~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Friday, November 25, 2005



Kemaluan saya dipukul ...by Maszlee Malik

Kali pertama saya ditangkap adalah pada tahun 1983. Algojo yang menyiksa saya telah memukul kemaluan saya menggunakan belantan getah yang telah menyebabkan saya menderita kesakitan yang teramat sangat. Kali kedua saya ditahan pula, saya telah diletakkan di dalam sebuah sel yang kecil dan amat sejuk.

"Israel telah memulakan usaha damai!", "Sharon wira keamanan", "Israel patut diiktiraf", "Rakyat Palestin mesti menghormati usaha damai Israel", merupakan di antara slogan-slogan dan laungan-laungan yang tipikal pasca pengunduran tentera rejim Zionis dan juga penduduk-penduduk Zionis dari bumi Gaza. Pengunduran mereka daripada kurang 10% keluasan keseluruhan bumi Palestin yang dijajah semenjak tahun 1948 tiu telah dijadikan sesuatu "yang besar" dan begitu "hebat" untuk mengatakan bahawa rejim tersebut komited dengan usaha damai. Bagaikan fatamorgana di padang pasir, itulah hakikat usaha unilateral rejim berkenaan yang berjaya memanipulasi kelemahan mereka untuk meraih simpati dunia. Hakikatnya, mereka tidak pernah komited dengan apa yang dinamakan dengan kedamaian, hakikatnya mereka tidak pernah mengimpikan kedamaian dalam erti katanya yang sebenar.
Pengunduran tersebut hanyalah merupakan tindak balas tabi'i hasil perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang tidak mengenal erti menyerah kalah demi memerdekakan bumi mereka secara keseluruhannya dari sungai ke laut (dari sungai Jordan sehinggalah ke laut Mediterranean).

Dunia sama sekali tidak mengetahui apakah layanan utk pejuang Palestin di penjara Zionis?

Bukti yang menunjukkan rejim Zionis tidak pernah ikhlas untuk berdamai ialah pembinaan tembok pemisah yang tetapi diteruskan pembinaannya walaupun Mahkamah Keadilan Dunia (International Court of Justice (ICJ)) telah memutuskan keharamannya dan memerintah agar ianya dirobohkan. Bukti lain lagi ialah perluasan penempatan Ma'aleya Adonim di sebelah timur Baitul Maqdis. Bukti lain lagi mereka tidak ikhlas untuk berdamai ialah keengganan mereka untuk membenarkan rakyat Palestin yang hidup di dalam kem-kem pelarian di Jordan, Lubnan dan Syria serta yanng lain lagi di serata dunia untuk kembali ke bumi asal mereka di bumi Palestin yang dijajah walaupun ketetapan PBB 194 dengan jelas menjamin hak mereka untuk pulang.

Banyak bukti lagi yang dapat menunjukkan bahawa rejim Zionis tidak pernah ikhlas untuk berdamai. Sayangnya ini tidak difahami oleh dunia, malah oleh para pemimpin negara-negara Islam sendiri, termasuk presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Antara bukti yang paling jelas juga rejim Zionis tidak pernah komited dengan usaha damai juga ialah tahanan-tahanan Palestin yang dipenjarakan di dalam penjara-penjara Zionis yang semaki ramai dan tidak dibebaskan walaupun mereka telah ditahan tanpa melalui perbicaraan yang adil dan kebanyakannya ditahan di atas tuduhan-tuduhan palsu.

Penyiksaan

Nasib para tahanan Palestin memang dialpakan langsung oleh dunia, apatah lagi oleh OIC mahupun pihak berkuasa Palestin (PA) sendiri. Bukan hanya sekadar ditahan dan dipenjarakan tanpa melalui perbicaraan yang adil, lebih malang mereka telah disiksa dengan pelbagai jenis siksaan yang tidak dapat dibayangkan ianya berlaku di dalam sebuah negara (haram) yang mengaku mengamalkan demokrasi dan bertamadun.



