~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Thursday, June 02, 2005



Bismillahirrahmaanirraheem.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam.Actually aku tgh sangap dan bosan gile sbb takde keja sangat kat ofis ni.Bos kasi relaks2 dulu b4 pegi Outward Boundary School (OBS).So aku rasa kali ni aku citer sket la apa yg terjadi lepas lapor diri dgn TNB.

11 April tu aku lapor diri kat UNITEN.Kena stay situ 2 minggu.First week tu cuma motivasi diri and team building. Second week plak kitorang pi technical visit kat aset TNB mcm powerplant kat serdang and headquarters kat bangsar.Batch aku yg lapor diri ni ada 38 org.14 dak civil engr,17 dak electrical,1 dak mechanical,2 accountancy,dan 5 org dak IT. Mcm2 perangai aku jumpa.Kelakar gak derang ni kadang2.Paling tua umo 29 tahun dan paling muda 23 tahun.Dlm 14 org dak civil tu aku la yg paling junior.Mmg kena belaja byk la dari yg tua. Penginapan yg disediakan pun best gak.Satu bilik ala-hotel dgn aircond sume,ada la kusyen dua buah,meja solek satu,almari satu,and attached bathroom. Abis dua minggu tu kitorang start kelas plak tp kena stay out.

Kelas tu berlangsung dlm 3 minggu. First week tu intro pd benda2 basic yg berkaitan dgn core bussiness TNB mcm power plant,transmission tower, and so forth la.Aku menumpang umah member la selama the next 3 weeks tu.Budak2 civil and mechanical yg totalnya seramai 6 org start dihantar ke generation.Generation ni lebih pd power plant la sbb generate electric.Alhamdulillah aku diletakkan dlm transmission.So keja aku nanti lebih kepada design substation ataupun apa2 yg berkaitan dgn structure utk transmission punya division.Masa kelas tu berlangsung tension betul aku dibuatnya.Istilah2 yg digunakan byk yg dak electrical belaja,so dak2 selain electrical mmg poning tak paham kobondo langsung.Yg paling best is makan la.Makan free tp standard catering wooo.Sedap gile.Naik gak la badan aku beberapa kilo.

Masa training kat UNITEN tu dak2 civil kena buat inspection kat satu bangunan TNB di Jalan Timur,PJ.Kena study kenapa ada byk crack kat bangunan tu.Kitorang naik sampai tingkat 20 check crack utk setiap floor.Bila sampai kat roof,cuak gile aku.Leh nampak seluruh KL sbb bangunan tu kat area tanah tinggi.Aku ni la first time naik kat tempat tinggi yg open.Pastu kena salah sorang daripada kitorang naik mesin gondola.Mesin gondola ni cam mesin yg derang guna utk cuci tingkap kat bangunan tinggi2.Cuak wooo.Memula tu aku berani naik sbb aku yg pegang kamera.So aku kena amik gambar kat bahagian2 retak di luar bangunan tu.Sekali dia alihkan mesin gondola tu ke tepi bangunan.Meaning aku kena langkah bangunan tu utk naik mesin gondola.Mana boleh beb,mati jatuh kang sesia je.Kalau dia letak mesin gondola tu kat atas roof,berani gak la aku naik.Ni dia letak kat sebelah bangunan tu.Inspection tu sampai dua hari.2 minggu lepas tu kitorang kena present depan General Manager dan civil engrs TNB yg expert2 belaka.Cuak gak la aku cam mane nak goreng derang tu sume.Alhamdulillah sumenya berjalan lancar.

Antara experience lain yg aku rasa sangat berharga is dpt tgk cable bawah tanah.Derang buat cam tunnel kat bawah Putrajaya.Sb tu kalau pegi putrajaya mmg tak nampak la cable2 kat tiang2.Selalu yg aku bayangkan cable ni derang tanam je.Rupanya derang buat tunnel utk senang mantainance.

