~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, December 18, 2004

Tazkirah ringkas (part 2)



Gambar pemadam???Apa kaitan ngan tazkirah kali ni plak?

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah dan inayahNya masih lagi aku dpt hidup di muka bumi ini.Spt biasa mari kita sama2 syukuri dua nikmat yg terbesar telah dianugerahkan kepada kita iaitu,iman dan Islam.Actually,nikmat Allah ni kalau kita fikir2kan semula,terlalu la byk.Org bijak pandai kata infiniti.Teringat plak satu ayat Al Quran ni yg mafhumnya,

wa lain syakartum la azeedannakum,walain kafartum inna azaabee la syaadeed

"Jika kamu bersyukur akan Aku tambahkan nikmatKu dan jikalau kamu kufur,sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

Sejarah silam pun dah buktikan betapa banyaknya golongan manusia yg tidak bersyukur ataupun kufur dgn nikmat Allah ini, mendapat azab yg pedih.Apa yg dimaksudkan dgn kufur nikmat?Bukankah kufur itu sama dgn perkataan kafir yg bermaksud tidak mempercayai Allah sbg ilah dan rabb?Kufur dan kafir berasal drp perkataan kafara yg bermaksud 'to cover'.Apa2 perbuatan yg berniat utk melindungi perkara sbnr dikira kufur.Kalau org kafir maknanya mereka ni sengaja melindungi hati mereka daripada mempercayai Allah itu ilah dan rabb.Kalau kufur nikmat plak maknanya derang ni cuba melindungi ataupun melupakan segala nikmat yg Allah berikan walaupun mereka tahu segala yg baik itu dari Allah.Contohnya kita lihat seerah berkenaan empangan ma'rib yg wujud sblm zaman jahiliah.Ahli pakar sejarah mengatakan pecahnya empangan tersebut bermulalah zaman jahiliah di semenanjung arab.Empangan ma'rib dibina dgn tujuan sbg punca air utk kegunaan harian dan pertanian.Ketika itu,tanah di kawasan tersebut (ahli sejarah berpendapat empangan ma'rib terletak di Yaman)sangat subur kerana terdapatnya empangan tersebut.Alhamdulillah,rezeki mereka semakin bertambah.Lama-kelamaan mereka menjadi angkuh dan lupa diri melainkan seorg sahaja,iaitu jurutera yg membina empangan tersebut.Apabila hal ini berlaku,jurutera tersebut cuba menyedarkan penduduk di sekitar empangan ma'rib bahawa segala kemewahan yg dimiliki datangnya dari sifat pemurah Allah ta'ala.Tidak seorg pun yg mahu mendengar nasihatnya.Maka jatuhlah azab pedih spt mana yg disebut dlm ayat di atas td.Empangan tersebut pecah dan tanah di kawasan tersebut menjadi kering kontang.Kalau dahulunya buah2 dan sayuran yg berkhasiat tumbuh di tanah tersebut,tetapi skrg hanya buah2 masam dan pokok yg berduri menjadi habitat di situ.

Cuba kita lihat contoh kaum 'Ad pulak.Kaum 'Ad ni hidup zaman Nabi Hud.Mereka dikurniakan Allah dgn fizikal yg besar.Dlm Al Quran ada menceritakan kegagahan mereka sehingga mampu membina kediaman dgn memahat gunung ganang.Bukti pembinaan tersebut boleh dilihat di Jordan.Kediaman mereka yg terletak di gunung ganang ini menjadikan ianya lokasi yg strategik drp serangan musuh.Dari kawasan gunung berhampiran,kediaman ini sukar utk dilihat kerana lindungan kabus.Oleh kerana mereka engkar dgn dakwah Nabi Hud dan mahu membunuh baginda,Allah menurunkan azab yg pedih iaitu bunyi yg kuat sehingga mereka mati.Kalau dilihat dari sudut sains,kabus yg tebal boleh menyerap bunyi yg kuat.Malah kestabilan gunung ganang juga menjadikan kawasan tersebut terselamat daripada gegaran gempa bumi.Allah mengatakan dlm Al Quran bahawa gunung ganang itu dijadikan sbg pasak bumi. (An Naba':6-7)Malah sains sendiri telah membuktikan bahawa gunung ganang menyebabkan keseimbangan tanah di muka bumi.Namun begitu kuasa Allah masih dpt mengatasi segala teknologi yg dimiliki manusia.

Kisah kedegilan manusia bkn setakat empangan ma'rib dan Nabi Hud sahaja,malah meliputi kaum2 nabi yg lain spt kaum sadum (nabi luth),kaum madyan (nabi syua'ib),kaum thamud (nabi soleh),dan byk lagi.Bkn kaum2 nabi terdahulu je,kaum nabi kita sendiri, iaitu nabi muhammad pun ada.Cuba lihat apa yg telah terjadi ketika berakhirnya empayar abasiyyah.Khalifah yg terakhir dari dinasti Abasiyyah adalah seorg yg amat meminati kuda.Beliau sanggup menghabiskan beribu dinar daripada wang rakyat semata-mata kerana ingin memiliki kuda yg baik.Seorg wakil dari tartar (mongolia) telah berjumpa dgn baginda utk menjual baka kuda yg baik.Malangnya harga kuda tersebut terlalu mahal dan baginda tidak mampu membayarnya.Lantas wakil tersebut dibunuh dan baka kuda tersebut diambil.Perkara ini sampai ke pengetahuan raja tartar ketika itu,Genghis Khan.Jajahan Abasiyyah dan tartar amat jauh.Kedua-duanya merupakan kuasa yg besar ketika itu.Jika tartar menyerang kerajaan abasiyyah,ia merupakan satu risiko yg besar kerana ramai tenaga tentera diperlukan.Malah kerajaan tartar sendiri mungkin berada dlm keadaan bahaya kerana sedikit sahaja jumlah tentera yg akan mengawasi bandar di raja tartar ketika mereka menyerang Baghdad (pusat pentadbiran Khilafah Abasiyyah) nanti.Ditakdirkan Allah swt,tentera tartar menyerang juga baghdad dan khilafah abasiyyah mengalami kekalahan yg teruk.Sumber sejarah mengatakan Sg Furat bertukar warna hitam kerana dakwat dari buku2 di library baghdad.Habis semua buku dibuang ke sungai furat dan lenyaplah teknologi Islam ketika itu.Semua rakyat baghdad tidak dibiarkan hidup.Banjir darah dikatakan telah melanda bandar baghdad ketika itu.Apa yg menarik perhatian,generasi ketiga Genghis Khan,iaitu Kublai Khan memeluk Islam.Malah seluruh rakyat tartar menjadi muslim slps itu.Itulah kuasa Allah yg tidak mahu nur Islam itu hilang dari muka bumi.Allah tidak memerlukan sesiapa sebenarnya utk membantuNya.Itulah juga akibatnya apabila kufur kpd nikmat Allah swt.Tampuk kerajaan sudah dimiliki,tetapi hanya kerakusan terhadap kuda yg menjadikan ia kufur pd nikmat Allah.Kufur bkn sahaja membawa makna menafikan nikmat Allah swt,malah melanggar hukum hakam Allah juga termasuk dlm perkara kufur nikmat.