Kanak2 kehilangan tempat bergantung pabila ayah mereka merengkok dan di siksa di penjara

Menurut akhbar "Washington Post" bertarikh 17/6/2004, di dalam kajian dan liputan mengenai nasib para tahanan Palestin di penjara-penjara Zionis amatlah menyediahkan. Menurut mereka: "Ada di antara para tahanan tersebut yang telah disiksa dengan begitu kejam dan dahsyat, ada di antara mereka yang dipaksa membuang air di dalam seluar, dan ada di antara mereka yang dipaksa untuk berdiri selama berhari-hari, jika tidak mereka akan disiksa dengan kejam".

Akhbar tersebut juga menyifatkan: "Apa yang dilakukan oleh pihak penjara ini mendapat keizinan dari pihak kerajaan rejim dan rakyatnya".

Di dalam laporannya yang panjang juga, akhbar tersebut telah menceritakan bentuk-bentuk penyiksaan yang dilakukan di dalam penjara-penjara Zionis tanpa menghiraukan keputusan Geneva Convention berhubung dengan tahanan perang, antaranya: "Para tahanan telah diikat, tubuh mereka dilenturkan pada kerusi yang tidak mempunyai penyandar dan dibiarkan begitu selama berhari-hari. Mereka dilarang daripada tidur, bilik mereka dipasangkan muzik bising yang memekakkan telinga, di samping pendedahan kepada panas yang terik pada musim panas dan kesejukan yang melampau pada musim sejuk. Mereka dipaksa untuk membuang air di dalam seluar mereka, dan ditutup muka mereka dengan pakaian yang busuk serta dipenuhi dengan najis dan juga muntah".

Antara penjara Zionis dan Abu Ghreib

Di dalam laporan itu juga, akhbar Washington Post telah membuat perbandingan di antara penyiksaan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas para tahanan perang Iraq di penjara Abu Ghreib berhampiran Baghdad yang mendapat liputan media antarabangsa. Menurut mereka lagi: "Apa yang dilakukan oleh tentera AS di Abu Ghreib, daripada penyiksaan yang melampau, tindakan yang menjatuhkan maruah para tahanan dengan membogelkan mereka, diambil gambar dan juga dicabul kehortmatannya juga berlaku di dalam penjara-penjara Zionis ke atas tahanan Palestin. Bezanya, tentera-tentera Zionis mempunyai kepakaran yang lebih maju dan dahsyat di dalam menyiksa dan mengazab para tahanan berbanding tentera-tentera AS.

Salah seorang daripada tahanan Palestin yang telah diwawancara oleh akhbar tersebut mengatakan: "Tentera-tentera Israel telah memukul saya dengan parah, mereka telah menghalang saya dari makan, minum dan tidur selama tiga hari. Dalam keadaan yang amat lemah dan lapar, mereka telah memaksa saya untuk memberitahu mereka segala-galanya. Tidak syak lagi apa yang berlaku di Abu Ghreib, adalah apa yang dipelajari oleh tentera AS daripada para algojo Israel!".

Pihak berkuasa Zionis walau bagaimanapun telah menafikan mereka telah menyiksa para tahanan Palestin. Mereka mendakwa bahawa pihak rejim sentiasa beriltizam dan komited dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di barat. Jika wujud pun keadaan seperti yang dilaporkan, menurut mereka, ianya hanyalah "teknik siasatan di dalam tahanan yang diterima oleh semua!"

Menurut sumber yang sama juga, mereka mendakwa bahawa pihak Mahkamah Tinggi Israel telah mengeluarkan undang-undang yang melarang para tentera dari menyiksa para tahanan di dalam penjara. Walau bagaimanapun, menurut mereka, selepas terletusnya Intifadah 2000, pihak keselamtan Israel (Shabak) telah dibenarkan untuk melakukan penyiksaan fizikal terhadap para tahanan demi menyelamatkan "nyawa rakyat Israel"!. Mereka juga menjustifikasikan tindakan kejam itu dengan menganggapnya sebagai usaha untuk memerangi keganasan yang tidak mengenal erti belas kasihan. Maka, menurut kerajaan rejim, pihak tahanan Palestin adalah para pengganas yang layak untuk menerima penyiksaan sedemikian rupa.

