~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Monday, February 06, 2006



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana limpah kurnia dan inayahNya masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam. Dpt menulis dlm blog ni pun dikira nikmat dari Allah juga. Lama betul blog ni terabai. Apakan daya,sibuk dgn kerjaya.

Since dah lama tak menulis ni,otak penuh dgn idea nak share pengalaman. Bln lepas aku agak sibuk sbb awal tahun. So byk kena attend perancangan itu dan ini. Letih gak travel. Last week plak ada tamrin gabungan antara Kolej Mara Seremban dan Kolej Tunku Jaafar. Bebudak ni akan fly ke Jordan,Mesir,Australia,dan New Zealand. Alhamdulillah menyeronokkan sbb kami buat kat kondo mewah TNB di PD. Siap BBQ sume. Pengisian cover buku Risalah Usrah Jilid 1 dan 2.

Mlm td plak ada forum berkenaan Perlembagaan 121(a) yang dianjurkan ABIM bersama Yayasan Pembangunan Ummah,JIM,Rayyan,dan NGO2 Islam yang lain. Asalnya dibuat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Tp dpt arahan Jumaat ari tu (4 days ago) Pej Menteri Besar minta dibatalkan tempahan dewan di Pusat Dakwah. Kejam betul la drang ni. Aku tak tau sape yg buat. Tak semestinya Menteri Besar yg arahkan,boleh jd pegawai atasan dlm Pej Menteri Besar tu yg buat. Apa2 pun tindakan cam tu satu tindakan yg bersifat bacul dan pengecut. Jikalau benar2 mahu menghalang program sedemikian,jgn la menyalahgunakan kuasa. Gunakan saluran yg betul. Ni ibarat baling batu sorokkan tangan. Kita terpinga-pinga sape yg buat. Malahan ini membuatkan rakyat semakin benci kepada mereka yg zalim. Anyway, forum tu dipermudahkan Allah. JIM amik risiko dgn menjadikan sek ren islam as saidiyyah sbg pengganti pusat dakwah. Aku tak tau la,tp aku kurang bersetuju sbb takut menjejaskan imej sekolah tu sendiri nanti. Walaupun last minute inform pada org ramai pertukaran tempat,tp program tetap penuh dgn hadirin yg mahu mendengar penjelasan perlembagaan tu.

Seriously it has nothing to do with political issues. Maybe puak2 ni takut isu perkauman dimainkan. Malah program sebegini membantu kerajaan menerangkan kepada masyarakat apa yg terkandung dlm perlembagaan tersebut. Semoga dgn penjelasan daripada forum tu masyarakat Islam semakin menyayangi deenul Islam yg susah payah diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Lately ni aku terpiki ttg muda mudi zmn skrg. Hidup penuh dgn hidonisme. Apakah mereka terpiki hiburan yg mereka sukai itu bersifat sementara? Maksud aku,lambat laun perjuangan mereka dgn hiburan itu akan pudar. Sbb bila dah dewasa dan tua,minat pada muzik tu lama2 akan pudar. Even kalau penggiat industri mcm jins shamsudin ke,sharifah aini ke...in the end dah tak aktif lagi dgn hiburan. Mngkn terlibat dgn perniagaan atau menghabiskan masa bersama anak cucu. Jd mengapa masih terus leka dgn idea perjuangan hiburan dan happy go lucky. Ia pasti akan berakhir. Baik tumpukan pada sesuatu yg akan kekal selamanya. Aku still consider org yg hanyut dgn material dan harta lebih baik berbanding muda mudi yg asyik berhibur. Sekurang-kurangnya org yg pentingkan harta ni dia berpiki ke depan dan berpiki jauh. Yg leka berhibur ni plak,masa dibazirkan dan dihabiskan begitu je. Apa yg dpt? Kepuasan shj...Harta? Mmg akan terus papa kedana la...Iman? Semakin terhakis dan tiada sensitiviti lagi terhadap tuntutan Allah. Tu yg jd solat pun bila org sekitar dia solat. Solat sbb malu dan segan. Aritu masa aku kursus aku ada borak dgn sorang peserta ni. Dia kata dia penah tlg mat rempit accident. Masa tu mat rempit ni hilang kawalan dan jatuh dlm longkang tak jauh dari dia. Kengkawan mat rempit tu boleh berenti kejap,toleh tgk member jatuh,pastu terus cabut. Itukah individu yg dinamakan kawan? Yg paling menyedihkan,dlm reramai tu ada adik si mat rempit yg terjatuh td tu. Adik sendiri boleh tak tolong abg...nauzubillah. Inilah akibat terlalu asyik dgn berhibur. Tiada lagi rasa kasih sayang. Hanya mementingkan diri sendiri. Yg penting aku selamat...yang penting itu bukan aku...yg penting aku masih lagi enjoy,buat apa peduli org lain...Itu bkn tujuan kita dijadikan. Kalau tujuan Allah jadikan manusia hanya utk manusia itu buat hal dia sendiri, mengapa tidak Allah ciptakan satu planet utk setiap manusia. Duduk sensorang dan buat hal sendiri. Tp Allah ciptakan satu planet utk setiap manusia. Utk sama2 dimakmurkan. Utk sama2 membantu mereka yg memerlukan bantuan. Senang citer,manusia ni penting supaya dapat bermanafaat pada org lain. Manusia tak mampu hidup sendirian utk memajukan diri sendiri.

