~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, December 22, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah dan kurniaNya masih lagi dpt hidup di muka bumi ini.Mari sama2 kita sekali lagi mengingati diri kita sendiri dan sahabat2 yg lain akan betapa besarnya nikmat iman dan Islam.Tadi baru lps buat laundry.Last week, masa slot coin utk laundry,duit ditelan.Agak tensen gak time tu.Tapi redha je la,takde rezeki.Dah itu yg tertulis pd takdir Ilahi.Lagipun 75 sen je,anggap sedekah je la.So td bila nak slot coin,ternampak ada 75 sen terbiar atas mesin basuh tu.Ehe,rezeki2.Tak sangka plak Allah tu Maha Pemurah.Tapi bila nak amik je coins tu,teringat plak...is this really rezeki dari Allah or is it just a test?.Astaghfirullah,baru tersedar...betapa lalainya hati ini bila terpandang wang ringgit.Walaupun duit tu terpacak depan mata,tiada siapa pemiliknya,still Islam mengajar kita supaya tidak mengambil harta yg bukan milik kita.Arghhh...hampir tertipu dgn syaitan rupanya aku.Terus aku cuba memuhasabah diri.Jika 75 sen pun mataku boleh kabur,iman boleh cair,hati jd rakus,bagaimana pula dgn dugaan wang ringgit yg mendatang?Tambahan plak engineer skrg ni mmg mudah terjebak dgn budaya rasuah.Kalau susah nak menang tender atau projek,rasuah la senjata utama.Rasuah bukan takat 75 sen kengkawan,boleh mencecah RM 75 ribu ringgit!!!Itu baru rasuah pada engineer je,bape banyak la rasuah yg diterima oleh 'pejuang-pejuang' bangsa kita tu agaknya.Well,you know who am I referring to,right?Semoga Allah melindungi diriku ini daripada budaya rasuah yg dilaknat olehNya.Teringat plak hadis Rasulullah ttg rasuah yg mana mafhumnya lebih kurang begini;

"Allah melaknat mereka yg memberi rasuah,penerima rasuah,dan org tgh"

Laknat Allah jgn sekali-kali kita amik ringan kengkawan.Mungkin di dunia ni kita tak nampak kesannya,tp di akhirat kelak mungkin baru kelihatan.Azab di akhirat la yg paling kita takuti kerana ianya kekal selamanya,tiada yg bersifat sementara di sana.Teringat akan kisah seorg nabi Allah,Nabi Yunus yg dimurkai Allah kerana sikap putus asanya.Allah ajar Nabi Yunus dgn meletakkan baginda di dlm perut ikan nun (ada yg mengatakan ikan nun itu ikan paus...wallahu a'lam).Well actually takde la Allah murka,cuma tak tau apa perkataan yg sesuai je.Tapi kalau kemarahan Allah yg kecil tu pun sungguh menakutkan,apatah lagi laknat Allah yg jauh lebih mengerikan.Dpt ke kita bayang kita diundi utk dibuang ke laut.Undi tu bkn dilakukan sekali,bahkan dua tiga kali.Sure kita rasa kenapa la malang sangat kita ni.Dah la dibuang ke laut,pastu diletakkan dlm perut ikan nun yg gelap tanpa cahaya,tanpa makanan.Mampu ke kita bertahan.Adakah kita akan terus berharap kepada Allah atau mencarut sepanjang masa kerana nasib yg menimpa?Fikir2 kan la sahabat2 sekalian.

Alhamdulillah,Ahad lepas baru je majlis convocation.It was entertaining.Mmg betul2 rasa diraikan.Paling seronok sbb rasa berbangga jd student Purdue.Faculty staff mmg sentiasa cuba membuatkan kita rasa berbangga jd sebahagian daripada keluarga Purdue.Malah bukan students je rasa berbangga,pekerja2 am dan penduduk setempat pun rasa berbangga dgn brand Purdue.Majlis spt biasa dimulakan dgn nyanyian choir.Pastu ucapan daripada President Purdue.Apa yg menarik ttg ucapan dia adalah;

"We make you strive for excellence not because to burden you.We made that on purpose because we believe that's the only way to stretch your ability to the maximum extend.Your own potential and ability will only appear if you push it out."