Pengalaman Ziyad (bekas tahanan)

Akhbar tersebut juga telah mewawancara salah seorang aktivis politik Palestin yang telah dipenjarakan selama 14 tahun di dalam penjara Zionis, Ziyad Arafiyyah. Beliau yang telah berkali-kali ditahan mengatakan, bagaimana setiap kali beliau ditahan untuk disoal-siasat, pastinya para tentera Zionis akan menggunakan teknik-teknik yang baru dan pelbagai. Menurutnya: "Pada awalnya, di dalam sesi penyiasatan, tubuh tahanan akan menjadi sasaran pukulan, penyiksaan dan tempat untuk melepaskan geram oleh para algojo. Perkara ini dilakukan secara rutin".

Menurutnya lagi, "Kali pertama saya ditangkap adalah pada tahun 1983. Algojo yang menyiksa saya telah memukul kemaluan saya menggunakan belantan getah yang telah menyebabkan saya menderita kesakitan yang teramat sangat. Kali kedua saya ditahan pula, saya telah diletakkan di dalam sebuah sel yang kecil dan amat sejuk. Saya akan disimbah dengan air pada setiap sejam, dan saya hanya memakai seluar dalam sahaja. Kali ketiga saya ditahan, saya telah dilarang daripada tidur selama berhari-hari, namun mereka tidak memukul saya" .

Menurut Ziyad lagi, para penyiksa tahanan merupakan mereka yang terlatih dan profesional dari kalangan anggota Shabak. Mereka semua telah dilatih untuk menggunakan tekanan fizikal dan juga mental ke atas para tahanan.

Mengapa isu ini dipandang sepi ?

Sayangnya apa yang didedahkan oleh Washington Post tidak mendapat perhatian dunia sepertimana apa yang telah berlaku kepada tahanan perang Iraq di Abu Ghreib. Pejuang-pejuang hak asasi manusia pun tidak kelihatan bernafsu untuk membawa isu ini ke dalam media arus perdana. OIC pun bagaikan menyepi terhadap isu tahanan Palestin ini, walaupun rejim Zionis dengan jelas telah mencabuli keputusan Konvensyen Geneva berkenaan tahanan perang (Prisoner of War (POW)).

Mungkin kerana apa yang dilakukan oleh para pemimpin Negara-negara Islam terhadap rakyat mereka sendiri jauh lebih dahsyat berbanding dengan apa yang dilakukan oleh rejim Zionis?, ataupun mereka tidak mendapatkan lampu hijau dari AS untuk membicarakan persoalan ini. Kesimpulannya, telah sampai waktu untuk kita rakyat Malaysia pula untuk bersikap peka terhadap isu ini, lebih-lebih lagi yang menjadi tahanan tersebut adalah para pejuang Palesti yang berjuang untuk memerdekakan Masjid al-Aqsa, al-Quds dan juga bumi Palestin yang menjadi milik seluruh umat Islam dan bukan hanya dimiliki oleh Mahmoud Abbas dan konco-konconya sahaja! "

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:45 PM

 

~ Tuesday, November 22, 2005



"Barangsiapa yang beriman maka dia wajib menetap di Israel .. Dan setiap Yahudi yang hidup di luar Israel maka dia tidak bertuhan.."

Ungkapan inilah yang senantiasa di laungkan oleh kelompok-kelompok Yahudi Zionis, di antaranya oleh Ben Gurion (salah seorang pemimpin gerakan Zionis) untuk memaksa kaum Yahudi agar berhijrah ke "Israel". Mereka mengambil doktrin mereka dari agama sebagai medium dan alasan untuk meluaskan pengaruh Zionisme dan menambahkan saiz demografi "negara Israel" yang mereka bina melalui gerakan Zionis sedunia (WZO). Maka kaum Zionis mengumpamakan bumi Palestin sebagai "kulit unta yang mengerut apabila haus dan lapar, kemudian melebar apabila kenyang dan hilang dahaga". Mereka berkeyakinan, bumi Palestin ini akan bertambah meluas dan membesar apabila dihuni oleh "bangsa pilihan Tuhan" serta akan mengerut dan menyempit apabila mereka meninggalkannya.