Since kawan aku nak guna pc ni,nanti aku sambung lagi la menulis.Dua minggu akan dtg ni aku tak dpt nak menulis sbb kena pegi OBS.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 12:18 AM

 

~ Wednesday, June 01, 2005

A Night to Remember...for the Rest of My Life Insya Allah



"Mat,aku rasa gelap2 cam ni baik kita munajat doh drp jerit2 tak tentu hala ni"
"Ko ni pun,time ni sangat nak tazkirah aku la Ahmad Tajuddin bin Romzi"



"Kejar budak tu,jgn kasi lepas.Tok mudim dah nunggu lama tu"



"Sampai hati ko terajang muka aku,Crespo...aku takde niat nak luku ko td.Terluku je td tu"



"Kengkawan,apa kita nak makan lunch nanti ni?...piki cepat weh"



"Weh...weh...slow2 kang tersondol aku kang...arghhhh!!!"
"Sori la Masaoud,aku tak sempat stop aaa"



Sume org terkejut cam mane bola tu boleh terbang dgn tetiba sehingga Dida pengsan dgn gaya yg penuh macho



"Eh,sape rendahkan tiang gol ni? Kan dah tak masuk gol dah",kata Serginho yg cuba cover sbb tak pandai amik penalti



"Ko nak bergambar pun jgn la kasi posing cam tu Mat Pet...bughuk bebeno ghupenye...musti mak bapak ko tak ajar cam mane nak posing ni"



Shevchenko menggunakan ilmu magiknye mengangkat Dudek utk dismack down kerana bengang Dudek masih enggan membelanjanya makan di gerai Mapeley



Sume pemain Liverpool bekejar ke masjid dgn penuh semangat selepas mendengar seruan azan fardhu Isyak...pemain Liverpool pun rajin solat jamaah...kita cam mane plak kengkawan?



"Takbeeeerrrr"
"Allaaahu Akbaaar"



"Nganga mulut,doktor nak check gigi"
"Aaaaaa..."
"Ya Allah,bau ketiak mulut kamu ni"

posted by scouser at 9:25 PM



Sejarah JIM Sepintas Lalu

Malaysia dan kebangkitan Islam

Lebih tiga dekad yang lalu, sejarah Malaysia diwarnai dengan kebangkitan semula Islam. Pada waktu ini, masyarakat diseru agar kembali kepada penghayatan Islam sebenar. Sebelum itu, pada awal kurun ke 19, kesedaran Islam di kalangan masyarakat telah dibangkitkan oleh segolongan pemuda lepasan universiti di Mesir melalui majalah Al Imam. Sejarah berulang kembali. Kali ini, golongan pemuda belia lepasan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, di timur mahupun di barat, menyeru agar Islam menjadi tunjang dalam kehidupan. Islam sebagai jalan penyelesai masalah. Praktik Islam dalam kehidupan seharian direalisasikan kembali.



Gerakan Islam di Malaysia

Selaras dengan kebangkitan Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam mula menonjol. Malahan Angkatan Belia Islam (ABIM) muncul sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi tumpuan golongan muda. Parti Se-Islam Malaysia semakin popular. Kehadiran Al Arqam dan Jama’at Tabligh, tambah memeriahkan fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada waktu ini.

JIM dan Persepsi Kemunculannya

Jamaah Islah Malaysia tidak ketinggalan. Ia muncul dalam arus kebangkitan Islam walaupun kehadirannya di persada gerakan Islam tanah air agak lewat iaitu awal kurun ke 20. Oleh kerana kemunculannya yang agak lewat, ditambah pula dengan adanya organisasi seperti ABIM, mungkin menjadi faktor wujudnya perasaan skeptikal oleh segelintir masyarakat sama ada yang berada dalam gerakan Islam mahupun tidak. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Antaranya, mengapa JIM perlu wujud sedangkan di Malaysia ada ABIM dan juga PAS? Mengapa pendokong JIM tidak mahu memanfaatkan tenaga mereka di dalam pertubuhan tersebut?

Siapa mereka ini yang mendalangi penubuhan JIM? Persoalan ini begitu popular ditimbulkan. Jawapan yang sering diberikan adalah; mereka adalah anggota Islamic Representative Council (IRC) iaitu sebuah pertubuhan ‘underground’ yang telah diwujudkan di United Kingdom pertengahan 1970-an. Setelah menamatkan pelajaran, mereka kembali ke tanah air lantas menubuhkan IRC di Malaysia. Mereka berusaha untuk menguasai ABIM. Setelah gagal mereka cuba pula menguasai PAS. Setelah misi afiltrasi mereka gagal dalam ABIM dan PAS, mereka akhirnya menubuhkan JIM. Oleh itu kesimpulannya JIM adalah pertubuhan mereka yang kecewa dalam usaha mendapatkan kuasa dalam menerajui gerakan-gerakan Islam semasa di Malaysia pada waktu itu lantas membuat pertubuhan sendiri.

