~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, August 24, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dpt meneruskan kehidupan di muka bumi yg fana ini. Paling penting utk kita ingat ialah nikmat iman dan Islam yg tak sume org dpt kecapi. At last abis gak out station aku selama dua minggu. Kalau ikut plan yg asal,aku kena outstation kat seremban dan melaka for the first one week dan ke kelantan for the next two weeks. Tapi aku minta one week je kat kelantan. Ok,skrg ni aku cite apa aku buat masa out station kat seremban dan melaka.

Kat seremban ni aku just attend kursus software utk emergency tower. Function emergency tower ni bila transmission tower runtuh ke ape,emergency tower ni akan dibina dan digunakan buat sementara sehingga la transmission tower yg baru siap dibina. Kira emergency tower ni temporary la. Program ni dianjurkan oleh satu company dari Holland. Derang kata temporary tower ni boleh disiapkan dlm masa 4 jam je! Mmg cepat gile la tu. Sbb transmission tower pun amik masa hampir sebulan nak siap satu. Dlm kursus tu adalah 7 org engineer lain dari TNB yg hadir. 7 org tu termasuk yg consistent datang la. Yg tak consistentnye seramai 3 org.Biasa la melayu...hahaha...pemaleh,suka curi tulang.Basically software tu user friendly.Very simple and easy to use.Tp biasala bg engineers yg dah season ni,drang lambat sket pick up.Kita pun paham sbb faktor usia.So engr muda la kena ajar drang sket2.

Memula tu aku ingat TNB kasi kitorang duk hotel,rupanya derang booked je.Bayar sendri mau ingat...ceh hampeh tul.Bila tanya rate,katanya RM 230.Adeh,sakit maaa.Bila tanya corporate rate,dia jawab RM 196. Telan air liur je la aku.Engr muda cam aku ni cuma boleh claim RM 160 punya rate hotel je.Tp memandangkan aku dah janji dgn adik2 aku nak bawa derang duk hotel,aku booked la satu malam utk derang. Malam tu pi makan kat luar,esok tu aku kena cirit birit.Haaa,padan muka mengutuk majikan. Mujur time tu weekend,kursus off kejap.Menjelang isnin tu aku dah elok balik. Isnin dan selasa the next week tu drang buat praktikal tower erection kat melaka.Asalnya buat kat salak tinggi,tp sbb jerebu teruk kitorang tukar venue ke melaka.Bila pi melaka je,jerebu dah takde...buat abeh bogheh yo. So kita tgk sendiri la cam mana derang erect tower tu.Ni lebih nak ajar pada foremen TNB cam mana nak pasang tower tu.Memandangkan derang belum expert,so derang amik masa berhari-hari gak la nak pasang tower tu.

Abis je kursus tu,aku amik flight ke kota bharu on the next day. Saje je aku amik flight lambat sket so aku leh relax2 dulu kat umah. Kalau pegi awal sangat,engr sume takde sbb derang dah pi site. Since dah 8 bln lebih tak naik flight,rasa cuak plak.Hahaha...mmg kelakar la kalau korang dpt tgk muka aku time tu. Tah ape sbb tah rasa panik semacam je. Smp je airport aku nampak satu bangunan besar yg diletakkan bendera berwarna hijau dgn satu bulatan putih ditghnya.Pepaham la korang ye...hehehe.Itula PUTIK (Pusat Tarbiah Islam Kelantan...rasanya la utk singkatan tu :D).Kuar dari airport pun nampak bendera yg sama kat mana2.Pergh...kuat betul gelombang PAS kat kelantan ni. Smp je hotel aku terus tido.Al maklumla sbb dah takde benda nak buat. Malam tu aku gi solat kat masjid baroah,sebelah pasar siti khadijah.

Esok tu pi la sarapan kat area kota bharu.Di sinilah bermulanya penyeksaan batinku. Pegi memana gerai sume bekpes nasi kerabu.Ni yg aku rasa nak nangis ni.Roti canai ke,mee goreng ke,nasi goreng ke,nasi lemak ke satu pun tarak. Tp memandangkan first time kat kelantan,nak gak la rasa nasi kerabu ni.Okla,boleh tahan gak la. Pastu kitorang ikut sorang technician ni bawa ke site. Kitorang tak pegi banyak tempat pun ari tu sbb hari khamis kebanyakan org keja half day je.Budaya kat sana kot. So on that day kitorang just pegi contractor punya ofis dan storage. On the way tu lalu la satu tempat yg bernama Pulau Melaka. Maka ternampaklah akan sekolah agama milik menteri besar kelantan. Ramai gak la student dia dan sekolah tu pun besar gak. Storage ni kat bachok. Adeh,susah nak pahe."Mu asey mano?"..."Saya org seremban"..."Hehehe...sini kalau oghe kecek KL kene semelih". Tak guna mamat ni,asobiah gile sampai berlawak pun asobiah gak.Hehehe...aku sengih jela.Bkn aku tanak kecek kelate,tp bughok bunyinye. Kang kena gelak je kang.