Negara Israel (Erez Yizrael) dalam ideologi kaum Yahudi Zionis adalah wilayah yang membentang dari Sungai Nil di Mesir sehingga ke sungai Furat di Iraq. Hal ini telah dibadikan oleh pihak Zionis di dalam peta dan buku-buku mereka, bahkan ianya terus diajarkan kepada para pelajar di sekolah-sekolah Yahudi di dalam "Israel" dan juga di universiti-universiti mereka sebagai salah satu medium indoktrinasasi. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin merupakan hadiah dari Allah untuk moyang mereka, iaitu Nabi Ibrahim 'alaihis salam. Mereka mengatakan bahawa Nabi Ismail telah mencuri tanah ini dari saudaranya, Nabi Ishak, 'alaihimas salam. Oleh yang demikian, maka orang-orang Arab yang ada di dalamnya juga adalah para pencuri. Menurut mereka lagi, adalah menjadi hak orang Yahudi untuk mengambil kembali tanahnya dari kaum pencuri dan perampas. Oleh yang demikian, pendudukan Zionis ke atas bumi Palestin, menurut dakwaan para Zionis adalah usaha kemerdekaannya dari para pencuri dan penyamun.



Theodore Herzl pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal.


Doktrin agama ini telah dimanipulasikan oleh kaum Zionis untuk membawa sebanyak mungkin orang Yahudi berhijrah ke bumi Palestin dari seluruh penjuru dunia. Demikian itu, maka tercapailah cita-cita mereka untuk menguasai seluas mungkin bumi Palestin. Pada realitinya, hujah bersalutkan agama itu hanyalah merupakan alasan mereka demi meneruskan projek kolonialisasi mereka untuk menubuhkan negara bangsa (nation state) bagi bangsa Yahudi.

Pada dasarnya prinsip gerakan Zionis Israel disandarkan kepada dua alasan utama, pertamanya: Ungkapan yang mengatakan bahawa tanah Palestin sebenarnya ialah "tanah tanpa bangsa" dan ianya adalah untuk "bangsa yang tidak bertanah", iaitu orang-orang Yahudi. Prinsip yang kedua pula ialah: Keganasan, maka demi menyediakan tanah Palestin untuk bangsa Yahudi yang berhijrah, mereka terpaksa melakukan pembersihan etnik terhadap bangsa Palestin yang telah pun mendiami bumi tersebut semenjak berkurun-kurun lamanya. Demi menjayakan projek pembersihan etnik tersebut, mereka telah mengusir para pemilik tanah serta membunuh para wanita, orang tua dan kanak-kanak Palestin. Sebilangan besar rabbi Yahudi yang berideologi Zionisme telah memberikan justifikasi pembunuhan tersebut dengan hujahnya bahawa jika dibiarkan, nanti anak tersebut akan melawan dan membunuh mereka pula. Bagi pembunuhan kaum wanita Palestin pula, mereka menjustifikasikannya dengan kenyataan mereka bahawa siibu akan melahirkan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya membunuh orang-orang Yahudi yang telah menduduki tanah bumi mereka. Inilah yang telah diungkapkan oleh Menachem Begin, "Saya membunuh...maka saya terus hidup!!!"

Jika kita menelusuri akar gerakan Zionis, ternyata ianya kembali kepada fakta yang menunjukkan ianya bukanlah lahir dari fahaman keagamaan Yahudi. Malah ianya lahir daripada ide nasionalisme yang berkembang pesat di Eropah dan juga ianya terhasil daripada kebencian kaum Kristian terhadap kewujudan Yahudi di bumi mereka. Menurut Dr. Abdul Wahhab al Masiri di dalam ensiklopedianya "al-Yahud wa al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah", beliau menyebutkan, "Sesungguhnya ideologi Zionisme tidak lahir dari orang-orang Yahudi akan tetapi, pada dasarnya, ia lahir dari para pemikir imperialis bukan Yahudi." Bahkan Setiausaha Luar kerajaan British pada waktu tersebut, Sir Arthur Belfour, yang telah berjanji mendirikan tanah air bangsa bagi orang Yahudi (melalui deklarasi Belfour), pun membenci mereka (Yahudi). Meskipun dia dan juga para pemikir British yang lainnya telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendirikan "Negara Israel", namun itu semuanya mempunyai muslihat mereka yang tersendiri. Hakikatnya, pembinaan sebuah Negara bangsa bagi kaum Yahudi yang jauh dari Eropah dapat membantu kepentingan Eropah dan membebaskan bumi Eropah dari orang-orang Yahudi yang telah menjadi beban ekonomi, perdagangan, politik serta ideologi.