Mmg betul pun apa yg President ckp.Kita ada kemahiran yg tersendiri yg mana kadang kala kita tak sedar.Tapi kemahiran dan kebolehan tu hanya akan keluar apabila kita betul2 perah tenaga kita.Kalau kita lihat,tak seorg pun sahabat Rasulullah menyangka akan dpt menawan Rom dan Parsi.Apabila Rasulullah kata umat Islam akan dpt tawan Rom dan Parsi,sahabat2 sume percaya akan kata2 Rasulullah.Tapi derang tak tau bagaimana perkara itu akan berlaku,derang hanya berserah pada Allah je utk tentukan bila dan bagaimana janji itu akan menjadi kenyataan.Apabila surah Ar Rum diwahyukan,ramai kafir musyrikin yg mentertawakan umat Islam dan Rasulullah kerana mustahil Rum akan menang semula ke atas Parsi setelah kekalahan yg teruk.Ketawa mereka menjadi lebih besar apabila umat Islam claimed that they will one day defeat Rum and Parsi who at that time have the most powerful empire on earth.

Bila dah abis ucapan President,baru la mula acara penyampaian degree dan diploma.Well,susah nak describe rasa feeling.Takde la rasa hepi sangat sbb rasa hepi tu bila dah abis exam.Tu tanda dah abis belaja actually.Bila convocation tu cuma hepi sbb famili ada sama raikan.Since famili aku tak dtg,I do feel kind of sad sbb org lain sume ada famili along with them.Aku cuma sensorang je ngan sijil aku kat dlm dewan tu.Aku tgk sume berpelukan dgn famili,aku plak?Still jalan sensorang memerhatikan kegembiraan rakan2 seperjuangan.Lonely,that's the word.Bila dah kuar dewan tu,ada gak rasa nak nitis air mata.Inilah lumrah hidup di perantauan,keseorangan dan bersendirian.Aku cuma melayan perasaan dgn melihat snow di atas rumput.Alhamdulillah,terubat juga kesedihan hati ni dgn melihat keindahan ciptaan Allah.Still,aku termenung keseorangan.Insya Allah bila aku dah ada anak nanti,aku akan raikan kejayaan mereka bersama.Aku takmo perkara yg sama berlaku pd anak2 aku nanti Insya Allah.Jgn kita pandang perkara yg kecil itu terlalu remeh walaupun mereka sudah dewasa.Hati dan perasaan tu hanya Allah je yg tahu.Lain manusia lain yg mereka rasa.Mujur adik2 aku sume belaja tak jauh.They're lucky because my parents can pay them a visit.Even adik aku yg belaja kat Sulawesi tu pun mak ayah aku hantar masa hari pendaftaran.Geez,I do feel jealous dgn adik2 aku.

Biarlah perkara yg menduka citakan melanda diri kita sahaja.Jgn biarkan perkara yg sama berlaku kepada org lain.Sbg org Islam,kita sepatutnya lakukan yg terbaik utk org lain.Biarlah kita bersusah payah utk org lain kerana di akhirat yg kekal abadi kita akan bersenang lenang kelak nanti.Message aku just,jgn jadikan alasan apa yg telah berlaku kepada kita digunakan kpd org lain.Sbg contoh,cam parents aku tak dpt dtg time graduation.Jgn jdkan itu alasan,"Ala...bapak dulu atuk nenek tak dtg pun time convo...relax je bapak...tak rasa pape pun".Don't make up excuses,but make some efforts.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

p/s: Weblog ni tidak akan dikemaskinikan dlm masa seminggu kerana sdg bermusafir.

posted by scouser at 4:53 PM

 

~ Tuesday, December 21, 2004



Berdirinya saya di depan ini adalah utk mempertahankan pendirian kumpulan kami bahawa Purdue University adalah antara universiti yg terbaik di bumi Amerika...bla...bla...dan bla...

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Puteri Abdul Aziz bijak berpidato, tewaskan sasterawan terkenal

Dia petah berbicara dan berpidato. Dengan kepetahannya itu, Ummul Banin binti Abdul Aziz bin Marwan, sasterawan ulung pernah mengalahkan Al-Hajjaj dalam satu perbahasan.

Al-Hajjaj ialah seorang Badwi yang handal kerana membunuh ramai orang.

Ummul Banin, wanita terkenal Bani Ummaiyyah ini tidak gentar dengan Al-Hajjaj. Dia tahu tidak dapat menandingi Al-Hajjaj dengan kekuatan fizikal, sebaliknya melalui kepetahannya berbicara dan berpidato.