Keesokannya hari jumaat. Kalau kat kelantan,jumaat ni cuti la.Aku ingatkan jumaat kat kelantan ni sama dgn ari sabtu kat mesia. Meaning ada la gak muzium atau tempat2 menarik yg dibuka.Rupanya hari jumaat kat sana sama dgn hari ahad kat seremban. Sangap aku dibuatnya. In the end aku merayap kat pasar siti khadijah je. Pasar ni terkenal sbb peniaga dia ramai yg pompuan. Pasar biasa la kan,kotor masya Allah. Tp seronok gak bila aku tgk dari atas nampak makcik2 ni berniaga. Agak2 dah bosan tu aku merayau keliling bandar cari tempat2 menarik so that aku boleh pegi sabtu nanti. Ada satu tempat ni nama dia tambatan diraja. Aku pun tak tau apa special tempat ni. Tp tmpt ni dulu kira mcm kapal2 pedagang berlabuh kat sg kelantan la. Solat jumaat aku pegi masjid muhammadi. Aku rasa inilah masjid paling best kat mesia yg penah aku pegi. Masjid ni unik sbb masjid ni masjid lama. Kira cam era 60an la struktur dia,lebih kurang macam masjid sultan abu bakar kat johor bahru. Tp masjid ni punya sejarah yg menarik. Ulama2 besar kelantan sume penah mengajar kat masjid ni termasukla tok kenali. Bila solat maghrib dan isyak,jemaah dia ramai gile. Adalah dlm 10 saf. Solat subuh plak ada la dlm 5 saf,which is ramai gak la. Khatib dia pun takde la pekat loghat kelate.Bila dia kasi khutbah tu,tak bunyi langsung slang kelantan.

Keesokannya maka merayau la aku ke serata pekan kota bharu. Aku just pegi tempat2 sejarah je sbb aku ni mmg minat gile pasal sejarah. So tempat pertama aku pegi was istana jahar. Istana ni digunakan pada kurun 19 dan 20. Muzium ni lebih pada adat isitiadat org2 kelantan zmn dahulu kala. Byk juga unsur2 khurafat dlm masyarakat dahulu kala walaupun ramai ulama pd masa tu. Kalau ikut sejarah,time tu dah ada mufti diraja tp still amalkan lenggang perut dan mcm2 lagi la yg mmg takde basis dlm Islam dan bertujuan utk menolak bala dan gangguan syaitan. Pastu aku curi2 masuk Istana Besar. Istana Besar ni dulunya istana la,skrg ni dah jd pejabat sultan. Tapi kawasan dia besar dan bangunan lama. Dpn istana tu ada bank pitis,tempat sultan simpan duit kerajaan kelantan dulu2. Pastu aku gi istana batu.Istana batu ni dulunya adalah hadiah perkahwinan sultan pada anak perempuan dia (lebih krg gitula). Dlm tu ada byk gambar2 lama sultan2 terdahulu dan yg terkini termasuk la anak2 dia sekali. Pastu gi istana majlis agam islam kelantan plak. Dlm tu ada byk bahan2 sejarah Islam di kelantan. Cthnya sejarah ttg masjid kg laut,masjid yg tertua di mesia.Ada gak diceritakan sejarah cam mane kelantan boleh dpt gelaran serambi mekah. Kisahnya dulu kala,ramai umat Islam dari seluruh asia tenggara dtg ke kelantan utk menuntut ilmu agama. Suasana yg islamik tu menyebabkan derang panggil kelantan tu serambi mekah. Ada gak diceritakan sejarah sistem pondok. Yg paling best diceritakan ttg sejarah tok kenali. Tok kenali salah seorg pengasas majlis agama islam kelantan. Penah diceritakan tok kenali ni berjln atas sungai kelantan utk ke masjid muhammadi.

