahala amalnya) tetapi seorang amili yang bekerja dengan keikhlasan tetapi tidak memahami apa yang dikerjakannya (dengan kata lain melanggar syarak atau tidak berlandaskan tatacara yang betul) bukan sahaja akan merosakkan/membinasakan dirinya sendiri, tetapi juga besar kemungkinan orang-orang disekelilingnya.

Umar bin Abd Aziz pernah berkata: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia lebih membawa keburukan dari kebaikan" (Sirah dan Manaqib Umar bin Abd Aziz - Karangan Ibn Al Jauzi)

Sabda rasullulah s.aw:

"Seorang yang faqih (faham) lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu ahli abid" (At Tirmizi)

Kepentingan kefahaman di dalam dunia moden ini juga menjadikan as syahid meletakkan perkara ini sebagai perkara utama sebelum ikhlas. Umat pada zaman dahulu memahami Islam dengan cara yang sebenar tetapi sedikit kurang dari aspek keikhlasan mereka, maka mereka memperbaiki aspek tersebut. Namun begitu, umat zaman sekarang ini bukan sedikit yang kita dapati ikhlas dalam amalan mereka, tetapi amalan dan kefahaman mereka terpesong dari corak atau bentuk Islam sebenar.

Mereka adalah ahlul bid'ah atau umat Islam yang jahil akibat penjajahan tetapi yang ikhlas dalam amalan mereka yang jauh dari syariat Islam sebenar. Mereka melakukan bid'ah dengan cara menambah atau mengurangkan syariat yang Allah telah lengkapkan dengan sengaja atau kerana kesalah fahaman terhadap Islam itu sendiri. Di sini peranan As Syahid membetulkan kefahaman umat Islam sebelum bercakap mengenai ikhlas, amal, jihad dan seterusnya.

As Syahid meletakkan kesyumulan Islam sebagai Usul pertama:

"ISLAM ADALAH SATU SISTEM YANG SYAMIL MERANGKUMI SELURUH ASPEK HIDUP. ISLAM ADALAH NEGARA DAN WATAN ATAU PEMERINTAH DAN UMAT, AKHLAK DAN KEKUATAN ATAU RAHMAT DAN KEADILAN, KEBUDAYAAN (THAQAFAH) DAN UNDANG-UNDANG ATAU ILMU DAN KEHAKIMAN, MATERIAL DAN HARTA BENDA ATAU USAHA DAN KEKAYAAN, JIHAD DAN DAKWAH ATAU TENTERA DAN FIKRAH, SEBAGAIMANA IA JUGA ADALAH AQIDAH YANG BENAR DAN IBADAH YANG SAH.

Kupasan Usul

Kefahaman manusia 70 tahun dahulu berbeza dengan kefahaman manusia pada masa kini. Walaupun di akui masih terdapat saki baki kesalah fahaman di dalam umat Islam kini, ia tidak seteruk pada zaman sebelum berkembangnya dakwah ini.

Salah satu kefahaman yang dianggap pelik pada 70-100 tahun dahulu ialah bila dikatakan Islam sebagai agama yang syumul (sempurna). Malah pada zaman Hasan al banna sendiri, ada para ulama yang terkejut dengan tulisan beliau. Hasan Al Banna menyebut secara kasarnya bahawa Islam terdiri dari semua perkara, termasuk ketenteraan, politik, ekonomi, undang-undang sepertimana pentingnya juga ibadah dan akidah.

Sebenarnya ini bukan kefahman yang direka oleh as Syahid tetapi satu kefahaman Islam sebenar seperti mana yang sifahami oleh golongan salaf (300 tahun pertama selepas kewafatan nabi).

Dalil kesyumulan

1. Dan kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu ( An Nahl : 89)

2. Sabda rasullulah: kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran. Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut" (Seerah Nabawiyah: Ibn Khateer).

Kupasan usul

ISLAM ADALAH SATU SISTEM YANG SYAMIL MERANGKUMI SELURUH ASPEK HIDUP.