Mengapa manusia tak berpiki? Kalau diteliti dlm Al Quran mmg jawapannya tak menghairankan. Mmg selalu Allah tegur manusia supaya berpiki. Apa nak dihairankan kalau manusia tu sendiri bermaksud pelupa. Malam td aku bawa adik aku pi makan kat secret recipe. Since dia dah nak masuk asrama,so aku belanja la dia makan. Mahal gak,tp aku tak kisah sbb nak bg galakan pada dia supaya mantain study dia. Alhamdulillah kenyang sungguh. Tak terlarat nak habis,patutla mahal. Apa yg menyentuh hati aku was doa sblm dan slps makan. Selama ni main sebut je,dah jd adat. Astaghfirullah,terlalai dan leka. Bila aku teliti maksud dia...Allahumma baariklana fi maa razaqtana waqina aazaban naar...Ya Allah berkatilah kami di dlm apa yg telah direzekikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka (lebih kurang gitula maksudnya). Subhanallah...indah sungguh mksd doa ni. Bkn semata-mata berkata ttg rezeki,tp diperingatkan lagi ttg azab neraka sblm mkn. Makanan kalau tak dijaga mmg boleh membawa ke api neraka? Mcm mana? Kalau kita makan makanan haram spt khinzir dsb. Kalau kita makan hasil rasuah...kalau kita makan hasil judi...sume ini akan membakar isi perut kita

Cuba teliti plak doa slps makan...Alhamdulillahil lazi ath a'mana wa saqaana wa ja'alna minal muslimin...Segala puji bagi Allah yg telah memberi kami makan (aku tak ingat apa maksud saqaana) dan telah menjadikan kami dari org2 Islam. Masya Allah,bab iman dan aqidah pun ada disebut selesai makan. Ini jelas menunjukkan dlm mkn pun kita beribadah...Doa yg diajar Rasulullah ini penuh bermakna sekali,bkn omong2 kosong semata. Mmg benar2 menginsafkan...Bila aku tgk makanan yg tak abis tu...mmg byk sungguh rezeki yg Allah kurniakan. Itupun masih tak bersyukur. Masih tak mengikut perintahNya. Teringat pd saudara di Palestin,Iraq,Sudan,juga negara2 bkn umat Islam spt Rwanda dan Namibia. Sungguhpun mrk bkn org Islam,hak mereka terhadap kemewahan kita tetap ada spt yg disebut dlm Al Quran. Jelas menunjukkan kita bkn hidup utk diri kita sendiri shj. Malah utk meringankan beban org lain juga.

Cukupla peringatan buat diriku setakat ini. Peringatlah daku jika terlupa,terlalai,dan terleka.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 5:16 PM

 

~ Sunday, February 05, 2006



HAMAS dan cabaran baru Oleh : Maszlee Malik

Jika ada di antara rakyat Malaysia yang mungkin terkejut apabila Dato' Sharifah Aini mengatakan yang beliau langsung tidak mengenali Siti Nurhaliza, seluruh dunia lebih terkejut denga apa yang berlaku di Palestin pada 25 Januari 2006.