Bagi faham Zionisme juga, Yahudi adalah semata-mata perkauman, dan untuk menegakkan negara bagi kaum Yahudi mereka bebas menggunakan apa-apa cara samada kezaliman mahupun kekerasan. Zionisme juga percaya bahawa hanya dengan ideologi sekular sahaja mereka dapat memastikan survival bangsa Yahudi dan juga kesinambungan negara haram Israel yang mereka bina. Bagi mereka, kitab Taurat hanyalah satu kitab suci yang menjadi adat resam bangsa Yahudi sahaja tanpa membawa apa-apa erti dalam kehidupan duniawi mereka.
Agama Yahudi diperkudakan semahu-mahunya oleh pengembala Zionis


Faham Zionis juga menterjemahkan kaum Yahudi sebagai "Bangsa Pilihan Tuhan" sebagai satu lesen bagi mereka untuk mempergunakan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Ianya juga merupakan lesen besar untuk mereka jadikan alasan kepada kewujudan mereka di bumi Palestin dan menafikan hak kaum Arab (Muslim dan Kristian) di bumi tersebut. Walaupun berbekalkan semangat keYahudian, namun faham Zionis menolak ajaran-ajaran Taurat yang menghalang kaum Yahudi dari pulang ke Palestin dan menzalimi sesama manusia. Jelas bahawa faham Zionis hanyalah sebuah doktrin fahaman sekular yang diwarnai perkauman yang radikal. Di atas dasar inilah faham Zionis berpendapat bahawa selagimana seseorang manusia berketurunan Yahudi, maka dia adalah bangsa "Yahudi",walaupun dia tidak mempercayai tuhan, tidak beragama dan juga tidak mempercayai Taurat serta ajaran-ajarannya. Sebab itulah kita mendapati pengasas gerakan Zionisme sendiri pun merupakan seorang Atheis yang tidak mempercayai tuhan sama sekali. Yang menarik lagi, beliau (Theodore Herzl) pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal. Atas sebab ini jugalah kita dapat melihat banyak sekali larangan-larangan dalam Taurat dilanggar oleh penduduk negara haram Israel yang merupakan masyarakat faham Zionis. Antaranya, (sekadar menyebutkan sahaja) bekerja hari Sabtu, perzinaan, membunuh orang-orang Palestin, menjual babi dan 1001 lagi pantang larang yang dilanggar di dalam negara Israel Zionis yang sekular.

Sebuah organisasi Yahudi di luar Israel bernama "Naturei Karta", gerakan yang bersikap anti-Zionis serta anti Israel yang telah diterjemahkan melalui usaha mereka pada setiap tahunnya membakar bendera "Israel" dan menyertai demonstrasi anti-Israel, mengatakan bahawa Kitab Taurat (Torah) menyebutkan di dalamnya bahawa kembalinya kaum Yahudi ke bumi Palestin adalah haram dan bertentangan dengan ajaran agama Yahudi. Ini, menurut mereka hanya akan mempercepat berakhirnya bangsa Yahudi, tanah "Israel" tidak mungkin didirikan di atas titisan darah, pembunuhan dan kehancuran. Kepulangan kaum Yahudi ke Palestin hanya akan dilakukan melalui "Messiah" Yahudi yang akan muncul di akhir zaman. Messiah tersebut, menurut golongan ini akan bertolak ke Palestin dengan penuh kasih saying, kemanan dan juah daripada keganasan. Apa yang dilakukan oleh kaum Zionis menurut mereka lagi, adalah bertentangan dengan tindakan Messiah dan tersasar jauh dari ajaran Yahudi yang mementingkan kasih sayang dan kemanan. Untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan itu, maka orang-orang Yahudi wajib menghiaskan diri mereka dengan kesabaran sehingga kedatangannya.