Pastu aku jalan sket gi Memorial Perang Dunia Kedua. Kat sini ada byk barang2 yg digunakan masa perang dunia kedua kat kelantan. Antaranya kubu pertahanan kat pantai di pengkalan chepa. Kubu ni still boleh dilihat kat dlm kawasan airport pengkalan chepa. Beca dan basikal yg digunakan masa perang dunia kedua. Kat sebelah memorial ni ada bangunan yg dinamakan bangunan kerapu. Dipanggil nama kerapu tu sbb permukaan bangunan tu yg bergerigi. So org kelantan panggil kerapu. Bangunan ni dulu penah digunakan sbg pejabat polis rahsia jepun (kempetai). Dlm bangunan ni ada byk bahan sejarah dari zaman perang dunia pertama sampai la zaman merdeka. Senjata2 zaman perang dunia kedua pun ada kat situ gak. Paling menarik sekali gambar dulu2 yg menunjukkan aktiviti tentera bintang 3,perang dunia pertama dan kedua, dan sblm zaman merdeka.

Dekat seberang bangunan kerapu ada padang merdeka. Kat sini la tok janggut digantung secara songsang sehingga syahid. Lps tu aku gi lunch kejap.Sekali lagi lauk hidangan adalah nasi kerabu. Adeh,sabar je la. Dah abis solat n lunch aku gi muzium negeri plak. Ada pameran keris kat situ. Muzium negeri ni lagi kecik rupanya. Tak byk bahan pun kat situ sbb dah diagihkan ke muzium2 lain yg aku dah lawati tadi.

Lepas solat maghrib aku try la dgr kuliah kat masjid muhammadi. Ingat leh paham la,rupa2nya aku lebih byk ternganga daripada menggangguk tanda paham. Sampai 'Islam' pun jd 'Isley',adeh rosak bahasa arab. Malam tu utk dinner,cuba teka makan apa...ye betul...nasi kerabu lagi.Aku dah naik muak ngadap nasi kerabu je. Tp tak leh kutuk,rezeki tu Allah dah tentukan. Esoknya hari ahad tu keja cam biasa. Bekpes lagu biasa...huhuhu. Keja ari tu dimulai dgn seorg pak cik dtg buat complaint sbb contractor bawa crane lalu atas tanah dia. So dia nak minta pampasan. Technician aku sorang je layan pak cik ni.Aku takat mendengar je la. Aku ni mana le paham org kg ckp kelate. Aku angguk2 dan senyum je la. Bila ditanya pak cik ni dtg ke pejabat naik ape. Dia jawab naik basikal je. Aku rasa syahdu gile,kesian pak cik ni. Dah la tanah rosak disebabkan contractor,pastu hanya ada basikal je. Bila ditanya ada nombor telefon ke tak,dia jawab ada. Cuba teliti soalan ni,"Pok cik ade telefon?" Soalan ni dah cukup menggambarkan aku penduduk kg kat kelantan ni masih dlm kemiskinin. Soalan tu menggambarkan tak sume org kg ada telefon. Apatah lagi handphone. Kita ni mmg patut bersyukur sesangat sbb dpt byk nikmat dari Allah. Bila ditanya bape pak cik tu nak utk pampasan,dia kata dia nak RM 200. Itupun dia ckp slow je,mcm malu nak ckp. Aku rasa dia malu nak ckp sbb dia rasa jumlah tu besar. Ya Allah,aku dah nitis air mata dah. Kita ni RM 200 tu boleh abis dlm masa sejam dua je. Beli jam mahal atau buat spek dah abis dah RM 200. Pastu kitorang bawa pak cik ni pi minum dulu. Ada la sorang ni minta teh beng. "Teh Beng?" Sume org kat situ gelak bila aku tanya cam tu. Teh ais rupenye.Adeh,susah tul nak paham bahasa derang ni. Pastu kitorang minta alamat pak cik tu dan minta dia balik dulu memandangkan dia bawa basikal dan kitorang bawa keta. So kitorang boleh catch up pak cik ni kemudian. Bila kitorang nak gi umah dia tu,agak jauh gak le.Cam mane la pak cik tu leh larat bawa basikal jejauh dgn cuaca yg panas terik. Bila kitorang dah sampai dia terus bawa ke tanah dia. Sbnrnya the destruction created by the contractor is far worse than we had expected. Contractor ni buat dua laluan bila laluan yg pertama tu dah mendap dan crane tak leh nak gerak. Patutnya pak cik ni boleh dpt at least RM 500. Tanah sawah ni bila dia dah compact,padi yg dihasilkan tak berkualiti. Kena tunggu 4 tahun baru tanah tu elok balik. Adeh,kesian gile la pak cik ni yg tak tau pape.