Tarikh tersebut merakamkan bagaimana gerakan Islam yang menuntut kemerdekaan Palestin, atau lebh dikenali sebagai HAMAS telah diberikan kepercayaan oleh majoriti rakyat Palestin untuk memimpin mereka. Dengan kemenangan 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan, HAMAS telah berjaya menguasai 60.5% daripada kerusi di majlis legislatif pihak berkuasa Palestin (PA). Dengan mandat tersebut juga, HAMAS telah berjaya mengakhiri dominasasi Parti Fatah yang telah berkuasa di bumi Palestin melalui PA semenjak perjanjian Oslo 1993. Parti fatah hanya berjaya meraih 43 kerusi di majlis tersebut, manakala 13 yang lain berjaya dikuasai oleh parti-parti yang lebih kecil. Dengan kelebihan majoriti di majlis legaslatif PA, HAMAS telah diberikan kepercayaan oleh Presiden PA, Mahmoud Abbas untuk membentuk kerajaan mereka sendiri selepas Perdana Menteri PA, Mahmoud Qurey' meletakkan jawatannya pada 26 Januari 2006.




Kemenangan HAMAS disambut riang oleh sebilangan besar rakyat Palestin

Pendirian As dan EU

Presiden AS, George W Bush di dalam sidang akhbar khusus kemenangan HAMAS (yang telah cuba dihalang kejayaannya) telah menyifatkan apa yang berlaku adalah di atas kehendak rakyat Palestin. Agak memalukan barisan PA era Fatah apabila Bush menyelar mereka dengan mengatakan bahawa rakyat Palestin telah menggunakan saluran demokrasi untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Fatah. Beliau, walau bagaimanapun menegaskan bahawa pihak AS tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan mereka yang ingin menghancurkan Israel. Perkara yang sedemikian menurut Bush adalah bertentangan dengan ideologi AS yang cintakan kedamaian dan keamanan. Setiausaha Luar AS, Condoleeza Rice pula tidak berganjak dengan keputusannya bahawa AS tidak boleh menjalinkan apa-apa hubungan dengan mereka yang meletakkan sebelah kaki mereka di dalam aktiviti keganasan (sambil merujuk kepada metod penentangan HAMAS). Perdana Menteri Itali pula menyifatkan kemenangan HAMAS sebagai "a very, very, very bad result". Presiden Chirac pula ketika diwawancara sejurus kemenangan HAMAS di peringkat pengiraan awal telah mengatakan "Keputusan pilihanraya Palestin telah membuatkan saya berasa cemas". Solanar, Setiausaha Luar EU yang pernah mengugut rakyat Palestin sebelum pilihanraya untuk tidak memilih HAMAS pula mengatakan: "Kemenangan HAMAS akan meletakkan peranan yang serba baru bagi EU". Begitu hebatnya keputusan pilihanraya Palestin yang sehingga kini masih berstatus "dijajah oleh Rejim Zionis".

Walau apapun yang diperkatakan oleh mereka, yang pasti HAMAS telah berjaya membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa rakyat Palestin bersama mereka. Kemenangan tersebut juga sebenarnya merupakan isyarat kepada Rejim Zionis bahawa majoriti rakyat Palestin inginkan metod HAMAS di dalam menuntut kemerdekaan negara mereka yang dijajah. Keputusan pilihanraya itu juga memberikan kata muktamad kepada Fatah bahawa rakyat Palestin telah muak dengan korupsi dan salah laku kebanyakan pemimpin mereka. Inilah realiti yang berlaku, dan inilah juga realiti yang tidak dapat dielakkan di Palestin. Pemangku jawatan PM Rejim Zionis, Ehud Olmert ketika diminta mengulas mengenai kemenangan HAMAS mengatakan bahawa pihaknya sedang mengkaji masa depan hubungan antara kedua buah kuasa tersebut. Beliau, walau bagaimanapun menegaskan bahawa Rejim Zionis tidak akan dapat berunding dengan mereka yang mengimpikan kehancuran Israel. Beliau juga sempat memberikan syarat untuk HAMAS berunding dengan Rejim tersebut, iaitu HAMAS mestilah terlebih dahulu melucutkan senjata mereka.

Di luar jangkaan!

