~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, January 19, 2005



air yg tenang jgn disangka takde tsunami...

Bismillahirrahmanirrahim.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah dan kurniaNya masih lagi dikurniakan 2 nikmat yg terbesar iaitu iman dan Islam.Selawat dan salam buat Rasul junjungan,ahli keluarganya,serta para sahabat baginda.Alhamdulillah semalam ada ceramah pasal tsunami di Acheh by Dr Abd Latiff from MERCY.Dr Abd Latiff ni juga pakar jantung di International Medical Univ (IMU) cawangan kampus Seremban.Dia gi Acheh dlm 2 minggu.

Dia start ceramah malam tu dgn sedikit tazkirah pasal azab dan seksaan yg pedih dari Allah.Sebenarnya,kawasan yg dilanda tsunami tu melibatkan separuh pantai barat Sumatera,kira2 beratus2 kilometer dari pantai Acheh.Cuma yg paling teruk kena ni Acheh la sbb ramai org duk kat sana.Yg jd lebih susah sbbnya banyak kemudahan awam yg rosak dan runtuh.Contohnya,bila sukarelawan ni nak gi ke kg lain dan terpaksa seberang sungai.Derang kena cari sampan.Pastu bila dah seberang sungai,drang kena cari kenderaan lain plak sbb kenderaan tu tak leh bawa sekali atas sampan.

Sbg pengenalan,Acheh ni terkenal dgn serambi mekah.Ramai jemaah haji Indonesia akan singgah dulu ke Acheh sblm pi tanah haram.Masa tsunami melanda,ada antara jamaah haji yg meninggal bersama saudara mara drang yg pi hantar derang.Ada satu kisah tu,jamaah haji ni dah terbang ke tanah haram,tp sedara mara dia meninggal sbb tsunami tu tanpa pengetahuan derang.So derang pi mekah tanpa mengetahui sedara mara drang dah meninggal.Antara kisah yg menyedihkan adalah tiadanya bantuan secara fizikal dari negara2 umat Islam kecuali mesia.Bantuan dari segi material dan wang ringgit ni sume org leh kasi,tp cuba kita letak diri kita sbg rakyat Acheh yg dlm kesengsaraan.Derang yg tgh sakit2 tu mana larat nak cari ubatan sendiri.Mana derang larat nak bina kediaman sementara.Mana derang larat nak rawat diri sendiri.Air bersih plak disediakan oleh Tentera Australia di perkarangan gereja.Sungguh menyedihkan bila kita melihat umat Islam terpaksa meminta2 kepada org kafir di tanah org Islam sendiri.Teknologi penapisan air dari Australia sungguh canggih.Air lumpur tu dibersihkan sampai jd crystal clear.Tu tak kira lagi NGO2 dari eropah yg dah gerak masuk ke kg2.Apa yg derang buat? Wallahu a'lam.Kebanyakan para sukarelawan adalah dari negara eropah dan derang dtg dgn peralatan yg canggih.

