~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Thursday, November 17, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahnya masih lagi dikurniakan dua nikmat yg terbesar iaitu iman dan Islam. Minggu ni agak tight schedule,so tergantung plak kisah nak citer pasal bawa org sakit mental naik komuter dari seremban ke kl. Insya Allah,kali ni aku amik masa sket nak citer kisah tu memandangkan boss takde dlm ofis...huhu.

Kisahnya berlaku pada Jumaat yg lepas (11/11/2005). Kebetulan aku kekurang cash utk beli tiket komuter. So, aku singgah ATM machine dulu. Lepas je withdrew cash,ada org kasi salam kat aku. Aku namakan pesakit mental ni 'A' la ek.

A : Assalamualaikum bang

Aku: Waalaikumussalam

A: Abg, saya nak ke KL. Tapi saya takde duit. Boleh tak abg tolong belikan saya tiket. Nanti saya bayar balik.

Aku: Boleh...boleh


Lps belikan dia tiket,aku ajak dia semayang subuh dulu. Mmg pelik gile,dia solat subuh masbu' dgn aku. Tp dia tak bangun tambah rakaat. Meaning dia solat subuh satu rakaat je. Pastu dia bagi salam kat belah kiri,tak kasi salam belah kanan. Pengikut Ayah Pin ke apa dia ni. Pastu kitorang sama2 naik tren. Aku duk sebelah dia sbb takut dia terhilang ke ape. Nampak gaya dia ni cam tak penah naik tren. Pastu mamat ni rasa haus plak. Dia tanya aku ada air tak dlm komuter tu. Ler, dah tentu la takde. Mana ada kantin dlm komuter. Pastu mamat tu tanya aku,

A: Bang,apa nama benda yg kita tgh naik ni ek? Kapal terbang ke?

Aku: [Arghhh...sudahhhh...mamat ni 'senget' rupanya (aku ckp dlm hati)]...Tak, ni namanya komuter

A: Bang, td kita bertolak dari mana ek?

Aku: [Waduh...takkan dia dah lupa kot...ke dia mmg betul2 tak waras ni?]...Kita bertolak dari seremban

A: Bang,saya nak pegi JB

Aku: [Sah ko gilo,td ko kato nak poie KL...poning palo den]


Mmg sah pening kepala aku dibuatnya. Pertama kali aku pi keja tak tido langsung dlm tren. Selalunya aku tido,tp kali ni mmg aku tak leh tido dibuatnya.

A: Bang,saya ngantuk la...nak tido jap ek

Aku: Aha...tido la


Mamat tu kuar dari tempat duduk,dia pi baring atas lantai. Argh,semakin tertekan aku dibuatnya. Kali ni aku dah nekad,mamat tu nak buat pape pun suka ati dia la. Asalkan jgn kaco org lain dah. Lama kelamaan aku terpiki nak tinggalkan mamat ni dlm tren je. Bila dah nak dekat sampai stesen Nilai,mamat ni tgh jalan2 dlm tren. Aku dah nak jump out dari tren and amik tren seterusnya. Sekali aku nampak mamat ni pi borak2 ngan pramugari. Aku dah naik risau. Ish,buatnya mamat ni mengganggu ketenteraman org lain kang…bahaya jadinya. So aku decide,aku akan jaga mamat ni sampai KL. Apa nak jadi pun jadila. Aku tawakkal je. Aku tak kasi mamat tu kuar dari tempat duduk dia sebelah aku. Tepaksala aku layan dia borak sampai ke KL. Dia kata kat aku dia nak pinjam duit nak call kawan dia…Ha ah ye la tu. Aku buat tak layan je. Dia kata nak pi balai polis nak buat laporan lori dia ilang. Alhamdulillah,kira takde masalah la aku nak serahkan dia kat polis.

Dlm pada tu plak la dia buka cite...

