~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Friday, October 07, 2005



Hanya sebahagian syaitan dibelenggu sepanjang Ramadan

Saya terbaca hadis bermaksud "....pada Ramadan semua pintu syurga terbuka dan semua pintu neraka tertutup." Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW ini.

Pada Ramadan semua syaitan dibelenggu, tetapi mengapa pula sepanjang bulan mulia itu ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan perkara yang mungkar? Apakah kemaksiatan atau dosa itu tidak ada campur tangan daripada syaitan?

Jawapan:

Hadis yang menyatakan bahawa syaitan dibelenggu pada Ramadan adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis seperti Imam Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Huzaimah.

Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)

"Dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka pada Ramadan..." Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan ada beberapa kemungkinan:

l Pertama, memang benar pintu syurga dibuka selebar-lebarnya pada Ramadan dan pintu neraka ditutup. Sehinggakan tidak ada orang yang dimasukkan ke neraka selama sebulan itu. Inilah yang memberikan semangat kepada hamba Allah untuk memperbanyakkan amal sepanjang Ramadan itu.

l Kemungkinan kedua, bahawa Allah membuka kesempatan kepada hamba-Nya untuk taat beribadah, yang mana taat itu menjadi penyebab masuknya mereka ke dalam syurga.

Demikian juga dengan ungkapan ditutupnya pintu neraka. Ia adalah gambaran daripada dipalingkannya hamba Allah daripada keinginan untuk melakukan maksiat, yang mana maksiatlah yang akan membawa mereka ke neraka.

Dengan dipalingkan daripada maksiat, maka seolah-olah pintu neraka tertutup pada Ramadan.

Mengenai dibelenggunya syaitan, ada beberapa penjelasan daripada ulama mengenai maksud perkataan Rasulullah bahawa syaitan 'dibelenggu' pada Ramadan:

1 Al-Hulaimi berpendapat yang dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah syaitan yang suka mencuri berita dari langit yang terjadi pada waktu malam Ramadan. Pada ketika turunnya al-Quran, mereka dihalang melakukan hal itu kerana dengan 'belenggu' itu, maka syaitan tidak mampu melakukannya.

2 Syaitan tidak berleluasa atau sewenang-wenang mengganggu dan merosakkan manusia seperti seperti biasa kerana umat Islam sibuk dengan ibadah berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran dan berzikir.

3 Yang dibelenggu hanya sebahagiannya iaitu syaitan yang membangkang seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan yang membangkang." (Riwayat Ibnu Huzaimah, Nasa'i, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

4 Maksud 'dibelenggu' adalah ungkapan ketidakmampuan syaitan untuk menggoda dan menyesatkan manusia.

Jadi mengapa masih ada kemaksiatan pada Ramadan? Bukankah syaitan yang biasa menggoda manusia telah dibelenggu? Berdasarkan pengertian di atas, ulama memberi empat jawapan:

5 Syaitan dibelenggu bagi mukmin yang melakukan ibadah 'puasa' dengan penuh keikhlasan.

6 Hanya sebahagian syaitan yang dibelenggu, iaitu syaitan yang membangkang seperti dijelaskan di atas.

7 la juga boleh dimaksudkan berkurangnya perbuatan kejahatan atau perilaku maksiat pada Ramadan. Memang masih terjadi, tetapi tidak sebanyak berbanding bulan lain.

8 Syaitan dibelenggu, namun ada beberapa perangai manusia yang menyamai syaitan yang menyebabkan masih berlaku perkara maksiat. Kemaksiatan itu timbul kerana runtuhnya sifat mulia manusianya, adat istiadat yang rosak dan lingkungan masyarakat yang sudah 'bobrok' yang dilakukan oleh syaitan daripada golongan manusia.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:00 PM

 

