~Eratkan Ukhuwah Gerakkan Islah~

 

~ Tuesday, March 14, 2006



Taj Mahal

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana limpah dan kurniaNya masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup di bumi yg fana ini. Kali ni mmg tersangat lama gile tak menulis. Byk betul taukeed yg aku letak…hehehe. Lately ni bz melampau. Sejak balik India, keja datang menimbun. Maklumlah,terbiar selama seminggu. Insya Allah kali ni aku nak ckp dua perkara. First,ckp pasal result SPM and second pasal trip aku kat India.

Alhamdulillah,keputusan SPM setiap tahun makin meningkat. Tak dinafikan remaja zaman sekarang tahap intelektualnya tinggi. Setakat straight A’s tu mmg melambak la. Mungkin tak lama lagi straight A1’s melambak giler. Tak mungkin juga straight 100% markah exams. Memandangkan semalam aku out station ke Seremban, so aku gerak lewat sket la. Kebetulan lepas balik dari jogging, tv on. Aku tgk rancangan MHI jap. Derang temuramah 4 org pelajar cemerlang SPM.

Salah satu soalan menarik yg aku dgr daripada hos rancangan pada sorang pelajar cemerlang tu ialah pengajian apa yg dia akan ambil di peringkat universiti nanti. Pelajar tu bekas student Alam Shah. Dia jawab (lebih kurang la),

"Saya pada mulanya bercita-cita ingin menjadi engineer. Tapi bila saya tgk job market skrg ni electrical and electronics engineer semakin diperlukan. Jadi, saya rasa saya akan ambil course Electrical and Electronics Engineering"

Aku agak terkejut dgn jawapan budak tu. Kejap je la aku terkejut. Pastu aku gelak la puas2. Amende punya jawapan daaa…Nak menunjukkan dia tu pandai dan berwawasan, tp secara tak langsung ada benda yg dia jahil lagi rupanya. Apa tak sama ke Engineer dan Electrical and Electronics Engineer? Tapi aku rasa aku paham apa yg dia nampak. Mungkin dia nampak Engineer ni as civil engineer kot. Secara general mmg ramai remaja yg nampak engineer ni keja dia bina bangunan dan buat jambatan je. Sbb tu ada yg nak jd mechanical engineer, tp dia sebut nak jd mechanic. Kira remaja Malaysia sebenarnya masih belum boleh dikatakan intelek lagi. Belum matang lagi.

Boleh jd sistem pendidikan di Malaysia yg masih berorientasikan peperiksaan je yg menyebabkan mentaliti remaja di Malaysia tidak pergi jauh. Masih spoonfed sampai la waktu dah bekerja nanti. Kebanyakan remaja Malaysia bkn memahami konsep apa yg derang belaja, tp derang ni hafal konsep dlm subjek yg drang belaja. Aku sendiri alami masalah tu masa memula study kat USA dulu. Aku tak leh nak adapt dgn sistem di USA. Kalau kat mesia, diberi lab manual. Boleh baca dulu sblm masuk lab untuk buat eksperimen. Tp kat USA tak sangat. Ada sesetengah lab tu, tutor dia terangkan kat situ gak prosedur eksperimen. Then, buat eksperimen tu. Sometimes ko tak paham pun apa objektif eksperimen tu. Tapi sebenarnya berkait dgn apa yg kita belaja. Cuma sbb tak disentuh dlm text book, kita jd blur dan samar2.

Soalan slps tu plak, "Kenapa adik pilih bidang tu?" Mmg tidak menghairankan aku kalau jawapan budak2 tu sama. Such as gaji besar, peluang kerjaya yg cerah,etc. Basically materialistik punya alasan la. Aku terpiki sejenak bila drang jawab soalan cam tu. Sedarkah drang apa kesannya kalau hala tuju hidup menghala ke arah kebendaan? Bila dah terlalu materialistik tu la rasuah mudah terjadi. Kecintaan kepada negara sudah tiada sbb peluang pekerjaan lebih luas di negara2 maju. Sikap mementingkan diri makin berleluasa kerana hanya memandang nilai2 materialistik. Mmg kita boleh cakap bebudak tak matang lagi. Drang mana pandang sume tu. Abis tu, org dewasa skrg ni adakah masih memandang ke arah materialistik? I see no different brother. Mungkin ada beberapa remaja yg boleh kita ubah paradigmanya supaya matlamat bekerja tu untuk menegakkan syariah Islamiah, memakmurkan bumi, membantu manusia sejagat, dan sebagainya.