A: Bang,saya dulu penah masuk hospital kat Tampoi

Aku: [Ler,patutla...apesal la ko tak cakap sblm naik tren tadi]

A: Org ramai tak percaya kat saya...drang kata saya ni gila

Aku: [Hmmm...unfortunately you are]

A: Abg mesti tak percaya saya kan?

Aku: Ish,mana plak. Abg pecaya ckp kamu sume tu.

A: Abg, saya tak jd pi balai polis la. Saya takut. Hantar saya ke spital la bang

Aku: [Arghhhh...kenapa dgn ko ni haaaa???]



Aku tau mamat ni lapar. So aku decide umpan dia dgn belikan bekpes utk dia. Sambil2 dia makan aku bawa la dia ke balai polis. Bila nak sampai balai polis tu...

A: Eh, balai polis. Bang, saya nak buat report lori saya ilang

Aku: [Ko ni mmg la,td kata tanak pi balai polis...ni nak plak]


Sekali takde polis plak dlm balai polis tu (actually pondok polis KL Sentral). Adeh hai,mana plak lesap si polis2 ni. Sekali ada sorang mak cik kata ada polis tido dlm bilik. Aku pi kejutkan polis tu n serahkan mamat tu kat polis tu. Polis tu tegur aku sbb pesakit mental kekadang merbahaya. Aku ni kira bernasib baik dia tak buat pape. Ade tu kekadang dia kuar pisau n tikam org. Alhamdulillah,mujur umo aku panjang lagi. Setakat ni je la aku share kisah aku.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 6:29 PM

 

~ Sunday, November 13, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana diberi peluang untuk beraya di mesia setelah 4 tahun beraya di perantauan. Mmg seronok la rasa sbb dpt raya dgn mak bapak,adik2,dan sedara mara. In fact,inilah tahun pertama aku kena kasi duit raya pada budak2. Sbnrnya kalau budaya sedekah ini diamalkan selalu ianya akan menghiburkan kita. Bygkan wajah mereka yg menerima sumbangan kita,betapa gembiranya mereka. Takkan kita tak terasa gembira juga dpt menghiburkan mereka?

Solat sunat aidilfitri di kg aku kali ni menjd kontroversi. Walaupun aku solat sunat aidilfitri di taman perumahan aku sbb ayah aku jd imam di surau,kisah di kg menjd bualan mulut hampir selama seminggu. Kisahnya bermula begini,imam kg aku tak berapa sihat on that day. Maka dia melantik imam ganti utk lead the prayer. Imam ganti ni plak tak penah lead solat jamaah yg ramai jamaahnya. Bila dia tgk jamaah ramai,dia rasa nervous. So what happened was dia terlupa nak takbir 7 kali utk rakaat pertama. Dia terus je baca surah al-fatihah. Kecohnya makmum di blkg dgn jeritan 'subhanallah' utk membetulkan imam. Imam ganti ni jd lagi gabra. Dia pegi tasbih 7 kali tanpa takbir plak dah. Sekali lagi makmum tegur dgn kalimah 'subhanallah'. In the end,imam kg mufarraqah (keluar dari solat) dan mara ke depan. Dia pegi tapped imam ganti yg sdg dlm solat suruh berenti. Gile lawak sungguh. Ko bayangkan org dtg tegur ko tgh solat. Pastu ko terus berenti dan borak dgn org tu. Aku mmg gelak je dgr cite tu. Imam kg tu akhirnye lead the solah sbb kesian tgk kat imam ganti tu.