Byk kisah yg menyayat hati dpt kita amik iktibar dari kisah Acheh ni.Jalan2 raya penuh dgn mayat yg bergelimpangan.Rakyat Acheh dah tak rasa ape tgk mayat.Ada satu sungai tu penuh dgn mayat.Bila diangkat satu mayat ke darat,timbul lagi satu mayat.Bertindih2 mayat tu dlm sungai.Sumenya kembung dan takde rupa manusia dah.Oleh kerana masalah transportation yg agak runcing,ada pembedahan yg dibuat tanpa menunggu bantuan perubatan spt bius.Ada juga pesakit yg meninggal dunia ketika dirawat.Apabila doktor cari sedara mara derang di perkarangan hospital,takde sape yg claim jenazah hamba Allah tu.Maknanya dialah yg paling lewat meninggal dlm ramai2 sedara mara dia.Ada satu kisah tu,seorg ibu melihat sendiri ana dia menyabung nyawa dlm hospital dan akhirnya meninggal dunia.Tinggal la ibu tu sebatang kara.Lebih menyedihkan rakyat Acheh yg kaya raya ni sumenya dah meninggalkan Banda Acheh.Sume pentingkan diri sendiri walhal yg dlm kesusahan tu mungkin adalah jiran tetangga derang sendiri.Sape yg akan bangunkan Banda Acheh tu semula kalau bukan derang yg berkemampuan ni.Takkan nak biarkan Banda Acheh ni jd padang jarak padang terkukur ditelan zaman walhal Acheh kaya dgn sejarah dan tamadun.Sejak tsunami melanda,rakyat Acheh selalu idup dgn gempa bumi.Hampir setiap hari berlaku gempa bumi.Kadang2 diselang seli dgn setiap waktu solat je.Ikut kata Dr Abd Latiff,gempa bumi ni rasa dia bkn cam gegaran yg kuat,tp goyangan bumi yg lembut dari bawah tanah seolah-olah tgh beralun.Setelah 13 hari berlalu,tiada sorang doktor hospital Acheh pun yg melaporkan diri.Mungkin derang dah meninggal atau melarikan diri.Volunteer bahagian ICU pun 2 org je yg laporkan diri.Itu pun tak bersemangat sbb masih trauma kehilangan saudara mara.

Ada juga beberapa kisah menakjubkan yg menunjukkan kebesaran Allah swt.Antaranya ombak tsunami tu semakin dekat ke pantai,semakin besar ombaknya.Bila sampai ke pantai,ombak tu berdiri tegak tidak jatuh ke bumi seolah-olah menunggu 'green light' dari Allah swt.Bayangkan kalau kita tgk ombak yg tinggi tu dpn kita dan menunggu masa utk menghentam kita,gerun kan?Dlm pada tu,masa tsunami melanda,hospital sakit jiwa terpaksa melepaskan pesakit2 derang utk menyelamatkan diri.Alhamdulillah mereka yg berjumlah 300 org ni selamat.Org yg berakal pun tak mampu nak selamatkan diri,org yg tak berakal plak berjaya Allah bantu selamatkan diri.Ajaibkan?Malah haiwan2 sendiri pandai menyelamatkan diri.Kucing2 liar di hospital Acheh sumenya selamat.Subhanallah.Ada satu lagi kisah,seorg hamba Allah ni masih lagi hidup tanpa makanan dan minuman selama 11 hari.Tak pernah wujud dlm sejarah manusia mampu hidup 11 hari tanpa makanan dan minuman.Katanya selama 11 hari tu dia makan rumput dan lumpur je.Kebanyakan badan rakyat Acheh peparu derang dipenuhi lumpur bila di x ray.Satu lagi kisah menarik pasal seorg ibu dan anaknya.Ibu ni dah nak lemas dan dia tawakal pada Allah dgn letak anak dia atas dahan pokok.Dia biarkan diri dia lemas...tp beberapa ketika dlm dia nak lemas tu,ada satu tangan yg tarik dia ke atas pokok.Bila dia tgk rupa2nya anak dia yg berumur setahun setengah tu yg tarik dia ke atas pokok.Logik ke tak?Tu sume kuasa Allah.Malah masjid2 di Acheh sumenya tidak terusik dek ombak tsunami.Tak terpalit dgn lumpur langsung.Ni termasuk la masjid2 yg dlm pembinaan sekali.Sumenya elok bersih,takde mayat pun dlm perkarangan masjid.

Ramai antara kita yg berani menafsirkan segala apa yg terjadi mengikut akal kita semata-mata.Maksudnya ramai yg piki tsunami tu adalah azab dari Allah swt.Kalau dipiki secara logik,kawasan yg byk maksiat ni dah tentulah negara2 org kafir cam di eropah dan amerika.Tp nape negara2 tu tak dilanda azab yg seteruk tsunami ni?Walhal ramai antara kita yg tau rakyat Acheh ni kuat pegangan agamanya sehingga dipanggil serambi mekah.Kita selalu berfikiran negatif.Cuma kalau kita pandang side positif.Mungkin Allah nak tunjukkan kekuasaanNya dan manusia ni jgn la terlalu ego dgn apa yg mereka miliki.Allah hanya hantar air je utk musnahkan kita.Tgk apa yg jd kat Namrud.Allah hantar nyamuk je utk bunuh dia.Jgn kita pandang remeh sekecil2 kejadian tu,sumenya ada manafaat tersendiri.Mungkin juga ni satu peringatan bahawa Islam tu adalah agama yg benar.Tgk je apa yg terjadi kat sume masjid di Acheh,sumenye selamat.Same thing berlaku kat Sri Lanka gak.