Antara perbezaan besar di antara Naturei Karta dengan golongan Zionis dan Israeli juga adalah sikap mereka terhadap bumi Palestin dan juga janji Tuhan kepada mereka berkenaan bumi tersebut. Menurut mereka, kaum Yahudi telah dikeluarkan dari bumi tersebut adalah kerana dosa-dosa mereka. Ianya merupakan siksaan dari Tuhan kepada bangsa Yahudi, dan sewajarnya kaum Yahudi mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan silam. Proses pembuangan Yahudi dari bumi Palestin semenjak tahun 70 A.D. lgi adalah peluang bagi kaum Yahudi untuk mendekatkan diri mereka kembali kepada Tuhan dan memperbaiki diri mereka. Walaupun kaum Yahudi sentiasa berdoa siang dan malam agar mereka dikembalikan ke bumi Palestin yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, menurut kumpulan ini, ianya hanya hak Tuhan untuk mengembalikan mereka dan bukannya dengan usaha mereka sendiri, apatah lagi dengan mengambilnya dari orang lain serta menumpahkan darah. Mereka juga yakin, apabila sampai waktunya nanti, mereka akan pulang ke Palestin bersama Messiah yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan mereka akan hidup harmoni dengan penduduk lain di Palestin dalam keadaan beriman kepada Tuhan.

Golongan Naturei Karta mengutuk keras tindakan berbau sekular puak Zionis

Maka, sewajarnyalah mereka menentang propaganda Zionis dan juga usaha-usaha kejam gerakan tersebut. Bagi kumpulan ini, apa yang dilakukan olrh Zionis dan juga Israelis sekarang ini hanya akan mengundang kemurkaan Tuhan terhadap mereka dan juga merupakan persiapan untuk mengundang azab dari Tuhan. Erez Yizrael yang mereka idamkan itu, menurut Naturei Karta adalah berbeza dengan negara Israel sekarang ini yang lebih kepada negara ketenteraan dan zalim. Erez Yizrael yang akan dibina oleh Messiah nanti adalah negara kerahiban, tanpa peperangan dan juga tanpa keganasan. Semua rakyat Yahudi akan tunduk dan beribadat kepada Tuhan untuk mendapatkan keredhaannya bersama-sama penduduk negara tersebut secara aman dan damai. Oleh yang demikian, sehingga kini, Naturei Karta tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel, malah tidak pernah pun pergi ke Kotel (tembok meratap) mereka yang pada pandangan mereka telah dirampas dengan kekerasan dan kekejaman. Kekerasan dan kekejaman bukanlah intipati ajaran agama Yahudi pada pendirian kumpulan ini.

Kesimpulannya, gerakan Zionisme sebenarnya adalah siri terakhir era kolonialisme di dalam sejarah dunia moden. Ianya akan segera berakhir sepertimana nasib kerajaan British, Sepanyol, Peranchis, Itali dan mana-mana kuasa kolonial suatu waktu dahulu. Zionisme juga bukanlah sesuatu yang berpaksikan agama Yahudi, tetapi lebih merupakan sebuah gerakan politik sekular yang mempergunakan agama Yahudi untuk mendapatkan sokongan untuk projrk mereka. Gerakan yang menggunakan sentimen agama Yahudi ini sebenarnya akan menghadapi kehancuran dalaman mereka, kerana apa yang mereka janjikan kepada golongan agama mereka tidak akan dapat mereka berikan. Apa yang berlaku di Gaza sebagai contohnya adalah salah satu daripada kegagalan mereka untuk mengotakan janji mereka kepada golongan radikal agama Yahudi yang telah terpengaruh dengan janji-janji Zionis untuk menubuhkan negara Erez Yizrael dari Nil ke Furat.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 10:24 PM