Actually isu solat aidilfitri kat kg aku ni dah 3 tahun berturut-turut jd kontroversi. Tp yg peliknya takde plak bacaria atau minggu perdana dtg buat liputan. Sibuk buat liputan isu2 skandal dan seks je. Eiii geli aku baca,gila seks ke apa derang ni. Mcm takde maruah je. Sambung balik kisah td. Esoknya tu ari jumaat. So kitorang decide nak solat jumaat kat kg. And aku mmg looking fwd benda2 kontroversi berlaku time solat jumaat nanti. Mmg berlaku pun...huhuhu. Lps khatib bagi salam naik ke mimbar,mic. tak berbunyi. Pak bilal jd gelabah dan pegi betulkan mic. Bila dah selesai,dia terus duduk. Lupa nak azan kedua. Dah makmum kecoh suruh dia bangun azan kedua. Bilal ni jd lagi panik,dia pegi iqamah plak. Dah masjid jd haru biru suruh pak bilal ni azan,bknnya iqamah. Aku rasa nak tergelak je rasa.

Kalau dlm bab solat sunat aidilfitri td,mengikut buku Fiqh Sunnah karang Sayyid Sabiq (kawan aku ada nama Sabiq...hehehe),jika imam terlupa takbir 7 kali berserta tasbih,dia boleh menggantikannya sblm rukuk. Ayah aku kata org kg mmg rigid sket dlm bab ibadah khusus ni. Tak tau la nape drang ni tak berfikiran terbuka,taqlid memanjang je. Ada sorang atuk ni,dia boleh pertikai khatib tak pegang tongkat masa baca khutbah. Mende kecik je maaa...Zmn Rasulullah dulu mana ada pegang tongkat,pegang pedang time kasi khutbah ada la. Yg lagi sorang atuk ni lagi best,dia pertikai cara imam duduk tahiyat akhir. Mngkn imam tu sakit kaki agaknya,so imam tu dudukla tahiyat akhir cara duduk tahiyat awal. Kecoh atuk ni marah kat si imam sbb duduk tahiyat akhir salah. Ada satu kisah ni lagi best,atuk ni sound imam tak baca doa iftitah. Since imam tu terus je baca surah fatihah,so atuk ni assumed imam tak baca doa iftitah la. Atuk tu sound pak imam. Siap dia pi tanya ustaz lagi apa hukumnya tak baca doa iftitah dlm solat. Ustaz ni jawabla sah solat tu. Dah atuk ni tak puas hati. Yg kelakarnya atuk ni boleh ckp, "Saya ni takde la arif sangat dlm bab ibadah,tp saya tau la mana yg betul dan salah". Kalau dah tau jahil,apesal tanak ikut kata org alim? Huhuhu...Yg pertikai imam baca surah al ikhlas sekali je time solat tarawikh pun ada. Adeh hai,nama je dah pegi haji sume...tp masih jahil lagi.

Sbnrnya ada byk lagi kisah lawak ttg ibadah khusus ni. Even though lawak,tp kita kena ingat ini menunjukkan umat Islm skrg ni masih lemah dlm bab ibadah. Ada satu kisah ni berkaitan solat aidilfitri gak la. Si bapa dan anaknya terlewat utk solat aidilfitri. Bila tiba di surau,khatib sudah pun memulakan khutbah. Maka berkatala si bapa, "Alhamdulillah,kita masih tak lewat lagi nak. Imam baru baca khutbah,dia tak mula solat sunat hari raya lagi". Apa dia ingat solat sunat aidilfitri ni mcm solat jumaat ke? Selesai je khutbah,sume org bersurai. Maka pelikla si bapa ni kenapa hadirin tidak bangun utk menunaikan solat sunat aidilfitri. Maka bertanya la si bapa kepada hadirin. Jwpn hadirin dah tentulah yg solat sunat aidilfitri dilaksanakan sblm khutbah disampaikan. Bertanya lagi si bapa, "Aik,sejak bila tukar format plak ni?" Hahaha...ni la jahil murakkab. Kalau tak tau tu,senyap2 je la. Ni nampak sangat tak penah solat sunat aidilfitri. Rasanya cukup sampai sini dulu citer aku. Insya Allah kalau ada kelapangan aku akan citer cam mana aku boleh bawa org sakit mental dari seremban ke KL.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:42 PM