Kemenangan majoriti HAMAS sememangnya tidak dijangkakan oleh ramai penganalisis politik. Segala kajian dan analisis yang dilakuakn sebelum ini, samada oleh Universiti Beir Zeit, pihak-pihak di dalam Palestin yang menyebelahi Fatah, ataupun pihak antarabangsa tidak pernah memberikan peratusan lebih daripada 40% kepada sokongan rakyat Palestin terhadap HAMAS. Ramai penganalisis politik dan isu Palestin hanya menjangkakan bahawa HAMAS hanya akan menyertai kerajaan PA bersama Fatah dan di bawah administrasi Fatah. Malah, itu juga mungkin pembacaan kebanyakan pemimpin HAMAS. Bagi mereka, penyertaan mereka di dalam pilihanraya buat pertama kali ini bukanlah sesuatu yang diharapkan akan membuahkan hasil sebegini lumayan. Ternyata, 26 Januari telah menunjukkan bagaimana HAMAS telah diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui PA sekaligus menerajui rakyat Palestin. Agak pelik di sini kerana Mahmoud Abbas yang merupakan Presiden PA adalah dari parti Fatah, dan kerajaan PA pula akan diterajui oleh HAMAS. Keadaan yang seumpama itu hanya berlaku di Peranchis lewat pilihanraya umum mereka para tahun 2004. Parti UMP yang dipimpin oleh Presiden Peranchis, Jaques Chirac, hanya berjaya memperolehi 39% daripada kerusi di parlimen, manakala Parti Sosialis Peranchis pula berjaya meraih 50% kerusi sekaligus diberikan kepercayaan untuk menubuhkan kerajaan.

Mantan koordinator hubungan damai Palestin-Zionis, Saeb Erekat (yang telah meletakkan jawatan bersama Qurey') di dalam wawancaranya bersama al-Jazeera telah mengatakan: "Kami menerima kekalahan tersebut". Beliau juga menghormati pilihan rakyat Palestin dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai suasana yang sihat kepada proses demokrasi di Palestin. Erekat juga berulangkali menegaskan bahawa Fatah tidak akan turut serta di dalam kerajaan yang akan dibentuk oleh HAMAS, tetapi akan bertindak sebagai "Pembangkang yang Setia" (Loyal Opposition) di dalam PA. Di dalam wawancara yang sama, Usamah Hamdan, wakil biro politik HAMAS di Lubnan pula menyifatkan keputusan Erekat itu sebagai keputusan peribadi dan masih menantikan keputusan rasmi Fatah sebagai sebuah organisasi. Usamah menyifatkan kerajaan yang bakal dibentuk nanti bukanlah kerajaan HAMAS, tetapi kerajaan rakyat Palestin yang bersatu demi memerdekakan tanah air mereka dan untuk mencapai agenda yang sama. Perkara yang sama juga telah dimaklumkan oleh ketua Biro Politik HAMAS di dalam buangan, Khaled Mish'al selepas HAMAS diisytiharkan sebagai pemenang majoriti di dalam pilihanraya berkenaan. Sayangnya, sehingga ke akhir wawancara beliau, Erekat bertegas untuk mengatakan bahawa Fatah tidak akan bersama HAMAS kerana polisi dan juga dasar kedua-dua parti itu berbeza.

Pilihanraya yang bersih

Apa yang paling menarik mengenai pilihanraya ini sebenarnya bukanlah hanya kerana ia mendapat reaksi antarabangsa dan juga kuasa-kuasa besar dunia seperti AS dan EU. Sudut yang menarik, seperti yang telah dikatakan oleh penganalisis politik dari Jordan, Muhammad Abu Rumman, pilihanraya tersebut merupakan pilihanraya yang terbersih di rantau Arab. Kenyataan Muhammad memang ada benarnya. Lihatlah pilihanraya di Mesir beberapa bulan yang lalu. Jikalaulah tidak kerana penangkapan, pembantaian, penipuan dan juga penyelewengan, sudah pasti calon-calon gerakan al-Ikhwan al-Muslimun sudah pastinya mendapat majoriti yang lebih besar berbanding 88 kerusi yang berjaya mereka menangi (bersamaan 20% daripada keseluruhan kerusi parlimen Mesir). Lihat jugalah kepada pilihanraya di Iraq yang dicemari dengan penyelewengan dari pihak Syiah. Rasanya tidak perlulah kita merujuk kepada negara-negara lain seperti Libya, Tunisia, Maghribi dan juga negara-negara Teluk yang sememangnya terkenal dengan kekejaman dan juga sistem pemerintahan diktator. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan ianya juga jauh lebih bersih dariapada pilihanraya yang dijalankan di negara-negara Islam yang lain, hatta di Malaysia sekalipun. Tidak hairanlah mantan Presiden AS, Jimmy Carter yang mengetuai kumpulan pemerhati antarabangsa untuk pilihanraya di Palestin itu mengatakan: "Semuanya berjalan dengan teratur".