Apabila As Syahid menyebut mengenai Islam merangkumi seluruh aspek hidup membawa maksud bahawa Islam tidak hanya terbatas kepada empat dinding masjid. Bahawa Islam hanyalah agama ritual dan ibadah khusus semata-mata. Seolah-olah berniaga itu tidak sebahagian dari Islam, Undang-undang itu tidak sebahagian dari Islam, kepimpinan itu tidak termasuk dalam Islam, politik itu jauh dari Islam dan sebagainya.

Terpesongnya kefahaman umat Islam kini salah satunya akibat tersilau dengan tamadun barat yang memisahkan dunia dan agama akibat revolusi Perancis yang mewujudkan apa yang dipanggil sebagai renaisance dan zaman kebangkitan sekularisme.

Umat Islam diperdaya oleh para penjajah kuffar yang menanamkan pemahaman "Agama dan dunia patut dipisahkan". atau "Agama adalah candu manusia" dan sebagainya. Maka sebilangan besar umat Islam yang terpukau dengan kekayaan dan kemajuan kuffar merasakan, ini adalah benar kerana ia datang dari mereka yang berfikiran maju.

As Syahid membetulkan kefahaman sebegini dan mengembalikan kefahaman umat Islam terhadap Islam sebenar.

Di dalam level amilin, as Syahid berharapkan mereka yang berdakwah mempunyai dasar kefahaman sebegini. Ini bagi memudahkan mereka menyampaikan kefahaman ini kepada manusia.

Kupasan terhadap usul ini adalah lebih dalam dan panjang lagi untuk dimuatkan di sini. Tetapi cukup diperturunkan sedikit dan secara dasarnya mengenai usul ini. Selebihnya boleh didapati dari naqib/ah masing-masing.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam



posted by scouser at 6:37 PM

 

~ Wednesday, November 10, 2004



"Aku bayar zakat pada tahun ini RM7.00 kerana Allah ta'ala tunaiiiii"

"Oit,bila masa aku salam nak buat akad zakat...Aku salam nak ucap time kasih je"

"Eh ye ke???...cover2"


Bismillahirrahmaanirraheem...


As-Salamu 'Alykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. May this letter find you in the best of health and the highest Islamic spirit. To my knowledge, Zakah is distributed to any of the eight eligible beneficiaries (1. the poor, 2. the needy, 3. the administrators of Zakah, 4. people whose hearts are inclined to Islam, 5. to free slaves, 6. those who are in debt, 7. in the Cause of Allah, and 8. the wayfarers) that are mentioned in the Qur'an; priority should be given to the poor and needy.

I would like to ask: Do the items (1& 2) refer solely to Muslims? Or can the beneficiary here be a non-Muslim?


Answer

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.



All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, we would like to thank you for showing keenness on knowing the teachings of Islam, and we appreciate the great confidence you have in us. We hope our efforts meet your expectations.

As regards your question, Sheikh 'Atiyyah Saqr, former head of Al-Azhar Fatwa Committee, states:

"The majority of scholars are of the view that non-Muslims should not be given of the money of Zakah except those whose hearts are inclined to Islam, though there is a difference over whether such stipulation is still relevant or not and the permissibility of giving them of the Zakah money is hunted with controversy.

The prohibition of giving them of the Zakah money is based on the hadith of Mu`adh Ibn Jabal when he was sent by the Prophet to Yemen: "It (Zakah) is to be taken from the rich among them and given to the poor among them," i.e. the rich among Muslims and the poor among them. (Reported by Al-Bukhari and Muslim)

Ibn Al-Mundhir says: "All people of knowledge we know are unanimous on the fact that a Dhimmi cannot be given of the Zakah on properties."

