~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, October 26, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu iman dan Islam. Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang untuk mengecap nikmat 10 hari yg terakhir di bulan Ramadhan (insya Allah). Lama rasanya merasa ramadhan di perantauan (4 tahun),akhirnya berpeluang gak merasa ramadhan di tanah air sendiri. Ternyata mmg byk perbezaan antara ramadhan di mesia dan di US.

Kalau di US tu cabaran ketika berpose tu lagi hebat berbanding di mesia. Pepaham je la dgn godaan nafsu yg cukup kuat. Ditambah lagi dgn sekeliling yg tak pose termasuk la yg muslim sekali. Tp tu tak bermakna pose di mesia ni tak istimewa. Ruh ramadhan tu dpt dirasakan sekali bila pose kat mesia. Pesta ibadah tu nampak kerancakannya dan sungguh terhibur sekali hati ini terasa. Insya Allah kali ni aku akan share pengalaman selama 4 tahun berpose di luar negara. Trust me it was an intriguing experience.

Antara pengalaman yg menarik masa pose kat US dulu ialah tarikh 1 ramadhan berbeza di sume tempat. Ada satu citer ni sorang member aku dari Afghanistan. Satu hari tu dia pegi ke Charlotte. Charlotte ni pose lewat sehari dari tempat aku. Ditakdirkan dia balik ke univ pd tarikh 1 ramadhan. Maka dgn tanpa segan silunya dia makan dpn kitorang dgn penuh lahapnya...huhuhu...siap ajak kitorang makan lagi tu...hehehe...Benda ni berlaku time raya gak. Housemate aku asalnya dari negeri yg sama dgn tempat univ aku located. Different daerah je. Biasanya dia akan sambut raya kat univ dulu,esoknya baru sambut raya kat umah dia. Dua kali merasa 1 syawal dlm sebulan...hebat2. Kalau kat US ada tradisi kasi duit raya sure dia dah jd jutawan sbb boleh sambut 1 syawal dua kali...hihihi.

Kebetulan selama 4 tahun aku kat sana,sume ramadhan jatuh pada musim winter. So takde la rasa letih sangat. Subuh masuk dlm 6.30 pg dan maghrib plak dlm jam 5.30 ptg. Ada sesetgh budak kena buka pose dlm lab sbb lab abis 6.30 ptg. Aku biasanya iftar kat masjid sbb malas nak masak. Takut terbuka pose time memasak tu. Lazimnya tiap2 rumah gilir2 masak,bahan2 untuk memasak masjid kasi free. As usual,budak2 melayu la yg rajin mengemas masjid slps iftar. Sbg ganjaran,pak arab ni kasi kitorang bawa balik makanan yg berlebih. Either kitorang makan lepas tarawikh ataupun makan untuk sahur. Tp normal la org bujang...ada makan free pun dia takkan bangun utk sahur punya...hihihi. Tp aku bangun la...kan dlm sahur tu ada barakah :D The best day kalau nak iftar is on Saturday sbb time tu derang buat iftar keluarga. Meaning that, hari sabtu sume org termasuk keluarga akan iftar bersama. Kalau ari sabtu aku balik lambat sket dari masjid. Aku memain ngan anak2 pak arab tu dulu. Mudah je nak derang rapat ngan kita. Umpan dgn coklat. Gerenti derang akan lepak dgn kita sampai stok abis. Waduh,kecik2 dah makan rasuah...huhuhu...Hari2 lain tu iftar di masjid cuma utk yg bujang2 dan anak2 dara je.

Antara perkara yg aku tak suka masa ramadhan di US ni evening exams. Exams selalunya start pukul 7 ptg. Mmg kelam kabut la nak iftar sbb kena sambung study balik. Exam plak salunya abis time tarawikh dah cupil2,dlm pukul 9 mlm. Lazimnya aku tarawikh kat rumah je. Lgpun minda dah letih, tak larat nak berdiri lelama utk tarawikh kat masjid. Ada satu kali tu aku exam malam. Time aku kuar umah tu cuaca kira elok la. Bila dah duduk 2 jam dgn tekun menjawab soalan,mana la sedar apa yg berlaku kat luar bangunan. Kuar2 je dah tebal snow rupanya. Siap masih turun dgn lebat lagi tu. Adeh,pening kepala aku cam mana nak balik umah. Seat basikal tu kalau aku duduk mmg cair la,abis basah seluar aku sure punye la. In the end aku decide kayuh gak basikal aku (actually basikal housemate aku) sambil berdiri. Sbb tak larat nak berdiri lama sangat aku amik risiko duduk gak atas seat basikal. Maka ternampakla tompok besar di bahagian belakang seluar aku yg agak censored untuk disebut...hahaha...Bila dah masuk umah,stokin mmg akan basah sbb ais yg masuk dlm kasut tu akan cair. Dah jd satu keja plak nak mengeringkan stokin kat atas heater.

Time raya pun tak kurang gak meriahnya kat US ni. Selalunya kitorang akan sembahyang kat hall besar sbb tak muat nak buat kat masjid. Arab kalau takbir, mak aih keras tul. Takde mendayu2 dan berlagu cam org melayu. Lps abis khutbah raya ada jamuan sket. Tak kira la pak arab ke,melayu ke, Pakistan ke, bapak budak ke, yg bujang ke...sume berebut2 nak makan. Ngalahkan budak kecik. Aku malas nak berebut2 ni. Sementara derang rebut2 makan tu,aku pi layan budak2 kecik anak pak arab. Main2 ngan derang sambil pau makanan derang. Senang keja aku,tak yah beratur. Biasa la budak2 kan dpt makan dulu sblm org tua. Bila balik umah,aku isytiharkan cuti...wakakaka...mana taknya,dah sume malas nak pi kelas,aku pun jd malas la nak pegi. Padahal pagi tu borak ngan mak ayah dlm phone. Baru je derang pesan jgn ponteng kelas...huhuhu anak durhaka tul.

Dulu time aku belaja rasa tak sabar nak balik mesia. Rasa dah tak sabar nak mulakan hidup dan kerjaya baru. Bila dah start keja ni, mula la rasa rindu kat lifestyle masa student dulu. Lagi relax dari bekerja rupanya. Itulah manusia, tak ramai yg benar2 bersyukur dan mengambil hikmah daripada apa yg berlaku. Ada je nak komplen dan ngomel cam aku ni haaa...Ngalahkan mak nenek :p Anyway...ramadhan kareem dan eid mubarak. Jgn lupa cari malam al qadr ;)

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 8:53 PM