Isteri Khalifah Bani Ummaiyyah, Al-Walid Abdul Malik, pada suatu hari, berada pada majlis pakaian bulu. Ummul Banin melihat seorang Badwi memakai baju besi duduk bersama suaminya yang berpakaian perang.

Beliau mengutuskan jariahnya untuk bertanyakan Al-Walid siapa gerangan orang Badwi itu. Al-Walid memberitahu jariah berkenaan Badwi itu ialah Al-Hajjaj.

Ummul Banin mengutuskan lagi jariahnya memberitahu suaminya beliau tidak suka Al-Walid duduk bersama Badwi itu kerana dia membunuh ramai orang.

Apabila jariah memberitahu perkara itu kepada Al-Walid, beliau ketawa. Al-Hajjaj kehairanan melihat Al-Walid ketawa lalu bertanya: “Apa sebabnya khalifah ketawa?”

Al-Walid: "Kau mahu tahu?"

Al-Hajjaj: "Kalau Tuanku khalifah tidak keberatan!"

Al-Walid: "Isteriku melarangku duduk bersamamu sebab kau membunuh ramai orang."

Al-Hajjaj: "Wahai Amirul Mukminin, tinggalkanlah senda gurau golongan wanita dengan cakap kosong sebab wanita adalah tempat bermesra dan bukan pemutus urusan, maka jangan sekali-kali kau membuka rahsiamu kepada mereka atau mendedahkan tipu daya musuhmu kepada mereka.

"Jangan berikan peluang meminta lebih daripada yang diberikan untuk diri mereka. Jangan biarkan mereka memikir lebih daripada apa yang memperindahkan diri mereka.

"Awas kau daripada menjadikan mereka tempat bermesyuarat dalam segala urusan kamu sebab sesungguhnya pendapat mereka itu tidak boleh dipakai dan keazaman mereka itu lemah.

"Tutuplah pandangan mereka dengan tabirmu dan jangan biarkan mereka menguruskan sesuatu urusan, selain daripada mengenai diri mereka sendiri. Jangan beri mereka kuasa untuk menjamin, selain dirinya kepadamu.

"Dan jangan duduk lama-lama dengan mereka kerana yang demikian itu lebih melapangkan pemikiranmu dan lebih mengekalkan keutamaanmu!"

Selesai berhujah, Al-Hajjaj meninggalkan majlis.

Al-Walid kemudian memberitahu isterinya apa yang dikatakan Al-Hajjaj tadi.

Sebaik mendengar kata suaminya, Ummul Banin menyuruh suaminya meminta Al-Hajjaj datang esok.

Esoknya, Al-Hajjaj menemui Al-Walid. Sejurus Ummul Banin menyampaikan pidatonya:

"Al-Hajjaj! Engkaulah yang menghasut Amirul Mukminin untuk membunuh Ibnu Zubair dan Ibnul Asy'ats. Demi Allah, kalau tidak kerana Allah menjadikan kau sejahat-jahat manusia di muka bumi, nescaya tiadalah Dia mempesonakan kau dengan melempar Kaabah dan tidak dengan membunuh anak Dzatin-Nithaqain, anak yang pertama dilahirkan dalam Islam.

"Ada pun Ibnul Asy'ats, sebenarnya demi Allah, dia menimpakan ke atasmu beberapa kekalahan tetapi engkau segera merayu bantuan Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan. Maka, dia segera mengirimkan bantuan tentera Syam, sedangkan kau sudah dihimpit dari segenap penjuru, maka tentera Syamlah yang melindungimu dengan senjata mereka.

"Kalau tidak kerana semua itu, nescaya kau akan dipandang lebih hina daripada anak kambing."

Ummul Banin menyambung lagi: "Apa yang kau nasihatkan terhadap Amirul Mukminin supaya dia meninggalkan kelazatannya dan menahan diri daripada mencapai keperluan kepada isterinya. Jika mereka itu daripada jenis wanita seperti emak kamu melakukan kepadamu, tentulah dia sangat patut sekali belajar daripadamu dan menurut nasihatmu.

"Tetapi jika isterinya itu seperti yang ada sekarang, maka dia tidak akan mengikut telunjukmu itu dan tidak akan mendengar nasihatmu.

"Sangat tepat kata-kata penyair, sedang tombaknya berada antara kedua-dua bahumu, dia berkata, engkau laksana singa di depanku, tetapi dalam peperangan engkau na'amah, berjalan perlahan kerana takutkan suara seekor burung kecil.