As for Zakatul-Fitr , Abu Hanifah holds that it is allowed to give it to the Dhimmis. It is reported that 'Amr Ibn Maymu and others used to give the monks of the Zakah money. But Imam Malik, Ahmad, Al-Layth and Abu Thawr say it is not allowed to give them from it. The author of Al-Bayan quotes Ibn Sirin and Az-Zuhari as saying it is permissible to give Zakah to non-Muslims."

Supporting the view of prohibition, Dr. Muzammil H. Siddiqi, former President of the Islamic Society of North America, states:

"Zakah is a special charity and it should be given only to the poor and needy among Muslims. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have said: "It (Zakah) should be taken from the rich from amongst them and should be given to the poor among them."

So, if a person gives charity to non-Muslim organizations, he is not allowed to deduct that from the amount he has to pay for the obligatory Zakah. He still has to pay full Zakah from his wealth annually according to the nisab."

However, Dr. Monzer Kahf, a prominent Muslim economist and counselor, argues:

"Verse 60 of surat 9 (At-Tawbah) does not confine the category of poor and needy to Muslims. Hence, it is evident that Zakah MAY BE GIVEN TO MUSLIM AS WELL AS NON-MUSLIM POOR AND NEEDY. As for the payment of Zakah to non-Muslim poor and needy, I have to add that I had in mind Christians and Jews and whoever we treat similarly such as Hindus and Zoroastrians (as the Prophet, peace and blessings be upon him, said to treat them like the People of the Book) who live with Muslims peacefully. The permissibility is limited to this category.

In his book Fiqh Az-Zakah, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, states that the hadith of Mu`adh Ibn Jabal (may Allah be pleased with him) when sent to Yemen does not stand in the face of the general implication of the verses. This opinion is supported by the practice of 'Umar Ibn Al-Khattab. The hadith 'It is to be taken from the rich among them and given to the poor among them', has been interpreted to refer to the geographical area, i.e. from among the people of Yemen, though the phrase is also interpreted to refer only to Muslims. In other words, it is not a 'text' in this argument and Sheikh Al-Qaradawi prefers the permissibility of giving Zakah to non-Muslims."

Also, the late Sheikh Sayyed Sabiq (may Allah bless his soul) gave preference to the opinion of giving Zakatul-Fitr to non-Muslims. He states in his book, Fiqh As-Sunnah:

"Az-Zuhri, Abu Hanifah, Muhammad, and Ibn Shubrumah maintain that it’s permissible to give Zakatul-Fitr to a Dhimmi, basing their argument on the following verse: 'Allah allows you to show kindness and deal justly with those who did not war against you on account of religion and did not drive you out from your homes. Lo! Allah loves those who are just.' (Al-Mumtahinah: 8)"

Thus, it appears that the issue is controversial among scholars. The view of the majority is based on the general meaning of the hadith prohibiting giving Zakah to non-Muslims, while the view of other scholars revolves around the generality of the Qur'anic verse on Zakah as well as the interpretation of the hadith as referring only to some specific people.

Dr. Monzer Kahf, suggests:

"Yet, having many people who qualify as poor and needy, we may resort to the following four criteria to help select between them:

1- The degree of need, a starving person must be given priority.

2- The person's relation to the payer of Zakah: a relative is preferred over non-relative (the Prophet, peace and blessings be upon him, said: 'It is Zakah and a link [to the heart of a relative].' A neighbor is also given priority.

3- The degree of religiosity of the receiver: this is within the spirit of the advice of the Prophet (peace and blessings be upon him): 'And let your food not be eaten except by a pious person.'

4- Availability of other sources for a specific poor/needy.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam



posted by scouser at 8:16 PM

 

~ Tuesday, November 09, 2004



"Mat,ni dah sampai ke malam ni...bila tok imam tu nak berenti takbir...takkan solat sunat ari raya time malam kot"

"Tak tau la Li,tok imam tu ikut mazhab lain kot"


Bismillahirrahmaanirraheem...