Rasanya cukup setakat ni dulu kot.Insya Allah jumpa lagi dlm tulisan yg akan dtg.Selamat Hari Raya Aidil Adha.Maaf Zahir dan Batin.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 7:15 AM

 

~ Monday, January 17, 2005



gambar hiasa je ni

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Apa hikmah larangan pokok Khuld? by Abu Raudhah

Mengenai pokok khuld atau pokok larangan (Al quran tidak pernah menyebut buah) maka apakah hikmahnya? Adakah pokok itu sungguh istimewa sehingga ia tidak boleh dihampiri? Kalau ya apa keistimewaanya.

Tidak di jelaskan oleh Allah swt apa keistimewaan pokok khuld ini sehingga ia dilarang untuk dihampiri. Sebaliknya 'keistimewaan' pokok ini dinyatakan oleh iblis apabila dia berkata:

Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)". (Al A'raf :20)

Kenyataan iblis ini mungkin benar atau mungkin tidak. Tetapi pada saya keistimewaan pokok khuld ini bukan pada apa yang dinyatakan oleh Iblis atau apakah hikmat pokok tersebut. Keistimewaan pokok ini adalah di atas pengajaran yang kita perolehi daripadanya.

Keistimewaan ini mungkin tidak dirasai oleh nabi adam. Tetapi dirasai oleh kita sebagai anak cucunya apabila membacakan kisah ini. Apakah keistimewaan pokok ini?

1. Ia memberikan kita pengajaran bahawa manusia hanyalah hamba yang mengikut perintah dengan taqlid atau tanpa soal. Di dalam Al quran tidak pernah disebut mengenai keistimewaan pokok ini dan nabi Adam tidak pernah bertanyakan apakah keistimewaannya. DAn kita tidak mengetahui. Inilah konsep tertinggi bagi hamba Allah yang ditunjukkan oleh Nabi adam sebagai contoh: Apa shj perintah Allah, kita hendaklah mengikut tanpa soal. Ini bersamaan dengan firman Allah: "Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk taabud (patuh/tunduk/menghambakan diri) kepada Ku"

2. Ia memberikan pengajaran bahawa setiap seseorang anak adam itu akan diuji keimanannya. Ini selari dengan firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi?" Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar (dari ujianNya) dari orang-orang yang berdusta. (AL Ankabut -2-3)

Maka jelas di sini tujuan pokok khuld adalah sebagai satu ujian kepada nabi Adam sama ada dia benar atau berdusta untuk taat kepada perintah Allah. Di samping itu ia juga sebagai pengajaran kepada manusia mengenai ujian yang Allah akan timpakan kepada kita.

3. Kisah nabi adam sebagai tanda bahawa Iblis adalah musuh manusia yang nyata dan janjinya utk menyesatkan umat manusia akan berlaku dari awal penciptaan sehingga akhir zaman kelak.

4. Pokok ini juga adalah sebagai pengajaran taubat kepada umat manusia bahawa pada setiap kesalahan akan ada pengampunannya. Pada setiap dosa ada jalan untuk taubat.

Kesimpulan:

Hikmat pokok khuld seperti yang saya sebutkan tadi hanyalah secebis pengajaran. Banyak lagi hikmah yang kita boleh perolehi dari kisah pokok ini yang kita boleh extract daripada Al Quran.

Bagi saya inilah hikmah terbesar pokok khuld. Sebagai pengajaran dan ujian kepada Nabi adam, hawa, anak cucunya serta awak dan saya pada masa kita membincangkan mengenai kisah ini sekrang ini. Inilah hikmah larangannya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam


posted by scouser at 7:19 AM