"Mengapa kau tidak cuba nasibmu dengan rusa dalam hutan; malah hatimu laksana dua belah kepak burung yang terbang?"

Apabila Al-Hajjaj kembali semula kepada Al-Walid, dia ditanya: "Wahai Abu Muhammad, apa yang sudah berlaku?"

Al-Hajjaj menjawab: "Demi Allah, wahai Amirul Mukminin, apabila dia berhenti daripada kata hamunnya, melainkan saya rasa bagaikan berada di perut bumi itu adalah lebih baik daripada berada di mukanya."

Al-Walid ketawa dan berkata: "Wahai Abu Muhammad! Dia itu puteri Abdul Aziz."


posted by scouser at 3:52 PM

 

~ Monday, December 20, 2004



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dpt bernafas di muka bumi ini.Paling penting mari sama2 kita syukuri dua nikmat yg terbesar telah Allah kurniakan kepada kita,iaitu nikmat iman dan Islam.Rasanya utk hari ni,mungkin takde tazkirah la kot.Rasanya nak tukar mood pd citer pengalaman diri sendiri.

Alhamdulillah,akhirnya selesai juga pengajian kat bumi West Lafayette ni.Harapnya takde repeat apa2 paper la,nauzubillahi min zaalik.Out of 8 semesters kat sini,rasanya final semester la yg paling byk menyimpan kenangan.Bagi aku,kenangan teamwork dlm senior design dan kelas CE 521 (Business Organization in Construction Engr.) mmg tak boleh dilupakan langsung.Sejak 4 tahun dulu,inilah kali pertama aku dpt team yg fully committed dan saling memahami.Sem2 sblm ni ada gak team yg rajin,tp the spirit is not there.Takat masing2 buat part masing2 dan submit.Takde la nak spend time together chilling out ke apa.

Team senior design aku terdiri drpd 5 org;aku (Construction),Matt Neiheisel (Structure,Cincinnati),Derick Hopkins (Geotech.,Indianapolis),Jeff Koza (Transportation,Chicago),dan Jarvis Jointer (Environmental,Indianapolis).Basically apa yg kitorang kena buat was renovate Mackey Arena,stadium basketball Purdue.Stadium ni dibina way back in 1967 and no construction work has been done on it since then.Since universiti nak bina new arena in 2025,at least kena ada renovation work on the existing stadium supaya boleh digunakan sampai 2025.So what we did was adding club seats dan bina 8 suites dlm stadium tu.Kecik je Mackey Arena ni,boleh muat 14,123 people.So,takde banyak keja2 construction yg diperlukan pun renovate stadium tu.Plus that the objective of the renovation work is to increase annual revenue.So kena pepandai la piki idea yg boleh menarik minat alumni Purdue yg tycoon ni supaya attend the game.Alumni Purdue ni ramai dan kaya2 gak.Dianggarkan dlm 360,000 alumni Purdue yg berdaftar di seluruh dunia.Utk kasi sedikit idea cam mana rupa stadium2 yg terkini di US,dept of civil engineering bawa la kitorang ke Conseco Fieldhouse,stadium basketball Indiana Pacers.Menarik gak stadium derang.Ada main court dan practice court.Pastu pi tgk suites,restaurant,dan gymnasium dlm stadium tu.Impressive gak le.Sports in USA right now is not only for entertainment,but it is also for economic purposes as well.Bayangkan harga score board tu 16 juta US dollar.Mana derang mampu beli kalau takat depend pada ticket revenue je.Capacity stadium tu je 18,000.Let's say harga tiket dlm 30 dollars per game.Satu season ada lebih kurang 40 home games.Income yg derang leh generate approximately $ 22,000,000.Gaji player sorang je dah nak cecah $1 million.Team tu ada almost 20 players.Nak bayar gaji manager dan coaches lagi.Nak bayar gaji pekerja2 lain lagi.Cam team pacers tu je derang ada almost 200 pekerja tidak termasuk players,managers,and coaches.Income kebanyakannya dpt daripada sponsorship dan advertisement.Cam mana sport di mesia plak?Hehehe...hampeh sehampeh hampehnya.Dah la tak leh generate revenue,inikan plak nak jdkan sukan sbg satu sumber ekonomi.Baru2 ni banyak isu pasal persatuan sukan yg gagal mendapatkan sponsor.Tak tau la kenapa sukan di mesia susah sangat nak dijadikan as source of economy.Actually yg live up the spirit of our teamwork adalah meeting yg kitorang buat everyweek.Sambil2 tunggu kengkawan yg tak sampai,borak2 la.Dari situ la friendship jd makin erat.Masing2 citer pasal pengalaman masing2.Menarik gak idup derang ni.Ada satu masa tu derang tanya apa aku akan buat time thanksgiving break nanti.Aku just jawab i might work on the project.Derang tanya aku tak ke mana2 ke.Aku jawab balik nope,I have no one here except friends.Mamat tu rasa terharu plak bila aku jawab cam tu.Alamak,aku jd cuak.Tetiba mamat tu jd sentimental,aku relax je tak sedih pape pun.Dia kata dia tak dpt imagine kalau dia belaja oversea dan terpaksa berjauhan ngan famili.Dah la takde sedara mara,pastu tak tau apa nak buat time cuti.Actually bukan aku takmo berjalan time cuti tu,tp part project tu byk lagi tak siap.Terpaksa la spend masa duk buat keja sket.Tp hampes gak aku.Cuti tu dari plan nak siapkan projek jd projek mengasah skill badminton dgn rakan serumah.Hihihi...Unfortunately kitorang tak menang design terbaik,tp nobody got upset.Sume rasa puas hati walaupun kalah.At least we did something that we can be proud of.Sblm ni aku tak penah design pape,inilah first time aku design building setelah 4 tahun belaja civil engineering.A week b4 finals,kitorang kena present design masing2 dekat members of John Purdue Club (alumni Purdue).Presentation tu sblm game basketball.Sblm game mula,members of John Purdue Club akan makan2 sket,kira cam get together la.Time tula kitorang present kat derang.Abis je makan2,kitorang sume pegi tgk game basketball.Alhamdulillah,derang sume dah dpt keja b4 grad lagi.Hebat2 gak derang ni.

