~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Wednesday, January 25, 2006



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Lately ni aku agak bengang gak sbb banyak isu sensitif yg telah diutarakan oleh non muslim (panggilan yg hormat sket daripada 'golongan laknatullah')menampakkan seolah-olah org Islam di mesia pasti akan ikut telunjuk derang. It's totally rude. Kalau dah berani pertikai hukum hakam org Islam sendiri,tu mmg dah naik tocang la namanya tu.

Tak ke pelik korang rasa kalau org bkn Islam komen ttg undang2 Islam. Dia bukan tau pape. Ibarat petani komen civil engineer design bangunan la. Si petani boleh komplen kan bagus buat KLCC tu dari kayu instead of steel. Murah pun murah...Ha ah,dia piki murah dia je. Jgn kerana dia bergelar paderi besar maka dia boleh komen apa2 agama sesuka hati. Yg menyedihkan,ada la pemimpin negara ni yg kononnya 'champion' memperjuangkan hak agama dan bangsa boleh plak bagi komen yg menunjukkan dia tu jahil dlm bab agama. Akidah dan tauhid org Islam tak sama dgn akidah dan tauhid org2 kafir. Cth,kalau kita mengakui kebenaran agama lain walaupun kita masih mengakui kita ni masih lagi Islam,syahadah kita tetap gugur. Berbanding dgn agama kristian,kalau dia mengakui kebenaran Islam tak bermakna dia akan 'murtad'. Hal2 berkaitan akidah dan tauhid ni perlu kita teliti dgn sedalam-dalamnya. Bkn boleh buat komen sebarangan. Lainla kalau dah prepare nak diazab Allah.

Undang2 keluarga Islam yg hangat dibincangkan dlm dewan negara pun satu hal gak. Undang2 yg dicipta sendiri dan akan diluluskan dgn sokongan ahli dewan negara boleh dipanggil undang2 Islam ke? Lebih2 lagi hukum yang nak diluluskan sebenarnya dah ada dlm Al Quran dan hadis. Buat apa nak digubal lagi? Terang2 harta pencarian isteri tak boleh diambil suami setelah bercerai. Apa la ke bengap derang ni. Pastu dilabelkan 'ISLAM' pada rang undang2 tu.

Bebaru ni dalam usrah aku ada dibincang isu wanita dlm kacamata Islam. Buku yg dipakai guna is Risalah Usrah Jilid 4: Wanita dan Kekeluargaan dlm Islam. Antara topik awal yg dibincangkan adalah berkaitan hijab. Diterangkan Islam menyelesaikan sesuatu masalah dgn prevention bukan proaction. Sbg contoh,utk menangani masalah AIDS dan HIV,Islam mengharamkan penzinaan. Tp negara kita plak cam mana cara dia selesaikan masalah? Diberi kondom dan jarum secara percuma...Ini kalau tanya budak2 sekolah menengah pun tau ni bkn penyelesaian. Silap2,makin parah plak masalah ni. Ntah2 dia dah ada kuar tender supply kondom dan jarum pada kroni dia la kot. Ni seolah-olah menggalakkan penzinaan dan penyalah gunaan dadah. Maknanya mereka menganggap zina tak salah. Boleh dilakukan tp kena amik pre caution. How stupid is that?

Aritu timbul isu 'team skodeng' yg nak dicadangkan oleh JAWI. Tujuannya untuk mencegah kemungkaran. Bkn la tugas sbnr derang skodeng,tp tugas derang ni kalau ada maklumat dari org ramai adanya maksiat maka petugas2 JAWI ni akan buat siasatan. Bila dah sahih,baru la diserbu. Dgn takde inisiatif cam ni la org2 Islam skrg semakin ramai buat maksiat terang2an. Kat dlm LRT pun boleh romen. Sori la kasar sket bahasa. Tp ari tu kitorang ada bincang gak dlm usrah kenapa zina semakin berleluasa. Antara faktornya halangan dari mak ayah. Bkn la mak ayah tu tak kasi langsung,tp bagi derang muda sangat dan kewangan masih tak kukuh. Tp kalau ikut dlm buku Risalah Usrah tu, ada satu ayat yg menyebut mafhumnya usah risau jikalau kamu mahu berumah tangga tetapi kamu miskin. Sesungguhnya yg memberi rezeki tu ialah Allah. Aku agak terkejut gak bila baca. Kita dlm nak kawin ni pun masih tak yakin dgn bantuan Allah. Bkn ke nikah kawin tu ibadah dan sunnah Rasulullah? Dah tentu la Allah akan bantu hambaNya yg beribadah,btul tak? Satu peringatan yg berharga. Dlm beribadah pun kita masih menilai dgn pandangan materialistik. Mana mungkin ianya akan menjadi ibadah kalau sudah ada unsur lain yg masuk. Silap ari bulan boleh jd syirik.