Skrg cuba kita tgk satu lagi kisah pada zaman Rasulullah iaitu kisah Tsa'labah.Tsa'labah merupakan pengembala kambing yg miskin.Beliau hanya mempunyai dua pakaian sahaja.Setiap kali slps solat di masjid beliau akan bergegas pulang ke rumah.Hal ini menghairankan Rasulullah dan baginda pun bertanya kepada Tsa'labah,"Mengapa kamu selalu tergesa-gesa pulang ke rumah wahai Tsa'labah?" Tsa'labah menjawab,"Aku sebenarnya bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberikan pakaian di tubuhku ini kepada isteriku supaya dia dpt solat dgn pakaianku.Aku seorg yg miskin dan tidak mempunyai pakaian.Aku terpaksa berkongsi pakaian solat dgn isteriku".Rasulullah berasa terharu dan terus mendoakan supaya Tsa'labah dimurahkan rezeki.Alhamdulillah kehidupan Tsa'labah bertambah mewah slps itu.Dari beberapa ekor kambing,ternakannya bertambah kepada ratus dan seterusnya menjadi ribu.Oleh kerana terlalu byk ternakan,Tsa'labah mula tidak solat berjamaah di masjid.Rasulullah berjumpa dgn beliau dan bertanya mengapa Tsa'labah tidak lagi solat berjamaah di masjid.Beliau memberikan alasan terlalu sibuk menjaga ternakannya yg telah mencecah angka ribu.Rasulullah berasa amat kecewa dgn jawapan Tsa'labah.Apabila tiba bulan Ramadhan,Tsa'labah menangguh-nangguhkan pembayaran zakat kerana sikap kikirnya.Akhirnya beliau tidak membayar zakat.Rasulullah berpesan kpd semua sahabat supaya tidak menerima zakat Tsa'labah slps itu.Apabila Rasulullah wafat,barulah Tsa'labah sedar akan kesilapannya.Malangnya,para sahabat semuanya tidak mahu mendekati Tsa'labah kerana tahu Rasulullah kecewa dgn beliau.Lebih menyedihkan zakatnya tidak diterima oleh Saidina Abu Bakar dan khalifah2 slpsnya.Hiduplah Tsa'labah dlm kesunyian dgn hati yg kecewa.Mujur Allah tidak menurunkan azab yg sangat pedih kepada Tsa'labah.Itu pun kerana Rasulullah telah meminta sendiri kepada Allah swt supaya jgn diturunkan azab yg pedih spt kaum2 terdahulu kpd umat baginda.Itupun masih ada antara kita yg masih tidak bersyukur dan mengeluh apabila dilanda ujian.

Itulah sikap manusia yg sering lalai dan alpa.Bukan sahaja lupa pd nikmat,malah lupa semua perkara termasuk amal ibadah dan rutin harian.Org kata manusia itu selalu membuat kesilapan,sbb itulah adanya pemadam.Tapi dlm Islam,manusia itu selalu membuat kesalahan,sbb itulah adanya taubah.Indah sungguh cara hidup Islam.Mmg Allah sengaja menciptakan kita dlm serba kekurangan dgn sering melakukan kesilapan.Dgn sbb itulah Allah juga sengaja menciptakan taubah utk 'memadam' kesilapan kita itu.Betapa besarnya nilai taubah itu sehingga adanya surah at taubah dlm Al Quran.Rasulullah sendiri beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari.Kalau kita fikir2,apakah zikir yg kita ungkapkan selesai sahaja solat?Istighfar bukan?Malah dlm al ma'thurat sendiri,Rasulullah meminta keampunan kpd Allah ta'ala:

...wa abu ubizanbi faghfirli fainnahu laa yaghfiruz zunuuba illa anta

"...dan aku mengakui juga akan sekian byk dosaku,maka ampunlah kiranya dosaku.Tiada yg dpt mengampunkan dosa melainkan Engkau".

Begitulah pemurahnya sifat Allah swt.Malah dlm hadis ada menyebutkan bahawa Allah itu gembira apabila hambaNya kembali kpdNya lebih drpd kegembiraan pengembala unta yg kehilangan unta tersebut dan menjumpainya kembali. Teori sains juga mengakui ada kekurangan.Sbb itulah apabila sesuatu 'equation' dicipta,mesti diiringi dgn 'assumption'.Tanpa 'assumption',equation tersebut adalah silap.Sbg contoh,F = ma hanya dgn andaian tiadanya friction.Jikalau wujud friction, F tidak sama dgn 'ma'.Secara kesimpulan,manusia itu tidak terlepas daripada lupa mensyukuri nikmat Allah.Ini tidak bermakna tiada jln penyelesaian utk kelemahan spt ini.Allah menyediakan pintu taubah sbg solution.Marilah kita bersama-sama sentiasa mengingatkan antara satu sama lain dlm mensyukuri nikmat Allah ta'ala.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam


posted by scouser at 8:23 PM

 

~ Friday, December 17, 2004

Tazkirah ringkas (part 1)



