~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Saturday, January 15, 2005



Bismillaahirrahmaanirraheem...

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah dan kurniaNya masih lagi dpt hidup di muka bumi ini.Nikmat terbesar yg wajib kita ingati iaitu nikmat iman dan Islam yg tak sume insan dpt kecapi.Selawat dan salam buat Rasul junjungan,ahli keluarga baginda,dan para sahabat yg dikasihi.

Tarikh 8/1/2005 tu la tarikh yg Insya Allah takkan aku lupa sampai bila2.Why?Tula tarikh aku pulang ke tanah air setelah 4 tahun menuntut ilmu.Pejam celik kejap je rasa.30/12/2000 plak tarikh aku sampai di US.Kira2 lebih kurang 4 tahun 9 hari la aku lepak di US.Malam b4 balik ke mesia tu agak kelam kabut sbb tak abis packing lagi.Snow lebat gile malam tu.Aku mula tu risau gak takut2 keta tak leh gerak sbb snow tebal.Exactly cam aku memula sampai dulu,snow lebat gile sampai paras betis.Malam tu aku tak tido sgt sbb tu la malam last aku kat US ni.Before that ada la junior jamu mkn dinner kat umah derang.Ehe,agak menyedihkan gak la b4 nak balik tu.Pak2 arab pun ada jumpa aku b4 balik.Siap hantar ke airport lagi.Dak melayu? Tah mana2 ilang.Walhal ada hampir 200 melayu kat purdue tu.Apa yg derang tau?Tau pesan barang kasi kat famili je.Bila nak pesan barang tu,ckp bkn main lembut lagi.Siap dtg umah hantar barang sume.Bila aku nak balik,call pun takde.Senyap tah ke mana.Walhal aku gerak tinggalkan umah jam 10.30 pagi.Matahari dah cerah tinggi.Boleh solat dhuha lagi.Itu la manusia aku rasa.Bila time senang,mmg mudah nak jumpa.Bila time susah,tah mana2 hilangnya.Tanda akhir zaman kot.Kalau masalah individualistik ni tak serius,takde la Rasulullah sebut dlm hadis tak sempurna iman seseorg selagi tak mengasihi saudara seagamanya sama spt dia mengasihi dirinya sendiri.Takpela,apa2 pun aku kena lupakan kisah sedih tu.Hidup baru dah mula,tak leh toleh belakang.Member2 yg lupakan aku tu,lantak derang la.Pepandai la jaga diri.Esok susah Insya Allah derang tak jumpa aku sbb tak minta address aku.Heheheh...padan muke.

Alhamdulillah ada gak la housemates dan beberapa rakan setia yg hantar aku.Semoga Allah balas jasa derang.Sanggup redah snow tebal dan cuaca sejuk anta aku ke airport.Maka bermula la ekspedisi aku ke tanah air dari Indianapolis ke Atlanta.Dari Atlanta plak ke LA.Alhamdulillah walaupun cuaca agak buruk,flight tak delay.Dari LA plak kitorang stop sekejap kat Taiwan.Flight delay 3 jam.Disebabkan delay tu,MAS kasi voucher utk breakfast.Oleh kerana aku terhilang aku punya boarding pass,maka tak dpt la aku voucher tu dan kebuluran la aku dlm airport tu.Dlm masa 3 jam tunggu flight tu,ada sorang pak cik ni tegur aku.Dia tanya ingat tak lagi kat dia.Dia kata dia penah keja ngan aku 8 tahun dulu kat ESSO di Trg.Adeh,seingat aku 8 tahun dulu aku tgh amik PMR.Org2 tua kata baru nak akil baligh la.So aku ckp la elok2 yg aku baru je abis belaja.Aku tak ckp kat pak cik tu dia salah org.Kang jatuh air muka dia plak kang,tp aku rasa dia leh paham bila aku ckp aku baru abis belaja.Aku pun tak heran kalau dia piki aku executive sbb time tu aku pakai blazer ngan kasut kulit.Siap kendong laptop lagi tu...hehehe...Blazer tu la yg aku pakai masa memula sampaii US dulu.Aku belek2 poket,ada lagi boarding pass flight aku masa memula sampai US.Pak cik tu kata dia ke KLIA sbb travel agent beli tiket ke Jeddah melalui mesia.Dia sebenarnya nak tunaikan haji dgn famili dia.

Perjalanan ke mesia dari taiwan plak amik masa dlm 4 jam lebih je.Bila aku kuar tu,mak ayah aku leh tak perasan aku dah kuar.KLIA lupa nak update flight tu.Dia tulis delayed,padahal dah landed dah pun.Dulu time balik bercuti kira kaya raya la gak sbb leh kuarkan duit pakai kad je.Skrg ni account bank dah tutup...sume dlm dollar je yg aku ada.Bkn cash plak tu.Nak cash kan kena amik masa sebulan lebih.Pape kedana la aku skrg ni.2 days later aku gi UNITEN report dah tamat belaja kat pejabat Yayasan Tenaga.Old days man...teringat zaman belaja kat uniten dulu.Masjid punya la jauh menapak.Bayangkan menapak time solat jumaat time tgh hari.Nak pitam rasa.

Hari2 yg berlalu takde ape sangat yg menarik.Raket badminton pun dah takde,kalau tak leh main ngan kengkawan ayah aku.So skrg ni pun riadah takat berjogging je la.Penting riadah ni.Nak jd pendakwah kena ada 'qawiyyul jism'.Ni antara syarat yg diletakkan oleh Hassan Al Banna la.Qawiyyul jism ni maksudnya badan yg kuat.Tp tgk du'at zmn skrg pun agak menyedihkan.Ramai yg berpenyakit,tak kira la darah tinggi ke,kencing manis ke.Rasulullah pun penah pesan,dua perkara yg manusia selalu lupa; masa lapang dan kesihatan.

Sementara byk masa kosong ni,rasa bahagia gak la hati.Nak pi solat pun tenang.Kot dulu nak solat pun kena cepat2 sbb nak kejar kelas.Dpt berbakti dgn mak ayah lagi time free ni.Tak taula bila dah keja esok cam mane.Ntah2 nak call mak ayah pun payah.Nauzubillah.Aritu ada apply keja ngan satu company ni nama dia Binatech.Company ni supply materials dan service utk construction work.Alhamdulillah dah qualified pun.Tetiba ayah n mak aku plak tak kasi.Hehehe...derang kata company tu buat bisnes yg tak sama ngan company ayah aku.So no point aku gain experience dgn keja kat Binatech.Terpaksa la aku lupakan hajat tu.Insya Allah tak lama lagi aku kena amik kelas either kat Instute Engineers of M'sia (IEM) ataupun kat Kolej Ikram sbb aku tak amik structural design masa kat purdue ari tu.Maklumla,aku amik construction...mana la belaja mende2 structure sangat.Company ayah aku plak perlukan pekerja yg mahir dlm structural design,so kena la amik short courses.Yg paling best ape tau.Dpt balik jumpa ngan member2 usrah.Derang terkejut gile aku dah balik.Kekeke...saje wat surprise.Time b4 aku balik ke us,bincang topik awal satu buku ni.Bila aku join bebaru ni,dah nak abis pun.Aiseh,rugi la plak rasa.Walau apa pun,mmg ni yg aku nak.Aku nak balik mesia utk tumpu pd medan dakwah sama2 ngan member usrah aku ni.Insya Allah,masa depan Islam yg cerah perlu aku usahakan dari skrg.Cukup buat setakat ni dulu.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam



posted by scouser at 6:54 AM