~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Friday, September 02, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan 2 nikmat yg terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Semoga Allah menetapkan dlm diri kita semua menjadi mukmin Islam yg sejati. Last 2 days aku hantar adik aku pi Korea. As expected,mmg aku tak dpt tahan nangis. Ramai juga batch dia yg ke korea. Ada la dlm 90 lebih. Pada mula tu aku tak nangis. Tapi bila dia dah turun nak serah passport tu,tak tertahan dah air mata. Yela,pas ni dah susah nak tgk wajah dia dah. Tp yg paling memelikkan,yg beria-ia nangis bknnye dari famili aku. Mak cik aku yg paling beria-ia menangis. Walhal dia tak rapat pun dgn adik aku.Drpd suasana pilu tu bertukar jd gelak ketawa sbb tgk mak cik aku ni nangis. Mak cik aku ni mmg mudah tersentuh sket. Dulu masa aku fly pun dia yg paling bersungguh-sungguh sepenuh jiwa raga menangis. Itulah perpisahan sementara di alam yg fana ini.

Bila muhasabah diri balik,baru aku teringat akan satu perpisahan yg lebih menyayat hati. Sebulan yg lepas,aku dan sorang kwn pegi melawat kawan ayah aku. Dia dimasukkan ke hospital sbb disyakin mengidap tibi. Tp dia sendiri ngaku masa dia remaja dulu mmg penah mengidap penyakit tibi. Ntah cam mana time sembang2 tu dia boleh tertanya bape umo aku. So aku ckp la bape umo aku (rahsia maaa). Pastu dia teringat yg umo aku ni sebaya dgn arwah anak dia,Husna. Dulu aku dan adik aku yg muda setahun dari aku masuk sekolah awal setahun. So adik aku la yg sempat merasa sekelas dgn Husna ni. Husna ni masa darjah 3,dia ada masalah sket dgn telinga dia. Mungkin tersumbat ke aku pun tak sure. Tp masalah kat telinga tu terpaksa memerlukan pembedahan.

Nak ditakdirkan Allah,doktor terletak lebih bius dan akhirnya dia tak sedarkan diri. Dlm keadaan dia tak sedarkan diri,dia selalu meracau-racau dan menjerit menahan sakit. Kebetulan ada sorang doktor ni kawan pak cik tu kasi tau,sebenarnya otak Husna tu mendidih disebabkan terlebih bius. Dia punya teruk menahan sakit tu sampai dia terpaksa paut kaki dia pada kaki katil. Lama-kelamaan Husna ni dah tak meracau dan senyap je. Doktor ckp kat pak cik tu,sbnrnya Husna ni dah takde kat dunia lagi. Hanya machine je yg bantu pernafasan dia. Pak cik ni fikiran dia jd berserabut dan terasa jauh hati dgn doktor yg bedah Husna ni. Kebetulan plak,doktor yg bedah Husna tu pun kawan pak cik ni juga. Alhamdulillah lama kelamaan pak cik ni berjaya terima qada dan qadar Allah ta'ala.

Walaupun time tu aku kecik lagi,aku terasa juga sedih. Lebih2 lagi adik aku sbb Husna tu classmate dia. Sekolah kitorang tu tak besar sangat,maklumla sekolah private. Yg aku ingat time tu total students adalah dlm 70 lebih je. Sbb tu kami rapat sangat sbb kami tak ramai.

Yg paling sedih pak cik tu citer,isteri dia masih teringat-ingat kat Husna ni. Isteri pak cik ni plak kebetulan cikgu kat sekolah kitorang. Ari2 jumpa Husna,mana tak manja ye dak? Level dia terlalu kritikal sampaikan dia tak leh jumpa classmate Husna. Kalau dia jumpa,dia akan teringat kat Husna.

Penah satu ketika masa di Makkah,mak cik ni bersungguh-sungguh doa di depan Ka'abah minta dipertemukan dgn Husna sbb dia rindu sangat. Alhamdulillah doa dia diperkenankan. Abis je dia doa, dia nampak sorang kanak2 mukanya sama dgn Husna. Mak cik ni meluru ke arah budak ni kat tgh org ramai. Dgn kuasa Allah budak tu hilang dan tak dpt dijumpai. Tp mak cik ni tetap rasa puas hati sbb akhirnya dpt juga dia lihat wajah arwah anak dia. Bila aku dgr pak cik ni citer,aku tahan je air mata aku. Sebak ada gak aku rasa time tu.