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dpt bernafas di muka bumi ini.Antara banyak kurniaan Allah,nikmat yg jarang sekali kita ingat adalah iman dan Islam.Dua nikmat ini tidak semua org perolehi,bkn sahaja manusia malah juga golongan jin.Bukan bermakna nikmat iman dan Islam tu hanya diberi pada org2 yg tertentu,tetapi nikmat ini hanya diperolehi hanya dgn adanya hidayah dan taufiq dari Allah ta'ala.Oleh kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam,dan telah dipilih oleh kedua ibu bapa kita utk menjadi seorg muslim,maka kita adalah antara org2 yg beruntung.Tanpa penat lelah,kita telah pun mendapat nikmat Islam itu.Satu nikmat ini pun sudah sangat berharga.Apatah lagi kalau kita mendapat nikmat iman dan Islam sekaligus.Mmg tidak dinafikan kita tidak boleh menentukan sama ada kita ini sudah beriman ataupun tidak,tetapi dgn mengikut garis panduan utk menjadi seorg yg beriman itu pun sudah menunjukkan kita ke arah yg baik.

Kebanyakan antara kita tidak memahami definisi iman secara menyeluruh.Lantaran itu,ramai antara kita yg merasakan bahawa dgn mengakui keenam-enam rukun Islam telah melayakkan diri masing2 menjadi seorg yg beriman.Mmg diakui dlm hadis yg telah diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah melalui saidina umar bahawa Rasulullah menyatakan iman itu adalah rukun yg enam itu tadi.Hal ini berlaku ketika Rasulullah sdg duduk bersama2 dgn para sahabat dan dgn tiba2 muncul seorg lelaki yg bersih raut wajahnya dan berpakaian putih dtg mengadap baginda.Apabila ditanya apakah itu Islam,baginda menjawab:

1.Mengucap kalimah syahadah
2.Mendirikan solat fardhu
3.Berpuasa di bulan ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Menunaikan haji jika mampu

Apabila ditanya apakah itu iman,baginda menjawab:

1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Rasul2
3.Percaya kepada kitab2
4.Percaya kepada para malaikat
5.Percaya kepada hari kiamat
6.Percaya kepada qada dan qadar

Seterusnya lelaki tersebut bertanya kepada baginda apakah itu ihsan.Baginda lantas menjawab:

An ta'budallaha kaannaka taraahu,fain lam taraahu,fainnahu yaraaka

"Mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah Ia melihat engkau.Jika engkau tidak merasa dpt melihatNya,kau merasakan yg Dia sdg melihat dirimu"

Seterusnya apabila lelaki tersebut bertanya bilakah hari akhirat.Baginda menjawab hanya Allah yg tahu.Aku dan kamu tidak tahu.Para sahabat merasa pelik kerana jawapan Rasulullah tersebut seolah-olah baginda mengenali lelaki tersebut.Rasulullah mmg menduga para sahabat akan bertanya kepada baginda mengenai lelaki tersebut.Baginda menyatakan lelaki tersebut adalah malaikat Jibril.Apabila berckp ttg malaikat Jibril,makhluk Allah ini adalah bukti keagungan Allah.Aisyah R.A mengatakan Rasulullah pernah melihat Jibril dlm keadaannya yg sebenar sebanyak dua kali.Iaitu ketika wahyu yg pertama diturunkan di Gua Hira' dan ketika Isra wal Mi'raj.Rasulullah bersabda bahawa sebelah sayap Jibril A.S itu sudah merangkumi timur dan barat.Betapa 'azimnya kekuasaan Allah itu.

Berbalik semula kepada isu 'iman'.Mmg benar iman itu berasal drpd perkataan 'amana',lalu menjadilah ia 'amanah' dan 'al amin'.Semuanya mempunyai maksud yg hampir sama.Amanah bermakna jujur ataupun boleh dipercayai dan 'Al Amin' bermakna yg dipercayai.'Root' word is percaya.Tapi di manakah tingkatan 'percaya' yg dimaksudkan ini.Adakah percaya sekadar percaya dgn ala kadar.Contoh yg boleh kita lihat percaya ala kadar adalah spt mempercayai bahawa polis menjaga keamanan negara.Apabila ditunjukkan bukti ada sesetengah polis yg bertindak mencabul hak asasi manusia spt menerima rasuah dan sbgnya,kita terus meragui kredebiliti polis dlm menjaga hak rakyat.Adakah hal ini sama dgn iman?Sudah tentu tidak.Katakan apabila seorg non muslim bertanya kpd kita apakah Allah itu wujud dan meminta kita membuktikan kewujudanNya.Malangnya ketika itu kita tidak mampu menjawabnya secara logik,adakah itu bermakna kita ragu2 dgn kepercayaan kita ttg kewujudan Allah?Sama sekali tidak.Itulah bezanya iman dgn sekadar perkataan 'percaya'.Sbb itu ulama menggariskan tiga elemen yg perlu ada dlm iman,iaitu:

1.Tasdiqu bil qalb (mempercayainya dgn hati)
2.Taqriru bil lisaan (mengungkapkan dgn kata2)
3.'Amalun bil jawarih (dibuktikan dgn amal)

Sekadar kata2 mulut masih tidak mencukupi.Malah dgn iktiqad dlm hati pun masih tidak cukup.Perlu dibukti dgn amal ibadah kita.Sbb itulah apabila disebutkan ciri2 org yg beriman,Allah menerangkan:

1.al lazee zukirallahu wajilat qulubuhum (apabila disebutkan nama Allah,bergentarlah hati mereka)

2.wa iza tuliyat 'alaihim ayatihi zaadathum eemaanaa (dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya,bertambah iman mereka)

Dari ayat Allah swt tadi sudah menunjukkan bukti iman itu hendaklah dipercayai dgn sepenuhnya melalui hati.