So last time aku nampak derang was dua hari yg lps.Sume dah balik ke hometown masing2 dan get ready for christmas.Skrg aku nak citer pasal team CE 521 aku plak.Dlm byk2 projek,ni la projek yg paling mencabar sejak aku belaja kat Purdue.First,kitorang ni diandaikan executives dlm Centex Corp.Kitorang diberi 3 options;

1.bina kawasan perumahan di seluruh US

2.bina multi unit housing (eg; apt and condominium) di 26 states di mana Centex Corp. sdg beroperasi.

3.merge atau acquire one of the five competitors (Pulte Homes,D.R.Horton,Beazer Homes,Ryland Group, dan satu lagi tu tak ingat plak ape)

So kitorang kena buat evalution pasal ketiga2 option ni mana yg baik utk Centex Corp.Nak terbalik umah gak la memikir cam mana cara nak evaluate mana satu option yg baik.Tp takpela,tak yah la aku citer panjang.Aku pun bkn nak citer pasal projek tu.Nak citer pasal teamgroup aku je.So dlm projek kali ni plak ada 4 org;aku,Ravi Agraval (India),Ibrahim Harb (Palestin),dan Manuel Chiquilani (Panama).Sume international students.Satu2nya group yg terdiri daripada pelbagai negara.Ravi tu buat PhD dan lagi dua org tu plak buat masters.Ada satu malam tu Ravi nak belanja aku.Dia kata just ask anything from us three,you're the youngest among us.Heheheh...terasa cam jd adik angkat la plak.Kerana dek projek ni la aku tak tido beberapa malam.Bkn la aku tak tido seharian langsung.Cuma,keesokan pagi tu je la baru aku dpt tido.Itupun lps kelas dah abis dan time weekend.Mamat nama Manuel tu suka buat lawak kat Ibrahim.Asyik2 kenakan Ibrahim je.Yg tukang gelaknya si Ravi,aku plak jd mat blur.Heheheh...mana taknya.Aku sampai2 je time nak meeting tu Ravi dah gelak ngan Manuel.Ibrahim lak tarik muka masam.Blur la aku.Derang bertiga tu agak rapat sbb masing2 amik kelas yg sama kebanyakannya.Aku sorang je yg cuma ada satu kelas sama dgn derang.Yg jd kitorang rapat sbb masing2 sesama bersengkang mata kat komputer lab menyiapkan projek.Bila presentation tu,sume rasa puas sbb tak sangka mampu buat satu analysis yg aku rasa dah tahap professional.Mana taknya,siap ada income statement,balance sheet,prediction utk future investment,nilai asset,dan many more.Mmg tahap professional la.