~ Sunday, October 02, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan 2 nikmat terbesar iaitu iman dan islam. Sori le sbb lama gile tak menulis. Ari tu ada kursus 2 minggu kat residence hotel,uniten. So tak berkesempatan nak menulis sangat. So aku start dgn citer karnival jom lepak kat terminal one shopping center,seremban. alhamdulillah,ramai gak yg dtg dan promotion kitorang pun agak hebat. Siap masuk radio malaysia n9 sume. aku tak dpt nak attend the whole day sbb weekend mmg kena lepak umah jaga adik2. Salunya weekend mak ayah aku balik kg tgk kambing n lembu. Mujur derang pi ari ahad,so aku decide pegi ari sabtu. Aritu aku pegi dgn dua org anak usrah aku dari Kolej Mara Seremban (KMS). Dah sampai kat situ langsung tak ingat aku dah budak2 ni. Sibuk borak ngan member masing2. Aku le duk sensorang melayan anak brother abd halim yusuf. Cute gile anak dia. Cam omputih. Aku tanya dia apesal buat rambut nipis. Tak lawa,nampak cam botak. Dia jawab apa tau. Mawi buat cam tu,irfan pun ikut la. Tak makan saman punya budak. Irfan ni baru 4 tahun. Tp dia kalau borak ngan aku,tak panggil 'pakcik'. Dia panggil aku 'kau'.Hahahaha..."Kau bila sampai?" Aku rasa nak tegelak je dgr budak ni ckp. Aku pun tak lama kat terminal one. Just tgk multimedia presentation by Dr. Hishamuddin Alham bersama kump nasyid Saff-one.

Isnin tu plak bermula kursus aku kat residence hotel,uniten. Takde mende sangat belaja pun. Sume just nak recall vision,mission, and objective syarikat. Jaga masa,kerja berpasukan,leadership,etc. But as kursus tu going on,aku mula teringat yg sbnrnya mende2 drang ckp ni Islam dah ajar 1400 tahun yg lampau. Cthnya, vision n mission. Hadis pertama dlm hadis 40 (matan arba'in) karangan imam nawawi cite pasal sume perkara dimulakan dgn niat. Sama la dgn vision n mision. Vision n mission ni kira cam niat kita la. Apa yg kita nak capai utk menjayakan syarikat. Lagi satu contoh, kualiti bkn kuantiti. Tak silap aku dlm surah al anfaal ada sebut bagaimana byk golongan sedikit yg Allah bantu menewaskan golongan yg banyak. Syaratnya kena bersabar. Sabar ni boleh la kita samakan dgn kualiti yg ada pd diri seseorg. Bila ada sabar,mmg kita boleh buat perkara yg nampak mustahil walaupun ada ramai org tp tak sabar. Cukupla kot 2 contoh tu.

Sbnrnya benda yg aku sungguh2 nak share dgn kengkawan sume is khutbah jumaat yg aku dgr minggu lepas. Selama ni aku dgr dengkuran aku je masa khutbah,kali ni berjaya plak dgr suara khatib.Hehehe...Tajuk khutbah aku tak bape ingat,tp point dia lebih menjurus kepada seerah puasa dan perkara2 penting yg berlaku dlm bulan ramadhan.

Ketika wahyu diturunkan supaya umat Islam diwajibkan berpuasa,rules dia agak berbeza dgn skrg. Wahyu time tu diturunkan pd tahun 2 Hijrah. Umat Islam diwajibkan pose 3 hari utk setiap bulan. Hanya yg mampu berpuasa je diwajibkan pose. Sesape yg tak larat boleh bayar fidyah sbb kaum arab tak penah lg berpose. Tempoh berbuka plak adalah dari maghrib hingga isyak je. Sesape yg tertido slps berbuka pose,bila dia terjaga hendaklah meneruskan pose walaupun dia bangun sblm masuk waktu isyak.