Mari kita lihat bukti iman itu perlu dibuktikan dgn perkataan.Pada suatu hari,saidina Umar berjumpa dgn Rasulullah.Beliau berkata;

"Ya Rasulullah,aku sudah beriman".Rasulullah bertanya kepada umar,"Adakah kamu mencintai diri kamu lebih daripada Allah dan Rasul?" Umar menjawab dia masih mencintai dirinya lebih daripada Allah dan RasulNya.Rasulullah menjawab bahawa umar masih lagi belum beriman.Keesokannya barulah Umar mengakui dia mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada dirinya.Ketika itulah Rasulullah menyatakan Umar sudah beriman.Adakah Umar sudah membuktikan dgn amal perbuatannya?Belum lagi ketika itu,ini membuktikan taqreeru bil lisaan juga penting.

Bagaimana pula halnya dgn amal perbuatan.Apa buktinya?Allah berfirman mafhumnya,

"Wahai org yg beriman,mahukah Aku beritahu kamu satu jual beli yg boleh menjauhkan kamu dari azab yg pedih?(Perkara itu) Beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjuang di jalan Allah dgn harta kamu dan nyawa kamu.Itu adalah yg baik buat kamu sekiranya kamu tidak mengetahui"

Saya minta maaf kerana saya tidak mengingati nombor ayat ini,tetapi ianya dari surah As Shoff.Jelas ditunjukkan di situ 'berjuang di jln Allah' adalah salah satu ciri yg mesti ada pada org2 yg beriman.Berjuang di jalan Allah cuma merupakan salah satu contoh sahaja,banyak lagi contoh lain yg boleh menjadikan kita org2 yg beriman.Salah satu contoh amalan yg boleh menambahkan halawatul iman (kemanisan iman) adalah dgn memperbanyakkan amalan2 sunat.Jelas satu lagi bukti yg mengatakan amal ibadah adalah salah satu cara membuktikan keimanan kita.

Kalau dilihat dari statistik yg terbaru,bilangan penduduk dunia sudahpun mencecah angka 6 billion.Dari 6 billion itu,hanya 1.5 billion sahaja yg beragama Islam.Bagaimana pula dgn angka yg beriman?Baru2 ini saya ada berbual dgn group mate project saya yg berasal dari Palestin.Saya mengajak beliau berbuka puasa di masjid kerana beliau memberitahu saya bahawa beliau selalunya berbuka puasa di restoran.Jawabnya,"I would love to break my fast at the masjid,but the problem is that I don't want to pray".Jawapannya sungguh mengejutkan saya.Malah groupmate yg lain bertanya kepadanya mengapa beliau tidak mahu sembahyang.Groupmate tersebut beragama hindu.Saya tidak menyalahkan groupmate saya yg dari Palestin tersebut kerana memberi jawapan yg sedemikian.Mungkin kerana beliau kurang asuhan Islam daripada ibu dan ayahnya.Apa yang mengecewakan saya,rupanya ramai umat Islam yg masih tidak beriman sepenuhnya.Saya tidak mengatakan sahabat tersebut tidak beriman,cumanya imannya masih belum sempurna.Malah iman saya juga mungkin belum sempurna.Lebih menyedihkan mereka yg masih belum sempurna imannya ini kebanyakkannya daripada golongan intelek.Benarlah hidayah itu tidak boleh dinilai melalui logik akal semata-mata.Malah banyak perkara dlm dunia tidak boleh dibuktikan dgn logik akal.

Sebagai contoh,dlm ilmu sains, bumi dan planet2 lain berada di paksi masing2 kerana adanya tarikan graviti daripada matahari.Disebabkan tarikan graviti matahari itu,planet2 hanya berputar pd paksi masing2 dgn jejari (radius) yg tetap.Tapi bagaimana dgn meteor ataupun tahi bintang.Mengapa tahi bintang tidak berada pada paksinya yg tersendiri jika semua objek di angkasa ditarik oleh tarikan graviti matahari?Malah meteor memecut dgn kelajuan yg sungguh luar biasa di angkasa.Walhal kita sendiri mengetahui bahawa angkasa raya adalah vakum.Bermakna tiada daya dari luar yg boleh menyebabkan meteor tersebut memecut.Masih ingat lagi formula, F = ma?Mungkinkah terdapat satu daya dari kuasa yg ghaib?Boleh jadi juga.Apakah kuasa itu?Itulah kuasa Allah ta'ala.Adakah semua perkara logik boleh dijawab?Wallahu 'alam.

Oleh kerana kuasa tarikan mata saya tidak mampu menahan kekuasaan Allah,saya terpaksa berhenti di sini dahulu.Insya Allah,tazkirah ini akan disambung esok hari.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:17 PM

 

~ Thursday, December 16, 2004



Ari ni cikgu akan ajar cara2 membaiki tayar basikal...Eh,eh...dgr la sini.Cikgu nak ajar ni.Ler,apesal sume takmo dgr ckp aku ni

Bismillahirrahmaanirraheem...

BERGURU DGN BUKU = BERGURU DGN SYAITAN ?

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr yang tidak jemu-jemu menziarahi web al-Ahkam.net ini .

"Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan". Ini di antara kata-kata yang sering kita dengar .

Marilah kita meneliti kata-kata ini dengan mengikuti perbahasan mengenainya sebagai mana berikut :

{ 1 } ~ AKAL VS KATA-KATA INI :

Kalaulah benar kata-kata "Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan" , adakah ini bermakna : "Setiap guru adalah ma'asum ( suci drp dosa-dosa ) laksana Para Malaikat a.s dan Para Anbiya’ a.s" .

Dan adakah kata-kata ini juga membawa makna : Sesiapa sahaja yang belajar secara berguru maka ilmunya dijamin betul dan tepat dengan kehendak Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w ? .

Jawapan yang pasti ditemui oleh kita semua terhadap soalan-soalan itu ialah : SUDAH TENTU TIDAK !!! .

{ 2 } ~ DRP MANAKAH SUMBER KATA-KATA INI ? :

Yang pasti ianya bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan bukan juga berasal daripada Para Sahabat r.a .

Para Ulama' rh yang muktabar ( yang boleh dijadikan panduan umat ) mempunyai berbagai pendapat mengenai daripada manakah datangnya kata-kata di atas dan mereka mencari-cari daripada manakah sumbernya kata-kata :

" Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan"

* Kata-kata ini terdapat di dalam Kitab "Haq at-Toriqoh" dan "Syarh Usul Tahqiq" ~ Tetapi tidak dinyatakan pula daripada manakah asal-usulnya kata-kata itu .