Baru2 ni aku ada baca buku yang ditulis oleh Dr. Mahmud Jam'i. Dia tulis buku bertajuk 'Ikhwanul Muslimin yg saya kenali'. Masya Allah,bagus penulisan dia. Diceritakan sejarah yg berlaku dlm Ikhwan bermula tahun 1928 hingga mutakhir ini. Rupa2nya Hassan Al Banna ketika mula2 menerajui Ikhwan ketika berumur 22 tahun. Very young age!!! Kira kalau skrg ni umo 22 tahun n nak minta kawin kat mak ayah mmg tak lepas la. Ahli2 ikhwan mmg ikhlas berjuang. Tp keikhlasan mereka telah dieksploitasikan. Ketika revolusi di Mesir berlaku dlm tahun 1950an, Jamal Abdul Nasir dan Jeneral Muhammad Najib telah mengajak pimpinan ikhwan bergabung dgn mereka menumbangkan Raja Mesir bernama Farouk. Ikhwan mmg marah dgn Raja Farouk kerana dia telah membunuh Hassan Al Banna dan memenjarakan ramai ahli Ikhwan. Akhirnya mereka berjaya menumbangkan dinasti beraja Mesir. Antara kejayaan yg tidak diduga ialah peristiwa yg berlaku kepada As Syahid Abd Qadir Audah.

Abdul Qadir Audah merupakan ulama kontemporari yg dihormati ramai. Memandangkan susah utk menarik masyarakat mesir bersama2 golongan revolusim,maka mereka telah mempergunakan ikhwan. Satu hari,Jeneral Najib telah naik ke atas pentas dan meminta Abdul Qadir Audah berucap. Beliau telah menghujjahkan betapa zalimnya kerajaan dinasti Mesir dan rakyat wajib menggulingkan kerajaan yg sedia ada. Lautan manusia yg hadir semuanya menyahut panggil as syahid. Satu kejayaan yg tidak diduga langsung kerana berjaya mempengerahui rakyat mesir dlm masa yg singkat. Tp apa yg berlaku setelah itu sungguh menyedihkan. Apabila Jamal Abd Nasir menjd presiden Mesir,ramai ahli Ikhwan yg dibunuh dan dipenjarakan. Tindakannya itu telah menyebabkan King Faisal dan Presiden Iraq turut campur. Mereka meminta ahli2 ikhwan dibebaskan spt Syed Qutb,etc. Jamal Abd Nasir terlalu berani tidak mengendahkan desakan mereka krn Yahudi berada bersama2 Jamal Abd Nasir. Diriwayatkan Abdul Qadir Audah telah dihukum gantung bersama 6 org lagi ahli ikhwan yg terkenal.

Salah seorg ahli ikhwan yg digantung bersama Abdul Qadir Audah ialah Syeikh Farghali. Badannya kecil je,tp hatinya besar. Sumbangannya yg terbesar bersama Ikhwan ialah memimpin tentera jihad Ikhwanul Muslimin ke Palestin menentang Yahudi pada tahun 1948. Pada satu subuh,dia telah naik ke atas tempat yg tinggi dan melaungkan azan. Bila org yahudi dgr laungan azan,mereka menyangka yg tentera Ikhwan sedang menyerang mereka. Bila keadaan jd kucar kacir,tentera Ikhwan telah berjaya menangkap tentera2 Yahudi ini. Walhal tentera2 Ikhwan tidak la seramai mana.

Syed Qutb pula syahid di tali gantung slps berbelas tahun berada di dlm penjara. Dia dihukum gantung bersama as syahid Yusuf Hawwas. Dlm keadaan yg sungguh uzur. Kerajaan Mesir menganggap Syed Qutb yg lemah dan sakit sbg pengancam mereka? Sungguh lawak...Syed Qutb menyertai Ikhwan agak lewat,iaitu pada 1953 setelah mengambil masa yg lama untuk menyakini perjuangan Ikhwan. Awalnya dia menyertai Ikhwan kerana simpati dgn kezaliman yg dilakukan oleh pemerintah kepada Hassan Al Banna. Lama-kelamaan Syed Qutb mula meyakini perjuangan Ikhwan. Salah seorg ahli Ikhwan yg telah diselamatkan Allah ialah Hassan Hudhaibi. Ketika disumbat dlm penjara dia sdg sakit tenat. Hampir nazak. Maka pemerintah melepaskan Hassan Hudhaibi. Keluar je dari penjara,Hassan Hudhaibi pulih spt sedia kala dan terus menjalankan tugas dakwah. Allahu Akbar!!!!

Aku sering terpiki,kenapa ramai org Islam skrg menyanjung perjuangan Rasulullah dan para sahabat serta mujaddid yg terdahulu tetapi mereka sendiri tidak mahu menyertainya. Cthnya,masa aku belaja dulu. Ramai yg menyangjung perjuangan Rasulullah,tp tiada langsung antara mereka ni yg sanggup berkorban spt mana Rasulullah buat. Bkn ke ianya suatu yg pelik. Ibarat kita sedang lapar dan tau nasi akan mengenyangkan kita. Tapi kita tanak gak makan nasi. Sama2 la kita piki kan apa jenis penyakitkah yg telah melanda umat skrg hingga kekuatan Islam semakin lumpuh.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 11:06 PM