Keja diteruskan dgn lawatan tapak kat machang dan pasir puteh. On the way tu kitorang lalu satu rumah yg pemiliknya dipanggil Tok Ayah. Org kata dia ni sesat,wallahu a'lam. Aku sendiri tak sempat nak jumpa Tok Ayah ni. Ada la engr yg satu batch aku sempat jumpa Tok Ayah ni sbb TNB terpaksa amik tanah dia sket. Tp ditakdirkan aku tak berpeluang jumpa dia.Kalau dpt,boleh gak soal selidik sket2. Ada org kata dia ni cuma bawa tarikat je. Ntahle,aku pun tak sure mana satu yg betul.Yg pastinya dia ni ramai pengikut dan siap ada masjid sendiri yg baru. Kat tapak tu just tgk derang curah konkrit utk buat foundation tower. Ada yg dibuat atas bukit,ada gak yg kat tgh2 sawah. Tgh2 sawah tu yg aku seronok tu.Maklumla org tak penah jumpa sawah. Hehehe...mmg pelik gile kan? Excited gile aku. Nak bawa konkrit ke sawah ni tak leh bawa lori mixture tu sbb rosak tanah nanti.So derang curahkan concrete tu dari lori mixture ke dlm damper (susah nak describe cam mane rupa kenderaan ni) utk dibawa ke tapak.

Pastu kitorang stop kat pencawang masuk utama pasir puteh utk solat zohor. Solat asar plak kat masjid sultan yahya petra,machang. Kali ni tukar dgn technician lain plak. Technician yg ni mmg menarik la sbb dia ni berpikiran jauh. Byk topik perbincangan dia pasal masa depan anak2 melayu. Yg technician yg awal td plak duk counter dia blk. Dia kata buat apa nak risau piki tu sume,org melayu mmg tanak berubah.PM siap letak jawatan lagi masa tahun 2003 tu sbb dah tak larat dgn ragam org melayu. Gaduh la korang berdua,aku maleh nak layan...hehehe. Bila malam plak kitorang pi makan kat pantai cahaya bulan,agak mahal makan kat situ.Ada satu hari tu sorang technician ni cadangkan kitorang makan kat kedai yatie percik. Kitorang pun pegi la.Ingatkan cam kedai makan biasa,rupanya menu dia sume nasi kerabu je.Cis,tertipu lagi.Nasi kerabu ayam percik,nasi kerabu rendang ayam,nasi kerabu rendang itik,etc. Yg berbeza tang lauk dia je.

Actually seminggu di kelantan tu telah mengaktifkan otak aku utk berpiki dgn lebih mendalam. Situasi di kelantan jauh berbeza dgn negeri2 lain di pantai barat. Suasana di kelantan jauh lebih islamik dan rakyatnya hidup dlm keadaan sederhana. Tp apa yg aku nampak,kebanyakan rakyat kelantan taraf hidupnya masih jauh lebih rendah berbanding dgn penduduk di negeri pantai barat. Pembangunan mmg jauh ketinggalan la. Tp aku tak salahkan derang,ni bkn urusan rakyat. Ni urusan kerajaan negeri dan pusat. Masing2 kena gembeling tenaga membangunkan negeri kelantan. Tp aku tak rasa kerajaan negeri akan biarkan kelantan dlm keadaan yg tak membangun. Aku yakin kerajaan negeri ada niat nak buat tu sume tp mungkin takde sumber kewangan yg cukup. Sbb apa yg aku nampak,byk bangunan yg memerlukan mantainance. Sume ni perlukan duit. Keadaan bandar yg tak bersih pun sbnrnya memerlukan wang utk menggaji pekerja pembersihan. Sungguhpun kota bharu boleh dikatakan dlm keadaan dhaif berbanding bandar2 lain,tp masih ada yg special yg tak boleh didapati di negeri lain. Masjid Muhammadi yg jamaahnya sentiasa ramai walaupun nampak usang. Serius aku rasa seronok solat kat situ.Khusyuk sket la.