HAMAS sudah menang kini. Persoalan yang akan dihadapi oleh gerakan tersebut amat banyak. Samada mereka sudah bersedia ataupun belum untuk memikul amanah sebagai sebuah kerajaan yang baru akan menjadi perhatian dunia. Jikalaulah gerakan yang menurunkan calon-calon mereka dengan nama refomasi dan perubahan (al-Islah wa Taghyir) ini menjadikan agenda penghapusan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sebagai senjata utama mereka. Adakah mereka juga bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan Fatah yang semenangnya terkenal dengan rasuah, korupsi dan penyelewengan. Tidak keterlaluan apabila mendiang Edward Said menyifatkan Fatah seumpama parti ANC pimpinan Mandela. Tidak keterlaluan juga apabila para penganalisis antarabangsa juga turut menjangkakan sokongan rakyat kepada HAMAS kerana mereka telah muak kecurangan yang dilakukan oleh Fatah. Berhubung persoalan ini, Usamah Hamdan telah menyatakan bahawa HAMAS tidak akan bertindak sebagai parti unggul yang memerintah Palestin. Penyertaan pelbagai fraksi di dalam kerajaan pimpinan HAMAS akan dapat mengelakkan sebarang monopoli kekayaan ataupun penyelewengan daripada berlaku. Ini sememangnya sesuatu langkah yang bijak dan menunjukkan keikhlasan HAMAS.

Antara isu yang menarik juga ialah persoalan hubungan dengan rejim Zionis. Apakah HAMAS akan meninggalkan senjata dan berdamai dengan Zionis sepertimana yang pernah dilakukan oleh PA satu masa dahulu?. Berhubung perkara ini, para pimpinan HAMAS, terutamanya Ismail Abu Haniyeh, sehari sebelum pilihanraya telah menyatakan bahawa HAMAS akan tetap konsisten dengan agenda perjuangan dan kemerdekaan. Lapangan politik melalui PA hanyalah merupakan wadah untuk HAMAS membantu rakyat Palestin dan juga untuk menjaga kebajikan mereka serta mengelakkan rakyat Palestin dari diperintah oleh mereka yang korupsi. Khalid Mish'al sendiri ketika ditemu ramah oleh al-Jazeera sehari sebelum berlangsungnya pilihanraya (24 Januari 2006) dari Syria telah mengatakan bahawa HAMAS tidak akan meletakkan senjata mereka, dan agenda kemerdekaan tetap menjadi prioriti mereka. Sehubungan dengan itu, jika dilihat sebulan sebelum pilihanraya berkenaan, al-Jazeera pernah menemuramah Mahmoud Zahar salah seornag pimpinan tertinggi HAMAS. Beliau ditanyakan samada HAMAS bersedia untuk berunding dengan Zionis. Beliau mengatakan, HAMAS bersedia untuk berunding, dan HAMAS akan memberikan rundingan yang terbaik untuk rakyat pernah disaksikan di dalam sejarah. Sambil merujuk kepada perjanjian Oslo, Madrid dan lain-lain rundingan yang disepakati oleh ramai sebagai gagal, Zahar memberikan jaminan bahawa rundingan yang bakal dilakukan oleh HAMAS tidak akan mengecewakan rakyat Palestin dan tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan rakyat. Walau bagaimanpun, menurut Erekat, PA tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menjalainkan sebarang hubungan dengan Zionis mahupun pihak luar, hanya PLO sahaja yang mempunyai kuasa tersebut. PLO bukanlah PA tegas Erekat.