* Kata-kata itu juga tidak dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadist yang terkenal seperti Sunan Sittah , Mausu'ah Atrofil Hadist , Al-Jamie al-Kabir Lis Suyuthi , Al-Mu'ujam al-Mufahras Li Alfazil Hadis an-Nabawi , Miftah Kunuz as-Sunnah dan selainnya .

* Asy-Syeikh Mahmud Abdul Rauf al-Qasim menyatakan di dalam kitabnya Al-Kasyfu An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , di antaranya :

{ a } ~ Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifaie ( rh ) .

{ b } ~ Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi ( rh ) .

{ c } ~ Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali ( rh ) .

{ 3 } ~ SIKAP KITA TERHADAP KATA-KATA INI :

Kata-kata manusia biasa ( selain Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah tentulah boleh diterima dan boleh ditolak , dan inilah merupakan satu kata-kata hikmah yang pernah diucapkan oleh Al-Imam Malik rh , Imam Negeri Hijrah ( Al-Madinah al-Munawwarah ) satu ketika dahulu .

Diterima kata-kata itu apabila bersesuaian dan tepat dengan ajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah , dan ditolak sesuatu teori , kata-kata dan pendapat apabila bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi perundangan dan ilmu umat Islam itu .

Begitu juga , sesuatu kata-kata dan pandangan itu sudah tentu boleh diterima apabila dihuraikan ( disyarahkan ) bersesuaian dengan kehendak syariat Islam itu sendiri , dan ia akan ditolak dan dilempar jauh-jauh apabila dihuraikan dengan cara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam itu sendiri .

Demikianlah juga sikap kita terhadap kata-kata : Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan.

Namun, Tidaklah kita menolak sesuatu kata-kata itu secara totok ataupun semberono apabila ia tidak bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kerana masih banyak lagi kata-kata para cendekiawan yang kita terima kerana mengandungi hikmah dan ilmu pengetahuan .

Bilakah sesuatu ilmu itu perlu dituntut secara berguru ? :

1 . Bagi mereka yang berada di peringkat asas dan menengah . Dimulakan dengan mempelajari muqaddimah (pendahuluan ) yang berkaitan dengan sesuatu ilmu yang bakal dipelajari . Di masa ini jugalah para pelajar dikenalkan dengan berbagai istilah agar mudah mereka mempelajari secara mendalam mengenai sesuatu ilmu itu apabila mereka belajar di peringkat tinggi .

2 . Bagi kanak-kanak ataupun orang-orang yang baru diperkenalkan sesuatu ilmu , sudah tentulah di saat ini mereka perlu kepada si guru ataupun pembimbing . Seperti belajar ABC dan belajar cara sembahyang .

Bilakah sesuatu ilmu itu boleh didapati tanpa perlu secara berguru ? :

1- Bagi mereka yang telah mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh dan kuat .

2 . Bagi mereka yang berada di peringkat tinggi , mereka boleh membaca mana-mana buku pengajian yang telah pun mereka pelajari asas-asasnya sebelum ini dengan kemas-kukuh . Guru-guru ( tuan-tuan guru , para pensyarah ) hanyalah menjadi sumber rujukan apabila para pelajar peringkat ini mendapati beberapa masalah yang sukar difahami ataupun apabila mereka memerlukan huraian yang panjang lebar terhadap isi sesuatu buku .

Kebaikan Berguru Secara Langsung :

1. Mudah dan cepat memahami sesuatu topik .

2 . Boleh dilakukan soal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tapa perlu menunggu lama .

3 . Si Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu kitab / buku yang di baca oleh muridnya dengan kitab-kitab lain yang masih belum dibaca oleh muridnya itu dan guru itu juga boleh menambah dengan beberapa dalil dan keterangan lagi sebagai penjelas dan pelengkap .

4 . Si Guru boleh membetulkan cara bacaan si murid sama ada yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid ataupun Tatabahasa Bahasa Arab ( Nahu dan Sorof ) . Selain itu si guru juga boleh membetulkan beberapa fakta , baris-baris tulisan Arab dan sebagainya yang mungkin disebabkan kesilapan si penulis buku / kitab ataupun kesilapan mesin cetak .

5.; Hubungan di antara si guru dengan muridnya lebih rapat dengan cara ini .

Kebaikan Berguru Menerusi Bahan Bacaan ( Kitab / Buku / Majalah / Halaman Web Ilmiah ) :

1. Sesuatu fakta yang dikemukakan di dalam bentuk tulisan lebih cermat dan teliti , kerana si penulis mempunyai masa yang agak panjang untuk menyatakan bahan rujukan bagi sesuatu artikel ilmiah . Walhal kalau belajar secara berguru , belum tentu lagi si guru itu ingat sesuatu fakta itu bersumber drp mana , di dalam buku apa , jilid keberapa , halaman keberapa dan terbitan mana ? .

2 . Adanya bahan bertulis , lebih meyakinkan lagi para pelajar berbanding dengan semata-mata kata-kata guru-gurunya ( kerana boleh jadi guru itu tersasul , terlupa , terkeliru dan seumpamanya ) .

3. Bahan bertulis memberikan masa yang agak panjang kepada si pelajar sehinggakan boleh diulang-ulang semula pembacaan terhadap sesuatu topik yang dirasai agak sukar . Sedangkan kalau secara “ direct “ berguru , mungkin guru akan berasa tidak senang kerana asyik diajukan soalan yang sama .

4. Bahan bertulis memberikan peluang menambah ilmu-pengetahuan kepada mereka yang tidak berpeluang berguru secara langsung . Contohnya : Mereka yang sibuk dengan tugas sehinggakan kadang-kadang tiada masa untuk belajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau , masih boleh menampung sedikit kekurangan itu dengan selalu menjenguk web al-Ahkam.online dan mana-mana halaman web ilmiah .

Inilah secara ringkas kelebihan belajar sesuatu ilmu itu menerusi guru secara langsung ataupun menerusi sesuatu bahan bacaan secara langsung .