Aku risau dgn keadaan masyarakat skrg. Jarang dpt kita jumpa umat Islam yg betul2 bekerja ikhlas kerana mahu berbakti pada org lain. Kebanyakannya bekerja utk menambahkan kekayaan. Kalau cam tu apa bezanya kita dgn org Cina yg bkn muslim tu? Lebih dahsyat lagi, takut ada yg mula tak percaya pada Allah plak nanti. Kebanyakan kaum Cina pun dah ada yg free thinker. Kesimpulannya, masih banyak kerja-kerja dakwah yg perlu kita lakukan. Namun jgnlah kita merasa resah gelisah kerana peluang untuk menyampaikan dakwah tu sebenarnya semakin luas. Semakin canggih teknologi zaman kini semakin luas ruang lingkup dakwah kita.



Humayun Tomb

Okla,kita tinggal bab tu jap. Aku nak citer pengalaman masa kat India plak. Aku naik flight MAS dari KLIA jam 6.00 ptg waktu mesia. Aku sampai di Mumbai, India lebih kurang jam 9.30 malam waktu India. Mak aih, sedih betul airport dia. Standard airport Subang. Aku rasa Subang lagi bersih dan ok lagi la sbb aku tak penah nampak plak ada anjing liar kat dlm airport melainkan kat Mumbai ni. Mlm tu dah letih sangat,kitorang tak pegi jenjalan memana. Tapi suasana di India ni sungguh dhaif. Kat Mumbai tu, derang boleh berniaga makanan kat tgh2 divider jalan. Pelik tul, tak penah aku jumpa. India ni dah terlalu padat dgn penduduk. Esok pagi tu kitorang jenjalan sekitar Mumbai. Kitorang sewa tourist guide dan minta dia bawa ke seluruh Mumbai. Antara tempat yg kitorang lawat ialah Stesen Ketapi Mumbai. Stesen ketapi ni dibina zaman British dulu. So, Mumbai ni mmg kaya dengan seni bina British. Kat hujung Mumbai tu dibina satu arch yg dinamakan Gateway to India. Dulu2, masa pedagang nak masuk India melalui jalan laut, drang akan masuk melalui persisiran pantai Mumbai. Kitorang sempat gak la tgk rumah pelakon2 Hindustan. Takde yg menarik sangat pun. Banglo biasa je. Kain kat India mmg murah2 belaka. Malam tu kitorang bertolak ke Nagpur plak.

Nagpur ni la tempat untuk test tower TNB ni. Kitorang sampai kat Nagpur dlm jam 10.00 mlm. Tensen gak aku dibuatnya sbb flight delay hampir sejam. Bila dah dapat bilik kat hotel, kebetulan plak bilik aku betul2 atas disco. Mak aih, merana gak la aku sbb muzik yg kuat dari disko tu. Bergegar bilik aku. Abis tv bilik aku rosak sbb gegaran muzik yg kuat. Mangkuk tingkat betul keling ni. Dah la miskin, tak ingat Tuhan ke? Esok tu kitorang dibawa ke tempat test tu akan dibuat. Waduh,sepanjang perjalanan tu tak sampai hati aku tgk rakyat India yg terlalu miskin. Utk hari pertama tu kitorang just buat calibration untuk load cells yg akan digunakan utk tower test. Calibration ni sekejap je, pastu kitorang round2 bandar Nagpur. Takde apa sangat yg menarik kalau nak dibandingkan dgn Mumbai. Hari kedua dan ketiga kitorang spend the whole day utk tower testing. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Malam pada hari ketiga kitorang di Nagpur, kami bertolak ke New Delhi plak.



Gate of India

New Delhi plak cuacanya agak sejuk. Kena pakai dua lapis gak la. Alhamdulillah, New Delhi ni agak tersusun bandar dia. Tapi still ada lagi penduduk yg taraf hidupnya sungguh menyedihkan. Kitorang sampai di New Delhi dlm jam 12.00 tgh malam. Esok pagi tu kitorang bertolak ke Agra, bandar terletaknya Taj Mahal. Kitorang lalu beberapa lokasi menarik spt Humayun’s Tomb, President’s Palace, dan Gate of India. On the way ke Taj Mahal tu, jalan dia tak selebar highway kat mesia. Even unta bawa gandum pun jalan kat atas jalan. Mmg sesak dibuatnya. Sepanjang perjalanan ke Agra tu ada je manusia. Mmg India ni dah sesak abis. Pastu macam2 ragam manusia ada. Ada yg bela beruang, pastu kalau kita amik gambar beruang tu, kita kena bayar. Mcm2 cara nak menipu yg derang gunakan.