Perkara semacam ni mmg menginsafkan aku. Apalah sangat berpisah buat sementara (Insya Allah) dgn adik aku kat Korea tu kalau dibandingkan dgn perpisahan pak cik ni dgn Husna yg kekal abadi. Perpisahan tu tetap akan berlaku dgn kita kenalah redha dan sentiasa bersedia. Kalau kita tak leh terima hakikat,Allah tak redha dgn kita dan byk kerja2 yg terganggu. Sama2lah kita bersedia dlm menghadapi perpisahan. Bkn shj perpisahan dgn org yg kita sayang,tp juga perpisahan kita dari alam dunia ini.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 12:30 AM

 

~ Tuesday, August 30, 2005



Pejuang Islam, Zainab Al-Ghazali Wafat di Usia 88 Tahun


eramuslim - Da'i dan aktivis terkemuka Zainab Al-Ghazali, wafat hari Rabu (3/8) dalam usia 88 tahun, meninggalkan kenangan yang tak terlupakan sepanjang aktivitasnya menjalankan da'wah Islam.
Al-Ghazali lahir di wilayah Al-Bihira, Mesir pada 1917, ia merupakan keturunan dari kalifah kedua Islam, Umar bin Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Thalib.

Sejak usia yang masih sangat muda, 10 tahun, Al-Ghazali sudah memperlihatkan kepandaiannya dan kelancarannya dalam berbicara. Sepanjang hidupnya, ia membentuk dirinya sebagai orang yang berhasil belajar secara otodidak. Ambisinya yang kuat dan tekadnya yang membara, membuatnya maju untuk mencapai jenjang pendidikan disaat kaum wanita pada saat itu jarang yang mengenyam pendidikan kalau tidak dikatakan tabu.
Al-Ghazali selalu berusaha mengedepankan masalah keseimbangan antara hal-hal yang bersifat relijius dan modern. Ia mendapat pendudikan agama pertama kali dari cendikiawan muslim terkemuka di Al-Azhar, Syeikh Ali Mahfuz dan Mhammad al-Naggar.

Dalam usia yang relatif masih muda, Al-Ghazali sudah aktif sebagai anggota Persatuan Kelompok Feminis Mesir yang didirikan oleh Huda Sharawi pada 1923. Di usia 20 tahun, pada tahun 1937, Al-Ghazali mendirikan Asosiasi Wanita Muslim untuk mengorganisir kegiatan-kegiatan kaum perempuan yang sesuai norma-norma Islam dan ditujukan untuk kepentingan-kepentingan Islam.

Al-Ghazali mengundurkan diri dari organisasi pimpinan Huda Sharawi karena ketidaksetujuannya dengan ide-ide sekular tentang gerakan pembebasan perempuan. Meski demikian, Al-Ghazali tetap menghormati Sharawi dan menyebutnya sebagai seorang wanita yang memiliki komitmen dan keimanan yang baik.

Tidak lama setelah ia mendirikan Asosiasi Wanita Muslim, Al-Ghazali langsung melakukan sejumlah aksi dan mendapatkan dukungan dari Menteri Waqaf untuk mendirikan 15 mesjid dan belasan mesjid lainnya yang dibiayai oleh masyarakat umum.

Asosiasi yang didirikannya melahirkan generasi da'i-da'i wanita yang mempertahankan status perempuan dalam Islam serta meyakini bahwa agama mereka memberikan peluang sebesar-besarnya bagi kaum perempuan untuk memainkan peranan penting di tengah masyarakat, memiliki pekerjaan, masuk ke dunia politik dan bebas mengeluarkan pendapatnya.

Al-Ghazali banyak dipengaruhi oleh pendiri Ihkwanul Muslimin, Syaikh Hasan al-Banna. Ia memegang teguh pandangannya bahwa tidak ada konflik antara agama dan politik. Al-Ghazali adalah orang yang lantang mempertahankan syariah dan kerap menghadapi masalah dengan rejim Mesir pada saat itu, Presiden Gamal Abdul Naser.

Penjara dan siksaan, tidak pernah mematahkan tekadnya bahkan membuatnya lebih kuat. Al-Ghazali meninggalkan warisan berupa perjuangan membela Islam dan reputasinya sebagai aktivis perempuan yang tanpa ragu melawan sekularisme dan liberalisme dan menggantikannya dengan nilai-nilai Islam.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 12:13 AM