Kemunculan JIM bukan sekadar petanda kecewa pendokongnya, malahan ada juga yang melihat JIM muncul untuk menjadi pesaing kepada petubuhan yang ada. Tidak cukup ABIM dan PAS, JIM juga mahu menjadi gerakan Islam di Malaysia. Oleh kerana JIM tidak lebih daripada ‘carbon copy’ daripada pertubuhan yang sedia wujud, maka kemunculannya bukan sahaja tidak diperlukan bahkan menyebabkan perpecahan kepada pejuang-pejuang Islam.
Itulah secebis pandangan dan tanggapan segelintir pihak terhadap kemunculan JIM.

JIM dan Penubuhannya

Bersama Islam Membina Masyarakat, itulah motto perjuangan JIM. JIM sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar secara sah dengan Badan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 27 Julai 1990. Jawatankuasa Penaja penubuhan JIM diketuai oleh Haji Saari Sungip atau nama gelarannya ‘Abu Urwah’.

JIM muncul dengan sejarahnya yang tersendiri. Kemunculannya yang mendapat reaksi daripada pelbagai pihak tidak lepas daripada tomahan dan kritikan. Ia tidak hanya ketika diawal kemunculannya. Ibarat perang saudara yang tidak berkesudahan, JIM hingga kini masih menjadi sasaran kritikan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah tidak senang dengan peranan yang dimainkannya. Setelah lebih sedekad merealisasikan misi membina umat, dengan pelbagai perubahan dan peranan positif yang dimainkan, nama JIM masih dicemburui kawan dan lawan.

Sesungguhnya benar JIM yang didaftarkan secara rasmi dalam tahun 1970-an kebanyakannya terdiri daripada bekas aktivits IRC. Namun begitu, ramai juga di kalangan pendokong awalnya terdiri daripada para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat. Mereka yang belajar selain daripada di United Kingdom, bukanlah anggota IRC. Namun kesatuan kefahaman dan pemikiran telah menemukan mereka setelah kembali menamatkan pengajian.

IRC juga tidak pernah wujud di mana-mana pun di negara-negara yang menempatkan pelajar Malaysia selain daripada United Kingdom. Sejarah IRC secara rasmi bermula pada April 1975 di Universiti of Sussex, Falmer, Brighton apabila beberapa orang pelajar Malaysia bersetuju untuk menubuhkan persatuan Islam bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom. Sungguh pelik dan hairan sebagaimana yang dirasai oleh seorang penulis dalam Akhbar Api Mahasiswa penghujung tahun lepas. Bukan sekadar kepelikan yang beliau rasai apabila menimbulkan persoalan bagaimana pelajar jurusan sains dan kedoktoran boleh menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan berminat dengan kepimpinan kampus dalam kesibukan yang mendesak. Seharusnya kepelikan beliau ini akan lebih dahsyat lagi bila mana pelajar-pelajar jurusan sains dan kejuruteraan di luar negara bahkan di negara barat boleh muncul sebagai pejuang Islam semenjak pertengahan 1970-an!

Allah memberikan petunjuk bagi hati yang mencarinya. Itulah yang berlaku kepada peserta kebangkitan Islam terutama yang berada di luar negara. Inilah juga yang telah berlaku di kalangan pelajar Islam Malaysia yang bergiat di dalam IRC ketika di United Kingdom. Tiada siapa menyangka pelajar Islam yang datang daripada negara yang mempunyai agama rasminya Islam boleh mengenali Islam sebenarnya di negara barat yang diperintah oleh orang kafir. Tiada ibu atau bapa yang menyangka anaknya yang ke luar negara, apatah lagi negara barat, dengan memakai mini skirt atau penampilan ala Elvis Presly, boleh kembali ke tanah air dengan bertudung litup atau berkopiah dan berjubah.