Masa sampai kat Taj Mahal pun cam tu gak. Ada je yg paksa beli barang derang. Aduh,pening kepala aku. Mmg cantik la Taj Mahal ni. Dibuat dari marble dan campuran batu2 berharga yg lain. Taj Mahal ni dibina pada abad ke 17 oleh Shah Jahan. Basically Taj Mahal ni kubur isteri dia je yg bernama Mumtaz Khan. Dibina selama 22 tahun dengan menggunakan 23 000 org pekerja. Kos Taj Mahal pada waktu ia dibina ialah RM 1.4 juta. Kalau skrg ni lagi mahal la kot. Taj Mahal dibina lengkap dgn kemudahan masjid, rumah rehat, dan rumah pekerja. Keturunan pekerja pembinaan Taj Mahal diberi keistimewaan untuk menguruskan kerja2 pembaik pulihan Taj Mahal. Kilang tidak dibenarkan dibina dalam radius 2 km. Sebarang pencemaran tidak terdapat di Agra. Sungainya pun bersih berbanding sungai2 di New Delhi dan Mumbai. Sungai2 kat Mumbai dan New Delhi mmg tak boleh diselamatkan dah. Tak mengalir sbb pekat dgn kotoran yg berwarna hitam. Berbau busuk dan penuh sampah.



Gateway of India

Tak lama lepas Taj Mahal siap, Shah Jahan nak bina satu lagi bangunan yg serupa dgn Taj Mahal untuk diri dia plak. Anak lelaki dia cepat2 tangkap dan kurung dia dalam Agra Fort sbb dia dah terlalu banyak menggunakan wang rakyat utk kepentingannya sendiri. Tapak bangunan tu masih lagi wujud sampai sekarang. Pengajaran yg boleh kita ambil, jgn la kita menyalah gunakan amanah yg telah org berikan kepada kita. Jika sebagai raja, hendaklah kita mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu. Jgn lah kita terlalu bermewah-mewah yg mana sumbernya bukan hasil titik peluh kita pun.

Esoknya aku pulang semula ke Malaysia setelah hampir seminggu berada di India. Byk pengajaran yg dpt aku pelajari ketika berada di India. India merupakan sebuah negara yg kaya dgn sumber. Malah, rakyatnya mempunyai purata IQ yg tertinggi di dunia. Tp mengapa India masih dikategorikan sbg negara miskin? Aku yakin jawapannya ialah penyelewengan yg dilakukan oleh pemimpin. India mempunyai teknologi nuclear, tp rakyatnya masih merempat. Ke mana perginya wang hasil kemajuan teknologi mereka? Rakyat India hidup dalam keadaan serba dhaif. Byk keluarga yg hanya tidur di tepi2 jalan dlm kesejukan. Rumah mereka hanya berlapikkan kain sahaja. Maka tidak hairanlah kalau drang buang hajat dan kencing tepi jalan je. Aku mmg dah lali la tgk derang buat perangai cam tu masa kat India. Bila keta berenti je, mmg ramai la yg berkerumun untuk minta sedekah. Bkn tanak bagi, kalau bagi mmg abis barang yg kita ada ditariknya.

Apabila kehidupan mereka diabaikan oleh pemimpin negara, maka rakyat pun hidup mengikut cara yg mereka suka. Sbb tu rakyat India ni ada yg kurang ajar, ada yg tak berdisiplin, tak menepati janji, dan tidak bersistem. Jalan raya dia mmg hiruk pikuk la. Driving pun dah tak ikut lane. Main sedap je nak jalan kat lane mana. Basikal dan penjalan kaki pun main redah je tengah jalan tu. Traffic light mmg dah tak berguna langsung la.

Alhamdulillah, perjalanan ke India tidak sia2. Benarlah kata Allah supaya kita berjalan dan melihat kesan2 daripada umat yg terdahulu. Contohnya, New Delhi adalah gabungan 8 buah bandar yg mana 6 daripadanya diasaskan oleh kerajaan Islam. Namun, di manakah umat Islam di India. Umat Islam di India cuma 15% sahaja (lebih kurang 150 juta org). Kadang2 terasa pilu di hati mengenangkan kehebatan umat Islam hilang ditelan zaman. Segah-gah Taj Mahal dan beberapa lagi kota besar milik Kerajaan Islam Moghul, akhirnya tinggal sunyi sepi sahaja. Adakah kita mahu menjadi seperti mereka? Jikalau tidak, kembalilah kepada Allah dan RasulNya.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

posted by scouser at 11:51 PM