Since aku pun tinggal lebih kurang 3 minggu je lagi nak tinggalkan bumi US ni,ada gak la rasa kehilangan derang.Jarang antara kita yg dpt kawan rapat dari bangsa lain.Mostly antara kita yg belaja oversea ni rapat dgn sesama melayu je,especially housemates.Tapi kalau tgk seerah Rasulullah,antara sahabat rapat baginda ada yg dtg dari pelbagai negara dan ada juga yg berckp dlm bahasa yg lain.Contohnya salman al farisi,suhaib ar ruumi,dan bilal bin rabbah (Habsyah).Keakraban Bilal bin Rabbah terbukti apabila Rasulullah hadir dlm mimpinya ketika beliau berpindah ke Damsyik.Ketika Rasulullah wafat,Bilal membawa diri ke Damsyik kerana terlalu sedih.Slps itu beliau bermimpi berjumpa dgn Rasulullah dan baginda meminta beliau pulang ke Madinah kerana rindukan Bilal.Itulah serba sedikit pengalaman berharga yg aku ingin share ngan kengkawan sume.Jgn la kita hanya berkumpul sesama kita,semarakkanlah persahabat hingga ke hujung dunia demi membuka mata dan minda.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 3:32 PM

 

~ Sunday, December 19, 2004

Tazkirah ringkas (part 3)



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dpt bernafas di muka bumi ini.Sekali lagi mari kita sama2 ingati akan dua nikmat yg terbesar iaitu iman dan Islam.Bercakap pasal nikmat ni teringat plak kisah Nabi Musa dan Nabi Yushak ketika dlm sampan,mengembara mencari Nabi Khidir.Seorg bani Israel bertanya kepada Nabi Musa,siapakah manusia yg paling cerdik ketika itu.Nabi Musa menjawab dgn yakin bahawa dialah org yg paling pandai pd masa tersebut.Lelaki itu memberitahu Nabi Musa bahawa ada seorg lelaki yg lebih cerdik daripada baginda.Nabi Musa bertanya pula kepada lelaki tersebut siapakah lelaki itu.Pemuda tersebut menjawab,lelaki itu adalah Nabi Khidir A.S.

Hikmah di sebalik insiden tersebut adalah utk memberitahu Nabi Musa supaya tidak terlalu angkuh.Setiap manusia melakukan kesilapan.Malah para anbiya' juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Mereka cuma ma'sum sahaja.Ma'sum membawa makna terlepas daripada dosa,bknnya terlepas drpd melakukan kesilapan2 kecil.Nabi Muhammad pernah melakukan kesilapan dgn terkurang dan terlebih rakaat dlm solatnya.Baginda juga pernah ditegur Allah kerana berjanji dgn seorg yahudi dlm keadaan yg penuh yakin.Bermula dari insiden tersebut jugalah,bermulanya perkataan Insya Allah.Baginda juga pernah ditegur kerana tidak mengendahkan pertanyaan Abu Qatadah ttg Islam ketika baginda sdg berdakwah kepada bangsawan Quraish (asbabun nuzul surah 'abasa).Tapi sume kesilapan yg dilakukan oleh Rasulullah itu bkn suatu dosa.Malah kesilapan yg dilakukan baginda juga terdapat hikmah ataupun wisdom di sebaliknya.Dari kesilapan2 itulah,kita belaja ttg tiadanya perbezaan pangkat dlm manusia,jgn terlalu yakin bhw kita mampu menunaikan janji,rules and regulations dlm solat,dan banyak lagi.