Setiap cara ini ada kebaikan dan ada kekurangan . Dan tentulah kekurangan yang ada pada kedua-dua cara dan sistem ini boleh dilenyapkan apabila kelebihan dan kebaikan kedua-dua cara dan sistem ini disatukan .

PENDEK KATA :

"Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh , akan tetapi bukan semua ilmu itu hanya boleh didapati menerusi berguru semata-mata dan anggaplah bahan-bacaan itu sebagai sokongan dan tambahan bagi ilmu yang didapati secara berguru tadi" .

Kami sangat-sangat mencadangkan kepada saudara-saudari yang dihormati sekalian agar sudi memanjangkan lagi pengetahuan mengenai topik ini dengan membaca sebuah buku yang amat baik mengenainya .

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 8:20 PM

 

~ Wednesday, December 15, 2004



Amondo la kristian ni,dah tau salah pun masih nak kato dio gak yg botul...bega botul laaaa

Bismillahirrahmaanirraheem...

Debat: Percanggahan dalam quran?

(debat ini antara kristian dan seorang ulama di Indonesia)

B: Baiklah kami mulai; kami pernah membaca ayat-ayat Al Quran yang tampaknya pada kami ada juga perselisihan antara satu ayat dengan ayat lainnya, sehinga menimbulkan keragu-raguan; apakah mungkin Nabi Muhammad sendiri yang keliru menyampaikan wahyu dari Allah. Kalau betul beliau seorang Nabi, tentu tidak mungkin beliau salah menerimanya atau menyampaikannya, ataukah memang ayat-ayat Al Quran nya yang berselisihan.

A: Baiklah saudara terangkan saja ayat-ayat Al Quran yang saudara maksudkan itu.

B: Kami telah membaca ayat-ayat Al Quran mengenai asal kejadian manusia dalam kitab terjemahan Al Quran bahasa Indonesia, dalam sebuah surat yang nampaknya antara satu ayat dengan ayat yang lain ada berselisihan sehingga timbul dalam pikiran saya bukan Bibel saja yang berselisih ayat-ayatnya, tetapi kitab Al Quran demikian juga.

A: Silahkan saudara sebutkan ayat-ayat Al Quran yang akan ditanyakan, Insya Allah yang diragukan oleh saudara itu akan terhapus.

B: Baiklah, Saya mencatat ayat-ayatnya, saya akan baca.
1 . Dikitab Al Quran surat Ar Rahman ayat 14 menyebutkan bahwa Allah menjadikan manusia berasal dari tanah yang dibakar.
2 . Di surat Al Hijr ayat 28 menyebutkan: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa).
3 . Disurat As Sajadah ayat 7 menyebutkan: "dan Tuhan menciptakan manusia dari Tanah"
4 . Di Surat Ash Shafaat ayat 11 menyebutkan: "Sesungguhnya Aku (Allah) menciptakan manusia berasal dari tanah liat"
5 . Disurat Ali Imran ayat 59 menyebutkan: "Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada tanah"

Lima ayat yang saya sebutkan ini antara satu dengan ayat yang lain terdapat perselisihan. Cobalah kita teliti. Di ayat ketiga menyebutkan dari "tanah", diayat ke empat menyebutkan daripada "tanah liat". Di ayat kelima menyebutkan dari pada "tanah". Bukankah ayat-ayat Al Quran nyata-nyata berselisihan antara yang satu dengan yang lain.

A: Ya, nampaknya memang demikian. Saya tidak akan mengecewakan saudara. Teruskan pertanyaan saudara.

B: Kami ingin bertanya; yang manakah yang benar tentang asal kejadian manusia itu. Apakah dari tanah yang dibakar, apakah dari tanah kering dan lumpur, atau dari pada tanah biasa, atau dari tanah liatkah ?. Jadi menurut pendapat saya, ayat-ayat Al Quran terdapat perselisihan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Bukan ayat-ayat Injil atau di Bibel saja terdapat perselisihan. Kiranya Bapak bisa menerangkan dengan jelas dan tepat.

A: Di kitab Al Quran ada menyebutkan bahwa asal kejadian manusia terdiri dari 7 (tujuh) macam kejadian. Agar diketahui juga oleh saudara-saudara yang hadir disini, saya sebutkan susunan ayat-ayatnya satu demi satu, sebagaimana yang saudara bacakan artinya tadi.

Pertama : Di surat Ar Rahman ayat 14: "Dia (Allah) menjadikan manusia seperti tembikar, (tanah yang dibakar)". Yang dimaksudkan dengan kata "Shal-shal" di ayat ini ialah : Tanah kering atau setengah kering yakni "Zat pembakar" atau Oksigen.

Kedua: Di ayat itu disebutkan juga kata "Fakhkhar", yang maksudnya ialah "Zat Arang" atau Carbonium.

Ketiga: Di surat Al Hijr, ayat 28: "dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)" . Di ayat ini. Tersebut juga "shal-shal", telah saya terangkan, sedangkan kata "Hamaa-in" di ayat tersebut ialah "Zat Lemas" atau Nitrogenium.

Keempat : Di surat As Sajadah ayat 7: "Dan (Allah) membuat manusia berasal dari pada "tanah"". Yang dimaksud dengan kata "thien" (tanah) di ayat ini ialah "Atom zat air" atau Hidrogenium.

Kelima: Di Surat Ash Shaffaat ayat 11: "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada Tanah Liat". Yang dimaksud dengan kata "lazib" (tanah liat) di ayat ini ialah "Zat besi" atau ferrum.

Keenam: Di Surat Ali Imran ayat 59: " Dia (Allah) menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya "jadilah engkau, lalu berbentuk manusia". Yang dimaksud dengan kata "turab" (tanah) di ayat ini ialah: "Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah" yang dinamai "zat-zat anorganis".

