~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, December 14, 2005



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah inayahNya masih lagi dikurniakan umo yg panjang utk meneruskan idup ini. Plg penting sekali mestilah kita sentiasa mengingati nikmat terbesar yg telah Allah anugerahkan kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam.

Lebih kurang 2 minggu lepas,Kelab Remaja JIM Hulu Selangor melawat N9. Plannya derang nak mendaki Gunung Angsi. Maka,aku diminta membawa derang ni naik mendaki Gunung Angsi. Aku tempah bas sekolah dan bertolak ke PD (sbb derang bermalam di PD) jam 6.30 pagi. Kitorang sampai PD plak jam 7.30 pg. Bertolak ke Gunung Angsi dlm jam 7.45 pg dan sampai ke sana jam 9.00 pagi. Lepas bagi list nama peserta kat ranger dan briefing oleh ketua ekspidisi,kitorang mula mendaki jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan tu kitorang menyusur air terjun dari Gunung Angsi. Kitorang stop sebentar kat Jeram Kak Lang utk melepaskan penat lelah. Perjalanan seterusnya lebih mencabar sbb jalannya licin dan semakin curam. Dua org pengiring tercedera dan 3-4 org remaja juga turut tercedera. Silap kitorang gak sbb tak warm up b4 naik ke atas. Kitorang sampai ke puncak dlm jam 2.15 ptg. Lepas solat zohor dan makan tgh hari atas tu,Kelab Remaja JIM N.Sembilan yg turut serta mendendangkan sebuah lagu nasyid. Hampir 30 minit kitorang berada di atas puncak. Subhanallah,kami boleh nampak gunung ganag yg lain. Bandar dan taman perumahan senawang pun boleh nampak cari puncak Gunung Angsi ni.

Time nak turun dari Gunung Angsi kitorang takde masalah sangat. Yg jadi masalah bila dah stop kat Jeram Kak Lang. Astaghfirullah,susah betul nak panggil bebudak ni naik balik. Tu yg jd delay tu. In the end kitorang sampai ke kaki gunung dlm jam 7.30 ptg. Dah maghrib dan gelap pun time tu. Bila dah nak masuk waktu maghrib tu macam2 benda pelik la yg kitorang nampak. Ada yg nampak 2 jalan sampai confused tak tau nak pilih mana satu. Ada yg nampak org tgh menoreh ptg2 tu. Ada yg nampak pompuan tgh mandi kat sungai la. Seram gak la. Bila dah sampai kaki bukit tu aku tak dpt nak hantar derang sesama naik bas ke PD sbb mak ayah aku dah ngamuk sbb aku kuar lewat dari hutan.

Mlm tu plak rumah aku kena kacau. Aku dgn adik aku dgr bunyi troli ditarik di luar rumah. Esok malam tu ayah aku plak dgr. Dah tak tahan sangat kitorang minta ustaz ni pasangkan 'pagar' kat umah kitorang. Ustaz tu ajar kitorang and kitorang pasang sendiri. Alhamdulillah menjadi.

9 disember aritu sorang ofismate aku meninggal dunia. Arwah ni dulu sesama bawah tajaan TNB dgn aku. Cuma dia ni belaja di Jepun dan aku plak di US. Penah dgr nama dia dan cam muka dia gitu2 jela. Dia ni terkenal sbb kawin awal. Kebanyakan student oversea skrg ni tak berani kawin awal sbb sponsor tak kasi. Tp arwah ni kawin dgn suami dia yg juga bawah tajaan TNB di Jepun masa umo 21 tahun. Alhamdulillah dpt anak kat sana. Bila balik mesia,ditakdirkan kitorang diletakkan di bawah jabatan yg sama. Kalau boring2 buat keja aku pegi la lepak kat meja dia borak2 citer dia kat jepun dulu.

Pd 8 disember jam 9.30 mlm dia menghembuskan nafasnya yg terakhir. Mlm tu dia dinner bersama suami dan anak pompuannya yg berumur setahun setengah kat gerai. On the way balik ke rumah dia di Sg. Buloh,keta yg dipandu suaminya hilang kawalan. Keta tu berpusing dua kali dan akhirnya merempuh keta dari arah yg bertentangan. Keta tu hentam kat pintu penumpang depan keta arwah. So,mmg direct impact la. Ikut kata saksi dlm Harian Metro,arwah masih bernyawa lagi masa diangkat kuar dari keta. Tp yg peliknya air mata dia mengalir. Si anak plak menghembuskan nafas yg terakhir masa on the way ke hospital. Suami dia plak cedera parah. Sama2 la kita sedekahkan al fatihah buat si arwah. Mmg betul ada org yg pertikaikan sedekahkan al fatihah ni. Tp bagi aku itu satu isu yg kecil kalau nak dibandingkan dgn masalah umat Islam di seluruh dunia skrg ni. Toksah la gaduh2 pasal isu kecil sementara org kafir mengganyah umat Islam di serata dunia. Benda tu khilaf,maknanya ada sokongan dari ulama juga yg bersetuju dgn sedekah al fatihah ni

Semoga kita bersama-sama mengambil iktibar ttg kematian. Ada satu hadis mengatakan cukuplah maut sebagai peringatan. Maut tak mengenal usia. Aku lagi la terkejut sbb mmg tak sangka. Mungkin sbb kami agak rapat dan selama ni arwah nampak ceria. Apa2 pun kita kena redha dgn qada' dan qadar yg telah Allah tentukan. Wallahu a'lam...

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:19 PM