Berbalik kpd kisah Nabi Musa dan Nabi Yushak td.Ketika mereka berada dlm sampan menunggu sehingga hidupnya semula ikan yg mereka masak,mereka ternampak seekor burung sedang terbang ke arah mereka dan terus mencicip sedikit air.Sblm itu,Allah menurunkan wahyu menyuruh Nabi Musa membawa bekal ikan yg telah dimasak.Ikan tersebut akan hidup dgn izin Allah apabila mereka tiba di kawasan di mana Nabi Khidir berada.Ketika burung itu mencicip air,setitis air terjatuh dari paruh burung tersebut.Maka berkatalah Nabi Musa kepada Nabi Yushak,"Titik air itu umpama ilmu manusia dan air laut ini ibarat ilmu yg dimiliki Allah".Begitulah luasnya ilmu Allah.Kalau kita lihat,ilmu manusia skrg inipun sudah begitu maju.Pelbagai hasil reka cipta berjaya dilakukan baru2 ini.Teknologi semakin hari semakin berkembang dgn pesat.Malah manusia adalah makhluk yg paling maju berbanding makhluk2 lain kerana kita mempunyai akal.Disebabkan akal juga la kita menerima taklif menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.Akal tidak sama dgn otak.Ramai antara kita yg salah faham antara otak dan akal.Semua binatang juga mempunyai otak,tetapi mereka tidak mempunyai akal.Malah fungsi otak bukan membezakan yg baik dan yg buruk,tetapi itu adalah tugas akal dan seterusnya dibawa kepada hati utk membuat keputusan.Seorg ilmuwan mengatakan otak manusia mampu menyimpan data sama dgn keupayaan komputer sebesar Texas yg dibina setinggi 32 tingkat.Masya Allah,besar sungguh kekuasaan Allah.Bayangkan nikmat yg hebat itu cuma sedikit sahaja daripada nikmat yg Allah berikan kepada kita pada hari ini.

Seminggu sblm finals,lecturer senior design kelas saya ada bawa kitorang ke basketball game Purdue.First game women Purdue lawan De Paul and second game Purdue men lawan Colorado State.Alhamdulillah,kedua2 perlawanan dimenangi Purdue.Bila tiba 'time out',maka akan keluarlah students Purdue yg berpakaian seksi menari di atas basketball court sbg hiburan sementara. ('Time out' = rehat sebentar ketika perlawanan basketball berlangsung yg diminta oleh jurulatih utk mengatur taktik kpd players)Alhamdulillah,ilham tiba dari Allah utk saya berfikir bagaimana tarian sedemikian boleh dianggap hiburan.Bagi lelaki ia boleh la dianggap hiburan kerana tarian yg seksi mmg menaikkan nafsu syahwat lelaki,tetapi bagaimana dgn penonton dari kalangan perempuan pulak?Takkan la pompuan tgk jantina sendiri menari dgn seksi pun akan rasa terhibur.Kalau saya tgk lelaki menari dgn gaya yg tidak senonoh,saya sendiri akan rasa muntah.Bagaimana ia boleh dianggap hiburan kerana satu pihak saje yg terhibur?Walhal hiburan adalah utk semua lapisan manusia.Bagaimana pula dgn kanak2 yg ada ketika perlawanan tersebut?Adakah itu merupakan hiburan yg terbaik utk ditunjukkan kepada mereka?Tidak hairanlah generasi muda Amerika begitu rosak akhlaknya kerana sejak kecil dididik dgn budaya yg tidak sihat.

Saya ada terbaca satu ayat berkenaan hiburan duniawi,

"Katakanlah kenikmatan dunia itu sedikit dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (An-Nisa:77)

Ayat ini jelas menerangkan bahawa kebahagiaan yg bersifat duniawi dan berlandaskan nafsu dan hasutan syaitan adalah sedikit.Malah mungkin bersifat sementara.Benarlah kata2 saidina Ali,

"Keseronokan melakukan maksiat itu bersifat sementara,tp dosanya kekal selamanya".

Kata2 saidina Ali dan kalamullah itu ada benarnya.Kalau kita lihat fenomena rakyat Amerika ketika ini sumenya menjurus ke arah hidonisme.Setiap hari mereka mencari keseronokan kerana ingin melepaskan diri daripada tekanan mental dan fizikal.Sbg contoh,slps game basketball,prof saya ajak sume students minum bir di bar.Berapa lamakah keseronokan itu mampu bertahan?Paling lama mungkin hingga esok hari sahaja kerana terpaksa menguruskan urusan yg lain pula.Di sebalik keseronokan itu,adakah mereka sedar akan keburukan yg menimpan.Dgn meminum arak,hati akan menjadi rosak.Dgn mengambil dadah,jantung juga boleh berhenti berfungsi.Dgn berzina,penyakit kelamin yg dtg boleh membawa maut.Bagaimana pula dgn hiburan yg dianjurkan oleh Islam?