Ketujuh: Di surat Al Hijr ayat 28: "Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan ruh-Ku kepadanya (Ruh daripada-Ku)"

Ketujuh ayat Al Qur’an yang saya baca ini Allah telah menunjukkan tentang proses kejadiannya Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan ruh kepadanya sehingga manusia bernyawa (bertubuh jasmani dan rohani). Sebagaimana disebutkan pada ayat yang keenam tentang kata "turab" (tanah) ialah zat-zat asli yang terdapat didalam tanah yang dinamai zat anorganis. Zat Anorganis ini baru terjadi setelah melalui proses persenyawaan antara "Fakhkhar" yakni Carbonium (zat arang) dengan "shal-shal" yakni Oksigenium (zat pembakar) dan "hamaa-in" yaitu Nitrogenium (zat lemas) dan Thien yakni Hidrogenium (Zat air).
Jelasnya adalah persenyawaan antara:
1 . Fachchar (Carbonium = zat arang) dalam surat Ar Rahman ayat 14.
2 . Shalshal (Oksigenium = zat pembakar) juga dalam surat Ar Rahman ayat 14.
3 . Hamaa-in (Nitrogenium = zat lemas) dalam surat Al Hijr ayat 28
4 . Thien (Hidrogenium = Zat Air) dalam surat As Sajadah, ayat 7.
Kemudian bersenyawa dengan zat besi (Ferrum), Yodium, Kalium, Silcum dan mangaan, yang disebut "laazib" (zat-zat anorganis) dalam surat As Shafaat ayat 11. Dalam proses persenyawaan tersebut, lalu terbentuklah zat yang dinamai protein. Inilah yang disebut "Turab" (zat-zat anorganis) dalam surat Ali Imran ayat 59. Salah satu diantara zat-zat anorganis yang terpandang penting ialah "Zat Kalium", yang banyak terdapat dalam jaringan tubuh, teristimewa di dalam otot-otot. Zat Kalium ini dipandang terpenting oleh karena mempunyai aktivitas dalam proses hayati, yakni dalam pembentukan badan halus. Dengan berlangsungnya "Proteinisasi", menjelmakan "proses penggantian" yang disebut "Substitusi". Setelah selesai mengalami substitusi, lalu menggempurlah electron-electron cosmic yang mewujudkan sebab pembentukan (Formasi), dinamai juga "sebab ujud" atau Causa Formatis.

Adapun Sinar Cosmic itu ialah suatu sinar mempunyai kemampuan untuk merubah sifat-sifat zat yang berasal dari tanah. Maka dengan mudah sinar cosmic dapat mewujudkan pembentukan tubuh manusia (Adam) berupa badan kasar (jasmaniah), yang terdiri dari badan, kepala, tangan, mata, hidung telinga dan seterusnya. Sampai disinilah ilmu pengetahuan exact dapat menganalisa tentang pembentukan tubuh kasar (jasmaniah, jasmani manusia/Adam). Sedangkan tentang rohani (abstract wetenschap) tentu dibutuhkan ilmu pengetahuan yang serba rohaniah pula, yang sangat erat hubungannya dengan ilmu Metafisika.

Cukup jelas tentang ayat-ayat Al Quran yang saudara sangka berselisih antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam hal kejadian manusia (Adam), pada hakikatnya bukanlah berselisih, melainkan menunjukkan proses asal kejadian tubuh jasmani Adam (visible), hingga pada badan halusnya (invisible), sampai berujud manusia. Apakah belum jelas penafsiran ayat-ayat Al Quran yang saya sampaikan pada saudara? Kalau ada waktu saya akan terangkan juga proses asal kejadian tubuh rohani dari segi ilmu metafisika.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 3:47 PM

 

~ Tuesday, December 14, 2004



Arakian tersebutlah kisah...baco sendighi la batu bersughat tu...ponek den nak baco eh,panjang bona

Bismillahirrahmaanirraheem...

700 TAHUN ISLAM DI TERENGGANU DARUL IMAN-MALAYSIA Disediakan: Zaidi Ahmad Albaqir - Roswell

"Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan"

Catatan pada Batu Bersurat Terengganu dengan tulisan Jawi bertarikh 22 Februari 1303/4 Rejab 702 A.H. yang membuktikan bahawa pelaksanaan Hukum Jenayah Islam di bawah Undang-undang Islam di Terengganu adalah antara yang terawal di Malaysia. Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam[1]. (Pent.)

Kuala Terengganu - Tidak ramai rakyat yang peka betapa Islam sudah bertapak di Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia selama 700 tahun.

Pada 22 Februari lalu 2003 lalu, genap usia kedatangan Islam di Terengganu selama 700 tahun berdasarkan tarikh/tanggal yang tercatat di Batu Bersurat yang ditemui di Hulu Terengganu.

Penemuan Batu Bersurat itu merakamkan betapa Islam telah ada di Terengganu pada 22 Februari 1303 telah mengubah sejarah awal yang menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam tahun 1409 Masihi.

Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih awal iaitu 22 Februari 1303.

Kerajaan Terengganu Darul Iman dulu dan sepakat (di bawah pentadbiran Barisan Nasional-UMNO dan Barisan Alternatif-PAS) sepakat menerima Batu Bersurat itu sebagai asas mempercayai Islam tiba ke Tanah Melayu melalui Terengganu.

Bagi Kerajaan Terengganu Darul Iman ianya adalah satu kebanggaan dengan status ini. Dalam sesatu majlis atau seminar, apabila menyentuh tentang kedatangan Islam ke Malaysia, pemimpin Kerajaan dengan yakin menyebut peristiwa penemuan Batu Bersurat itu.

Malah, Kerajaan Terengganu Darul Iman menjadikan replica Batu Bersurat itu sebagai cenderahati kepada tetamu negeri atau kepada tuan rumah negara/negeri yang dikunjungi oleh pemimpin Kerajaan Negeri.

Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan So** dan Kesihatan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah menjadikan sejarah Batu Bersurat dan kemasukan Islam melalui Terengganu itu sebagai Tesis kajian sarjana beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Versi Cetak Warta Darul Iman, Tahun 3, Bil 74, 8 Jamadilawal 1424/8 Julai 2003

Sila lawati: terengganu.gov.my - E-mail: upknt@terengganu.gov.my

Nota kaki:
[1] Keadaan bertukar selepas kedatangan Inggris/British ke Tanah Melayu. Melalui treati yang dibuat oleh British dengan Sultan-sultan Melayu, Sultan-sultan Melayu telah bersetuju di tiap-tiap Negeri menerima nasihat Inggris/British dalam semua perkara pentadbiran kecuali mengenai agama Islam dan adat Melayu. Treati-treati itu telah ditafsirkan seluas-luasnya oleh British supaya membolehkan mereka mengembangkan pengaruh mereka di dalam semua perkara termasuk pentadbiran Undang-undang Islam. Pihak Inggris/British juga telah menasihati Sultan-sultan Melayu menubuhkan mahkamah dan akhirnya mahkamah itu telah mengambil bidangkuasa dan tempat Mahkamah Syariah. (Lihat Profesor Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim, "Pelaksanaan Undang-undang Hudud di Malaysia" dalam "Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia", Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1997) (Pent.)