Kemunculan dan peranan yang dimainkan IRC di luar negara bukanlah hanya khayalan penggerak-penggeraknya sahaja. Malahan pengkaji-pengkaji seperti Zainah Anwar dan Muhammad Abu Bakar, turut mengakui peranan besar yang dimainkan oleh pertubuhan ini di United Kingdom sekitar 1970an-1980an. Malahan keluasan pengaruh yang dipamerkan oleh pertubuhan ini telah berupaya membawa satu gelombang besar dalam penghayatan semula Islam di kalangan pelajar muslim Malaysia ketika berada di sana. Tidak sekadar itu, perubahan yang berlaku ketika di luar negara, di bawa bersama ketika kembali ke tanah air dan mahu diterjemahkan bersama masyarakat Islam yang ada di Malaysia pada ketika itu.

JIM dan IRC

Sekembali bekas aktivis IRC ini ke tanah air, kesedaran Islam yang diperolehi ketika belajar di luar negara tidak dilupakan dan ditinggalkan begitu sahaja. Kesedaran yang memberikan kesan mendalam itu menjadikan mereka peka kepada penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam di tanah air. Menjadi tanggungjawab mereka untuk menyeru dan menyedarkan masyarakat Islam di tanah air betapa perlunya kembali menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Apabila bekas IRC ini kembali ke tanah air, telah wujud dua buah gerakan Islam yang dominan iaitu PAS yang bergerak sebagai sebuah parti politik. Manakala ABIM pula merupakan gerakan Islam yang bersifat Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan sejak 1971. Merasakan bahawa mereka perlu memainkan peranan, maka bekas aktivis IRC ini telah memutuskan bahawa mereka perlu melibatkan diri dengan kedua-dua buah pertubuhan ini bagi keterlangsungan perjuangan mereka dalam mendaulatkan syariah Allah di tanah air tercinta. Bukan sekadar bekas aktivis IRC, malahan para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan IRC di UK, turut mengambil pendekatan yang sama iaitu bersama memanfaatkan diri untuk memperjuangkan Islam melalui ABIM dan PAS.

Syaitan itu telah memberi jaminan kepada Allah bahawa ia tidak akan berdiam diri terhadap anak Adam. Apatah lagi anak-anak Adam yang memperjuangkan risalah suci dan murni iaitu Islam. Maka api sengketa dinyalakan bagi membakar ikatan silaturrahim dan kesepakatan yang wujud antara mukmin yang memperjuangkan Islam dalam ABIM mahupun PAS. Kehadiran bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya dalam ABIM dan juga PAS lama-kelamaan telah menimbulkan rasa curiga di kalangan segelintir ahli ABIM dan juga PAS. Apatah lagi penonjolan yang ketara bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya ini dalam kepimpinan sehingga mendapat kepercayaan untuk memegang tampuk pimpinan peringkat tinggi atau pusat dalam khususnya dalam PAS. Bekas aktivis IRC ini dipercayai sengaja memasuki PAS dan ABIM serta ingin menguasai pertubuhan tersebut untuk bergerak dengan cara mereka sendiri.

Tanpa mahu berpanjangan dalam perselisihan dan menimbulkan lebih banyak kemudharatan, akhirnya bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya bersetuju untuk menubuhkan JIM. Memandangkan pengalaman yag ada ketika belajar di luar negara dan merasakan kehadiran mereka releven dengan medan dakwah yang masih banyak lagi terabai di kalangan masyarakat dan pentadbiran negara, maka JIM muncul di persada tanah air bersedia mengharungi perjuangan dan menghadapi cabaran dalam memperjuangkan Islam. Bukan kerana PAS gagal, bukan kerana ABIM tidak berjaya, namun kerana tanggungjawab Islah itu perlu dipikul dengan semampu mungkin maka JIM ingin sama berperanan seperti ABIM dan juga PAS. Masih ramai lagi masyarakat yang terabai. Masih ramai lagi orang Islam yang dahagakan ilmu Islam dan masih ramai lagi yang perlu dikejutkan dan dibangunkan untuk segara menghayati Islam sebenarnya. Inilah tugas JIM yang diyakini oleh pendokongnya mengapa JIM releven untuk muncul di samping ABIM dan PAS.