Wadah Wanita Islam: Wanita digalak solat raya Oleh Prof Madya Maznah Daud


"MAMA, kenapa kita tidak pergi dengan abang dan abah ke masjid untuk sembahyang raya?" tanya Ruhaimah, gadis belasan tahun kepada ibunya yang sibuk memasak dan menghidang makanan di meja makan untuk juadah raya.

"Ruhaimah, kita orang perempuan dan tugas kita menyediakan makanan. Biar abang dan abah sebagai orang lelaki saja yang pergi ke masjid.

"Kalau tidak kita menyediakan makanan untuk mereka, siapa lagi," jawab mamanya tersenyum sambil mencubit sayang dagu si comel itu.

Kita sering mendengar perbualan sebegini di kalangan wanita pada pagi raya. Namun, adakah pandangan itu secocok dengan roh hari raya?

Benarkah hanya lelaki yang perlu bersembahyang hari raya dan tugas wanita hanya memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah, memasang langsir baru dan menyambut tetamu pada pagi raya?

Adakah amalan lain (dikira ibadat dan mendapat pahala) yang lebih afdal dan utama yang seharusnya dilakukan oleh wanita pada pagi raya?

Justeru, kita perlu melihat semula beberapa amalan lain yang lebih utama ketika merayakan Aidilfitri, sekali gus diredai supaya hari raya kali ini lebih baik daripada hari raya tahun lalu.

Hari raya adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Ia disambut meriah dengan pelbagai acara. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: "Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksudnya: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu hari Adha dan hari Fitri." (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, hari raya bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.

Ia bukan satu hari yang direka atau diilhamkan oleh sesiapa. Ia adalah anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya baik lelaki dan wanita yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa Ramadan.

Pada pagi Syawal, Rasulullah menjamah sedikit makanan sebelum keluar ke tanah lapang untuk menunaikan solat sunat hari raya.

Kebiasaannya, Baginda memakan beberapa tamar dalam bilangan ganjil. Jadi wanita tidak perlu bersusah payah menyediakan juadah yang berlebihan.

Disunatkan juga sebelum pergi solat hari raya, kita mandi sunat hari raya, memakai baju baru atau yang lebih elok.

Anas menceritakan: "Pada kedua-dua hari raya, Rasulullah menyuruh kami memakai pakaian yang paling baik daripada apa yang ada pada kami, memakai bauan paling wangi daripada apa yang ada pada kami, dan menyembelih binatang yang paling mahal daripada apa yang ada pada kami." (Hadis riwayat Al-Hakim).

Maksud paling baik daripada apa yang ada adalah tidak semestinya kita bersusah payah berbelanja secara berlebihan untuk menyediakan pakaian baru. Pilih saja mana yang ada dirasakan lebih baik berbanding lain.

Selepas itu, Baginda menuju ke tempat solat hari raya dengan berjalan kaki sambil memperbanyakkan takbir sepanjang perjalanan.

Apabila pulang, Baginda akan memilih jalan lain daripada yang dilalui ketika pergi. Di kampung, mungkin sunnah ini masih berterusan tetapi di bandar, penghuninya lebih senang berkereta. Jika mereka dapat mengikuti sunnah ini, pasti sambutan hari raya akan lebih meriah.

Baginda mengerahkan seluruh umat Islam keluar ke tempat solat, termasuk kaum wanita.

Ummu 'Atiyyah Al-Ansoriyyah berkata: "Kami diperintahkan supaya membawa bersama pada kedua-dua hari raya anak perempuan dan gadis remaja serta wanita yang sedang haid untuk bersama melakukan kebaikan. Wanita yang sedang haid duduk berjauhan dari tempat solat."(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hal ini menggambarkan Rasulullah begitu mengambil berat supaya wanita turut merasakan kemeriahan dan keberkatan hari raya. Bertemu sambil mengucap tahniah serta mendengar wasiat berguna daripada pemimpin secara terus dan langsung.