HAMAS, senjata dan "suicide bombing"

Wakil media HAMAS ketika ditemuramah oleh CNN telah diprovokasikan mengenai isu perlucutan senjata. Ini kerana pihak rejim mensyarakatkan bahawa mereka tidak akan berunding dengan mana-mana kumpulan bersenjata dan hanya akan berunding dengan HAMAS jika mereka melucutkan senjata mereka. Beliau menjawab bahawa pihak Zionis juga perlu melakukan perkara yang sama, tetapi sayangnya, pihak Zionis tidak pernah mematuhi perjanjian tersebut. Sekadar contoh, PA berserta fraksi-fraksi Palestin yang lain pernah bersetuju dengan pihak rejim untuk "Hudnah" (gencatan senjata). Malangnya di tahun yang sama juga pihak rejim telah melakukan pembunuhan terhadap pimpinan-pimpinan HAMAS termasuk Ismail Abu Shannab salah seorang pimpinan tertinggi gerakan tersebut. Begitu juga dengan "Tahdi ah" (tempoh bertenang) yang dipersetujui oleh fraksi-fraksi Palestin yang berakhir pada tahun 2006 telah dicemari oleh Zionis apabila mereka berterusan menyerang kem-kem di Gaza dan menghancurkan rumah-rumah serta aksi pembunuhan para pimpinan fraksi-fraksi termasuk dari sayap ketenteraan Fatah sendiri.

Apabila ditanyakan mengenai operasi "bom berani mati" (suicide bombing) yang diinisiatifkan oleh HAMAS lebih 60 kali (menurut perkiraan CNN). Beliau membalas dengan mengatakan, HAMAS hanya melakukan 54 operasi bom berani mati sahaja dan hanya membunuh 300 lebih warga Israel. Ini tidaklah besar mana berbanding 4000 warga awam Palestin termasuk 1000 kanak-kanak yang telah dibunuh oleh tentera Zionis. Persoalannya, mengapa isu pembunuhan dan keganasan tentera Zionis tidak dibesar-besarkan oleh media, sedangkan dunia mengetahuinya?, wawancara tersebut terus berakhir di sana.

Antara yang menjadi persoalan juga ialah hubungan PA di bawah pimpinan HAMAS dengan negara-negara lain, seperti EU, ASEAN, negara-negara Afrika, negara-negara OIC, malah negara-negara Liga Arab. Adakah negara-negara tersebut bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan PA nanti?, adakah HAMAS juga bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mereka?, dan juga adakah AS akan berdiam diri untuk melihat negara-negara lain menjalinkan hubungan dengan PA pasca HAMAS jika ianya berlaku? Kita hanya mampu untuk tunggu dan lihat.

Rejim Zionis

Antara yang menjadi perhatian media antarabangsa di waktu ini juga ialah pilihanraya rejim Zionis untuk memilih kerajaan pemerintah Israel pada bulan Mac nanti. Sudah tentunya secara tidak langsung kemenangan HAMAS ini akan menjadi isu utama parti-parti yang bertanding. Yang akan menjadi perhatian ialah apakah pendapat umum (public opinion) rakyat rejim Zionis berhubung perkara tersebut. Adakah mereka akan memilih kerajaan yang bersedia untuk berunding dengan HAMAS, ataupun mereka akan memilih kerajaan yang paling keras dengan HAMAS. Setakat ini, Parti Kadima pimpinan Sharon merupakan musuh ketat HAMAS dan juga parti yang akan mengambil langkah yang keras terhadap rakyat Palestin. Di sudut yang lain juga, Likud di bawah pimpinan Netanyahu juga mempunyai sikap yang keras dan memusuhi HAMAS. Apakah parti buruh juga akan menjadi sekeras Likud dan Kadima?, ataupun akan ada suara yang akan menyeru agar rejim Zionis mengkaji semula polisi mereka agar menjadi lebih berkompromi?, atau juga masa-masa mendatang akan menyaksikan ketegangan yang lebih memuncak seperti yang dikatakan oleh Netanyahu?, ataupun Zionis bersedia melakukan seusatu yang bertentangan dengan akidah mereka, iaitu benar-benar berdamai dan menyerahkan semula secara total Tebing Barat, merobohkan tembok, menyerah semula Baitul Maqdis timur dan juga membenarkan para pelarian Palestin pulang semula seperti yang diperuntukkan di dalam resolusi 194 PBB?

Bersamalah kita tunggu dan lihat. Cuma satu senario yang menarik untuk difikirkan, mengapa Olmert komited dengan pengunduran tentera-tentera dan rakyat Zionis dari sesetengah wilayah di Tebing Barat?, mengapa juga dia serius membawa ide untuk diperbincangkan isu persempadanan tetap Israel-Palestin sejurus kemenangan HAMAS. Adakah beliau akan komited dengan "Road Map" dan juga "Two States Solution" tajaan AS?, semuanya akan dapat dilihat pada pilihanraya Zionis pada bulan Mac nanti!"

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 7:34 PM