Pelbagai jawapan diberikan bagi menjawab pelbagai persoalan dan juga tohmahan yang dilemparkan terhadap JIM di atas kemunculannya. Walaupun lebih sedekad berlalu, namun kisah ‘pahit’ ini sesekali muncul dan diungkit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan nakal. Mungkin tidak selesa dengan keharmonian yang telah bertapak dan wujud di kalangan pemimpin PAS, ABIM dan JIM. Usaha-usaha nakal ini sudah pastinya tidak berjaya kerana Allah memberi jaminan tipu daya syaitan itu tidak akan berjaya kepada golongan-golongan yang soleh dan ikhlas dalam berjuang untuk agama-Nya ini (surah al Hijr).

Bagi semua pendokong Islam, setiap insan pasti melakukan kesilapan. Hatta Nabi juga ada yang pernah melakukan kesilapan. Namun di atas kesilapan-kesilapan yang tidak mungkin kita sengajakan, mudah-mudahan kita mendapat pengampunan di sisi Allah. Bak kata Hasan Al Banna, "kerja lebih banyak dari masa yang kita ada". Seharusnya ia menjadi panduan untuk kita bersegera melakukan amal kebajikan dan dakwah dan melupakan sengketa atau perselisihan antara kita kerana golongan kuffar tidak pernah letih atau berputus asa untuk melalai dan menyesatkan kita dari jalan-Nya. Golongan kuffar sentiasa memantapkan gerak kerjanya sedang kita masih lagi dalam mainan tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha merungkaikan ikatan persaudaraan kita dalam memperjuangkan agama yang agung ini.

Allah melihat amal
"Katakanlah : Beramallah kamu, sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin akan melihat amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Maka (Allah) akan memberitahu kamu apa yang telah kamu kerjakan" (At Taubah : 105)

posted by scouser at 5:43 PM

 

~ Tuesday, May 31, 2005



Liverpool Football Club...hail the new Euro Champs!!!

Bismillahirrahmaanirraaheem. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam dan makhluk kerana limpah kurnia dan inayahNya aku masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam. Syukur juga kerana diberi kesempatan utk update balik weblog aku ni setelah hampir 5 bulan dibiarkan kosong sahaja. Antara sbb aku dah tak update weblog ni access yg limited. Umah aku dah takde internet connection. Kalau nak pi check email ke ape,kena pegi cc. Aku dah la tak keja lagi time tu,kalau lepak hari2 update weblog abisla saving aku. Alhamdulillah dah start keja ni, baru la ada access internet kat ofis. Ni pun ofis sementara je ni,nanti kena pindah lagi.

OKla,aku rasa pasti ramai yg tertanya-tanya apa yg aku buat time aku tak update weblog ni. Lepas aku update pasal program ceramah tsunami tu,aku lebih banyak tolong mak aku buat catering. So far sume dlm n9 je. Rutin idup aku,pagi kena hantar adik pi sekolah. Pastu pi hantar bekpes kat kem askar.Pastu pi relaks2 sampai zohor. Then, zohor kat sekolah adik aku sblm jemput dia sbb derang wajib solat zohor kat surau dulu sblm balik umah. So aku join la sekali.Aku jd makmum kat budak sekolah rendah...huhuhu. Makmum paling tua plak tu...kuikuikui. Lepas jemput adik aku,pi kem hantar minum petang plak. Pastu pi jogging kat kompleks sukan. Malamnya ke surau dgr kuliah ke ape. Lps isyak tgk tv and tido. Weekend plak pepagi main bola dgn 3 lagi adik laki aku. Kira main 2 a side la,pancit sepancit-pancitnya aku dibuatnya. Kalau ada masa lapang aku try spend masa baca buku2 yg aku beli. So far baru abis 3 buku je. Interesting gak baca buku2 agama ni,kita bukan je belaja pasal agama tp byk benda lain yg related juga. Cthnya skrg ni aku tgh baca buku pasal bibliografi Prof. Hamka. Dlm ucapan pertama dia sbg Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia dia citer pasal peranan ulama dlm proses kemerdekaan Indonesia. Ramai masyarakat yg lupa sejarah para ulama ni sbb mereka kebanyakannya mati syahid dan kisah mereka sengaja di'padam'kan oleh penjajah Belanda. Walhal mereka ni berlawan sampai bergadai nyawa. Para ulama ni plak berjuang dgn penuh keikhlasan tak mcm ahli politik skrg yg byk mengharapkan sesuatu in return. Dlm surah al insan,yg bermaksud:

"Kami tidaklah meminta upah buat ini, dan tidak ingin mengharapkan ucapan terima kasih. Kerana kami takut pada Tuhan kami pada hari yg penuh kemurkaan dan kegelisahan" (Al Insan:9-10)

Kalau kita belaja dlm 'Labor Relations', satu topik dlm management,antara teknik utk memuaskan hati pekerja kita adalah dgn memberikan byk pujian dan reward. Mmg lumrah manusia ingin dihargai dlm apa jua sumbangan pun,tp hal ini tidak berlaku pd alim ulama zaman dahulu yg mmg ikhlas semata-mata kerana Allah. Mereka tidak mengharapkan balasan bukan kerana inginkan balasan yg lebih besar dari Allah,tp sbb takut akan kemurkaan Allah.Masya Allah,inilah sifat yg mesti kita contohi.

Kekadang tu ada gak aku join keja2 volunteer prog remaja. So far baru dua kali aku join la,satu prog utk budak2 lepasan spm dan satu lagi utk budak2 lepasan matriks. It's fun to see our muslim youth full of vibrant and energy. Masya Allah,derang ni sume penuh semangat utk mendalami deenul Islam. Adalah sesuatu yg baik jika kita dpt gunakan energy dan semangat para pemuda dan remaja ni utk disalurkan ke jalan yg diredhai Allah. Ikut kata sorang pensyarah UPM, Dr. Hafidzi Mohd. Nor, remaja ni masih mencari identiti yg sesuai utk mereka. Sb tu remaja ni fesyen dan trend dia berubah-ubah. Maka menjadi tanggungjawab kita yg sudah pun melalui zaman2 muda dan remaja utk membimbing derang.

Haaa...citer bola mesti tak leh lari. What can you say, 'LIVERPOOL Rules Europe!!!' Menang gak akhirnya after 21 years menanti. Sesuatu yg tak diduga. Kalau tgk their path to Istanbul mmg amazing. Aku tak rasa derang menang semata-mata because of genius tactics from Rafael Benitez sbb they didn't perform well in English Premier League and FA Cup. FA Cup kalah dgn Burnley plak tu,team bawah mana ntah.Bila tgk2 balik rekod Liverpool dlm Champions League tu mmg betul la takdir dari Allah swt. Dlm first phase tu,last game lawan Olimpiakos. Derang mesti menang dgn kelebihan dua gol. First half, Olimpiakos dah score satu thru Rivaldo. Meaning with the next 45 mins derang kena score 3 gol and they did!!! Last goal tu Steven Gerrard score dlm masa kecederaan. Since then,derang menang every round sampai ke final. Bila final plak,citer sama gak. Kena score 3 gol dlm masa 45 min. They did it in 6 crazy minutes!!! What can I say other than La hawla walaa quwwata illa billah.

Abis citer bola,citer pasal keja aku plak...hehehe. Maka arakian 11 April bermula la karier aku yg pertama sbg engineer. Alhamdulillah,TNB panggil gak aku keja setelah teruk aku di'belasah' dlm interview derang on 25 Febuari.Aku mmg tak yakin la dpt diterima sbb aku tak dpt jawab byk. Result aku pun cukup2 makan je. Alternatively aku pi interview dgn Majlis Perbandaran Seremban. 1 April tu aku dah cam give up,aku terus buka paper cari keja kosong. Tgh2 aku cari tu tetiba ada call. Org tnb bagi tau suruh aku lapor diri on 11 April. Alhamdulillah,lega aku...tak yah pi interview company lain. Aku paling benci interview,bukan ape,derang ni saje cari kesempatan nak lepaskan geram kat kita. Mentang2 la kita tgh cari keja,tak leh melawan...dia 'pukul' kita abis2 dlm interview. Insya Allah akan aku jdkan pedoman bila aku jd interviewer nanti takde la aku buat cam tu. Sian org tu,dtg nak cari rezeki,tp kita tambah lagi beban dia.

Aku rasa cukup sampai sini dulu,nanti aku sambung citer pengalaman dlm latihan TNB ni. Dah lama tak menulis,dah pancit plak jari aku ni menaip...hehehe

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

posted by scouser at 5:48 PM