Yg pastinya hiburan berbentuk nyanyian adalah tidak salah di sisi Islam dgn syarat lagu2 tersebut hendaklah bersifat rabbani (ketuhanan), tidak bertemakan cinta selain daripada Allah dan Rasul, dan tidak merosakkan akidah Islamiah.Malah pujangga Islam sendiri,iaitu Ibnu Khaldun bermain gambus.Fokus kita Insya Allah bkn sekitar hiburan yg bersifat muzikal.Tetapi hiburan yg berbentuk penyucian hati.Saya pasti ramai yg sudah tahu jawapannya,iaitu Al Quran.Mmg kita sedia maklum Al Quran mempunyai banyak nama lain, yg mana antaranya adalah As-Syifak (pengubat)."Pengubat" di sini bukan sahaja bermakna mengubat penyakit fizikal,malah ia juga mampu mengubat penyakit hati dan keresahan jiwa. Para sahabat jikalau membaca Al Quran pasti akan menangis kerana tersentuh dgn isi ayatnya.Pernah diriwayatkan seorg tabi'in selalu melewati rumah saidatina Aisyah.Pada suatu hari ketika beliau memberi salam kepada saidatina Aisyah,beliau sedang solat dhuha.Ketika membaca satu ayat,saidatina Aisyah terus menangis dan berulang kali mengulangi ayat tersebut.Oleh kerana terlalu lama,tabi'in tersebut pergi ke pasar dahulu utk menguruskan hal jual belinya.Ketika pulang ke rumah,tabi'in tersebut melalui rumah saidatina Aisyah sekali lagi.Kedengaran saidatina Aisyah masih lagi mengulangi ayat yg sama sambil tersedu sedan,akhirnya tabi'in tersebut pulang ke rumah tanpa dpt memberi salam kepada saidatina Aisyah.Inilah contoh generasi Al Quran yg hadam kalamullah sepenuhnya.Mereka faham isi Al Quran sedalam-dalamnya berbanding dgn kita.Kita masih lagi boleh berkhayal dan berfikir perkara yg di luar solat.Betapa lemahnya jiwa kita.

Al Quran juga merupakan ubat fizikal kepada kita.Saya percaya ramai yg ragu2 dgn jampi serapah yg menggunakan Al Quran.Sebenarnya hal ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah satu ketika dahulu.Pernah satu ketika seorg sahabat dlm musafir dan telah singgah ke sebuah kampung.Ketika itu terdapat seorg lelaki yg sedang sakit tenat.Lalu sahabat tersebut membacakan al fatihah kepada lelaki tersebut.Tidak lama slps itu,lelaki itu terus sembuh spt sedia kala.Sblm sahabat itu pulang ke madinah,org kampung telah memberikan seekor kambing kpdnya sbg tanda hadiah.Sahabat tersebut berasa keliru sama ada patut diterima upah kerana menggunakan ayat Al Quran sbg ikhtiar utk menyembuhkan lelaki itu tadi.Rasulullah membenarkan sahabat itu menerima upah tersebut.Dari sini la lahirnya dalil yg mengatakan bahawa kita boleh menerima upah jika mengubati seseorg dgn menggunakan ayat Al Quran.

Tapi bagi saya,Al Quran lebih kepada penghibur dan pengubat jiwa.Apabila hati resah gelisah,dgn membaca Al Quran hati kan menjd tenang.Malah kesannya begitu lama.Kadang kala tidak perlu membacanya pun sudah tenang.Dgn mengingati certain ayat yg menjanjikan kebahagian dan ganjaran dari Allah pun sudah cukup memuaskan hati yg gundah gulana.Bukankah ianya menakjubkan,iaitu dgn membaca ayat2 yg tidak kita fahami,hati kita menjadi tenang dan seronok?Itulah mukjizat Al Quran.Malah mukjizat Al Quran lebih luas drpd itu lagi.Al Quran telah berjaya membukti sesuatu kejadian sblm sains dpt melakukannya (cthnya kejadian manusia dan kejadian hujan).Al Quran juga berjaya membongkar kisah2 sejarah yg tidak direkod oleh manusia.Kisah2 ini terbongkar dgn penemuan barang2 arkeologi hasil kajian ahli sejarah.Sbg contoh,kisah mayat fira'un yg tidak ditelan zaman ada disebut dlm Al Quran,tetapi mayat tersebut hanya baru ditemui pd abad yg lepas.Terbukti benarlah kata2 Allah yg maha agung itu.Cukup setakat ini sahaja Insya Allah.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 6:23 PM