Dlm hal ni ada beberapa kisah menarik yg berlaku. Salah sorang sahabat Rasulullah ni kuat bekerja. Sepanjang hari dia bekerja. Tiba satu masa dia pulang utk berbuka,isteri dia masih lagi belum menyiapkan makanan. Maka dia pun tertido sementara tunggu isteri dia sediakan makanan. Bila dia terjaga,terpaksala dia pose semula tanpa menjamah makanan terlebih dahulu. Saidina umar plak terlajak 'bersama' isterinya sehingga terlebih isyak. Saidina Umar rasa bersalah dan berjumpa dgn Rasulullah utk dpt penjelasan. Rupanya ramai juga para sahabat yg 'terlajak' sampai terlebih isyak. Sejak itu,turunlah wahyu ayat 187 surah al baqarah yg membolehkan kita melakukan perkara2 yg membatalkan pose pd malam hari sampai ke subuh keesokannya. Kalau dihitung jumlah pose sblm wahyu yg kemudian diturunkan adalah 3 hari x 12 bulan = 36 hari. Skrg ni pose kita dlm bulan ramadhan lebih kurang 30 hari. Ditambah lagi dgn 6 hari di bulan syawal,maka jd la 36 hari juga. Sbb tu la agaknya Rasulullah kata brg sape yg pose 6 hari di bln syawal bermakna dia telah pose sepanjang tahun.

Antara peristiwa menarik yg berlaku dlm bln Ramadhan ialah nuzul Quran,turunnya wahyu yg pertama. Perang badar juga berlaku dlm bulan ramadhan. Persiapan umat Islam menghadapi perang khandaq pun dlm bln ramadhan. Masa tu umat Islam tgh ikat perut sbb kekurangan makanan ketika gali parit keliling madinah. Ada riwayat kata utara madinah je sbb bahagian lain di kelilingi bukit uhud dan kawasan perumahan. Time ni la terjadi satu mukjizat yg sungguh menakjubkan. Sorang sahabat jemput Rasulullah makan di rumahnya. Dia hanya sembelih sekor kambing je. Dgn tak semena-mena Rasulullah ajak para sahabat yg lain pun pegi umah sahabat ni utk menjamu selera. Risau sahabat ni sbb ada lebih kurang 3000 org yg dtg ke rumahnya sdgkan dia ada kambing sekor je. Tp alhamdulillah dgn kebesaran Allah,lauk kambing tu tak abis pun walaupun dijamah oleh hampir 3000 org umat Islam madinah.

Peristiwa lain plak adalah perang tabuk. Dlm perang tabuk ni, umat Islam telah menghadapi dugaan yg berat kerana cuaca yg begitu panas. Drang lalu satu kawasan bekas tempat tinggal kaum tsamud. Slps diazab Allah,tanah kawasan tu yg dulunya subur,jd kering kontang dan hanya ditumbuhi pokok2 berduri. Bila sampai di kaw perang,tentera rum tak dtg. Maka tentera Islam menang tanpa bertempur. Selain tu, penawanan semula baitul maqdis oleh Salahuddin Al Ayyubi pun berlaku dlm bln ramadhan. Awalnya dia tanak perang diisytiharkan dlm bln ramadhan krn khuatir tentera dia tak larat nak berperang. Tp Allah ilhamkan dia yg umo manusia ni tak sape pun tau. Mungkin dia tak sempat hidup sblm selesai ramadhan. Tanpa lengah2 terus dia arahkan askar siap2 dan perangi tentera salib time tu gak. Thariq bin Ziyad menawan Andalusia pun berlaku dlm bln Ramadhan. Dlm citer ni, Thariq bakar sume kapal tentera Islam sebaik je derang tiba dari Maghribi. Alasannya,samada syahid atau menang. Takde pilihan utk patah balik ke Maghribi.

Kesimpulannya,bln ramadhan tak boleh dijadikan alasan utk kita bersantai dan berehat kerana sepanjang hari kita berlapar. Kalau dilihat seerah terdahulu,Rasulullah dan para sahabat serta mujahideen kebanyakannya berjihad dlm bln yg mulia ini. Sepatutnya kita lebih rajin dlm bulan Ramadhan sbb syaitan diikat dan rasa malas tu sepatutnya tiada. Time ni la iman kita nak recharge dan mencapai puncak yg tertinggi. Bila iman kita kuat,apa2 kerja pun kita lakukan dgn sungguh2 kerana mahukan redha Allah dan keikhlasan. Semoga kita sama2 mendapat manafaat dari khutbah Jumaat ni. Sekian buat masa ni dulu.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 9:59 PM