Aku rasa cukupla sampai sini dulu.Insya Allah kalau aku ada outstation lagi aku sambung.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:00 PM

 

~ Tuesday, August 23, 2005


Haaa...mana satu Masjidil Aqsa ni?

Khutbah Al Quds oleh Ust. Maszlee Malik

Allah SWT telah berfirman:

Maha Suci Allah swt yang telah mengisrakkan hamba Nya ( Muhammad saw ) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah diberkati sekelilingnya, agar Dia menunjukkan kepada hamba Nya tanda-tanda kebesaran Nya. (al-Israk: ayat 1 )

Di dalam Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa

Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :

Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa?
Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat".

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai Hassan.

Hadith dari al-Barra Bin ?Azib seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah berjumpa dengan saudara maranya di kalangan Ansar, dan baginda bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan sehingga akhir hadith.

Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W pernah ditanya : ?Mesjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini , Baginda S.A.W menjawab : Masjid al-Haram?, Selepas itu masjid apakah pula ?, Baginda S.A.W pun menjawab : Masjid al-Aqsa .

Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Jelas dalam ayat ini Masjidil Aqsa termasuk dalam senarai tempat suci utama dalam agama Islam apabila ia dikaitkan dengan peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini amat penting kerana dengan ia ibadah solat, tiang agama, mula difardhukan. Masjid al-Aqsa juga merupakan Qiblat pertama dalam Islam sebelum umat Islam diarahkan untuk menghadap ke masjidil Haram ketika bersolat.

Tetapi sayangnya semenjak tahun 1948 , iaitu semenjak penubuhan negara haram Israel sehingga kini, bumi al-Aqsa telah menyaksikan pencabulan kesuciannya oleh pihak Zionis Israel . Pihak Zionis Israel yang telah merampas bumi Palestin dari umat Islam dan seterusnya meletakkan masjid al-Aqsa di bawah jajahan mereka dan membina tempat ibadat mereka pada sebahagian daripada tembok masjid tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:

"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah,Muhammad telah mati,
Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!

Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" (kerana dikatakan Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap".

Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut. Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana. Bagi para tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menuna ikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah stu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan untuk bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah minbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya.

Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Bagi penjenayah yang telah bertanggung jawab membakar masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Z ionis kerana didapati "tidak siuman", walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Sehingga detik ini, w alaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.

Khutbah kedua :

Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beriman.

Allah S.W.T telah berfirman :

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman hendakkah kamu aku tunjukkan sebuah perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka?, Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan nyawa kamu, dan itu lebih baik jika kamu mengetahuinya? (al-Saff: ayat 10 - 11 )


Para ulama juga telah berijmak jika sejengkal sahaja dari tanah kaum muslimin dirampas maka jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim.

Atas kesedaran inilah mimbar yang mulia ini menyeru agar tindakan-tindakan yang bersifat urgensi diambil oleh para jemaah sekelian, samada ianya bersifat individu mahupun secara berjemaah. Mimbar yang mulia ini menyeru agar :

1) Para jemaah memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon agar Allah S.W.T membantu para mujahidin di Palestin dalam menghadapi pihak rejim Zionis Yahudi. Dan juga tidak putus berdoa agar Allah menimpakan kekalahan yang teruk kepada pihak rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.

2) Para jemaah hendaklah banyak mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengannya.

3) Para jemaah juga hendaklah berusaha memberikan kesedaran kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan sekerja dan juga masyarakat sekeliling tentang kesengsaraan umat Islam di Palestin, penjajahan Yahudi ke atas masjid suci ketiga mereka dan juga kiblat pertama umat islam dan berusaha menyedarkan mereka terhadap tugas mereka dalam usaha mereka untuk membantu dan membebaskan masjid al-Aqsa dari penjajahan Israel.

4) Para jemaah juga hendaklah menghulurkan zakat, sedekah, derma dan sumbangan kepada tabung-tabung Palestin, NGO-NGO Islam yang menjalankan usaha kebajikan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga sesiapa sahaja yang melakukan usaha membantu saudara mereka di Palestin.

5) Para jemaah juga diseru agar memboikot barang-barang keluaran Israel, kerana dengan kekuatan ekonomilah mereka menghancurkan umat Islam dan masjidil Aqsa di Palestin. Begitu juga para jemaah juga diseru agar memboikot juga barang-barang keluaran Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama dan pembekal senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam. Ingatlah fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan: Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin





(DAPATKAN TEKS PENUH KHUTBAH DARI : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=625)

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 12:49 AM