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 3:57 PM

 

~ Monday, December 13, 2004



Opocot mak ko...ape candid2 plak ni? Sekeh kepala kang

Bismillahirrahmaanirraheem...

IMAM IBNU HAJAR AL ASQALANI

Beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al kinani Al-Asqalani. Beliau lahir, tinggal dan wafat di Mesir. Beliau penganut madzhab Syafi'i, beliau juga seorang hakim agung (Qadhi Qudhat) dan ulama besar Islam.

Murid beliau, Syaikh Ibnu Taghri Burdi mengatakan, bahwa Ibnu Hajar adalah seorang yang memiliki dedikasi tinggi, berwibawa, bersahaja, cerdas, bijaksana, dan pandai bergaul. Syaikh Al Biqa'i muridnya juga berkata : "Ibnu Hajar adalah orang yang memiliki pemahaman dan hafalan yang luar biasa, sehingga memungkinkan untuk mencapai derajat kasyaf, yang dapat menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Ia juga memiliki kesabaran yang kokoh, semangat yang tinggi dan hati yang istiqamah".

Najmuddin bin Fahd, seorang ahli hadits negeri Hijaz mengatakan, "Ibnu Hajar adalah muhaqqiq yang handal, pintar, fasih, berakhlaq mulia dan teguh dalam melaksanakan perintah agama. Dalam syair dikatakan, " Mustahil akan datang suatu masa seorang seperti Ibnu Hajar sesungguhnya masa seperti itu sangatlah sulit.

Gurunya Ibnu Hajar
Ibnu Hajar banyak melakukan perjalanan ke berbagai penjuru untuk mencari ilmu sehingga banyak bertemu dengan para ulama terkemuka yang ikhlas memberikan pelajaran kepadanya. Diantaranya adalah, Imam Balqini yang terkenal banyak karyanya, Syaikh Al Iraqi yang sangat menguasai ilmu hadits, Haitsami yang banyak hafal matan hadits, Fairuzabadi yang terkenal ahli bahasa, Ghamari yang menguasai bahasa Arab, Muhib bin Hisyam dan 'Izz bin Jama'ah yang keduanya banyak menguasai berbagai disiplin ilmu, dan Tanukhi yang terkenal dengan pengetahuan akan qira'at dan sanadnya.

Guru beliau banyak sekali dan dikumpulkan dalam kitabnya Al Mujamma 'Al Muassas li Al Mu'jam Al Mufahras.

Ibnu Hajar adalah seorang murid yang mempunyai semangat tinggi, pandai, memiliki hafalan yang kuat dan pemahaman yang baik. Hal itu sangat memudahkannya untuk menguasai berbagai disiplin ilmu yang mereka ajarkan.

Ibnu Hajar adalah seorang ahli bahasa, nahwu dan sastra. Beliau sangat menguasai ilmu nahwu dan memiliki kemampuan untuk memecahkan persoalan dengan mengambil syahid (contoh) dari Al-Qur'an dan Hadits untuk menguatkannya, bahkan terkadang beliau melakukan kritik terhadap ulama nahwu, sehingga di antara mereka ada yang mengatakan "kamu telah mempelajari ilmu nahwu dan menguasainya. Sehingga menjadi seorang yang malik(menguasai ilmu nahwu) dan Ibnu Malik (penulis Alfiyah).

Ibnu hajar juga seorang
uarrikh (ahli sejarah). Beliau sangat senang mengkaji sejarah, peristiwa, dan kehidupan para perawi dengan teliti, obyektif dan pikiran yang cerdas.

Ibnu Hajar juga seorang Mufassir (ahli tafsir). Beliau menghafal dan memahami Al-Qur'an, mengetahui qira'at Al-Qur'an, kemudian mendalami Ilmu Alqur'an, tafsir, nasikh-mansukh, mthlaq-muqayyad, dan 'aam-khash. Setelah itu beliau menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an.

Ibnu hajar juga seorang Faqih. Dalam mendalami fiqih beliau memiliki metode sendiri, yaitu dengan menggabungkan antara fiqih dan hadits. Kedua ilmu ini sangat jarang dikuasai oleh satu orang sekaligus. Sebelumnya beliau menguasai ilmu hadits, setelah itu digabungkan dengan fiqih sehingga menjadi fiqih hadist, hal itu dilakukan karena beliau memiliki kemampuan dalam melakukan istinbath dari nash, atau kemampuannya dalam menggabungkan beberapa pendapat, sehingga dengan kemampuan itu beliau termasuk muhaddits al fuqaha dan faqih Al Muhadditsin pada masanya.

Ibnu Hajar juga seorang Muhaddits. Beliau menguasai ilmu hadits dirayah dan riwayah, mengetahui cacat sebuah hadits, kritik sanad, nama perawi hadits, biografi para perawi, jarh dan ta'dil, sehingga beliau menjadi seorang ulama ilmu hadits.

Hafizh Tajuddin bin Qarabili berkata "aku bersumpah atas nama Alloh, tidak ada seorang di Damaskus yang banyak menghafal hadits setelah Ibnu Asakir kecuali Ibnu Hajar." Pada kesempatan lain dia telah melebihkan beliau dari para ahli hadits lain seperti Mazzi, Birzali, dan Dzahabi, lalu ia berkata, "Dalam diri Ibnu Hajar terkumpul semua dari apa yang mereka miliki dalam memahami dan menghafal matan, sanad, dan melakukan istimbath hukum serta menyatukan dua dali yang kontradiksi.

Demikian semoga bermanfaat

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 4:59 PM