Pada masa ini, kebanyakan wanita kita masih belum merasakan pentingnya keluar menyertai solat sunat hari raya. Ramai beranggapan menyediakan makanan untuk keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung itu adalah lebih penting.

Suami pergi bersendirian tanpa membawa isteri. Ayah pergi bersama anak lelaki dan meninggalkan anak perempuan untuk membantu ibu memasak serta menghias rumah.

Sedar atau tidak, wanita kita sudah terlepas daripada pahala ibadat menghayati sambutan hari raya yang sebenar kerana kemuncak sambutan hari raya dalam Islam adalah solat Aidilfitri.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang mengeluarkan zakat, mengingati dan menyebut nama Tuhannya lalu mengerjakan solat." (Surah Al-A'la, ayat 14-15).

Sebahagian ulama berkata, maksud solat dalam ayat ini adalah solat hari raya. Jadi orang yang disebut sebagai beruntung ialah mereka yang mengerjakan solat, bukan yang memasak dan menghias rumah.

Solat sunat hari raya dilakukan di tanah lapang. Baginda tidak solat di masjid kecuali jika hujan.

Selain menambah kemeriahan hari raya, Baginda memilih tempat lain dari masjid untuk memberi peluang kepada wanita haid bersama-sama menyertainya. Jika solat diadakan di masjid, sudah pasti penyertaan wanita terbatas.

Pada hari raya, Rasulullah dan sahabat saling mengucap tahniah antara satu sama lain dengan ucapan taqabbalallah minna wa minkum yang bermaksud: "Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kami dan juga anda."

Tiada riwayat yang menyatakan mereka saling bermaafan pada hari raya seperti yang dilakukan oleh umat Islam di tanah air kita.

Sesungguhnya sikap bermaafan itu dituntut Islam sepanjang masa bukan pada hari tertentu. Ia wajib disegerakan dan dilakukan sepanjang tahun, bukan pada hari raya saja.

Meminta maaf juga tidak memadai dengan bersalam saja. Ia mesti diiringi dengan taubat nasuha dan memulangkan atau menjelaskan hak kepada tuannya.

Budaya meminta maaf sambil bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram wajib dihentikan kerana ia mencemari kesucian Aidilfitri yang mana pada hari itu, kita kembali kepada fitrah.

Rasulullah membenarkan umat Islam menjamu selera dan berhibur dengan hiburan yang diharuskan. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Bakar mengherdik dua kanak-kanak atau hamba perempuan yang sedang mendendangkan syair di rumah Aisyah pada hari raya. Lalu Rasulullah menegur Abu Bakar dengan sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya. Dan hari ini adalah hari raya kita."

Kesimpulannya, hari raya dalam Islam mempunyai pengertian tersendiri. Ia adalah satu ibadat dan syiar yang murni.

Oleh itu sambutannya juga mengandungi adab, etika dan sunnah tersendiri. Sebagai umat yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Rasulullah, kita tidak patut terikut-ikut dengan cara dan budaya orang lain dalam menyambut hari raya.

Di sinilah, letaknya peranan wanita dalam menentukan corak sambutan yang terbaik berlandaskan agama.

Lantaran itu, hari raya sebagai ibadat tidak seharusnya disambut dengan cara berlebihan, bercampur maksiat atau bercanggah dengan agama Islam. Hal ini kerana seperti ibadat lain, ia adalah satu ibadat syiar Islam yang suci.

Perkataan fitri bermaksud 'berbuka puasa' iaitu hari di mana umat Islam selesai menjalankan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.

Ada pula yang berpendapat perkataan fitri berasal dari fitrah yang bermaksud naluri atau sifat semula jadi manusia yang bersih suci, tidak dicemari oleh sifat keji seperti syirik dan fasik. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam melawan nafsu, membersih diri daripada dosa dan kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah dan mentauhidkan-Nya.

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya..."(Surah Al-Hajj, ayat 37)

Takbir ini diamalkan oleh Nabi, sahabat dan umat Islam selepasnya. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong yang bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia yang diciptakan dalam keadaan yang suci.

Disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:08 PM

 

~ Monday, November 08, 2004



Kalau menang tu mesti relate ngan piala atau hadiah ke??? Kalau tak dpt hadiah atau piala kira tak menang la ek?

Bismillahirrahmaanirraheem...

Konsep kemenangan dalam Islam

Surah An-Nasr

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Melihatkan kepada ayat yang serba ringkas ini, sebenarnya amat dalam pengajaran yang Allah perturunkan kepada para daie sebagai panduan perjuangan. Ayat ini mengajarkan satu konsep yang tidak terdapat pada agama lain. Konsep yang sepatutnya di amalkan dan dijadikan batu asas tarbiyah ruhi pada setiap pejuang.

Konsep ini adalah konsep meletakkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Konsep penyerahan diri dan roh kepada tidak lain melainkan kepada Allah. Hatta bila turun kemenangan sekalipun ianya tidak lain melainkan untuk Allah s.w.t.

Kerana itu sekiranya kita kaji secara mendalam ayat di atas:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan"

Pertolongan dan kemenangan bukannya datang dari usaha kita yang kuat. Bukan pula dari hakikat kita telah mebanting seluruh keupayaan dan mengerah segenap tenaga kita kepada mencapai kemenangan. Ini semua tidak akan berlaku melainkan kemenangan itu datangnya dari Allah.

Dengan menyedari hakikat yang serba ringkas tetapi bermakna ini akan membezakan diantara kemenangan dan kekalahan. Di antara kejayaan dan ketewasan. Di antara dijulang atau kecundang. Apabila para pejuang meletakkan hakikat dan menyedari maksud bahawa tidak ada yang dilangit dan dibumi ini melainkan kerana Allah, sesungguhnya dia telah membuang dunia di hatinya lantas menggantikan apa yang terkandung di dalam hatinya itu dengan pengertian bahawa hanya Allahlah tempat kembali pergantungan dan pengharapan. Kemenangan hanya akan datang bila Allah telah redha dengan tahap keimanan dan usaha kita. Gagal menyedari hakikat ini bermakna kita telah menggagalkan diri untuk mendapat pertolongan Allah.

Berkait rapat dengan perkara ini Allah selanjut berfirman:

"dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong"

Apa lagi kejayaan selain dari melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong. Tambahan, apakah tidak ada rasa barang sedikit pun rasa bangga bahawa kemasukan mereka ke dalam Islam adalah kerana usaha kita. Tidak ada rasakah?

Sekiranya ada rasa demikian, maka ingatlah akan firman Allah seterusnya:

"maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."

Mengapa Allah menyuruh kita bertasbih dan bertaubat? Pelik! Bukannya kita berbuat dosa. Malah kita sebenarnya berbuat perkara yang baik - menyeru manusia masuk Islam. Mengapa dianjurkan selepas solat untuk kita beristifar kepada ALlah swt. Kenapa? Apakah tidak cukup bahawa apa yang kita lakukan tadi adalah hakikat ibadat yang maha tinggi?

Maka sahabat, sekiranya ada pemikiran dan ego demikian di dalam hati kita tatkala Allah berikan kemenangan, maka itulah dosa yang Allah minta kita bertaubat keatasnya.

konsep kemenangan pada Islam bukannya hip hip horrey!, bukannya berpesta, bukannya dengan mengangkat menjulang tetapi konsep kemenangan Islam ialah dengan sujud syukur, dengan beristifar, dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir bertahlil memuji Allah swt. Inilah konsep kemenangan yang sebenar.

Dan saudara, selagi kita tidak menyediakan para daie untuk memahami konsep ini, maka lagi jauhlah kemenangan tersebut. Dan sudara, bagaimana kita hendak mengharapkan para daie memahami konsep sebegini dalam dan sukar melainkan dengan usaha tarbiyah yang berkesan dan berterusan.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:20 PM